HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Adakah Saya Perlukan Suplemen??

Adakah anda perlukan suplemen?

Jom jawab soalan nie...
 
ADAKAH ANDA...
  • Bertenaga sepanjang hari untuk segala aktiviti yang anda lakukan?
  • Berfikir dan mengambil berat tentang tahap kesihatan anda dimasa depan?  
  • Tertekan dengan gaya hidup masa kini yang pantas?
  • Mahu melindungi diri anda daaripada pelbagai pencemaran alam?
  • Mengambil berat tentang penyakit keturunan yang bakal diwarisi oleh anak cucu anda?  
Jika jawapan anda YA, maka anda perlukan suplemen!


TAHUKAH ANDA...
  • Hampir 95% jenis penyakit boleh diwarisi oleh anak-anak anda?
  • Terdapat banyak bukti dari kajian saintifik bahawa nutrisi berkait rapat dengan pencegahan penyakit?
  • Hampir  80% penyakit kanser berpunca daripada pencemaran alam? ( udara yang kita sedut, air yg kita minum, dan baha-bahan kimia yg terdapat dalam makanan)
  • Surirumah adalah golongan yang sangat hamper dengan risiko-risko ini?  
  • Hanya beberapa peratus manusia sahaja yang betul-betul dalam keadaan yang sihat? 

KENAPA SAYA TAK DAPAT KHASIAT DARI PEMAKANAN SAYA?
  • Makanan telah hilang khasiatnya kerana cara pemprosesan dan cara penyimpanannya.
  • Makanan yang kita makan penuh dengan lemak, tinggi kandungan gula dan garam, dan kekurang nutrient yang badan kita perlukan.  
  • Menurut survey USDA  hanya seorang daripada 21,500 orang yang mendapat 100% khasiat melalui pemakanan mereka.
  • Disebab tempoh pemprosesan dan penyimpanan, 57% daripada bahan segar dari lading telah kehilangan khasiatnya.
  • Makanan berisiko untuk dimakan kerana penggunaan racun, pencegah fungus dan juga bahan-bahan pengawet.  

Ada jalan penyelesaian tak?

YA!!, Anda boleh makan makananyang segar, baru dipetik dari ladang, makanan organic, sayur-sayuran yang ditanam dengan baja tanah yang telah dirawat, proses masakan yang tidak ‘over-cooked’, dan pilihlah makanan daripada punca yang paling semulajadi. Tapi adakah anda meluangkan masa untuk semua ini?
Nampak tak praktikal, nak petik sayur dari ladang, nk sembelih ayam ternakan, nak tangkap ikan sendiri. Betul tak? Kita semua sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian.

So apa nak buat? Ada cara lain tak? 
 
YA, anda boleh melengkapkan diet dan pemakanan harian anda dengan makanan tambahan dari sumber semulajadi dan organik yang ada dipasaran. Ini bukan satu cara mengelak, maknanya bukan lah tak perlu makan makanan lagi, masih perlu makan dan ditambah dengan pengambilan beberapa jenis suplmen. Sesungguhnya suplemen akan dapat membantu tubuh  anda untuk mendapatkan yg terbaik.

SAYA PILIH SHAKLEE!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kesan Kekurangan KOlagen


Apa Itu Kolagen ?

KOlagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang tendon mata, gusi dan saluran darah.

Adakah anda mengalami kesan-kesan seperti berikut :

1. Wujudnya garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak dibawah mata ( eye bag ), & penglihatan kabur.

2. Gusi yang tidak sihat.

3. Garis halus kelihatan pada leher.

4. Payudara dan punggung yang tidak anjal.

5. Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.

6. Rambut menjadi kering dan bercabang dihujung.

7. Liang romamenjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.

8. Kulit hilang keanjalan dan lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.

9. Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi.

Adakah anda menagalami kesemua kesan-kesan tersebut. Ia menunjukkan bahawa anda kekurangan kolagen didalam tubuh. Jadi, jom dapatkan Shaklee Collagen Powder yang memang sangat berkesan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Segalanya ESP

Siapa dah cuba ESP?

Protin soya yang hebat dan superpower!!
ESP punyai pengikut setia yang sangat ramai dan setia. Banyak kebaikan yang dah dirasai oleh semua penggemarnya.

Nak try??
Hubungi saya ye....



*** Nak Diet, cari ESP
*** Nak Mengandung, cari ESP
*** Dah Mengandung, caru ESP
*** Nak Cantik, cari ESP
*** Nak Tambah Susu, cari ESP
*** Nak Tambah Tenaga, cari ESP



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Weeehuuu.....yum..yum...

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kolagen Dari Sisik Ikan Merah

Bukan sekadar kolagen biasa!!

Shaklee Collagen Powder adalah kolagen yang dihasilkan dari sumber yang sangat lasak iaitu sisik ikan merah.



Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Pada kebiasaannya, kedalaman laut 5000m adalah kedalaman laut yang bertekanan tinggi. Kebanyakan ikan biasa adalah sukar untuk hidup dibawah kedalaman tersebut.

Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hisup dengan bebas didalam lautan dalam. Dan ia menjadikan sisik ikan merah sebagai sumber kolagen yang sangat lasak.

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang,

  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Testimoni : Alfalfa, Suami dan Isteri

Selamat petang...

Jom baca testimoni HOT nie..Kisah tentang alfalfa, suami dan isteri. Terbukti yang alfalfa bukan sekadar milk booster, tapi membaiki sistem dalaman wanita. Isteri mantap, suami  pun sayang...


Mazlifah Mohtar 
berita panas...berita panas.... Mari berkongsi dgn ifa rahsia terbaru testimoni myself. ahaks.....jgn ketawa ya..... Perkongsian berilmu utk manfaat semua.Mumy: pa, papa rasakan mcmn performance mumy lps bersalin mia?Papa: best.....lg best dari dulu ms lps bersalin isya.Mumy: (dlm nada tersenyum n buat2 x fhm) emmmm....best knp ek... apa yg best nye..... mumy rasa sama jerk....Papa: lain, lain sgt drpd dulu. rs best, tu yg hr2 nak tu. heheheh.... (mumy dh tersenyum lebar nih....) rs ketat sgt. ms lps bersalin isya dulu rs longgar lh sket, lps mia nie, lain betul. mantap, abis la mumy lps nih..... tiap2 mlm 'seround' yer....Mumy: ape la papa nih....hehehehe (suka giler ifa.....suka tahap gaban sbb dipuji sebegini....) penat la mumy. mane boleh hari2. pengsan la mumy cam nih.....Papa: ahhhh....x kira, ape guna implanon kalu x di digunakan....hehehehe..... mumy cergas aje lps amik shaklee. semua benda mumy blh buat. pagi2 dh bangun awal, buat keje sampai mlm, masak utk papa, siapkan anak, kemas umh, melayan papa lagi. alhamdulillah, mkn shaklee ade perubahan.Mumy: alamak...menyesal lah cam nih mumy amik implanon.....kalu papa nak men hari2 ngan mumy....sbnrnyakan, papa nak tahu x mcmn blh jd camtu...Papa: mumy mkn ape......Mumy: hahahah.....rahsia lah..... (sambil berbisik pada suami). hahahahhahahahahahahahahahahahahahaha............
Itu lah rahsia ifa skrg nih. Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini. Nak tahu rahsianya.............ALFALFA LAH...... betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka. 
selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya.... pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby.
Jutaan Terima kasih Iffah Anuar kerana memperkenalkan shaklee kpd ifa n mempercayai ifa dalam menjalankan bisnesnya. Ifa xnk dh bertukar pada mana2 supplement yg lain. shaklee adlh penghujung bg segala percubaan ifa selama ini. ifa benar2 jatuh cinta dgn shaklee.
Bagi kaum ibu diluar sana, jika anda telah mangamalkan alfalfa secara istiqamah n berdisiplin, nantikan hasilnya....tidak perlu kita mencuba produk yg memberi kesan sampingan, cukup dgn hanya alfalfa dan tambahan supplement lain. Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa ifa selama ini.Unlike ·  ·  · March 1 at 2:41pm






----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com


Kebaikan Susu Ibu

Selamat Pagi...

Hari nie, saya nak kongsi tentang kebaikan susu ibu. Alhamdulillah, zaman semua di Hujung Jari, dah ramai ibu-ibu muda yang sedar tentang kebaikan susu ibu. Ibu-ibu telah mula berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu dan saling bertukar pendapat mengenainya.



Apakah kebaikan susu ibu?

1. Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.  Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula.

3. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

4. Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.

5. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

6. Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

7. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal.

8. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

9. Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

10. Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Peluang Perniagaan Bersama Kumpulan Hebat


Salam Ceria!!!

Adakah anda sedang tercari-cari kerja sampingan untuk menambah pendapatan??

Adakah anda ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka??

Adakah anda seorang yang minat untuk berniaga??

Jom sertai kumpulan kami!!!



Apa Istimewanya kumpulan kami??

1. Kumpulan kami dinaungi oleh 3 Master Coordinator hebat dan berpengalaman. Yang sentiasa memberi tunjuk ajar secara online dan offline.

2. Kumpulan sokongan yang berterusan. Disini, kami boleh berbincang, bertanya pendapat, kata-kata semangat, konsultasi dan berbagai aktiviti lagi dengan sokongan semua ahli Independent Distributor walaupun dari susur galur yang berbeza.

3. Tutorial secara online dan offline yang diberikan secara percuma oleh Master Coordinator dan senior-senior yang telah berjaya. Terdapat juga coaching berkumpulan dan individu secara offline mengikut kesesuaian masa leader dan anak buah.

4. Tips perniagaan yang sentiasa diberi oleh Master Coordinator yang sangat membantu ahli Independent Distributor. Apa yang menarik, bukan sahaja tips perniagaan yang dikongsi bersama, tetapi juga tips dan peringatan amalan rohani yang sangat dititik beratkan didalam kumpulan kami. Semoga perjalanan perniagaan kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Bagaimana Nak Mula?

Option Anda :
1. Membayar yuran keahlian sebanyak RM75, ATAU
2. Membuat pembelian sebanyak RM660 untuk keahlian percuma,ATAU
3. Membuat pembelian 2 botol Vivix, ATAU
4. Membuat pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder.

Perbezaan kami berbanding MLM lain :

1. Perniagaan kami adalah berasaskan produk. Tiada tekanan untuk head hunting a.k.a mencari downline. Ironinya, downline akan datang secara automatik dengan perkongsian maklumat yang telah dibuat.

2. Sistem yang halal dimana tiada sistem piramid yang hanya menguntungkan upline.

3. Modal permulaan yang rendah dan tidak membebankan. Semua peringkat mampu untuk memulakannya.

4. Kumpulan yang mesra keluarga dan kanak-kanak. Ahli dibenarkan untuk membawa keluarga dan anak disetiap aktivitioffline samada gathering atau coaching. Mana ada MLM lain boleh buat kan?

5. Tiada mesyuarat hingga jam 2 - 3 pagi. Ahli tidak perlu keluar meninggalkan keluarga dan anak untuk bermesyuarat hingga jam 2-3 pagi. Tidak perlu juga keluar untuk berjumpa prospek. Semuanya dilakukan secara online.

MENARIK BUKAN???
Jom sertai kami dan jana pendapatan mengikut kemahuan anda. Hubungi saya sekarang.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Diabetes : Rawat Sebelum Terlambat

Apa itu Diabetes?

Ia sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula dikawal oleh hormon utama yang disebut INSULIN. Insulin membantu badan untuk menggunakan serta menyimpan glukos yang datang daripada makanan.



Terdapat dua jenis Diabetes :

** Apabila paras insulin rendah atau tidak berfungsi dengan baik, glukos akan mulai meningkat.

1. Diabetes Jenis 1

Badan tidak dapat menghasilakn insulin yang diperlukan. Ia berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Juga dikenali sebagai Diabetes bersandar insulin ( Insulin Dependent Diabetes Mellitus atau IDDM ).
Diabetes jenis ini turut dikatakan sebagai Diabetes awal remaja. Biasanya penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insuling dari luar untuk pengawalan terhadap glukosa darah.

2. Diabetes Jenis 2

Badan masih mampu menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kepeluan tubuh. Insulin juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk terus membantu tubuh berfungsi dengan baik. Memandangkan terdapat sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubatan secara makan mahupun suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesaki ).

**************************************************************
Cadangan vitamin untuk pesakit Diabetes :

Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
GLA Complex - Kesan positif kepada diabetec neuropathy
Zinc Complex - Membantu penghasilan insulin & pemulohan luka
BComplex - Terlibat dalam metabolisme gula & pembebasan tenaga
Vitamin C - Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Alfalfa Complex - Kromium ( GTF ), membantu menstabilkan gula dalam darah
Ostematrix - TahapMG yang rendah menyumbang pada masalah diabetes
Carotomax - Menghalang penglihatan rabun
Vitalea - Imbangan vitamin & mineral lengkap

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Slim bersama Shaklee

Assalamualaikum,

Kalo orang kurus, mesti cantik kan?

Secara asasnya, anda yang mahu kurus perlu tahu beberapa proses dalam penurunan penurunan berat badan.

Jom ikuti langkah demi langkah untuk menurunkan berat badan.
Suka saya ingatkan yang walau apa pun yang anda buat untuk kurus, keAZAMan yang tinggi & KOMITMEN yang tak berbelah bahagi adalah sangat penting.



Langkah 1 : Bakar dan Buang

Secara asasnya, proses menurunkan berat badan memerlukan kita untuk membakar lemak yang terkumpul didalam badan, dan membuangnya keluar.
Untuk proses bakar dan buang, cadangan vitamin yang boleh diambil adalah :

Lecithin :  Ia berfungsi untuk membakar dan memecahkan lemak yang terkumpul didalam badan. Juga dikenali sebagai "Pengemulsi Semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kepada lemak. Boleh juga ditafsirkan sebagai lecithin akan menyebabkan lemak terapung didalam darah dan seterusnya mencegah lemak tersebut dari melekat ke dinding membrane. Lecithin adalah bahan yang tidak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi badan kita sangat memerlukannya.

Alfalfa : Vitamin yang kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Ia berfungsi untuk melancarkan pembuangan lemak dari tubuh setelah dibakar oleh Lecithin. Ia melancarkan proses perkumuhan.

Langkah 2 : Bersih dan Bekal

Membantu membersihkan usus melalui proses DETOX dan kemudian membekalkan tubuh dengan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Herblax : Ramuan asas yang terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi, alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhuarb root, fennel seed dan culver's root. SIfatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Vitalea : Adalah multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disaran oleh RDA. Ia membantu mengisi lompong-lompong tubuh yang kekurangan nutrisi.

Langkah 3 : Bina Otot

Membina otot dengan sumber protin terbaik agar tubuh menjadi lebih anjal dan terbentuk dengan cantik.
Protin digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Mix Shake : Setiap kali anda mengambil Shaklee Cinch Mix Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Cinch Mix Shake mengandungi LUECINE yang dirumus khas untuk membantu anda untuk memecahkan kitaran diet.

Energizing Soy Protien ( ESP ) : Produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat disediakan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Mengandungi Indeks Glisemik rendah iaitu 39, menjadikania sesuai untuk penghidap kencing manis.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Sihat : Hadapi Monday Blues

Salam Jumaat.

Wah!!
Bestnya esok dah hari Sabtu ye. Masa untuk merehatkan badan dan minda. Juga masa untuk bersama famili membuat macam-macam aktiviti.

Tapi, for sure yang rasa cuti 2 hari tak memadai untuk berehat bersama keluarga. Mcam tiba-tiba je, Isnin dah muncul. Ramai juga yang mood untuk bekerja tak data-datang walau hari Isnin dah menjengah. Kalau tak, mana la nak timbulnya frasa MONDAY BLUES kan?

Tips menghadapi Monday Blues :
Sumber : Rapi Nov 2012.




1. Senaraikan apa yang perlu anda lakukan pada hari Isnin. Lakukannya pada hari Jumaat. Ini penting agar hari Ahad anda tidak terganggu dengan senarai kerja yang 'tiba-tiba ada'.

2. Janganlah bermalas-malasan di atas katil sepanjang hari cuti. Aktifkan diri dengan pelbagai kegiatan agar momentum tenaga anda sentiasa berada di tahap yang baik.

3. Usah keluar malam Isnin ( hari Ahad ). Buat apa memenatkan diri kalao anda tahu yang anda perlu berjuang di pejabat esok harinya? Simpanlah tenaga sikit.

4. Buang jauh-jauh rasa resah. Hendak resah sebab apa? Mahu tak mahu, kerja itu anda harus selesaikannya. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Pasanglah lilin aromaterapi untuk meransang ketengangan.

5. Sebaiknya, amalkan senaman ringan sebelum tidur. Sebaiknya senaman itu haruslah berkaitan dengan pernafasan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Saya Nak Kempiskan Perut!!!!!

Assalamualaikum,

Jom kita amalkan beberapa tips untuk kempiskan perut..

1. Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tak usahhalah memaksa diri melakukan beratus-ratus sit-up setiap hari. Memadai satu atau dua sesi dalam seminggu sahaja.

2. Pelbagaikan lagi latihan perut anda. Usah tertumpu pada satu senaman sahaja.

3. Semasa latihan, fokuskan kepada otot kontraksi. Pastikan bahagian itu yang digerakkan dan bukannya otot dibahagian lain.

4. Latihan perut yang baik tidak akan membantu anda mengempiskan perut selagi adanya lemak antara kulit dan otot.

5. Pemakanan paling penting untuk memastikan keberkesanan latihan anda. Elakkan makanan berminyak dan bergaram. Minumlah banyak air untuk melancarkan usus anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kurus VS Sihat

Kurus vs Sihat?

Saya pasti, ramai yang beranggapan bahawa kurus tu sihat.

Tahukah anda, kesihatan itu lebih bik daripada kurus. Perlu di ingat, kita harus tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif daripada untuk kurus kepada untuk kekas sihat dan segar. Cara memasak yang paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Hindari daripada lemak haiwan.

Amalkan Teknik Pemakanan Yang Betul

Maksud teknik pemakanan di sini merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan adar ia menjadi mudah dihadam kelak.

Kurangkan Garam 

Tahukah anda pengambilan garam yang tinggi boleh menggalakkan pengumpulan air didalam badan? Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda akan menakung sedikit air. Untuk memudahkan penurunan berat badan, kurangkan pengambilan makanan yang masin.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Alfalfa Shaklee : Apa kandungannya?

Apakah kandunagn utama Alfalfa?

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun yang telah dikenalpasti sebagai makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan dengan

  • Protin
  • Asid Amino
  • Klorofil
  • Serat
  • 15 zat galian
  • 10 vitamin
  • 8 Enzim
  • Fitokimia.
10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

 Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Petua Cepat Dapat Anak

PETUA CEPAT DAPAT ANAK

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:
 
~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)   
~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan 


Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.  Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Alfalfa : Manfaat utama


Apakah manfaat Alfalfa untuk tubuh badan kita?

Jom baca..




1. Mencuci usus dan hati. - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan.- Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air ( athletes foot ) dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut.- Memperbaiki masalah saliran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol. - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5. Melawan tumor - Memakan 30 - 50 tablet untuk menalkalikan badan. Dengan itu, memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Melegakan keletihan. - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kebanyakan penyakit.

7. Mencegah / merawat atritis. - Melegakan sakit artistis dan kesakitan. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mari kenali ALFALFA?

Siapa yang mengenali ALfalfa?
Apa ciri-ciri Alfalfa nie?

Jom kita baca fakta tentang Alfalfa.



  1. Alfalfa complex merupakan Formula Shaklee signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an.
  2. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa 'Medicago sativa' secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia.
  3. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan".
  4. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa.
  5. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar.
  6. Akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
  7. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.
  8. Daun Alfalfa yang matang, kaya dengan klorofil.
  9. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya.
  10. Daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
  11. Setiap tablet Alfalfa mengandungi 3000mg alfalfa.
**Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Basic H : 1001 kegunaan


Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.



KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN

KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.



----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Offer November : Alfalfa si Raja tumbuhan

Assalamualaikum,

Promo NOVEMBER !!!!

ALFALFA si Raja tumbuhan.

PM me for special price!!!



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...