HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Set Berpantang Shaklee : Elakkan Kemurungan

Kemurungan ibu selepas bersalin kerap juga terjadi. Ia juga dikenali sebagai "meroyan" dikalangan masyarakat melayu terhadap perubahan emosi ibu selepas bersalin. Dianggarkan 85% wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka hanya mengalami kemurungan ringan dan tidak membahayakan.



Masalah kemurungan atau meroyan ini dikaitkan dengan kekurangan beberapa nutrisi penting oleh ibu selepas bersalin. 

B Complex - B6, Asid Folic & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal depresi
✿ Vitamin C - Berperanan menukarkan trytophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi.
✿ Magnesium - Kekurangan zat magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan. 


Saya kongsikan sikit panduan untuk mengelakkan masalah kemurungan ini.

✔ Pelajari & fahami tanggungjawab sebagai ibu dan bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan bacaan bermula daripada sebelum hamil lagi.

✔ Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara semasa tempoh berpantang.

✔ Dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu menjaga bayi.

✔ Dapatkan rehat yang mencukupi dengan mengambil angin dihalaman rumah seketika. Tidak perlu terperap didalam rumah walaupun sedang berpantang.

✔ Tidur sewaktu bayi sedang tidur atau cukup sekadar berehat dan berrbaring tanpa memikirkan apa-apa perkara lain.

✔ Pengambilan makanan seimbang perrlu dititikberatkan untuk kembali cergas.

✔ Lakukan senaman ringan untuk membantu anda leih cergas secara fizikal dan mental. Berjalan disekitar halaman rumah sudah memadai.

✔ Sentiasa menitikberatkan kesihatan diri dan pelajari cara untuk mengendalikan bayi semasa tempoh berpantang.


Apa yang ada didalam Set Berpantang Shaklee?


Vitamin selepas bersalin, keperluan selepas bersalin

Dapatkan sekarang di Mamadhia-Vitashop.
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Untuk Lelaki : Men's Health

Siapa kata lelaki tak perlukan vitamin?
Lelaki pun boleh jatuh sakit tau!!

Sebagai ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab besar, pastinya ada tekanan yang mengiringi kesihatan fizikal dan mental anda. Komitmen seharian yang kadangkala membebani fikiran anda, boleh juga menjejaskan kesihatan fizikal anda. Masalah-masalah yang biasa membelenggu kesihatan lelaki adalah seperti penyakit jantung, kencing manis, kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Ada juga yang mengalami masalah perubahan hormon yang menyebabkan masalah mati pucuk, pembesaran prostat, letih, lesu dan kurang stamina.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk anda wahai Lelaki?


Vitamin untuk lelaki, Vitamin kesihatan lelaki, Vitamin memelihara kesihatan seks lelaki


Omega Guard
Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik didunia yang diektrak dari minyak ikan laut dalam. Ia merupakan minyak ikan yang paling tulen dan mempunyai rangkaian penuh spektrum 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3, EPA dan HDA.
Jemput baca kelebihan Omega Guard dientry Omega Guard Shaklee Manfaat dan Kelebihan.

Vitamin E
Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru, kolon  dan sistem imun tubuh.

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E. Ia juga mengandungi 10mg silenium semulajadiyang membantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih berkesan, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga penyahtoksik semulajadi logam bera seperti raksa, kadmium, dan mengukuhkan antioksidan.
Manfaat Vitamin E Shaklee boleh didapati di Vitamin E Shaklee : Vitamin Antioksidan.

Zinc Complex
Zinc merupakan mineral yang penting bagi tubuh. Ia meransang enzim selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
Ketahui manfaat Zinc Complex di Vitamin Shaklee : Zinc Complex


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Shaklee : Zinc Complex

Zinc adalah suatu khazanah lelaki. Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan keguguran rambut. Oleh itu, zinc amat diperlukan daripada peringkat remaja hingga ke umur yang lebih lanjut.



Perbezaan Zinc Complex Shaklee

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Manfaat Utama

1. Mengaktifkan 200 jenis Enzim
Zinc berkebolehan  mengabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya meransang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk kolagen
Membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki diabetes 
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki  diabetes.

4. Bintik putih dikuku
Bintik putih dikuku adalah tanda defisensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan, atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan sistem imun
Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepat pemulihan luka
Mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc complex dan tabur keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan.

7. Memperbaiki masalah prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly / pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan seks lelaki
Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi wanita
Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu untuk menguncupkan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10.  Memperbaiki radang kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat.

11. Mengekalkan deria bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Pneumonia Dikalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum..
Bersawang dah blog Mamadhia-Vitashop nie. Tak berjaya nak update dek dilanda ujian kesihatan diri dan anak bongsu. Minggu lepas, Dhia Nur Amani dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Kajang. 5 hari juga kami berkampung disitu. Didiagnosis pneumonia di Klinik Kesihatan Bangi. Segera kami diminta merujuk ke wad kecemasan hospital. Memang pengalaman yang langsung tak dijangka.




Apa itu Pneumonia? Ia adalah jangkitana yang selalu dialami oleh anak-anak kita. Jom baca artikel yang saya ambil dari http://pama.karangkraf.com/bayi/awas-pneumonia-membawa-maut-1.2009

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.



---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vivix : Suplemen Anti-Oksidan

Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang tidak terbilang banyakya. Sel-sel tubuh ini menjalani kehidupan seperti manusia juga seperti bernafas, makan dan berkumuh. Sel manusia juga memerlukan pemakanan yang seimbang untuk terus kekal sihat dan kuat. Ia juga menjalani proses baikpulih da mati. Sel-sel yang mati pula akan digantikan dengan sel yang baru pula. 


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Proses yang mungkin berlaku semasa penggantian sel :

1. Sel mati akan digantikan dengan sel yang lemah kerana kurang nutiren. Proses ini dinamakan sebagai "degenerasi'. Kanser dikatakan berpunca dari proses penggantian sel lemah ini.

2. Sel mati akan digantikan dengan sel yang asal.

3. Sel mati akan digantikan dengan sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih gagah. Ia dikenali sebagai anti-penuaan.


Vivix bertindak dalam 4 cara :

1. Mempertahankan sel ( Cell defense )







2. Memberi tenaga kepada sel ( Cell energy )



3. Memperbaiki sel ( Cell repair )



4. Meningkatkan prestasi sel ( Cell performance )





Apa yang menarik di Mamadhia Vitashop?
Pembelian 2 botol vivix dengan keahlian PERCUMA

Sempena promosi May 2013,
Pembelian 6 botol vivix,
* PERCUMA 1 botol Vivix,
* Penjimatan sehingga RM1045
* Rebate tunai.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vivix : Jus Anti Penuaan

Vivix adalah campuran minuman botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Ia merupakan suplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan selama bertahun-tahun oleh Shaklee.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Aggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol . Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasita anti-oksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Siapa yang perlukan Vivix?

Vivix sesuai diambil oleh sesiapa sahaja orang dewasa yang mahukan khasiat polifenol semulajadi yang tinggi dan berkhasiat . 

Perhatian :
Vivix tidak sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak.

Ramai yang bertanya, bolehkah vivix diambil bersendirian tanpa mengambil suplemen lain? Ya. Ia boleh diambil bersendirian tanpa perlu mengambil suplemen lain. Vivix telah cukup baik untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Walaubagaimanapun, ia lebih memberi kesan sinergi apabila diambil bersama suplemen-suplemen lain.
Perlu diingat, Vivix perlu disimpan didalam peti ais kerana penghasilannya daripada bahan semulajadi yang memerlukan suhu yang rendah agar dapat bertahan dengan lebih lama.

Apa yang menarik di Mamadhia Vitashop?
Pembelian 2 botol vivix dengan keahlian PERCUMA

Sempena promosi May 2013,
Pembelian 6 botol vivix,
* PERCUMA 1 botol Vivix,
* Penjimatan sehingga RM1045
* Rebate tunai.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Episod Madu 3 : Slim Dengan Vitamin Shaklee

Salam Jumaat semua..
Hari semua orang bersemangat nak mengundi. Mana yang mengundi di kampung halaman, bertambah-tambah semangat nak pulang ke kampung kan?
Saya pun macam tu....:)
Sebenarnya lebih kepada semangat untuk menziarahi kedua orang tua yang dah lama tak di jenguk.

Ok. Hari ini saya nak sambung kisah semalam, 

Sebelum tu, nak bagi pesanan dulu untuk mereka yang bergelar suami yang berniat untuk menambah pasangan anda. Ia bukan sekadar tambah pasangan ye...Termeterai je akad & nikah, berrmakna anda telah menambah :

1. Pasangan
2. Tanggungjawab
3. Pahala / dosa

So, fikir-fikirkan....Ia bukan sekadar rezeki anda, tapi juga sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kecintaan anda terhadap Yang Maha Pencipta...

Ok. Untuk isteri-isteri pula, sila ambil langkah andai anda tak mahu kejadian ini melanda rumahtangga ye..
Semalam dah sharing pasal nak cantikkan kulit...so hari nie, kita target untuk slim pula.


Kurus dengan Shaklee


** Poster ini terbalik. Saya akan betulkan kemudian ye...

Memang lazim andai saiz bertambah, seiring dengan pertambahan zuriat dan usia. Tapi, itu bukan alasan untuk isteri biarkan bentuk badan terus berubah dan rosak. Bak kata ustaz panel tu ~~saya tak tahu pula apa nama beliau~~ mata & nafsu suami sentiasa muda, walaupun tenaga dah tua. Macam-macam produk kuat ada....

Set pelangsingan, saya bahagikan kepada 2 peringkat. Iaitu set basic, wajib diambil dan set lanjutan. Ia bergantung kepada bajet anda tau! Pilihan ditangan anda.

Set Basic




Terdiri daripada Lecithin & Alfalfa untuk membakar dan membuang lemak.

*Lecithin berfungsi untuk membakar lemak dengan bertindak sebagai pembersih salur darah, mengemulsi lemak, kolestrol dan trigleserid didalam tubuh.
* Alfalfa juga membantu menghapuskan lemak dan kolestrol. Ia juga dikenali sebagai vitamin detox. Membantu mencuci hati, darah dan usus. Memudahkan pembuangan lemak daripada tubuh.

Set Lanjutan


Terdiri daripada Herblax & Vitalea untuk membersihkan usus dan membekalkan nutrisi kepada tubuh.

* Herblax berfungsi untuk mengangkut semua lemak dan kolestrol yang telah diemulsikan oleh Lecithin dan di Detox oleh Alfalfa keluar daripada tubuh.
* Vitalea berfungsi untuk membekalkan vitamin / mineral kepada tubuh akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang


Terdiri daripada Cinch mix Shake atau ESP untuk membina otot tubuh yang lebih cantik dan tegap.
* Cinch Mix Shake / ESP merupakan sumber protin untuk membantu tubuh membina otot setelah semua lemak yang ada didalam tubuh dibuang. Ia mengelakkan tubuh menjadi menggeleber da tidak cantik.
Pilihan ditangan anda. Pengambilan semua vitamin-vitamin ini boleh dibuat mengikut bajet anda. Walaubagaimanapun adalah lebih bagus jika diambil secara serentak kesemuanya.

Jaga diri, hiasi peribadi.
Demi menjaga keharmonian rumahtangga anda.

Jangan lupa hubungi saya ye!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Inspirasi Kejayaan : 10 Ciri Usahawan Berjaya

Salam Subuh semua!!

Tip ini saya petik daripada Majalah Mingguan Wanita. Ia cukup memberi inspirasi kepada semua wanita yang ingin menempa kejayaan tanpa mengira dalam bidang apa pun anda berada.

Jom Baca!!

1. Kepercayaan kepada diri  sendiri
Ia adalah ciri penting yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. Andainya anda tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk berjaya, maka segala usaha yang anda buat adalah sia-sia dan tidak membuahkan hasil.

2. Bercita-cita tinggi
Anda perlu benar-benar MAHU jika mahukan kejayaan. Ada ramai diantara kita yang apabila tidak berjaya meraih yang terbaik, maka kita akan memujuk diri sendiri dengan berkata 'tidak apa' andai tidak mencapai kejayaan.

3. Tampak berkeyakinan
Jagalah ketrampilan diri dan tunjukkan keyakinan anda. Tahap keyakinan adalah penting untuk memenangi dan menambat hati pelanggan. Apabila anda nampak yakin, maka kepercayaan dari mereka juga amat mudah diperolehi.

4. Keghairahan terhadap produk
Terokailah dimana letaknya minat anda. Letakkan kepercayaan keatasnya dan anda akan membina keghairahan terhadap apa yang anda ceburi. Maka, lebih mudah untuk anda mendalami, mempelajari dan mengusahakan perniagaan itu.



5. Rendah diri dan kesediaan untuk belajar 
Anda tidak boleh duduk bersahaja dan berpuashati apabila mengusahakan perniagaan sendiri. Anda perlu sentiasa berinovasi agar dapat bersaing dengan usahawan-usahawan lain. Luangkan masa untuk menghadiri bengkel, membuat kajian sendiri atau belajar daripada orang lain.

6. Hala tuju
Dapatkan dan lihat hala tuju yang jelas kemana perniagaan anda akan dibawa. Adakah ia setakat itu sahaja atau akan semakin berkembang dengan pesatnya.

7. Ketegasan
Anda perlu bersikap tegas supaya orang lain akan lebih hormatkan anda. Namun, ia bukan bermaksud anda perlu keras kepala dan tidak boleh berlemah lembut. Hanya tidak perlu menunjukkan kelemahan didalam sifat lemah lembut itu.

8. Kerja keras
Anda perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Ketepikan semua halangan dan alasan.

9. Keberanian
Untuk menguruskan sesuatu perniagaan, anda perlu berhadapan dengan segala cabaran dengan hati yang teguh. Anda perlu memaksa diri untuk keluar daripada zon selesa. Anda juga perlu mengambil risiko dan sudi menerima kesilapan yang berlaku.

10. Kegigihan
Memulakan sesuatu perniagaan adalah satu perkara yang cukup sukar apatah lagi untuk meneruskannya. Untuk itu, anda perlu gigih dan tidak boleh berputus asa dengan mudah.

-------------------------------------------------------------
Anda mahu keluar daripada zon selesa dan menjana pendapatan?
Didalam kumpulan kami, ianya akan ditunjukkan dan diajar.
Namun, anda yang perlu menggerakkannya...

Jangan lupa hubungi saya ye!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Episod Madu 3 : Sihat, Cantik dan Slim bersama Vitamin Shaklee

Hamboi!!
Tajuk sangat gojes...



Ok. Sebenarnya pagi tadi ada tengok Tanyalah Ustaz @TV9 dengan tajuk MADU 3. Dah 2nd episod rupanya. Saya tertinggal Tanyalah Ustaz semalam.
Jadi, apa yang dapat saya simpulkan, walau apa pun rupa paras suami, walau apa pun perangai mereka, walau siapa pun mereka, keperluan isteri untuk menjaga penampilan luaran dan dalaman sangatlah penting.
Mula-mula, memang rasa angin satu badan bila dengar ustaz tu asyik sebut tentang keperluan isteri untuk melayan suami sahaja. Tapi, sudah itu fitrahnya. Sebagai seorang isteri, saya berpendapat ada kewajaran untuk kita menjaga tatasusila penampilan luaran dan dalaman andai tidak mahu suami berpaling tadah. Namun, andai ditakdirkan begitu, anggap sajalah rezeki dan ujian untuk suami membahagi kasih kepada wanita lain. Yang penting, bila semuanya dah terjaga, tiada pun cacat cela, sekurang-kurangnya untuk kepuasan diri sendiri. Sekaligus masyarakat luar tidak akan menyalahkan isteri sama sekali.

Untuk suami pula. Sebolehnya, hargailah pengorbanan isteri anda yang sudi menjadikan rahimnya sebagai tempat tumpangan untuk semua zuriat anda. Walau berapa bilangan mereka, isteri pasti merelaknnya dengan seikhlas hati. Andai ada kekurangan, bincang dan beritahu. Pastikan beserta tindakan. Andai mahu isteri anda sentiasa cantik, sentiasa slim, bantulah beliau. Hadiahkan beliau dengan sesuatu yang membolehkan matlamat itu tercapai.

Panjangnya mukaddimah....Hahaha!


Beauty Booster!!

Sebagai langkah pertama, mari kita pastikan penampilan luaran sentiasa cantik dan sedap mata memandang. Apa lagi...semua isteri-isteri, marilah menjaga keremajaan kulit masing-masing.
Tak perlu ada hidung mancung bak seludang,
Tak perlu ada pipi bagai pauh dilayang,

Kalau dah memangnya hidung baka melayu, mana nak datangnya mancung bak seludang tu kan? Bonus untuk mereka yang memilinya. Jadi, kalau hidung orang melayu, tak cantik ke? Tentulah cantik. Anugerah Allah. Alhamdulillah.

Jom kita berbeauty booster dengan ESP dan Vitamin E, Set premium yang mampu milik. Untuk dapatkan kulit yang bebas jerawat, bebas parut, bebas jeragat, halus, mulus dan gebu. Tak perlu berhabisan untuk ambil suntikan kolagen atau botox yang sangat mahal dan diragui keselamatannya.

Untuk melihat testimoni pengguna ESP dan Vitamin E, jemput baca entry 

ESP telah membuktikan keupayaan dalam membantu menghaluskan kulit ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ini kerana mereka mengambil ESP untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sebagai bonus, ibu-ibu ini mendapat kulit yang begitu halus dan licin serta gebu. Untungkan? 
Namun begitu, tak bermakna ESP hanya untuk ibu-ibu menyusu sahaja. Ia sesuai diambil oleh semua peringkat samada wanita mahupun lelaki.

Vitamin E memang sudah terkenal dengan kelebihannya dengan penjagaan kulit. Untungnya, Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan silenium yang memudahkan lagi penyerapan vitamin E itu sendiri oleh tubuh. Malahan formula baru vitamin E Shaklee, ia turut diperkaya dengan esktrak biji anggur.

Untuk mereka yang ingin dapatkan kulit yang sihat dan cantik, boleh hubungi saya ye. 
Konsultasi juga percuma!

* Suami pun boleh hadiahkan Beauty Booster ni untuk isteri anda!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...