HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online - Shaklee

Jom jana pendapatan dengan Shaklee...

Alhamdulillah, kemudahan internet yang ada zaman sekarang ini banyak membantu orang-orang yang ingin meningkatkan taraf kehidupan. Daripada yang biasa-biasa saja kepada yang luar biasa. Atau sekurang-kurangnya membantu menjana pendapatan tambahan disamping kerja hakiki seharian. Apa yang penting kemahuan dan kehendak untuk mencari sesuatu yang lebih.



Kenapa saya memilih Shaklee? Kenapa saya saya sangat suka dengan bisnes online Shaklee?

1. Tidak perlu keluar untuk mencari pelanggan. Hanya duduk di hadapan loptop sahaja!

Saya seorang yang tidak suka dan memang tidak akan meninggalkan anak-anak kepada pengasuh kecuali pada hari bekerja. Bagi saya hari tidak bekerja adalah hari dimana saya boleh melihat dan berinteraksi dengan anak-anak sepenuh masa. Saya juga seorang yang tidak suka memujuk orang untuk membeli produk yang saya jual. Itu sebabnya anda tidak akan nampak saya tag sesiapa pada mana-mana promo saya di Facebook kecuali suami sahaja. Syukurnya, dengan Shaklee dan kumpulan yang saya sertai, saya hanya perlu membuat perkongsian maklumat mengenai produk, pengalaman dan tip-tip hanya di blog dan Facebook sahaja.  Segala interaksi bersama pelanggan, upline dan downline hanya menggunakan medium internet samada Facebook chat, email atau whatsapp sahaja. Dan pastinya saya tetap boleh bersama dengan anak-anak walaupun saya sedang berbisnes. 

2. Masa kerja yang fleksibel

Bagi mereka yang mencari bisnes yang boleh dilakukan dirumah, dan pada masa yang sama dapat menjaga kepentingan suami dan anak-anak, Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales dan promo di internet, kita tidak perlu duduk mengadap laptop 24 jam. Juga tidak perlu mengira dan menyimpan stok yang banyak. Dengan kemudahan yang disediakan di internet, mungkin hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk bekerja. Peruntukkan masa selama 1 jam untuk update blog dan Facebook, 1 jam untuk membalas email dan mesej, 30 minit untuk merangka plan bisnes, 1 jam berurusan di Poslaju dan 30 minit untuk COD vitamin. Anda ada 20 jam lagi untuk keperluan keluarga. Memang berbaloi. Dan ada caranya!!

3. Tidak perlu menyimpan stok dan tiada modal yang tinggi

Percaya tak? Tak tipu ok....
Kami sememangnya tidak mengeluarkan modal beribu-ribu untuk menyimpan stok. Join Shaklee sekadar membayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 dan keluarkan modal untuk beli vitamin untuk kegunaan sendiri sahaja. Yang kosnya tidak sampai beribu-ribu RM malahan ada yang tak sampai RM100 pun yang mana kita boleh memilih vitamin mana satu yang hendak dicuba sahaja. Semua urusan tempahan boleh dilakukan secara online dengan Shaklee dan yang menariknya Shaklee juga akan membuat pengeposan bagi pihak pengedar!! Mudah kan?
Andai anda pergi bercuti sekalipun, urusan perniagaan masih boleh dijalankan.

4. Siapa yang berusaha, dia yang berjaya

Shaklee adalah syarikat yang berasaskan MLM. Ye...memang tidak dinafikan ada segelintir yang berpandangan skeptikal terhadap MLM. Tapi, tahukah anda, andai anda melaksanakan konsep MLM yang asli dan sebenar, tiada istilah mengkayakan upline. Dengan kumpulan ini, kami melaksanakan perniagaan dengan konsep asal MLM yang berasaskan produk. Tiada pembelian pangkat mahupun menyimpan lambakan stok di bawah katil. Walaubagaimanapun method yang kami gunakan telah diupgrade berbanding dahulu iaitu berasaskan online.

5. Suplemen yang semulajadi, berkesan dan mesra alam

Shaklee istimewa kerana kekuatan produknya. Pastinya jika hendak menjual sesuatu produk, kita mesti pastikan ia berkualiti dan selamat digunakan. Secara automatik, ia akan mendapat kepercayaan ramai. Dengan kepercayaan itulah, kita akan membina nama dan empayar perniagaan sendiri. Dan pastinya pembelian berulang akan berlaku apabila pelanggan berpuas hati dengan produk yang dijual. Pengedar juga berpuas hati kerana dapat berkongsi kebaikan dengan ramai orang dan akan lebih berasa gembira jika ia dapat menggembirakan pelanggan.

6. Jaringan sokongan dan panduan kepada pengedar

Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi oleh upline-upline yang sangat hebat. Ada diantara mereka yang sudah berpendapatan 6 angka!!
Percayalah, ia tidak mustahil sama sekali. Sokongan dan panduan yang berterusan hanya menggunakan medium internet walaupun untuk berseminar. 

Banyak lagi cerita best yang ada yang saya akan ceritakan jika anda menyertai kami. Bukan sekadar cerita, anda juga berpeluang untuk merasai kejayaan mereka-mereka yang telah berjaya. Kalau nak tahu, jom sertai kami. Lakukan anjakan kepada diri anda sendiri untuk berjaya.

Untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, anda perlu mendaftar sebagai ahle terlebih dahulu. bagaimana untuk mendaftar? Boleh rujuk di link Bagaimana menjadi keluarga Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



----------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Saya Adalah Pengedar Sah Shaklee

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia yang beroperasi di kedai online Mamadhia Vitashop.


Dengan Shaklee ID 866979, anda boleh mendapatkan mana-mana vitamin yang anda gemari daripada saya. Pembelian daripada saya juga akan melayakkan ada untuk mendapatkan khidmat konsultasi berterusan secara percuma. Anda juga berpeluan untuk berada didalam grup khas untuk pelanggan  di medium Facebook yang membolehkan tip-tip mudah tentang vitamin, maklumat kesihatan, maklumat kecantikan dan sebagainya diakses dengan mudah. Juga sedikit perkongsian tentang testimoni yang dialami oleh pelanggan Shaklee kami. Anda juga boleh melontarkan pertanyaan, idea atau pendapat disitu.

Untuk pengedaran vitamin ke seluruh negara, saya akan menggunakan khidmat Pos Malaysia Berhad. Bagi khidmat COD pula, saya akan melakukannya di sekitar :

* Bandar Baru Bangi
* Bandar Kajang

Juga di kawasan sekitar yang akan dikenakan sedikit caj. ~~Duit minyak je sikit. Yang pasti murah le dari caj Poslaju~~ Sila maklumkan kawasan untuk COD ye. Perbincangan mengenai caj boleh dilakukan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan sendiri vitamin Shaklee di Pejabat Shaklee, anda dibolehkan untuk menggunakan Shaklee ID saya. Tak ada masalah. Anda boleh gunakan id ini :

* 866979

Apa untungnya beli vitamin Shaklee dengan menggunakan ID saya?
Ye. Anda akan dapat memiliki vitamin Shaklee dengan harga ahli sahaja. Sila notify saya mengenai pembelian anda ~~no inbois~~ 
Ia akan melayakkan anda untuk masuk kedalam grup khas untuk pelanggan di Facebook.

Bagaimana untuk menghubungi saya?
Anda boleh mencari saya di :

Talian : 013-398 4050 ~~Call, whatsapp, sms~~
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Anda juga digalakkan untuk LIKE page Mamadhia Vitashop untuk update terbaru mengenai vitamin, promo Shaklee, testimoni, tip-tip dan sebagainya. Boleh pm saya disitu juga.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Give Away : Like Mummy Like Daughter

Selamat Petang..

Ada sesiapa suka dengan aktiviti Give Away?
Sempena cuti sekolah selama seminggu minggu depan, saya nak buat Give Away.
Tajuk yang saya pilih ialah......

LIKE MUMMY, LIKE DAUGHTHER

Untuk mereka yang tak ada anak dara, boleh je gambar dengan anak teruna...Tak ada masalah...



Syarat-syarat :

Mudah saja..

1. FOLLOW blog Mamadhia Vitashop -
2. Buat satu entry diblog anda berkenaan LIKE MUMMY, LIKE DAUGHTHER
- Cerita tentang anda dan anak anda...contohnya apa aktiviti yang paling digemari untuk dibuat bersama-sama.
- Letakkan link entry ini dalam karangan anda tu ye...
- Jangan lupa plak letak gambar uolls...
- Tinggalkan komen dan jejak dalam entry nie untuk saya lawat nanti. 
3. LIKE fanpage Mamadhia Vitashop -
4. Tarikh tamat : 01 April 2013

Dan pastinya semua nak tahu pasal hadiah kan?
Tak lah mahal...tapi sangat berguna untuk anak anda...

Hadiah adalah..........................



Jom join!!!

**Untuk yang join di blog, tak boleh join yang fanpage tau...salah satu je...:)

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD -  Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Kesuburan : Bagaimana GLA Complex Membantu Kesuburan


Anda telah lama berumahtangga?
Namun masih menanti kedatangan cahaya mata?
Telah mendapatkan rawatan doktor dan tiada masalah kronik?
~~Kita cuba cara lain pula ye...~~

Hari ini, ramai pasangan yang telah berumahtangga terutamanya pasangan yang usia perkahwinan telah menjangkau setahun, masih belum dikurniakan cahaya mata. Ramai juga yang tercari-cari tip untuk mudahkan kehamilan. Ye, tak ada salahnya. Allah pun  suruh kita berusaha.

Dengan Shaklee, saya suka nak mencadangkan anda untuk cuba mengamalkan set kesuburan terutamanya Gla Complex. Untuk set kesuburan, boleh baca entry saya disini.





Apakah yang dimaksudkan dengan GLA?

GLA ( Gamma Linolenik Acid ) didalam rahim berfungsi untuk menurunkan paras kolestrol dan membantu melegakan kesakitan semasa pra-haid ( PMS ) atau sengggugut. GLA tubuh juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA akan ditukarkan kepada Prostagdalin E1. Kekurangan GLA dalam tubuh akan menyebabkan kekejangan pada otot dan rahim semasa pra-haid. Ia juga menyebabkan kekeringan pada seseorang wanita. Kekurangan GLA tubuh akan mengurangkan tahap kesuburan lendir serviks yang akan menyukarkan proses kehamilan.




Bagaimana GLA Complex membantu kesuburan?

GLA didalam rahim membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang yang berkualiti dan subur. Lendir serviks yang berkualiti dan sihat berwarna seperti putih telur yang nipis, berair dan cerah. Sekiranya anda mempunyai lendir serviks yang pekat, kecoklatan dan kering, ia menandakan lendir serviks yang tidak subur.

Apa lendir serviks tu?
Lendir serviks yang subur, akan membantu sperma untuk berenang terus kedalam uterus dan tiub fallopio untuk disenyawakan dengan dengan ovum. Lendir serviks yang subur juga membantu sperma untuk hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari didalam tiub fallopio yang boleh meningkatkan peluang persenyawaan andainya tiada aktiviti seksual semasa tempoh subur isteri. Perasan tak semasa tempoh kesuburan iaitu 14 hari selepas hari period pertama anda, ada sejenis cacair yang akan keuar daripada faraj. Itu adalah lendir serviks. Boleh periksa nanti ye.

GLA Complex Shaklee berfungsi untuk membantu wanita yang mempunyai lendir serviks yang tidak subur. Disini, ia akan membantu menyuburkan lendir serviks yang akan membolehkan proses persenyawaan dilakukan dengan lebih berrkesan. Namun begitu, bagi wanita yang mempunyai lendir serviks yang subur, ia tidak akan menambahkan kesuburan lendir serviks anda. Anda perlulah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehamilan. Yang tu, ada macam-macam kaedah.

Jadi, untuk mereka yang masih menanti kehadiran cahayamata, bolehlah periksa tahap kesuburan lendir serviks anda.

p.s: Rasanya kehamilan kali ke-4 saya turut dibantu oleh pengambilan GLA ini. Nanti saya buat enrty tentang ini ye...:)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Suplemen Untuk Ibu Bekerja

Ramai yang masih beranggapan bahawa cukup dengan pengambilan suplemen untuk membuatkan mereka sihat, cantik, kurus dan awet muda tanpa menitikberatkan aspek senaman dan pengamalan makanan sihat dan berkhasiat. Suplemen sebenarnya perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran dan pengambilan makanan segera yang berleluasa dan tidak teratur dikalangan masyarakat hari ini.


Vitamin untuk kurus, vitamin shaklee untuk kurus, vitamin untuk slim, vitamin untuk kurus


Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series,

Walaupun jika anda mematuhi saranan pemakanan sihat dengan teliti, anda mungkin menghadapi 3 masalah : 
1. Sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet
2. Jumlah yang diperlukan ( seperti vitamin E ) untuk perlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatkannya melalui diet biasa.
3. Sesetengah nutrien ( seperti minyak daripada ikan air sejuk ) adalah tidak termasuk dalam diet biasa kita
Oleh itu, menambah makanan tambahan didalam gaya hidup adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan ibu bekerja terikat dengan masa dan sibuk hingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar.

Suplemen memberi khasiat yang tidak dapat diperolehi daripada makanan seharian kita. Anda mungkin merasa sihat tanpa suplemen, namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja yang akan merasai kelainannya. 

Secara minimum bagi seseorang memulaan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin / mineral dan protin. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup anda. Samada menambah vitamin C, B Complex dan vitamin E.

Dengan Shaklee, ibu bekerja boleh memulakan ia dengan Vitalea Iron Formula dan Energizing Soy Protien.


Vitalea - Vitalea adalah multivitamin lengkap yang akan membantu menambahkan tenaga dengan segera. Membantu kecergasan tubuh da kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. Lagi manfaat Vitalea disini.


ESP - Merupakan sumber protin soya non-GMO ( Non Genetically Modified ) yang diproses pada kadar suhu yang rendah. Ia merupakan pembekal tenaga segera dan boleh meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan memngurangkan tekanan. Lagi mengenai ESP disini.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tentang B Complex

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuk 100% Biotin dan asid folic. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B didalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.



Manfaat utama B Complex;

1. Menukarkan makanan kepada tenaga - Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

2. Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. Rambut beruban dan rambut gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya ingatan.

6. Mencegah anemia - Membantu pembekuan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon an ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - Dikenali sebagai kerekahan mulut ( mouth chilitis ), mencegah jangkitan lidah ( glossitis ), nafas berbau.

9. Detoksifikasi - Meredakan alahan.

Bagaimana Memilih B Complex yang baik?

1. Mangandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folic dan Biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA ( Kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama ).

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk Asid Folic dan Biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut aut ( Sustain Release )


Panduan Nutrisi B Complex Shaklee


Nutirisi
Fakta /  Kandungan

B2 ( Riboflavin )
11.47mg ( 675% )

B1 ( Thiamin )
10.12mg ( 675% )

B6
13.5mg ( 675% )

B3
135mg ( 675% )

Biotin
150mcg ( 50% )

B5
67.5mg ( 675% )

Asid Folic
200mcg ( 50% )

B12
40mcg ( 675% )




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Ibu Hamil : Pemakanan Sesuai Semasa Alahan.

Siapa yang ada masalah ini semasa hamil? Angkat tangan....Eh...sori, jom baca....:)

Saya adalah antara ibu yang diberi nikmat untuk merasai alahan semasa hamil. Memang memeritkan. Tak boleh makan, minum waima tercium bau makanan sekali pun...pastinya bilik air adalah tempat pertama yang akan diterjah. Hinggakan semua cairan dan mineral dalam badan turut hilang. Maknanya kena berumah di hospital untuk tambah air. Empat pengalaman alahan, 3 kali proses hamil kena berulang ke hospital. Ok, habis sesi luahan perasaan..

Apa makanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghadapi alahan? Walaupun tak boleh nak menelan makanan, ia tetap perlu diambil demi kelangsungan hidup dan memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat.

Apa yang ibu hamil perlu amalkan semasa alahan;

1. Apabila sedar dari tidur pada waktu pagi, makan biskut tawar ( craker ) terlebih dahulu. Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daipada menjadi terlalu rendah. Kemudian rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun dari katil.

2. Ambil makanan terrtentu dalam kuantiti yang kecil setiap 2 jam untuk memastikan perut tidak kosong walau anda tidak berasa lapar ketika itu. Perut yang kosong akan mengakibatkan ia terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.

3. Kerapkan ambilsnek yang sihat seperti buahan segar, buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain diantara waktu makan.

4. Elakkan diri daripada makanan pedas, berlemak dan berminyak dalam kuantiti yang banyak.

5. Makan makanan yang mudah sejuk berbanding makanan panas. Biasanya, makanan sejuk kurang berbau seperti makanan panas yang boleh menyebabkan anda berasa loya.

6. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan. Elakkan juga merokok.

7. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi menggantikan bendalir yang hilang. Boleh amalkan minum air segelas setiap jam.

8. Elakkan minum sejumlah air yang banyak sebelum makan, semasa makan ataupun selepas makan.

9. Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Juga boleh ambil air halia yang boleh mengurangkan rasa mual.

10. Sekiranya tidak berselera untuk minum air kosong, boleh ambil air berperisa lemon atau limau.

11. Jangan tidur dengan perut yang lapar. Sekiranya terjaga ditengah malam, boleh ambil roti atau biskut.

12. Ambil vitamin pra kehamilan selepas makan atau sebelum tidur.

Tambahan;

1. Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang yang mengandungi serai atau salad berrsos daun pudina.

2. Memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul seperti asam boi atau jeruk halia muda.


Vitamin Pra Kehamilan;

Pengambilan vitamin adalah penting untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang diperlukan. Nutrien didalam tubuh akan lebih mudah hilang semasa alahan, terutamanya bagi ibu hamil yang tidak dapat menelan sebarang makanan walau telah dicuba.

Asid folic sangat penting diawal kehamilan. Ia diperlukan untuk mengurangkan kecacatan kepada janin. Ia perlu diambi oleh ibu sebelum mula hamil lagi.



Apa yang disarankan?

1. Vitalea Iron formula - Ia adalah multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Vitalea mengandungi 200mg asid folic.
Fakta nutrisi Vitalea disini.

2. B Complex - Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folic. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Fakta nutrisi B Complex disini.

3. Vitamin C - Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubuh untuk setiap jam. Ia juga mengandungi 120mg bioflavanoid ( 25% bioflavanoid diekstrakdari kulit buah ).
Lagi tentang Vitamin C disini.

4. Ostematrix - Kalsium yang isinya paling seimbang dan memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus da vitamin D, zinc, kuprum manganes dan boron.
Lagi mengenai Ostematrix disini.

5. ESP - Sumber protin soya yang menggunakan sumber soya non-GMO. Setiap canister ( 850g ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.
Lagi mengenai ESP disini.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Fakta Nutrisi B Complex


Nutirisi
Fakta /  Kandungan

B2 ( Riboflavin )
11.47mg ( 675% )

B1 ( Thiamin )
10.12mg ( 675% )

B6
13.5mg ( 675% )

B3
135mg ( 675% )

Biotin
150mcg ( 50% )

B5
67.5mg ( 675% )

Asid Folic
200mcg ( 50% )

B12
40mcg ( 675% )



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Fakta Nutrisi Didalam Vitalea


Nutirisi
Fakta

Vitamin A

Kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka, tulang, gusi, system respirotari, system imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E
Antioksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencagah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk system reproduktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C
Antioksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folic
Kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser servik, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang pembinaan sel darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut / darat, mengurangkan petanda herpes.

Vitamin B2
Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3
Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6
Metabolisme protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatis, kekejangan, kebas anemia.

Vitamin B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selerea makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletuhan, keresahan, diabetes, rabun.

Biotin
Bantu B Complex berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.



Vitamin B5


Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis,meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, mempercepat sembuh luka.

Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang reput.

Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis, anoreksia.

Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament / otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi
Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan system saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.

Zinc
Perkasa system imun, percepat sembuh luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Penyusuan : Titisan Emas Untuk Si Manja

Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran mereka. Titisan Emas susu ibu merupakan minuman yang penuh azimat yang dapat melindungi bayi dari sebarang penyakit dan serangan jangkitan.

Jadi, marilah kita mengumpul dan mempelajari kebaikan titisan emas ini supaya anak-anak akan mendapat manfaatnya.

Sedikit panduan basic untuk ibu-ibu yang berniat untuk memberikan titisan emas kepada bayi mereka :

1. Teruskan memberi bayi anda susu walau adakalanya terasa seperti susu tidak mencukupi.
2. Amalkan pemakanan berkhasiat dengan diet yang seimbang. Amalkan minum susu, air kosong yang banyak dan makan sayur-sayuran.
3. Sentiasa meransang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika dalam pantang.
4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Jadi, perah susu ibu setiap 3-4 jam untuk elakkan bengkak.
5. Pam juga setiap 3-4 jam diwaktu siang untuk mengelakkan bengkak. Tuam dengan air panas sekiranya telah bengkak.
6. Mengikut petua tradisional, boleh juga menggunakan kelopak kubis yang ditekupkan pada payudara untuk menyujukkannya.
7. Sila pastikan bayi menyusu dengan teknik yang betul untuk mengelakkan puting payudara luka. Cara yang betul adalah keseluruhan puting termasuk aerola telah masuk sepenuhnya kedalam mulut bayi.
8. Pastikan bayi menyusu 15-20 minit untuk setiap payudara bagi memastikan bayi telah cukup kenyang.
9. Bayi akan terlena dan melepaskan payudara dari mulutnya jika ia sudah kenyang.
10. Sebaik sahaja mula berpantang, anda digalakkan untuk mula membuat stok perahan sebagai persediaan awal sebelum kembali bekerja.
11. Mula menyimpan stok susu sebulan sebelum anda mula bekerja.
12. Kekalkan pengambilan makanan seimbang semasa bekerja untuk mengelakkan bayi kembung perut dan cirit birit.
13. Lakukan sesi mengepam 3 jam sekali secara konsisten di tempat kerja untuk mengekalkan penghasilan susu.
14. Latih bayi dengan memberi susu perahan melalui sudu atau cawan kecil.
15. Adalah lebih baik orang lain yang memberikan susu perahan. Elakkan berada disamping bayi semasa memberi susu perahan.
16. Pengasuh bayi perlu tahu cara untuk mengendalikan susu perahan -  cara menyimpan, cara memanaskan susu, cara memberi susu dan sebagainya.
17. Maklumkan kepada pengasuh bayi untuk tidak memberikan air kosong, susu formula atau makanan kepada bayi.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Proses Pengaliran Susu ( Let Down Refleks )

Refleks pengaliran susu berlaku setiap kali anda menyusui bayi. Kali pertama anda menyusukan bayi, refleks ini akan mengambil masa beberapa minit. Selepas itu, tindakan refleks ini akan berlaku dengan lebih cepat, lazimnya dalam masa beberapa saat sahaja. 

Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza diantara setiap ibu. Kadangkala, apabila bayi mula menghisap, anda mungkin akan berasa memcucuk, berdenyut-denyut atau kesakitan didalam payudara. Ramai juga ibu yang akan mengalami keadaan dimana susu mula menitis melalui payudara yang sebelah lagi.

Perasaan ini dan lelehan susu yang berlaku merupakan refleks pengaliran susu. Ini bermakna badan sedang memudahkan bayi untuk menghisap susu. Anda mungkin akan terasa kekejangan yang kuat dalam rahim ketika susu mengalir turun. Hormon Oksitoksin yang meransang penghasilan susu akan menyebabkan otot-otot pada rahim mengecut.

Proses penyusuan membantu mengembalikan rahim ke saiz asal. Kekejangan ini merupakan satu proses normal dan ia sebenarnya menandakan satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan ini akan hilang dalam masa seminggu atau lebih.

Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, cuba ikuti petua-petua di bawah ;


  • Duduk dikerusi dengan selesa disamping menykong tangan dan belakang anda dengan baik. Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayun sangat sesuai.
  • Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payudara anda. Kedudukan yang betul merupakan satu dari faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesuatu penyusuan.
  • Mendengar muzik yang menyenangkan fikiran dan meminum minuman yang berkhasiat menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.
  • Jangan merokok, minum alkohol atau mengambil dadah terlarang. Semua ini mengandungi bahan yang boleh menggnggu pengaliran susu dan mempengaruhi kandungan susu ibu. Ia akan memudaratkan ibu dan bayi.
  • Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusua. Coli untuk menyusus boleh dibuka dibahagian depan untuk mendedahkan puting dan sebahagian payudara anda.
  • Jika keadaan dirumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yang sunyi terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidak diganggu. Kadangkala, hanya dengan memikirkan bayi anda akan memulakan pengaliran susu.



Vitamin yang dicadangkan untuk tujuan penyusuan susu ibu.

Mamadhia-vitashop ada menyediakan beberapa set penyusuan mengikut kesesuaian anda. Secara asasnya, ibu menyusu memerlukan sumber kalsium dan protin untuk melancarkan proses penyusuan susu ibu. Set penyusuan yang ditawarkan di Mamadhia-vitashop adalah :


1. Set B - Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.


2. Set 3M - Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.


3. Set Eu For Pack - Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan Ostematrix.


4. Set Bajet 1 - ESP dan Alfalfa.


5. Set Bajet 2 - ESP dan Ostematrix.


Hubungi kami untuk konsultasi lanjut dan ia percuma untuk pelanggan kami.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kulit Cantik dengan Set 3M

Siapa nak cantik? Sila angkat tangan...Eh, gurau  je.
Siapa nak cantik? Kena baca sampai habis.

Hari ini saya nak kongsikan testimoni kulit cantik hari dari pengambilan vitamin Shaklee.

Testimoni



‎~ Testimoni diri sendiri ~Sape kate kulit muka tak boleh elok semula??? Berkat usaha, tawakkal dan doa... Saya dapt semula kulit saya seperti usia lewat belasan tahun... Memang bersyukur sangat-sangat... Teka la umur saya berapa... :)



Kalau dilihat pada 3 gambar tu, nampak kan perbezaannya?
Nak tahu apa yang diamalkan oleh Puan Haliza Khamis nie?

Ya. Puan Haliza Khamis amalkan set penyusuan 3M pada awalnya. Dan kemudiannya, beliau menambah Lecithin dan Omega Guard sebagai vitamin yang perlu diamalkan setiap hari. Berkat usaha makan vitamin setiap hari secara konsisten, tawakal dan doa, beliau sagat berpuas hati dengan perubahan kulit mukanya. Bersih dari segala kesan jerawat dan menjadi licin dan mulus. Kulit beliau jadi cantik kan?

Apa yang ada didalam set penyusuan 3M?

Set penyusuan 3M terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Set penyusuan 3M bukan sekadar MilkBooster, tetapi ia juga memberi kesan lain seperti kulit menjadi cantik, penyelesai kepada masalah jerawat dan jeragat, kulit menjadi lebih halus dan banyak kesan lain. Ramai ibu menyusu yang telah berjaya membuktikan testimoni Puan Haliza.

Pengamalan ESP, Vitamin C, Alfalfa dan B Complex memang diketahui umum tentang keberkesanannya terhadap masalah kulit. Setiap satu vitamin tersebut mempunyai fungsi tersendiri terhadap kulit. Oleh itu, marilah kita menggunakan vitamin Shaklee secara konsisten. Kadangkala, ia digunakan untuk tujuan lain, tetapi ada bonus disebaliknya, pengguna akan merasai kesan sampingan yang baik juga. Rugi tak mencuba!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin dan Penjagaan Semasa Berpantang

Penjagaan Semasa Berpantang.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah selamat melahirkan bayi. Seronok? Takut? Sakit?
Itu pengalaman berharga yang akan dihadapi oleh semua ibu-ibu..

Lazimnya, masyarakat melayu memang kaya dengan pantang larang untuk proses penjagaan semasa berpantang. Untuk kebaikan diri dan tubuh badan, seeloknya semua ibu turuti amalan penjagaan semasa berpantang. Sila jangan culas!!



Antara amalan penjagaan semasa berpantang yang selalu diamalkan oleh masyarakat melayu :

1. Bertungku
Amalan bertungku bertujuan untuk membantu mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpu dibahagian perut dapat dipecahkan. Ia juga membantu memecahkan darah yang membeku didalam perut.

2. Berurut
Berurut membantu melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa proses kelahiran.

3. Berbengkung / berbarut
Pemakaian bengkung bukan sahaja untuk merampingkan pinggang, tapi turut memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga membantu mengampiskan perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

4. Berpilis
Berpilis bertujuan untuk menghilangkan rasa pening dan membuang angin didalam badan akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran.

5. Mandi air rebusan daun
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf ibu selepas bersalin. Gunakan daun herba seperti sintok, daun mengukudu, serai wangi dan daun pandan.

6. Tidur dan rehat secukupnya
Ibu perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening dan keletihan. Ambil masa semasa bayi tidur untuk turut tidur dan berehat.

7. Mengamalkan suplemen yang sesuai
Ibu juga boleh mengamalkan suplemen semasa berpantang dari Shaklee untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan. Vitamin Shaklee juga membantu proses penyembuhan luka yang pantas dan cepat untuk ibu semasa berpantang samada bersalin secara normal mahupun pembedahan.
Vitamin Shaklee juga membantu ibu semasa berpantang untuk mendapatkan tenaga yang berpanjangan dan mendapatkan hasil susu ibu yang sangat memberansangkan.

Vitalea untuk berpantang, Vitamin C untuk berpantang,B Complex untuk berpantang , Zinc untuk berpantang


Vitamin semasa berpantang

Rangkaian vitamin yang dicadangakan untuk diambil semasa berpantang;

1. Vitalea
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Lagi tentang Vitalea disini.

2. Vitamin C
Ia membantu untuk pembinaan dan pemulihan sel. Lagi tentang vitamin c disini

3. Zinc Complex
Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

4. B Complex
Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folic. Semua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan 8 komponen penting Vitamin B, akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi lebihan vitamin tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B setiap hari.


# Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma dan berkongsi pengalaman menggunakan vitamin Shaklee.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Posisi Tidur Ibu Hamil

Di awal kehamilan, mungkin ibu berupaya untuk tidur dengan nyenyak dan tidak ada masalah dengan pemilihan posisi tidur semasa hamil. Walaubagaimanapun, ketika perut semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami sedikit ketidakselesaan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Setakat ini, masih belum terdapat penyelidikan lanjut tentang posisi terbaik untuk ibu hamil. Walaubagaimanapun, doktor pakar amat menggalakkan ibu hamil untuk tidur dengan posisi mengiring terutamanya selepas minggu ke-16. Posisi tidur terbaik adalah dengan mengiring ke kiri. Posisi tidur begini akan dapat memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena gava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi tiur mengiring ke kiri juga turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik dan mengurangkan masalah pembengkakan kaki dan tangan.





Tidur dengan posisi tidur mengiring ke kanan juga baik. Jadi, ibu boleh mengubah ke posisi tidur mengiring ke kanan mahupun kiri. Untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa, ibu hamil boleh meletakkan bantal diantara peha dan punggung. Ibu juga boleh mendapatka bantal yang dikhaskan untuk membantu posisi tidur ibu hamil.

Selepas 16 minggu, ibu hamil tidak lagi digalakkan untuk tidur dengan posisi menelentang. Ini disebabkan ibu hamil akan meletakkan seluruh berat rahim  ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam posisi menelentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah. Ia juga turut mempengaruhi tekanan darah. Terdapat ibu hamil yang mengalami penuruna tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Ada juga ibu hamil yang mengalami peningkatan tekanan darah. Jadi, posisi tidur secara menelentang adalah tidak digalakkan.

Dapatkan set vitamin kehamilan Shaklee untuk menjamin ibu dan bayi mendapat nutrien lengkap dan melahirkan bayi yang sihat. Ibu dan bayi sama-sama mendapat manfaat. Konsultasi secara percuma diberi kepada semua pelanggan.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD -Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Bajet : ESP + Ostematrix

Breastfeeding is RAWK!!

Hahaha...cam best pulak tagline tu kan?
Zaman sekarang nie, rasanya dah tak ada alasan untuk ibu tak menyusukan babynya. Banyak informasi, banyak bantuan dan banyak suplemen yang boleh diamalkan. Pilihan ditangan ibu.



Selalunya, ESP + Alfalfa dihilitekan sebagai set penyusuan bajet. Dan memang tak dinafikan ramai yang berpuashati dengan set penyusuan bajet ESP + Alfalfa. Kuantiti susu bertambah, kepekatan susu juga bertambah. Walaubagaimanapun, ada baby yang alah dengan alfalfa. Antara alahan yang selalu terjadi seperti ruam tumbuh dengan banyak. So, ibu-ibu jangan putus harapan dan terus berikan baby susu formula ye.
There is always alternative for you!!

Sempena bulan promo Ostematrix, saya juga nak hilitekan ostematrix juga termasuk dalam item set penyusuan bajet ini. Ostematrix diambil untuk menggantikan alfalfa dan diambil bersama ESP.



Bagaimana Ostematrix membantu peyusuan dan kesihatan ibu?

Wanita sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Keperluan kalsium akan meningkat bagi ibu mengandung dan ibu menyusu kerana ibu dan baby, bersama-sama memerlukan sumber kalsium ini. Kalsium adalah penting untuk perkembangan tulang baby yang sedang membesar dan penting untuk ibu bagi mengelakkan osteoperosis dan penyakit tulang yang lain.

The National Academy of Sciences menyarankan setiap wanita yang mengandung atau menyusu mengambil 1000mg kalsium setiap hari. Jadi, ibu-ibu, marilah kita membudayakan cara hidup sihat. Jangan abaikan keperluan kalsium anda dan carilah alternatif untuk memenuhi keperluan kalsium anda yang setiap hari semakin berkurangan. Risiko yang akan dihadapi kemudian hari tentunya masalah berkaitan dengan tulang.

Dah tahu kepentingan kalsum? Dah tahu apa kebaikan Ostematrix dan ESP? Marilah kita mengeluarkan sedikit belanja untuk kepentingan kesihatan diri sendiri. Bonusnya, baby turut dapat kebaikan vitamin hasil daripada proses penyusuan susu ibu.

Dapatkan ESP + Ostematrix dengan harga istimewa dengan promo Ostematrix pada bulan Mac!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...