HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Vitamin E Complex Shaklee : Vitamin Antioksidan

Apakah perbezaan Vitamin E Shaklee?

Vitamin E Complex Shaklee adalah salah satu vitamin yang terletak didalam kumpulan vitamin antioksidan.

Vitamin E Complex dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak biji gandm. Ia kaya dengan vitamin E, diekstrak dari d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Vitamin E Shaklee adalah vitamin paling lengkap dipasaran.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memeliharan membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina.


Apa manfaat utama Vitamin E Shaklee?

Ok..Jom tengok apa yang vitamin E Shaklee boleh bagi ye.

1. Melindungi JANTUNG - 
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.

2. Meningkatkan kemampuan REPRODUKTIF - 
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari, mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3. Anti-Penuaan - 
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, acne dan bintik peuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

4. Antioksidan yang kuat -
Pengambilan lebih daripada 1,200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, menguragkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.

5. Kelestarin TENAGA -
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

6. Memperbaiki ARTRITIS - 
Meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

7. Menghalang KEGUGURAN -
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

8. Memperbaiki PARUT -
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Adakah anda mengambil Vitamin E yang cukup?

Jom amalkan vitamin semulajadi untuk menjamin kesihatan anda sekeluarga...

Jangan lupa hubungi kami ye!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Beauty Booster : Jom Cantik dengan Vitamin Shaklee


*NAK KULIT BEBAS JERAWAT & JERAGAT

* NAK KULIT YANG CERAH & BERSERI

*NAK KULIT YANG SEMAKIN ANJAL & BERSERI

* TANPA PERLU BERMEKAP TEBAL

* CANTIK DENGAN ASLI & PENUH PESONA


Jom try set Beauty Booster ini.

Vitamin Cantik Shaklee


Jom tengok testimoni pelanggan ayng dah guna ESP & Vitamin E didalam senarai vitamin harian mereka...











----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Hemoglobin ( HB ) Rendah / Anemia Ketika Hamil

Bahaya ke?

Hemoglobin atau lebih senang disebut sebagai HB rendah adalah keadaan dimana kekurangan darah merah yang kerapkali berlaku kepada wanita hamil. Dengan bahasa mudah, darah menjadi cair dan tidak pekat secara normal. Ia sangat bahaya untuk ibu dan bayi. Malahan, ada ibu yang meninggal sebaik sahaja selepas melahirkan. Ramai wanita hamil yang tidak tahu kepentingan untuk mengekalkan paras HB yang baik semasa mengandung. Paras HB boleh menurun seiring dengan pembesaran kandungan. 

Paras bacaan HB yang baik adalah > 11g/dl



Apakah punca penurunan paras Hemoglobin ini?

Ia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan Hemoglobin. Kaedah pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh wanita hamil sangat mempengaruhi kekurangan ini.

Apakah kepentingan Hemoglobin untuk bayi semasa hamil?

1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( 1- 20 minggu )

Ketika ini, bayi sedang melalui proses pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota badan yang lain. Dengan kepekatan darah yang kurang daripada 11g/dl, kemungkinan jantung bayi tidak terbentuk dengan sempurna. Ada juga kemungkinan bayi akan gugur. 
Ada juga kes dimana jantung berjaya terbentuk dengan sempurna, namun disebabkan darah yang terlalu cair, bayi mungkin hidup tetapi dengan keadaan yang cacat dimana anggota badan lain tidak dapat terbentuk dengan sempurna.
Ada juga kejadian dimana jantung dan anggota lain berjaya terbentuk dengan sempurna, tetapi mengalami kelambatan pembetukan otak.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20 - 28 minggu )

Tempoh ini juga dikenali sebagai trimester ke-2. Ketika ini sifat dan anggota badan bayi  telah sempurna pembentukannya. Namun jika tahap HB ibu yang rendah, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan sempurna. Ia akan menyebabkan kematian bayi didalam kandungan.

3. Kandungan melebihi 7 bulan ( 28 - 40 minggu )

Pada trimester ke-3, sifat dan anggota badan bayi telah berjaya dibentuk dengan sempurna. Namun begitu, ia masih bergantung kepada tahap kepekatan darah ibu. Jika bacaan HB ibu terlalu cair ( >9d/dl ), jantung bayi berisiko untuk menjadi tidak kuat dan berisiko juga untuk bayi mati didalam kandungan. Sekiranya bayi kuat, kemungkinan saiznya lebih kecil semasa dilahirkan.


Hemoglobin rendah, HB Rendah, Vitalea untuk HB Rendah


Apakah kepentingan Hemoglobin untuk ibu semasa hamil ?

Paras bacaan Hemoglobin yang rendah akan menyebabkan ibu berasa cepat letih. Adakalanya ia akan menyebabkan ibu mengalami sesak nafas, pening, pitam, jantung berdenyut dengan laju atau rasa berdebar-debar. Sekiranya ibu ada kehilangan darah semasa tempoh kehamilan atau semasa bersalin, kadar kecairan darah akan semakin menurun. Ia boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan juga boleh membawa maut. 
Jadi, bagi wanita hamil yang mempunyai paras bacaan Hemoglobin yang rendah, sila ambil tindakan susulan untuk meningkatkan paras Hemoglobin anda.

Bagaimanakah untuk meningkatkan paras bacaan Hemoglobin?

Ya...ia adalah melalui pemakanan. Wanita hamil perlu menitikberatkan pengambilan makanan yang boleh meningkat jumlah darah merah didalam tubuh. Antaranya :

1. Hati ayam
2. Makanan laut - Kerang, Ikan bilis
3. Vitamin tambah darah dari hospital / farmasi. Perlu diambil setiap hari kerana bacaan Hemoglobin  / HB akan bertambah 1g/dl dengan pengambilan vitamin yang berterusan selama 10-14 hari.
* Jangan makan pil tambah darah bersama susu. Susu akan menghalang tubuh dari menyerap zat besi.





Mamadhia Vitashop menyarankan wanita hamil untuk mengamalkan Vitalea sebagai medium untuk membantu meningkatkan paras Hemoglobin anda. 



•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil 
•The best multivitamin dalam public interest thn 2000.  
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% 
•Disokong oleh 7 kajian klinikal 
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru 
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..


Jangan ambil mudah dengantahap kesihatan anda semasa hamil. Ia juga akan melibatkan bayi yan sedang anda nantikan itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Lengkap Ibu Menyusu : Set 3M

Breastfeeding is RAWK!!!

Siapa setuju?
* Ibu dan baby jadi semakin rapat.
* Dapat turunkan berat badan.
* Baby dapat nutrisi terbaik diawal perjalanan hidupnya.

Itu, antara kebaikan proses penyusuan susu ibu. Ada banyak lagi sebenarnya dan ramai yang dah mengakuinya. Kan?

Hari ini, saya nak bercerita tentang set 3M. Apa set 3M tu?




Set 3M adalah set vitamin lengkap untuk membantu perjalanan penyusuan ibu dan bayi. Mengandungi nutrisi lengkap untuk memastikan ibu sentiasa berada didalam keadaan sihat dan bersedia untuk proses penyusuan.

Set 3M : Makes More Milk

Kandungan :
1. Vitalea
Vitalea membantu melengkapkan nutrisi didalam tubuh yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang. Untuk lebih info tentang manfaat Vitalea disini.
Oh ya..bagi mereka yang mengalami HB rendah, adalah amat disarankan untuk mengambil Vitalea untuk menaikkan semula bacaan HB anda. 
2. B Complex
B Complex membantu ibu untuk melawan tekanan. Faktor keletihan, tekanan ditempat kerja dan sebagainya mungkin boleh menjejaskan penghasilan susu. Ia membantu memastikan kesihatan saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan sebagainya. Yang paling menarik, B Complex membantu menukarkan lemak kepada tenaga! 
3. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imun. Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergy hidung dan kulit, athma. Ia juga mampu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema. 
4. Ostematrix
Ostematrix adalah sumber kalsium yang membantu menguatkan tulang. Kalsium amat penting untuk ibu mengandung dan menyusu kerana ia menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangaka gigi dan sistem saraf. Kalsium dari ibu juga bakal diserap oleh bayi. Dan dengan itu, ibu perlu mengambil sumber kalsium setiap hari untuk mengelakkan kesan-kesan terhadap tulang anda.  
5. Alfalfa
Dalam set 3M, Alfalfa bertindak sebagai MilkBooster. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu! 
6. ESP
ESP adalah protin soya yang telah diketahui ramai tentang kebaikan dan keberkesanannya. Ia juga membantu memekatkan susu ibu, menghaluskan kulit, dan membantu mereka yang ingin slim.

Jom dapatkan set 3M anda sekarang!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mengapa saya WAHM bersama Shaklee

Entry ala-ala luahan perasan..Boleh gitu?  hehehe...

12 tahun berkhidmat di Pos Malaysia, sesuatu yang amat tragis dan menyayat hati apabila saya merelakan dan meredhakan untuk mengarang dan menghantar surat resign kepada Encik Bos. Sememangnya saya sangat seronok dengan kerja saya. Setiap 25hb pasti dapat gaji. Tak perlu nak risaukan masalah kewangan sangat. Gaji saya tak lah banyak, tapi masih cukup untuk menampung kehidupan berkeluarga di samping pendapatan suami juga.



Apa yang membuatkan saya ambil keputusan untuk letak jawatan?
Rasanya jawapan biasa seorang ibu, nak menguruskan anak dengan tangan sendiri. Saya mempunyai 3 orang anak dan InsyaAllah akan bertambah jadi 4 Ramadhan nanti...Anak yang sulung usianya 9 tahun, kedua 6 tahun dan ketiga setahun. Saya tak risaukan anak yang kecil kerana Alhamdulillah kami mendapat pengasuh yang sangat sayangkan anak-anak asuhannya. Jadi, saya memang percayakannya untuk menjaga anak-anak saya. Masa berjalan, rupanya anak saya telah membesar dan sangat pandai berkawan. Tinggal di taman perumahan lama, yang mana kanak-kanak disini berasa selamat untuk bebas bermain disekitar taman perumahan. Oleh kerana kami tinggal di taman perumaha yang sama dengan rumah pengasuh, sekolah agama dan sekolah tadika, maka anak-anak saya memang mempunyai ramai kawan disini. Kanak-kanak seusia mereka akan berkawan dengan semua orang, tanpa dapat menapis terlebih dahulu apa yang baik dan apa yang tidak sesuai untuk mereka. Maka, itulah yang menjadi titik kerisauan saya. Semua sedia maklum cabaran pembesaran kanak-kanak pada zaman sekarang. Dengan kesibukan ibu dan bapa yang mencari nafkah, kawalan dan pemantauan keatas anak tak dapat dilakukan dengan sempurna. Saya ingin mencuba yang terbaik, dengan cara saya..




Apa yang terlintas difikiran apabila keputusan untuk letak jawatan dibuat? 
Tentunya dan tak boleh lari, pastilah masalah kewangan. Saya percaya, jika kita berusaha, pasti ada jalan untuk jana pendapatan. Saya beruasaha untuk melakukan bisnes secara online. Dengan cara itu, saya tidak perlu keluar daripada rumah dan saya dapat menguruskan rumahtangga disamping menjaga bisnes saya. Yang penting, perlu pandai membahagikan masa. Namun, saya rasakan kepuasan kerana anak saya boleh pulang kerumah sebaik tamat persekolahan. Tak perlukan transit lagi. Mereka juga dapat merasa air tangan saya setiap hari berbanding dulu. Tiap hari, tapau makanan. Yang masak? Pekerja Indo la agaknya..
Perbezaan yang dapat saya rasakan, anak-anak saya semakin mendengar kata berbanding dulu. Mungkin berkat amalan zikir semasa memasak? Alhamdulillah...
Dan pada masa yang sama, saya dapat melakukan urusan bisnes online saya. Saya masih boleh membuat iklan, promosi, menjual vitamin, memberi konsultasi dan sebagainya. Saya juga hanya perlu keluar sekejap untuk membuat pengeposan. ALhamdulillah, suami banyak membantu urusan pengeposan. Paling best, saya dapat melakukan amalan rohani yang diajar didalam grup bisnes online kami dengan lebih sempurna. Pokok pangkalnya, pengurusan masa amatlah penting. Ye...saya boleh menjana pendapatan hanya dirumah!!



Kenapa saya memilih Shaklee?
Saya mengenali vitamin Shaklee semasa berpantang anak ke-3. Saya sangat menyukainya. Luka episotomi cepat sembuh, tubuh saya sentiasa bertenaga kerana berpantang sendirian sambil menguruskan anak-anak yang lain dan yang paling penting, saya dapat mengumpulkan stok EBM yang banyak sebelum masuk kerja semula. Alhamdulillah..
Melihatkan keberkesanan semua vitamin yang saya ambil, saya terfikir untuk menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan. Saya menjadi ahli melalui adik yang dah lama amalkan vitamin Shaklee. Apa yang menariknya, dengan grup yang saya sertai, kami tidak ditekankan untuk mencari downline.~~Saya banyak sertai MLM sebelum nie, dan saya tak suka untuk membuat headhunting~~
Kami ditekankan untuk berkongsi kebaikan produk, berkongsi testimoni sebenar melalui pengalaman sendiri. Dan yang menariknya, kami berkongsi tip dan teknik perniagaan, kelas, motivasi, semuanya dengan hanya menggunakan medium internet.
Grup ini juga menekankan amalan rohani. Ye lah...mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan sambil merapatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Tak pernah saya setenang ini semasa melakukan bisnes MLM. Ye...Shaklee memang bisnes MLM. Tapi saya sukakannya. Alhamdulillah...

Anda nak mencuba jana pendapatan dengan Shaklee?
Mari sertai kami...

Jom baca entry Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online - Shaklee untuk mengetahui apa yang best mengenai bisnes Shaklee..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Info Hamil : Perubahan Fizikal Ketika Hamil

Anda hamil kali pertama?
Atau dah berkali-kali?

Walau berapa kali pun anda telah menghadapi pengalaman kehamilan, ia adalah suatu situasi yang sangat indah bagi mana-mana pasangan suami isteri. Penambahan ahli keluarga baru bermakna rezeki untuk keluarga juga semakin bertambah.

Tahukah anda?

Sepanjang kehamilan, akan ada perubahan fizikal yang akan dialami oleh bakal ibu. Jadi, janganlah ibu merasa rendah diri dengan perubahan tersebut. Anda mungkin mengalami pertambahan berat badan yang drastik, kulit menjadi kusam, rambut gugur dan sebagainya. Encik suami juga perlulah memahami perubahan tersebut ye..Jangan pula bila bentuk tubuh ister berubah, anda mula memandang yang lain. Sila hargai pengorbanan isteri yang sanggup bersabung nyawa membawa zuriat anda!!



Jom kita tengok apakah perubahan yang berlaku kepada ibu hamil disepanjang kehamilan.

1. Rambut akan tumbuh dengan lebih pantas dan tebal hingga menjadikannya kellihatan berminyak. Cucilah rambut sekurang-kuranganya 2 atau 3 kali seminggu untuk mengelakkan ketidakselesaan.

2. Jumlah darah akan meningkat seiring dengan peningkatan paras hormon kehamilan. Ia akan menjadikan suhu badan juga meningkat. Jadi anda mungkin akan merasa lebih cepat panas dan berpeluh. Mandilah dengan kerap atau pakai pakaian dari fabrik kapas untuk merasa lebih selesa.

3. Urat darah menjadi lebih tebal. Ia menyukarkan darah disalurkan dengan lebih lancar kebahagian otak. Ia akan menyebabkan anda mudah pening. Untuk mengurangkan rasa tersebut, bolehlah cuba berbaring atau tundukkan kepala perlahan-lahan kebahagian peha.

4. Warna aerola akan menjadi bertambah gelap kerana hormon kehamilan menyebabkan tubuh menghasilkan kebih banyak pigmen. Ia akan kembali normal selepas melahirkan nanti.

5. Sakit dibahagian ari-ari kerap berlaku diakhir kehamilan. Ia biasa dikaitkan dengan dengan masalah kencing kotor atau symphisis pubis diasthesis.

6. Keputihan mungkin biasa berlaku. Tetapi jika ia terlalu banyak, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut. Jika tidak diatasi, dibimbangi jangkitan candida albicans yang mungkin akan memudaratkan bayi.

7. Mengalami simptom sama seperti ketika PMS ~ Mudah marah, perubahan mood yang ketara, sensitif.

8. Kulit anda akan kelihatan lebih berseri atau lebih kusam berikutan perubahan hormon.

9. Ada diantara anda yang akan megalami tompok hitam diwajah. Ia dikenali sebagai Chloasma atau topeng kehamilan. Dan ia tidak boleh dielakkan.

10. Jerawat mungkin boleh muncul kerana kelenjar sebaceous kulit meningkatkan penghasilan kelenjar minyak. IA bukan sahaja berlaku diwajah, malah mungkin juga boleh berlaku dibelakang tubuh atau di dada.

11. Anda akan mengalami perubahan saiz payudara.

12. Semakin meningkat usia kandungan, semakin membesar juga kebanyakan bahagian tubuh. Kaki juga akan turut membesar akibat pengumpulan air yang banyak dibahagian tersebut.

13. Sesetengah ibu hamil akan mengalami pertumbuhan rambut halus dibahagian tubuh yang tidak sepatutnya seperti diwajah, perut dan sekitar puting.

14. Urat yang timbul dibahagian kaki berlaku kerana salur darah dalam pembuluh darah membesar kesan daripada peningkatan paras hormon kehamilan.

15. Ada kalangan wanita hamil mengalami sembelit. Ini kerana hormon akan mengurangkan kadar penghantaran makanan ke saluran usus.

16. Ada wanita hamil yang berdengkur ketika tidur. Ia kerana lelangit, tekak, lidah dan otot saling bersentuhan terutamanya ketika tidur secara terlentang. Jadi, tidurlah mengiring untuk lebih selesa dan mengelakkan dengkuran.

17. Kegatalan dibahagian perut. Jangan sekali-kali menggaru kegatalan tersebut. Pakai losen atau minyak untuk mengurangkan rasa gatal.

18. Pedih ulu hati kerana perubahan hormo yang menyebabkan asid gastrik naik ke ulu hati. Hindarkan pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa.

19. Alahan yang teruk yang disebabkan oleh penurunan daya tahan tubuh.


Mamadhia Vitashop mencadangkan anda untuk mengambil suplemen ketika hamil untuk membantu mengelakkan masalah seperti alahan yang teruk, sembelit, HB rendah dan sebagainya. Pengambilan suplemen turut membantu pertumbuhan janin didalam kandungan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Diet Mengikut Jenis Darah

Jom baca!!

Dan jangan lupa boleh praktikkan sekali...:)

Diet mengikut jenis darah agak popular sekarang.
Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisan genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang dikenali sebagai Lektin. Lektin merupakan protin yang ditemui dalam pelbagai makanan. Ia mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi Lektin protin yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, Lektin akan mula mengaglunitasi sel-sel darah Lektin banyak ditemui didalam makanan, tidak mengancam kehidupan walaupun ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain. Yang pastinya ia berpunca daripada tabiat pemanakan kita.

DARAH O

JENIS
DIGALAKKAN
DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN
Protin
Daging Lembu, Kambing, Rusa, COD, Herring, Mackerel
Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai, tidak dibenarkan.

Angsa, ikan Keli, Salmon, Sotong.
Tenusu

Mentega, Mozzarella keju kambing, susu soya

Semua produk tenusu dan yogurt
Lemak
Minyak zaitun, minyak flaxseed
MInyak Canola, Sesame
Minyak jagung, minyak kacang, minyak Safflower, minyal Cottonseed

Bijirin
Biji labu, Walnut
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Kacang tanah, Pistachio, biji poppy
Kacang
Kacang Azuki, Black-eyed peas
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang Tamarine, kacang hijau, kacang merah

Gandum
Roti essence, roti ezekial
Bali, nasi
Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mee

Sayur
Brocoli, Bayam, Dandelion, Bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut

Tomato
Terung, jagung, Avocado, tembikai, tembikai susu
Buah
Plum, Prunes
Anggur, kebanyakan Berry
Tangerine, Strawberry, Blackberry, kelapa

Rempah
Pepper, kari, garam, Cayenne

White pepper, Black pepper, Vinegar, Cinnamon, Cornstach

Perasa

Coklat, madu,
Sos tomato, mayonis

Air
Soda, the

Kopi, Black Tea









































DARAH A

JENIS
DIGALAKKAN
DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN

Protin

Ayam, Ayam Belanda
Daging Lembu, Kambing, Rusa, Kijang, Itik

Makanan laut
COD, Ikan Mas, Kerapu, Mackerel, Ikan Siaka, Salmon, Sardin


Lala, Ketam, Udang sungai, Lobster, Kerang, Tiram, Sotong,  
Tenusu

Yogurt, Mozarella, keju, Kambing, susu kambing
Semua jenis keju yang lain dan susu

Lemak
Minyak zaitun, Minyak Flaxseed
Minyak Canola, Minyak COD liver
Minyak Jagung, Cottonseed, Minyak Safflower, Sesame

Bijirin
Kacang, Labu, Kacang hijau, Kacang hitam, Black-eyed peas
Semua kecuali dalam senarai
Kacang Brazil, Cashew, Pistachio


Kacang
Peas

Tamarind, kacang merah

Gandum
Buckwheat, amaranth

Graola, Wheat germ, Wheat bran, Durum wheat

Roti & Mi
Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek, nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta


Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur
Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu

Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant

Buah
Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon,

Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine

Rempah
Tamari, Miso, Sos soya, Halia


Vinegar, pepper
Perasa


Sos tomato, mayonis

Minuman
Aloe vera, green tea, kopi


black tea




DARAH B

JENIS
DIGALAKKAN
DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN

Protin
Kambing, kijang, arnab
Lembu, ayam belanda, rusa

Ayam, itik,
Makanan laut
Cod, salmon, halibut, sole
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll),

Tenusu
Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt

Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Aiskrim
Lemak
Minyak zaitun
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower

Bijirin

Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Cashew, pine, pistachio
Kacang


Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam

Roti
Oatmeal, nasi
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur
Sayur hijau
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah
Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan

Kelapa, belimbing, pear
Rempah
Kari, cayenne pepper
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan


Minuman
Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice


Aloe vera




DARAH AB

JENIS
DIGALAKKAN
DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN

Protin
Kambing, arnab, ayam belanda
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang

Makanan laut
Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin

Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll),

Tenusu
Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta

Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak
Minyak zaitun
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower

Bijirin
Peanut, walnut
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Filbert, biji labu, biji sesame

Gandum
Millet, oat bran, oatmeal, rye
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Jagung, buckwheat, kasha, soba

Sayur
Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu

Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah
Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi


Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah
Kari, miso
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Esktrak almond, barli, tapioca

Minuman
green tea

black tea





----------------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis
penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...