HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

GLA Shaklee : Apa bezanya dengan EPO?

Suplemen EPO atau nama penuhnya Evening Primrose Oil, sangat popular dikalangan wanita. EPO diperbuat daripada sejenis bunga yang dikenali sebagai bunga English Primrose yang sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah kewanitaan da sakit sendi. Adalah dimaklumkan EPO bukanlah sejenis nutrien seperti DHA, EPA dan sebagainya. Ia adalah nama sejenis suplemen minyak dari bunga English Primrose.




Minyak yang dihasilkan dari bunga English Primrose ini mengandungi GLA - Gamma-Linolenik Acid. Ia digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah wanita. GLA juga terkandung didalam bunga Borage yang digunakan sebagai bahan utama didalam GLA Complex Shaklee.




Apakah Perbezaannya?

Jadi apakah perbezaan antara minyak dari English Primrose yang terkandung didalam EPO dengan minyak yang dihasilkan dari bunga Borage yang terdapat didalam GLA Complex Shaklee? Minyak bunga Borage mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding hanya 10% GLA yang terdapat didalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi ini terbukti lebih baik untuk membantu didalam beberrapa masalah kesihatan wanita seperti PMS, artrhitis dan eczema.

Vitamin Subur, Set kesuburan

GLA Complex Shaklee juga mengandungi Vitamin E dan miyak biji bunga Matahari yang kaya dengan asid lemak omega-6. Daun Borage juga dikatakan Galactogogue yang bagus. Didalam GLA Complex SHaklee, bahan yang digunakan adalah biji bunga Borage. Bukan daunnya.

MInyak Borage juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang kebaikan GLA Complex Shaklee ini, boleh hubungi saya, 013-398 4050 / nadhira.haqim@gmail.com

Untuk makluman, kandungan keempat saya berlaku dengan pengambilan GLA Complex ini. :)

Kredit info : Vitamin Semulajadi

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Sayang Baby : Teknik Urutan

Siapa suka kena urut?
Bestkan kalau dapat pergi spa, ada orang urut, rehatkan tubuh.

Bayi pun alami perkara yang sama. Urutan akan memberi kelegaan kepada tubuhnya. Disamping itu, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. Hari ini, saya akan kongsikan teknik untuk mengurut bayi anda.

Sebenarnya tiada peraturan khas untuk mengurut bayi. Ibu boleh mengubahsuai teknik urutan mengikut kepelruan bayi. Ibu mestilah peka dan sensitif. Bagi bayi yang baru lahir, urutan selama 10 minit sudah memadai, manakala bayi yang sudah melewati beberapa bulan mungkin boleh menikmati urutan sehingga 20 minit. Ibu mestilah peka dan boleh berhenti apabila bayi anda sudah cukup diurut.


Urutan Bayi, Bonding Time


Teknik mengikut langkah :

1. Letakkan tapak tangan anda di kepalanya dan urut perlahan-lahan hingga ke dagu.
2. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah didahinya. Kemudian urut perlahan seperti melukis bulatan kecil di pelipisnya.
3. Urut perlahan bibir atas bayi anda dengan ibu jari. Ulang pada bibir bawahnya.
4. Dengan kedua-dua tangan ditengah-tengah dada, lakukan urutan ke sisi badan, mengikut arah rusuk. Kemudian buat pusingan berbentuk hati ke tengah dada.
5. Gunakan bahagian luar tangan anda dan lakukan urutan perlahan pada perut simanja. Mulakan dengan sebelah tangan, diikuti tangan yang sebelah lagi.
6. Mulakan di bahagian abdomen, urut perlahan-lahan ke atas dengan hujung jari anda.
7. Mulakan di bawah rusuk dan lukis huruf "I" ke sendi punggung.
8. Love - Urut di bahagian abdomen, dari kiri ke kanan, membentuk bahagian panjang huruf "L". Lakukan urutan pendek ke bawah, di bahagian kanan perut untuk melengkapkan huruf "L"
9. "You" - Lengkapkan urutan dengan huruf "U" terbalik. Urut tulang punggung bayi, di bahagian kanan dengan jari-jemari anda.
10. Pegang bahagian atas lengan bayi anda dengan kedua-dua tangan. Kemudian, gerakkan tangan anda ke bawah dengan perlahan-lahan, dari bahu ke tangannya, sambil memicit dengan perlahan.
11. Urut pergelangan tangan kirinya dengan ibu jari atau jari telunjuk anda. Kemudian, urut tapak tangannya, sambil membuka genggaman tangannya. Lakukan urutan yang sama pada tangan kanan.
12. Gosok tapak tangan, sambil mengurut ke atas kearah jari-jari dengan ibu jari anda.
13. Urut buku lali, seterusnya kaki bayi anda. Sokong buku lalinya dan gunakan ibu jari anda untuk mengurut di tapak kaki, dari tumit hingga ke jari kaki.
14. Pegang kaki bayi anda dan gerakkan kedua-dua tangan anda ke bahagian paha. Kemudian, urut dari paha ke bawah sambil memicit perlahan.
15. Tiarapkan si manja anda. Urut badan bayi anda dari leher hingga ke bawah, termasuk punggung. Dengan menggunakan hujung jari, urut otot-otot di kiri dan kanan tulang belakang dengan perlahan.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kenali Lecithin : Vitamin Kurus Anda

Lecithin diektrak daripada kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Manfaat Utama

1. Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.

2. Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.

4. Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki elergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.

7. Mengahalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress- Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9. Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalak peredaran darah.

10. Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11. Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Bagaimana Untuk Membancuh ESP Shaklee

ESP adalah feveret saya!!
Sehari tak ambil, tak lengkap rasanya makanan dan minuman saya. Anda bagaimana?

Hari ini, saya nak kongsi cara saya membancuh dan menikmati ESP bersama sunquick.

ESP, sunquick, cara bancuh


Step 1 : Bancuh air sunquick tanpa gula
Step 2 : Ambil tin ESP anda
Step 3 : Masukkan sesudu ESP kedalam shaker berisi air sunquick
Step 4 : Shake keduanya dan nikmati kelazatannya!!

Senang je kan? Tak ada rasa susu, tak ada rasa soya yang tak sedap. Pada yang belum cuba tu, silalah dapatkan ESP anda daripada saya...:)

Selain daripada sunquick saya kongsikan juga beberapa resepi yang boleh anda cuba.

  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali)


Selamat Mencuba !!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Bilakah: Waktu Terbaik Untuk Makan Vitamin?

"Bila nak makan Herblax nie?"
"Boleh ke telan alfalfa 10 biji sekaligus?"
"Boleh ke makan B-Complex lepas makan?"

Ye, betul. Memang ini antara soalan yang kerap ditanya sejak saya bergelar SID atau pengedar vitamin Shaklee. Dulu, saya pun seperti anda juga. Memang mengelirukan terutamanya bila terlalu banyak jenis vitamin yang perlu dimakan. Pastinya teragak-agak terutamanya bagi mereka yang ambil set menyusu, ada 4 jenis vitamin nak ditelan. 

Perlu ke makan semua serentak?. 
Bila nak makan yang ini? Bila nak makan yang itu?
Boleh kembung air kalau nak makan smeua nie..

Jadi, bilakah waktu yang sesuai untuk ambil vitamin? Biasanya, waktu yang dicadangkan adalah pada waktu malam : Selepas makan malam. Ini kerana badan lebih mudah menyerap nutrien pada waktu malam : waktu tidur. Tapi, malangnya tak semua orang ingat untuk ambil vitamin pada waktu malam temasuk saya. Selalunya, bila dah berbaring sambil menyusukan baby, saya akan terus tertidur...huhu
Rasanya ramai yang sebegitu? kan..kan..

Vitamin Shaklee, Set Menyusu, Waktu Sesuai


Walaubagaimanapun, general rule pengambilan vitamin masih boleh dijadikan panduan untuk membuat jadual mengikut kesesuaian masa individu.

Vitamin Larut Air ( B dan C ) : Sebaiknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D, E, K ) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berminyak / berlemak.

Ostematrix ( Kalsium ) : Sebaiknya diambil bersama minuman bersusu atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu yang dikatakan membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti, begitu juga Ostematrix bertindak.

Lecithin : Diambil bersama vitamin larut lemak lain. 


JANGAN

1. Jangan ambil Alfalfa bersama-sama dengan Vitamin E. 
Ini kerana ia boleh mengganggu penyerapan Alfalfa.

2. Jangan ambil suplemen zat besi ( Iron ) bersama-sama Ostematrix. 
Ini kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Vitalea telah dilengkapi zat besi. Oleh itu, ambil keduanya pada waktu yang berbeza untuk mengelakkan gangguan penyerapan kedua-dua vitamin tersebut.

3. Pengambilan yang baik adalah selepas sarapan pagi bagi membantu penyerapan yang lebih baik.

Vitamin dan mineral perlu diambil pada kadar yang telah dicadangkan sahaja. Pengambilan vitamin dan mineral yang berlebihan terutamanya vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia akan disimpan didalam badan dan boleh menjadi toksid.
Jika anda merasakan cara pengambilan vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan kepada tubuh, bolehlah jadikan cadangan diatas sebagai panduan.

Jadual Vitamin, Jadual Makan Vitamin, Cara Makan vitamin


Harus diingat bahawa pengambilan air kosong adalah sebanyak 3 liter sehari.
Jadual ini hanyalah sebagai panduan. Ia masih bergantung kepada tubuh anda juga. 
Selamat mencuba!!

Kredit to : Kedai Triple S

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Perkongsian : Mengapa Aku Diuji?

Sumber : Dari wall Kak Melur Jelita.

1. KENAPA AKU DIUJI?

Surat Al-Ankabut: 2-3

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3. KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Surah Al-Baqarah ayat 286

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."

4. BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

Surah Al-Imran ayat 139

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5. SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!

Surah Yusuf ayat 87

“ Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6-. BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?

Surah Ali-Imran ayat 200 

" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7. APA JAWAPANNYA?

Surah Al-Baqarah ayat 45-46

" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8. SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?

Surah Ali-Imran: 173

" Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9. KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Surah At-Taubah ayat 129 

" Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL.

CUKUPLAH ALLAH ADA, DIA ADA UNTUKKU

DEMI WAKTU, DI BAWAH LANGIT-MU, KU AKUI NIKMAT- MU

DENGAN HATI IKHLAS YANG SENTIASA MENGINGATI ALLAH, LANGIT RUNTUHPUN AKU TAK TAKUT!



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Penyusuan : Posisi Menyusukan Bayi Mengikut Keselesaan.

Ibu-ibu yang sudah mempunyai pengalaman meyusukan bayi, pasti tidak mempunyai masalah untuk menentukan posisi yang selesa untuk memberikan bayi susu.

Namun, bagi ibu-ibu baru, mungkin ia menjadi suatu masalah juga. Memikirkan mana satu posisi yang selamat, sesuai dan selesa untuk ibu dan bayi. Dalam entri kali ini, saya kongsikan posisi yang mungkin boleh digunakan oleh ibu-ibu semasa menyusukan bayi.



1. Posisi mendukung ( Craddle hold )
Ia adalah posisi dimana ibu mengampu payudara dengan tangan kanan manakala badan bayi pula diampu oleh tangan kiri. Juga boleh sebaliknya. Bayi akan menyusu dari payudara kiri.

2. Posisi mendukung bersilang ( Cross craddle hold )
Posisi dimana ibu mengampu payudara menggunakan tangan kanan dan kepala bayi diampu dengan menggunakan tangan kiri. Bayi akan menyusu melalui payudara kanan.

3. Posisi berbaring
Posisi ini membolehkan ibu menyusukan bayi dalam keadaan yang lebih santai. Baring mengiring dengan kepala lebih tinggi daripada badan. Letakkan bayi disebelah dengan mulutnya menghadap puting payudara. Ibu boleh mengampu payudara dengan tangan yang terletak dibahagian atas dan tangan sebelah lagi bolehlah digunakan unuk memeluk bayi.

4. Posisi mendakap ( Football hold )
Posisi ini memerlukan alat bantu iaitu bantal penyusuan. Ibu perlu duduk dan meletakkan bantal penyusuan pada bahagian kiri atau kanan. Ambil bayi, baringkan ia di atas bantal tersebut dan halakan mulutnya ke arah puting payudara. Sebelah tangan ibu akan mengampu payudara dan sebelah tangan lagi perlu mengampu kepala bayi agar kedua-duanya selesa dalam sesi penyusuan.  

So, bolehlah ibu-ibu memilih posisi mana yang sesuai dan selesa untuk kalian berdua. Yang penting, posisi-posisi yang dinyatakan diatas adalah selamat.

Nak cuba set milk booster untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu untuk si manja? Jangan malu-malu untuk hubungi saya.

sid 866979 | 013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Cecair Kolostrum : Apakah Ia?

Dialog 1 :

"Lepas dah bersalin nanti, susu awal yang keluar tu, mesti dibuang. Tu susu basi tau." pesan Halimah kepada ananya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

Dialog 2 :

"Kenapa ye? hari ke-2 baby lahir, susu yang aku perah berwarna kuning? Bukan ke susu badan warnanya putih" tanya Lina kepada sahabatnya.

Ia adalah dialog biasa bagi ibu-ibu muda yang tidak mempunyai pengetahuan tentang susu ibu. Cecair yang mereka maksudkan itu adalah Kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seseorang ibu pada lingkungan 3 hari pertama selepas melahirkan bayinya. 
Kolostrum merupakan cecair istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenali dunia ini. Ciptaan hebat ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat didalam susu matang, apatah lagi susu formula.

Tahu bagaimana rupa kolostrum?

Kolostrum sangat kaya dengan antibodi. Berwarna kekuningan, ia mengandungi banyak sel hidup didalamnya sehinggakan digelar sebagai darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan ( Growth Factor ) dan amat kaya dengan Vitamin A.


tip penyusuan, rahsia susu banyak
Kolostrum susu ibu


Apakah kepentingan kolostrum?

1. Dapat memberi perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan.
2. Mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis atau demam kuning.
3. Mematangkan usus bayi.
4. Mengurangkan risiko alergy kepada bayi.
5. Mengurangkan kesan kesan penyakit.
6. Mengandungi vitamin A yang mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
7. Mengandungi Sekretori Immunoglobulin A ( SlgA ) iaitu sejebis protin yang berfungsi sebagai antibodi didalam tubuh bayi.
8. Merupakan immunisasi pertama dan terpenting bagi setiap bayi.


Tips-tips untuk memberikan bayi kolostrum susu ibu

1. Meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan.
2. Usahakan agar bayi dapat menyusu dan melekap dengan betul di payudara ibu.
3. Jika tidak mahir, dapatkan bantuan doktor dengan segera.
4. Sentiasa menyusukan bayi pada bila-bila masa yang dia mahu.
5. Biarkan bayi sentiasa bersama ibu selepas kelahiran ( rooming in )
6. Elakkan bayi dibiarkan di bilik berasingan /nursery sebaik sahaja selepas kelahiran.
7. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja. Elakkan daripada memberi bayi air kosong dan susu formula.

Kepada ibu-ibu, marilah berikan susu ibu yang nyata susu terbaik kepada bayi anda. Tiada alasan yang patutu diberikan memandangkan kini telah banyak kumpulan bantuan tentang penyusuan susu ibu dan terdapat berbagai produk kesihatan yang boleh diambil untuk membantu misi penyusuan susu ibu.

Jika ingikan lebih tips tentang penyusuan susu ibu, jangan segan dan malu untuk hubungi saya.
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Triple M : Testimoni Sendiri

Alhamdulillah....

Allah murahkan rezeki anak-anak saya, Irdina Nur Eizzara dan Dhia Nur Amani.
Kedua-duanya berpeluang untuk menikmati vaksin terhebat didunia iaitu susu ibu. Walaupun Dhia minum susu formula di rumah pengasuh, Dhia memang menolka mentah-mentah susu formula apabila pulang kerumah. Dan untuk Irdina, saya akan berjuang untuk menyusukannya hingga ke usia 2 tahun.

Apa rahsianya?

Tiada rahsia lagi. Sememangnya saya mengamalkan set Penyusuan Triple M untuk membantu saya mendapatkan tubuh yang sihat selalu. Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari adalah satu kewajipan juga. Selain daripada itu, sesi mengepam susu mengikut jadual mestilah dipatuhi. Memandangkan tempoh masa mereka diletakkan di rumah pengasuh adalah singkat, saya hanya mengepam sebanyak 3 kali sehari dan melebihkan sesi direct feeding.



Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 8oz - 10oz untuk satu sesi mengepam. Walaupun tidak banyak seperti orang lain, saya tetap bersyukur kerana ia mencukupi keperluan anak-anak saya yang berdua itu.

Set Penyusuan triple M

Set Triple M terdiri daripada;
Triple M = Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP
Dan saya menambah Omega Guard didalam pengambilan harian untuk proses menurunkan berat badan.

Setiap pagi sebelum bersarapan dan memulakan aktiviti menguruskan anak kesekolah, saya akan mengambil sesudu ESP yang dibancuh bersama segelas milo suam. 
Selepas bersarapan pula, saya akan mengambil sebiji Vitalea, B Complex dan 2 biji Vitamin C.
Keempat-empat vitamin ini diambil bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan tubuh berada didalam keadaan yang baik dan cergas untuk melaksanakan tugasan seharian.

5 biji Alfalfa dan 2 biji Omega Guard saya ambil selepas makan tengahari. Selain daripada menjadi milk booster, alfalfa juga sangat membantu proses detox keatas tubuh selepas pengambilan berbagai jenis makanan. Ia juga sangat bagus untuk pembaikan sistem dalaman peranakan wanita.
Omega Guard pula membantu untuk memecahkan lemak didalam tubuh. Selain itu, ia juga sangat bagus untuk perkembangan otak dengan adanya kandungan Omega 3. Secaratidak langsung, kebaikan Omega Guard akan disalurkan kepada anak-anak saya melalui susu ibu.

Sekali lagi saya akan mengambil 5 biji Alfalfa dan 2 biji Omega Guard selepas makan malam. Saya tidak akan meninggalkan sesi makan kerana saya memerlukan tenaga dan semua nutrien didalam makanan untuk menghasilkan susu ibu. 

Sebelum masuk tidur, saya akan mengambil sesudu ESP yang dibancuh bersama segelas milo suam serta 4 biji Ostematrix. Ia bertujuan untuk saya mendapatkan tidur yang lena dan dapat bangun keesokan hari dengan lebih bertenaga. Ostematrix membantu saya untuk menjaga tulang memandangkan peningkatan usia dan telah melahirkan anak.

Alhamdulillah, selain daripada membantu saya mendapatkan tubuh yang sihat, penghasilan susu ibu yang banyak, kesemua vitamin ini juga membantu saya untuk menurunkan berat badan. Kini, saya berat telah turun sebanyak 17kg selepas bersalin. Saya sedang menurunkannya lagi hingga berat sasaran yang saya kehendaki. InsyaAllah.

Anda ingin mengikut jejak langkah saya?
Jangan malu untuk hubungi saya ye...

Noriah | sid 866979
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Amalan Penambah Rezeki

Sekadar perkongsian.
Dalam kita sibuk mencari rezeki dari siang membawa ke malam. Dan malam membawa ke hari siang.

1. Istighfar

Allah SWT berfirman,

" Maka Aku katakan kepada mereka : " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirinkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan ( pula didalamnya ) untukmu sungai-sungai.
( Nuh: 10, 11, 12 )

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,

" Barangsiapa  memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan memberikan kelapangan dari segala kesusahan, jalan keluar dari segala kesempitan, dan memberikan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka"
( Riwayat Imam Ahmad )


2. Silaturahim

Allah SWT berfirman,

" Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan agar dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk."
( Ar-Ra'dun : 21 )

Diriwayatkan daripada anas r.a, Nabi bersabda yang bermaksud;

" Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka bersilaturahimlah"
( Mutafaqun 'alaihi )


3. Doa

Doa merupakan senjata seorang Mukmin, juga merupakan cahaya langit dan bumi.

Allah SWT berfirman;

" Dan Tuhanmu berkata : Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku-perkenankan bagimu"
( Ghafir / Al-Mu'min : 60 )

Rasulullah SAW bersabda;

" Tidak ada yang dapat menolak qadar kecuali doa, dan tidak ada yang menambah umur kecuali perbuatan baik"
( Riwayat al-Hakim )

" Mahukah kalian aku tunjukkan perkara ayng mampu menyelamatkan kalandari musuh dan memperbanyakkan rezeki kalian? Kalia berdoa kepada Allah pada malam dan siang hari, kerana doa adalah senjata orang Mukmin"
( Riwayat Abu Ya'la )

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Penyusuan : Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Menyusukan bayi adalah satu pengalaman indah buat seorang ibu. Memberi dan melihat anak menyusu, boleh mengeratkan jalinan kasih sayang antara ibu dan anak. Selain daripada itu, susu ibu merupakan vaksin utama yang paling berkesan keatas kesihatan anak-anak.

Wahai ibu, marilah kita berikan hak anak-anak sebaiknya.

Tahukah anda?

Proses penyusuan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan keatas ibu. Kedudukan ibu dan bayi serta lekapan mulut bayi adalah penting untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi selesa.



Tips penyusuan yang betul

1. Pastikan mulut bayi melekap pada keseluruhan aerola dan bukan setakat puting anda sahaja. Ini kerana jika bayi anda hanya menghisap puting, puting anda akan menjadi perit dan mudah terasa sakit.

2. Tekap payudara anda dengan kain yang basah dan suam 3-5 minit sebelum penyusuan untuk membantu pengaliran susu.

3. Pastikan bayi dapat bernafas dengan baik semasa penyusuan.

4. Sebaiknya, anda harus gilirkan payudara anda setiap kali anda menyusukan, pada permulaan penyusuan, anak anda akan menghisap lebih kuat dan payudara anda akan menyesuaikan penghasilan susu mengikut hisapan bayi anda.

5. Kebanyakan sebab yang biasa kepada puting yang luka ialah kesilapan cara mulut bayi melekap.

6. Sentiasa basuh tangan anda sebelum anda mula menyusukan bayi.

7. Jangan guna alkohol atau produk lain pada payudara anda kerana ia mungkin boleh memudaratkan payudara.

8. Bagi mengelakkan jangkitan dan kesakitan pada puting, sapukan beberapa titis susu anda sendiri pada sekitar kawasan puting anda selepas anda menyusu dan biarkan kering.

9. Jangan berikan susu botol sebagai tambahan kepada bayi anda kerana ia menyebabkan bayi anda kurang meminum susu badan dan susu badan yang dihasilkan akan berkurangan.

Untuk berkongsi lebih tips tentang penyusuan, boleh hubungi saya,

Noriah - 013-398 4050  

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee : Kenapa Saya Melakukannya?

Mengapa saya melakukannya?

Menjana pendapatan bersama Shaklee adalah sesuatu yang tidak saya jangka sama sekali. Dengan permulaan hanya sebagai pengguna, setelah merasai keberkesanannya sepanjang perjalanan penyusuan Dhia, membuatkan saya tertarik untuk bersama-sama menjana pendapatan dan membina empayar bersama.
Banyak faktor juga sebenarnya mengapa saya tertarik untuk terlibat dengan perniagaan ini.

Pertama, mengenali rangkaian vitamin Shaklee yang memberi 1001 kebaikan kepada saya dan keluarga. Kami menjadi lebih sihat, lebih bertenaga,  lebih berkeyakinan dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu. Dikenali oleh ramai orang diatas keberkesanannya membantu mendapatkan hidup yang lebih sihat. Bak kata pepatah "The product speak itself". 

Kedua, mengenali rangkaian kumpulan perniagaan Shaklee. Yang mana ahli-ahlinya sangat positif, sangat akrab dan saling ingat-mengingati. Tidak sekadar tips dan strategi perniagaan,  juga tentang perjalanan ke dunia abadi. Tidak hanya berkongsi rahsia menarik rezeki, malah lebih daripada itu. Zikir, al-quran, solat-solat sunat, zakat dan sedekah. Semua diberi penekanan. Dapatlah saya merasai keajaiban apabila kita menjadikan Allah sebagai bisnes partner yang paling akrab dan paling dipercayai.

Ketiga, sudah pastinya saya berniat untuk menjana pendapatan untuk menaikkan ekonomi keluarga terutamanya untuk kesenangan anak-anak. Rasanya semua ibu bapa ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Dan saya nampak matlamat itu semakin hampir apabila berada bersama keluarga Shaklee. Dan sesunguhnya saya telah mendapat sedikit impak dari perniagaan ini. Kini saya melakukannya secara sepenuh masa. NIat dihati, saya ingin melihat anak membesar didepan mata kerana saya hanya perlu bekerja dari rumah. Walaupun mereka dihantar ke nursery juga, tetapi dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding sebelum ini.

Saya percaya..

Apabila kita berusaha, InshaAllah hasilnya pasti manis. Shaklee menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan setnding dengan usaha setiap orang. Dengan berbagai insentif yang disediakan, ia pasti menarik disepanjang perjalanan untuk sampai ke garisan kemenangan. Antara faedah yang disediakan adalah kepada ahli yang menyertai keluarga Shaklee :

✔ Dapat membeli dengan harga ahli / DN    
✔ Menerima penerbitan tertentu Shaklee. Cth ; Shaklee Today, flyers  
✔ Latihan. Latihan oleh Shaklee atau oleh pemimpin2 kumpulan  
✔ Layak untuk perlantikan ke SUpervisor. Kali pertama dilantik, ada insentif RM yang akan diberikan.  
✔ Bonus peribadi bulanan bagi yang layak. Kelayakan adalah dengan pembelian melebihi 150UV  
✔ Boleh menaja orang lain untuk menjadi SID  
✔ Boleh menyertai program tajaan antarabangsa. Seminar keluar negara jika memenuhi syarat yang ditetapkan.  
✔ Menghadiri acara tajaan syarikat untuk para SID


Dan ini pula faedah untuk mereka yang benar-benar ingin mencapai impian bersama Shaklee :
✔ Bonus kepimpinan - Shaklee bayar ikut kelayakan
✔ Bonus Program Insentif - Shaklee bayar ikut kelayakan
✔ Program subsidi kereta
✔ Seminar, persidangan atau konvensyen - travel macam melancong
✔ Program insentif tambahan yang diumumkan dari masa ke semasa
✔ Pengiktirafan peribadi dalam Majalah Shaklee, majlis anugerah dan konvensyen

Saya juga percaya..

Dengan matlamat yang jelas, usaha tanpa henti dan doa yang berterusan, saya akan berjaya menggapai impian dan cita-cita tersebut. Semoga segala kepayahan, tangisan dan air mata yang telah tumpah akan membuka laluan untuk saya berjaya dengan Shaklee.

Dengan hanya menggunakan media sosial internet seperti Facebook, Instagram dan blog, perniagaan Shaklee semakin berkembang dengan lebih meluas. Saya juga tidak mengamalkan menyimpan lambakan stok yang berlebihan. Beli apabila perlu. Stok yang disimpan sekadar untuk kegunaan jangka waktu yang pendek untuk operasi penghantaran sekitar tempat tinggal sahaja. Ia sangat mudah. Apabila mendapat permintaan daripada lokasi yang jauh, saya akan menggunakan khidmat pos.

InsyaAllah. Apabila melakukan kerja semata-mata untuk beribadah dan mencari rezeki untuk anak-anak, ia akan dipermudahkan dan kejayaan pasti menanti dihadapan.

Anda ingin berjuang bersama kumpulan saya?
Boleh hubungi saya tanpa rasa was-was.

013-398 4050



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Testimoni :Vitamin Shaklee super Hot

"Awak dah kawen ke?"

"Eh..anak 4? nampak muda lagi je?"

Best tak kalau dapat soalan-soalan yang sebegini? Kembang setaman tau!!

Ya. Ini antara soalan-soalan yang biasa saya dapat selepas setahun setia bersama vitamin Shaklee. Sekadar suka-suka. Bukan ada riak segala tau.

Situasi 1
Lokasi : Open house dirumah adik ( ini kisah benar )

Ketika bersembang dengan salah seorang tetamu, antara soalan pengenalan yang saya terima adalah:

Tetamu : Anak akak dua orang eh?

Me : Tak lah..akak anak 4 dah. Umur pun dah 3 siries.

Tetamu : Eh..nampak muda. Tak macam orang anak 4. Tak macam 3 siries pun. Orang-orang Shaklee semua nampak muda-muda ye..

Ok. MamaDhia dah kembang semangkuk.



Situasi 2 :
Lunch date dengan suami.

Ketika sedang makan, kami terserempak dengan x-schoolmate suami. Dalam perbualan, terselit juga pertanyaan;

Kawan : Eh..korang nie dah kawen ke?

Suami : Dah...aku anak 4 orang.

Saya?

Eh? Mungkinkah ini effect daripada vitamin Shaklee yang kami ambil?
Menjadikan kami sihat, tiada masalah kulit, dan nampak muda.

Kembang setaman pula.

Anda nak nampak  muda seperti kami?
Jom makan vitamin Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

CoQ10 : Promosi September

Promosi September 2013

Beli 6 percuma 1.



Ia adalah produk Shaklee terbaru yang dilancarkan semasa National Conference pada Jun 2013 yang lalu.

CoQ Health Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran:

✎ 28mg CoQ10
✎ Vitamin E
✎ Ekstrak Teh Hijau

Yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi enguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

Ia dapat :


✔ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
✔ Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
✔ Meningkatkan peredaran darah
✔ Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...