HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Appreciation Hitea Kumpulan Jutawan : 07 Julai 2013

Berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses pada 07 Julai yang lepas. 
Ya, memang sudah agak terlewat untuk saya update event tersebut didalam blog Mamadhia Vitashop ini, 
tapi tak apa,sebagai kenang-kenangan, saya tetap akan buat entry ini. :)

Hitea kumpulan Jutawan adalah satu majlis penghargaan yang dibuat oleh Master Presidential kumpulan besar kami iaitu Master Cery diatas kesungguhan ahli kumpulan mengembangkan empayar bisnes masing-masing. Atas tunjuk ajar daripada beliau, maka terlahirlah lebih ramai insan yang telah meraih kejayaan didalam perniagaan Shaklee bersama kumpulan Jutawan. Alhamdulillah.


Sesungguhnya, dapat menghadiri majlis-majlis sebegini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk lebih berjaya. Walaupun pendapatan bersama Shaklee yang saya perolehi masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan mereka yang berjaya, saya sangat menghargainya. Terlalu beruntung rasanya berada bersama-sama dengan mereka semua. Dan mereka semua juga bermula dengan pendapatan yang kecil. Umpama membuka sebuah ladang epal. Memulakan langkah memang amat sukar dan penuh rintangan. tangisan dan air mata menjadi sebahagian daripada rencah perjalanan dalam meniti untuk mencapai kejayaan. Dan itu juga yang saya akan lakukan. Agak bertuah kerana hanya perlu mengaplikasikan apa yang telah mereka lalui untuk kecapi kejayaan. Hanya sekadar memerlukan sedikit kesungguhan, fokus dan kehendak yang tinggi.



Untungnya kami didalam kumpulan ini, walau apa pun aktiviti, walau kemana pun kami pergi, pastinya keluarga akan kami heret sekali. Best kan? tak perlu risau untung tinggalkan suami, tak perlu gundah untuk tinggalkan anak-anak. Keluarga turut rasai kemeriahan bisnes kami. Kerana niat kami untuk keluar dari zon selesa masing-masing adalah untuk anak-anak juga. Syukur..
Semoga permata-permata hati kami ini akan mewarisi bisnes dan kesungguhan mama nanti...

Paling seronok, saya dapat membawa Encik Suami menyertai majlis ini juga. Banyak majlis yang saya hadiri sebelum ini, hanya bersama anak-anak saja. Tak apa. Saya faham. Tuntutan tugasnya juga amat penting sebagai tunggak keluarga. Dan saya gembira kerana dapat mempertemukan beliau dengan para suami-suami yang turut memberi sokongan kepada kumpulan ini. Dapat bertukar-tukar fikirn dan strategi. Alhamdulillah.





Gambar sekadar hiasan. Mama happy, anak-anak pun ceria. :)
** Kenapa ayat dalam entry ini sungguh skema?? Hehehe...layan...

Nak jadi sebahagian daripada kami, jangan segan untuk hubungi saya ye....

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Cinch Mix Shake : Menu Diet Anda

Hari ini, pagi-pagi lagi dah sms daripada Shaklee mengatakan ESP out of stock. Ohmai. Apakah?
Tapi tak apa. Untuk mereka yang nak slim dengan protin Shaklee, Cinch Mix Shake adalah menu yang sebenarnya.

Cinch Mix Shake berperisa :

  • Coklat
  • Vanilla
  • Cafe latte



Cinch Mix Shake mengandungi 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.
Kandungan protin digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Ia juga berfungsi untuk menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Mix Shake juga diperkaya dengan LEUCINE 

Leucine - Rumusan khas untuk memecahkan kitaran diet. Ia akan:
  • Mengekalkan otot
  • Membakar lemak tak perlu
  • Mengurangkan saiz inci anda

Manfaat Cinch Mix Shake

1. Indeks Glisemik yang rendah : 22. Sesuai untuk penghidap kencing manis

2. Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino.

3. Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.

4. 24 Gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang.

5. Tinggi kandungan serat - 6 gram serat untuk setiap hidangan.

6. Indeks Glisemik rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

8. Menggunakan soya Non-GMO.

9. Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Doa Solat Dhuha


Ya Allah,
Sekiranya rezeki kami berada dilangit,
Maka turunkanlah ia.
Jika ia ada di bumi,
Keluarkanlah ia.
Jika ada didalam lautan,
Munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada ditempat yang jauh,
dekatkanlah ia.
Jika ia sedikit,
Banyakkanlah ia.
Dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, 
Mudahkanlah ia,
Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,
Kepermurahan,
Dan KebaikanMu.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Berpantang Shaklee : Pilihan Saya

Apa khabar ibu-ibu yang menanti masa untuk melahirkan putera atau puteri penyambung kasih keluarga. Berdebar? Cuak? 
InsyaAllah, doa-doa yang baik-baik aje.

Anda dah pilih set berpantang nanti? Memang banyak didalam pasaran. Cuma sediakan duit saja. Semua dah mudah, cuma telan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi sejauh mana kesesuaiannya dengan tubuh ibu dan baby, kena cuba la dulu.

Untuk saya yang juga menanti masa untuk masuk ke labour room, saya tetap memilih set berpantang Shaklee untuk kali ke-2. Anak pertama dan kedua, saya belum berkesempatan untuk berkenalan dengan set berpantang Shaklee. ALhamdulillah, berkenalan dengan set berpantang Shaklee semasa mengandungkan anak ke-3. Memang terasa perbezaan dengan set berpantang sebelumnya. Apa yang berbeza?


Set Berpantang Shaklee

Ya. Memang berbeza. Pengalaman berpantang anak ke-3, saya perlu berpantang sendirian tanpa bantuan ibu. Dan saya juga perlu menjaga 2 lagi anak yang lasak. Kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh, menyidai dan melipat baju masih saya lakukan seperti biasa. Baby bangun malam untuk menyusu juga saya tangani sendiri kerana saya mengamalkan penyusuan eksklusif. Hebatnya, antara kesan yang saya rasakan dengan set berpantang Shaklee :
  • Sentiasa bertenaga dan tidak merasa mudah letih
  • Tiada rasa sakit kepala dek kekurangan waktu rehat dan tidur
  • Luka episotomi yang cepat sembuh. Saya adalah orang yang terpilih untuk menerima jahitan yang banyak setiap kali bersalin.
  • Kulit muka tidak menjadi kusam 
  • Penurunan berat badan yang sangat menggembirakan
  • Susu ibu yang melimpah ruah. ALhamdulillah
  • Baby tiada jaundis

Set berpantang Shaklee mengandungi 4 jenis vitamin iaitu :
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex

Semua fungsi vitamin tersebut boleh dilihat digambar. Ia boleh diambil sebaik sahaja sejurus selepas bersalin. Dan yang menariknya, ia juga boleh terus diamalkan untuk proses penyusuan susu ibu pula. 

Nak dapatkan set berpantang Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya.
Harga? Anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM150 sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

ESP Shaklee : Gabungan Super Booster

Energizing Soy Protien / ESP

Memang salah satu produk Shaklee yag super power. Hanya perlu digabungkan dengan satu jenis vitamin lain, ia boleh menjadi berbagai-bagai bentuk booster. Hebat kan?
Cuba dulu, baru tahu kehebatan ESP.

  • Beauty Booster
  • Milk Booster
  • Hormone Booster
  • Slimming Booster
  • Brain Booster
  • Energy Booster

Bak kata pak cik Astro, macam-macam ada..... :)
Pilihan ditangan anda. ESP dan gabungan beberapa vitamin boleh mengubah taraf kesihatan anda. InsyaAllah. Dan yang paling menarik, ia adalah set bajet yang mampu milik oleh semua golongan.


ESP Booster


Kenapa ESP?

Banyak manfaat sebenarnya jika anda mengamalkan ESP.
ESP adalah protin soya yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Yang paling best, ESP sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira tua atau muda.

ESP juga adalah protin soya yang mengandungi Indeks Glesemik ( G.I : 39 ) rendah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.
Ia diiktiraf diseluruh dunis dan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif  dan hanya mengandungi soya "Non-GMO" sahaja.

Non-GMO - Non-Genetically Modified
Soya yang diproses dengan kadar suhu rendah.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk hebat ini. Dapatkan kulit yang cantik sempena Aidilfitri yang akan datang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mealshake Membantu Selera Makan : Testimoni

Alhamdulillah, semalam dikejutkan dengan beberapa testimoni dari pelanggan dengan vitamin masing-masing.

So, testimoni pertama yang saya nak share ialah testimoni pelanggan yang dah beli 3 cannister Mealshake sempena promo Mealshake pada bulan lepas. Bila dapat harga murah, terus grab dengan banyaknya demi anak tersayang.  

Mealshake


Saya dimaklumkan bahawa anak beliau yang berumur 2 1/2 tahun amat susah untuk ambil nasi dan makan yang seangkatan dengannya ~Carbo Complex~
Apa yang anaknya gemarkan adalah makanan segera yang tinggi kandungan gula seperti coco crunch, star dan yang seangkatan dengannya. Kandungan gula yang tinggi didalam makanan adalah sangat tidak sihat untuk anak-anak yang sedang membesar, waima untuk orang dewasa sekali pun. Bagi kanak-kanak, kandungan gula yang tinggi bukan sahaja akan menyebabkan obesiti dan diabetes, malah juga boleh menyebabkan mereka menjadi seorang yang hyperaktif.

Setelah mengambil Mealshake selama lebih kurang 3 minggu, selera anak beliau semakin pulih dan lebih mudah untuk mengambil carbo complex seperti nasi. Alhamdulillah, usaha ibu untuk membekalkan makanan yang lebih sihat kepada si manja membuahkan hasil juga akhirnya. Manfaat Mealshake telah dapat dilihat sedikit demi sedikit.

Testimoni Mealshake



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kencing Kotor : Boleh Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang

Dikenali juga sebagai Urinary Tract Infection ( UTI )

Ramai juga wanita mengandung yang berdepan dengan masalah kencing kotor nie kan? Saya juga, terkena jangkitan ini semasa dalam fasa trimester 1 tempoh hari. Sebab utama, mungkin kerana kekurangan air masak. Apabila berdepan dengan masalah alahan teruk yang tidak boleh menerima sebarang makanan mahupun minuman, masalah kencing kotor, dehidrasi, kekurangan zat & lain-lain memang sangat mudah menghampiri. Cukuplah rasanya pengalaman 4 kali mengandung, dan situasi yang sama tetap berlaku. Semoga Allah permudahkan dan memurahkan rezeki anak-anak saya.

Apakah Kencing Kotor / UTI?

Ia adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter ( salur yang menghubungkan antara pundi kencing dan keluar tubuh ).
Kuman penyebab kencing kotor selalunya berasal daripada kulit faraj tau lubang dubur ( anus ). Kuman itu bergerak merentasi uretra dan pundi kencing. Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang. Apabila terkena jangkitan, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Tanda-tanda kencing kotor /  UTI

1. Ada penghidap yang mengadu rasa terbakar ketika membuang air kecil. Ia adalah disebabkan oleh pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing keluar dan ia menyebabkan rasa sakit.

2. Kerap kencing atau merasa tidak puas ketika kencing. Ia disebakan oleh pundi kencing yang radang adalah amat sensitif. Walaupun air kencing sedikit, namun pundi kencing akan merasa seolah-olah telah penuh.

3. Air kencing atau urin mengandungi darah dan menjadi kemerah-merahan. Ia dapat dipastikan dengan pemeriksaan air kencing dibawah mikroskop.

4. Rasa tidak selesa dibawah abdomen, terutamanya ketika melakukan hubungan seks. Ia menunjukkan kuman telah merebak kebahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

5. Demam yang tinggi. Suhu badan juga tidak menentu ( sekejap tinggi dan sekejap rendah ). Pesakit juga turut mengalami seram sejuk.

6. Ada juga penghidap yang tidak merasai sebarang simptom.

Punca Kencing Kotor / UTI

1. Tabiat mengelap dari belakang ( anus ) kedepan selepas membuang air besar. Ia menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

2. Hubungan seks juga merupakan faktor penyumbang. Membuang air kecil selepas membuat hubungan seks adalah disarankan kerana ia akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

** Untuk ibu mengandung, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan air kencing kerana jika kencing kotor tidak dirawat, ia boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Langkah Pencegahan

1. Minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 10 gelas hingga kencing menjadi jernih.
2. Makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
3. Jangan menahan kencing kerana ia akan menggalakkan pembiakan bakteria.
4. Mengamalkan kebersihan dengan mengelap dari depan kebelakang selepas membuang air besar.
5. Elakkan dari melakukan aktiviti fizikal terlalu lama - berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal
6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
7. Elakkan mandian berbuaih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
8. Mandi dengan air pancutan, bukan dari kolam mandi.
9. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
10. Tukar tuala wanita atau tampon dengan lebih kerap.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Penyusuan : Teknik dan Jadual Penyimpanan Stok EBM

Tahukah anda susu perahan mempunyai tatacara penyimpanan yang perlu dipatuhi untuk memastikan ia selamat digunakan dan tidak tercemar.

Jadual dibawah mungkin memberi sedikit bantuan kepada ibu-ibu yang baru atau yang pertama kali hendak melakukan proses penyimpanan susu perahan atau lebih dikenali sebagai EBM ( Expressed Breast Milk ).

Terdapat perbezaan antara penyimpanan susu perahan didalam peti sejuk yang mempunyai :


Jadual Penyimpanan Stok EBM


Kaedah penyimpanan susu perahan - Storage 

Terdapat berbagai-bagai kaedah atau medium penyimpanan susu perahan yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda dan ia banyak dijual secara online mahupun dikedai barangan bayi. Sebaiknya gunakan samada botol susu atau plastik khas untuk menyimpan susu perahan. Ia adalah untuk mengelakkan pencemaran keatas susu yang akan disimpan lama. Contoh medium storage yang boleh didapati secara online atau dikedai barangan bayi,

1. 



  




2.








Semoga berjaya dengan proses penyusuan bersama si comel masing-masing!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tips penyusuan : Bagaimana Melakukan Power Pumping

Salam 6 Ramadhan.
Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati Ramadhan hari ke-6.

Ramai ibu menyusu yang memberi feedback bahawa mereka telah mengambil berbagai-bagai jenis milk booster untuk meningkatkan hasil perahan susu ibu masing-masing. Namun, usaha mereka menemui kegagalan. Walaupun telah banyak tips yang dikongsi oleh mereka yang berjaya, tetapi masih ada ibu-bu yang tidak berjaya menghasilkan susu ibu seperti yang diharapkan. 

Tahukah anda, proses penyusuan susu ibu secara eksklusif atau sepenuhnya memelukan keazaman dan kehendak yang tinggi daripada para ibu. Juga lebih baik jika disertai dengan sokongan dari suami, keluarga dan masyarakat terdekat. Sebenarnya, banyak kebaikan susu ibu yang boleh diperolehi oleh bayi yang tidak dapat diberikan oleh susu formula. 


Banyak tips penyusuan yang telah dikongsikan oleh banyak pihak yang boleh kita jadikan panduan untuk menjayakan misi penyusuan bersama bayi masing-masing. Salah satu daripadanya adalah dengan melakukan teknik Power Pumping jika anda mendapati hasil susu ibu adalah sangat merosot atau tidak mencapai apa yang anda kehendaki.

Apakah itu Power Pumping?

Power pumping merupakan satu teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tetapi didalam satu cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bagamana bayi menyusu secara tidak langsung dan ia meningkatkan bekalan susu ibu.

Cara untuk membuat Power Pumping

Single Pump - 
1. Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit. Kemudian,
2. Pam payudara sebelah kiri selama 10 minit.
3. Seterusnya bertukar-tukar pam payudara secara berterusan selama 1 jam.

Double Pump - 
1. Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian,
2. Rehat selama 10 minit.
3. Ulang proses tersebut selama 1 jam.

Disarankan untuk membuat Power Pumping sekali sehari. Seelok-eloknya waktu malam hingga ke subuh kerana diwaktu ini, hormon susu sangat tinggi.





Tempoh masa yang diambil untuk mendapat hasil?

Adalah diingatkan kepada ibu-ibu bahawa proses Power Pumping ini juga memerlukan sekuran-0kurang 1 minggu atau lebih untuk menampakkan hasil. Andainya dalam tempoh 1 minggu, atau tempoh permulaan, anda hanya memperolehi 1 atau 2 titik susu, anda perlu meneruskan proses ini walaupun hanya angin yang akan keluar dari payudara. Sila pastikan anda meneruskan proses Power Pumping hingga mendapat hasil seperti yang anda inginkan. Jangan sesekali berputus asa, dan banyakkanlah berdoa semoga usaha anda dipermudahkan.

Selamat berjaya!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

ESP & GLA Complex : Jom Cantik Di Hari Raya

Ramadhan hari ke-3.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk berpuasa walau adakalanya terasa juga lemahnya.

Nak cantik menjelang Aidilfitri?
Jomlah try ESP dan GLA Complex sekarang untuk hasil yang menawan di Aidilfitri.
Jom follow testimoni dari dua orang customer nie...

Cantik di Aidilfitri


Murni LianaSalam semua, nak bg testimoni sendiri lps gunakan produk shaklee..masalah sy sblm ni, muka berjerawat, parut hitam dan kulit kusam..mcm2 produk muka dh try tp masalah makin serius & akhirnya, adik sy sarankn makan supplement utk merawat masalah dari dalam badan..mgkin sbb bdn byk toksin, muka pun berjerawat..Lama sy review psl produk yang bersesuaian termasuk shaklee ni, baca kelebihan produk, testimoni, cara makan, tempoh yg boleh memberi kn kesan & kesan smpingan jika sy stop makan..tp alhamdullillah, dah hmpir 8 bulan sy dgn shaklee..mmg nmpk kesan yg positif & seterusnya sy sendiri jd pengedar & mencadangkn pada kwn2..siapa2 yang berminat, boleh la PM FB sy..sy ambil ESP, Vit E, B complex, Vit C, alfalfa, GLA Complex & sblm ni ada tmbhan zinc shaklee..byk tp tak membebankn jika mahu sihat & cantik

Noraziera IbrahimTesti diri sendiri stlh consume ESP & GLA....dlu muka brjerawat dn xbermaya...dulu xjge sgt sbb fikir dh jd isteri org kn,bt ape nk cantik2 kn.tp bile difikir blik dgn status isteri kpd tut tut yg sllu je jmpa org,rsenya kne ubah diri sdri..tp skrg bkn sje kulit ok,kesihatan pun ok...

Esp mengandungi asid amino untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang berterusan adalah kunci kepada awet muda. Ia juga meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan kesembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

GLA pula mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, menghilangkan kurap.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Jadual Pengambilan Vitamin di Bulan Ramadhan

Ada yang pening tentang jadula pengambilan vitamin sepanjang Ramadhan ini?
Jangan sesekali skip pengambilan vitamin tau. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ini kerana tubuh badan kita mungkin lebih kekurangan nutrien terutama untuk mereka yang tidak menjaga pemakanan sama sekali. Ye lah kan..Bila berada di bazar Ramadhan semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Tapi tahukah anda, makanan yang dijual mungkin langsung tidak seimbang komposisi zatnya. 

Untuk entri singkat ini, saya nak bagi jadual yang boleh digunakan untuk pengambilan vitamin semasa berpuasa ini...Boleh la ikut ye..Selamat berpuasa semua..

Jadual pengambilan vitamin Ramadhan



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Omega Guard + Vitamin C : Vitamin Untuk Anak-Anak

Suplemen untuk anak-anak saya pastilah Omega Guard dan Vitamin C.

Omega Guard dan Vitamin C telah menjadi vitamin wajib yang akan saya berikan kepada ketiga-tiga anak kami setiap hari. Cukup dengan pengambilan sebiji Omega Guard dan sebiji Vitamin C untuk anak sulung dan kedua yang berusia 9 tahun dan 6 tahun. Manakala untuk anak ketiga yang berusia setahun 4 bulan, saya akan pastikan dia mengambil sebiji Vitamin C setiap hari dan Omega Guard 3 kali seminggu.




Kenapa perlu Omega Guard dan Vitamin C?

Sebab utama, pastilah kerana saya mahu anak-anak sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Tambahan pula saya baru mengesan yang mereka mempunyai simptom asma yang tidak berat. Dan saya beruasah untuk menjadikan ia terus TIADA.
Omega Guard 
Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel dan herring yang banyak terdapat diperairan negara Jepun.
Omega Guard membantu tumbesaran dan pertumbuhan otak janin dan kanak-kanak. Ia membantu perkembangan memori mereka kerana Omega Guard mengandungi DHA. DHA adalah nutrien utama untuk otak, saraf dan retina mata. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah Alzheimer,  memelihara penglihatan dan pendengaran, mencegah migrain.
Omega Guard juga mampu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriosis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
Dan kerana fungsi Omega Guard yang ini, maka saya tidak teragak-agak untuk membekalkannya sebiji sehari untuk anak-anak saya. Saya mahu perkembangan memori mereka sentiasa berkembang dan dapat menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Saya juga mahu sistem imun berada sentiasa baik dan dapat menyembuhkan siptom asma yang abru dikesan.
Vitamin C 
Vitamin C Shaklee juga berfungsi untuk meningkatkan sistem imun tubuh dimana ia membina sel sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan ketahan terhadap alergi hidung dan kulit, asma, dan menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema dan flu. 
Vitamin C sangat dikenali dapat membantu menyingkatkan dan memulihkan batuk dan selsema. Kanak-kanak adalah golongan yang senang dan kerap dijangkiti selsema dan batuk terutamanya kepada mereka yang bersekolah, ditinggalkan di taska dan nurseri atau kanak-kanak yang selalu terdedah dengan udara ayng tidak sihat. Maka, dengan itu, saya juga tidak teragak-agak untuk membekalkan vitamin C kepada anak-anak yang sememangnya mudah dijangkiti.

Hubungi saya untuk order dan sebarang pertanyaan...
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

GLA Complex Shaklee dan Kesuburan

Lagi testimoni kejayaan bersama GLA Shaklee.

GLA Complex Shaklee adalah vitamin yang dihasilkan daripada gabungan minyak Borage, minyak bunga matahari dan Vitamin E.
GLA Complex Shaklee telah banyak membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan. Maklumat mengenai bagaimana GLA Complex membantu kesuburan diharapkan dapat membantu pemahaman anda tentang bagaimana GLA Complex akan membantu anda.

Jom baca testimoni mereka yang sudah berjaya hamil dengan usaha bersama GLA Complex dan set kesuburan.

1. Testimoni 1

Kehamilan dengan set kesuburan


2. Testimoni 2

Hamil dengan GLA Complex

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mighty Triple Gems : Bekalan Berpuasa Saya

Salam 1 Ramadhan!!

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini. Mari didik hati untuk meraih sebanyak mungkin keberkatan didalam bulan mulia ini. Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah.

Alhamdulillah, tahun ini saya masih lagi berpuasa bersama Shaklee dan Set Mighty Triple Gems semestinya. Jika tahun lepas Mighty Triple Gems menemani saya berpuasa dan melalui proses penyusuan bersama Dhia. Tahun ini pula, set Mighty Triple Gems menemani puasa saya dan melalui proses kehamilan trimester 3 pula.
Info menarik tentang Set Mighty Triple Gems yang boleh anda baca dan ketahui.


Mighty Triple Gem


Hari ini saya akan berkongsi bagaimana Set Mighty Triple Gems membantu saya berpuasa pada tahun lepas semasa proses penyusuan bersama Dhia. 
Saya telah mengambil Set Mighty Triple Gems pada waktu bersahur dan berbuka puasa pada setiap hari.
Set Mighty Triple Gems membantu membekalkan tenaga sepanjang hari kepada tubuh. Dimana walaupun berpuasa, saya dapat menghasilkan susu secukupnya untuk Dhia termasuk proses mengepam dan direct feeding. Saya juga masih dapat melaksanakan tugas sebagai pekerja seperti biasa. Pengalaman berpuasa tahun 2012 yang sangat mencabar bagi saya kerana terpaksa berulang alik ketempat kerja dengan menaiki komuter.

Pengambilan Set Mighty Triple Gems ketika itu telah membantu saya untuk :

Kekal bertenaga walaupun bangun seawal 4 pagi setiap hari.
Berjaya mendapatkan stok perahan susu ibu yang sama banyaknya ketika tidak berpuasa.
✔ Tidak letih ketika melakukan tugasan seharian dipejabat mahupun dirumah.
✔ Kulit wajah yang tidak kusam walaupun tidak cukup tidur.

Kenangan stok EBM

Kenangan Stok EBM1

Gambar kenangan stok EBM yang saya berjaya kumpulkan untuk Dhia dengan bantuan Set Penyusuan 3M dan Set Mighty Triple Gem.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

GLA Complex Shaklee : Testimoni Cyst

GLA Complex Shaklee


Fakta GLA :
1. GLA Shaklee di ekstrak daripada Borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA didalam EPO.
2. Borage juga mengandungi 3 kali ganda lebih bioavailability dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
3. Shaklee mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.
4. Setiap kapsul  mengandungi 300mg GLA. Dan ia adalah sumber terbaik Omega-6.
5. Ia juga digabungkan dengan minyak bunga Matahari dan Vitamin E.
6. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksida semulajadi yang telah dipatenkan.
7. Telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

Jom kita tengok pula testimoni pengguna pula.

1. Testimoni Cyst.

Cyst yang dialami oleh Puan Suziana telah mengecut daripada saiz asal sebesar 4cm++ kepada 3.6cm setelah mengamalkan GLA Complex selama 2 bulan.

Testimoni Gla & Cyst
2. Testimoni ketidakstabilan period.

Pengguna mengalami period yang tidak teratur dan telah mengambil ubat hormon untuk menstabilkan periodnya.


Testimoni GLA & Period Pain


Bagaimana GLA membantu kedua-dua masalah ini?

GLA Complex SHaklee telah diketahui mampu mengawal hormon estrogen dan testosteron. Ia membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki mahupun wabita. Fungsi ini telah membolehkan GLA Complex mengurangkan tahap kesakitan semasa period dan menstabilkan period itu sendiri.

GLA Complex juga adalah vitamin anti-oksida yang mana ia mampu meningkatkan sistem imun didalam tubuh. Ia juga menghalang pertumbuhan sel tumor dan sel kanser.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Mighty Triple Gem : Persediaan untuk berpuasa

Ada lagi 2 sebelum kita menemui Ramadhan.
Sudahkah anda semua bersedia?
Semoga hati sentiasa dipelihara untuk memelihara Ramadhan dengan amalan dan ibadah sebagai saham disana kelak.... :)

Hari ini, Mamadhia nak bercerita tentang set Mighty Triple Gem.

Mighty Triple Gem


Apa yang dimaksudkan dengan set Mighty Triple Gem?

Mighty Triple Gem terdiri daripada gabungan ESP + Melashake + Performance Drink. Gabungan rasa yang sangat sedap dan memberi cukup persediaan tubuh untuk berpuasa di bulan Ramadhan nanti. Diambil ketika bersahur dan berbuka puasa, memberikan tubuh tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk berpuasa sepanjang hari dan melakukan tugas seharian.

Bagaimana Mighty Triple Gem membantu menjadi booster tenaga?

ESP

Sejenis bancuhan berasaskan protin soya yang hanya mengandungi "Non-GMO" yang diproses pada suhu rendah. Ia menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Satu hidangan ESP menyamai dengan pengambilan 2 kali ganda daging atau 4 kali ganda telur atau 12 kalo ganda susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh.
ESP membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan. 
Manfaat lain  ESP di Segalanya ESP.

Performance Drink

Performance Drink merupakan minuman sukan pertama bagi para atlit di Amerika Syarikat. Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif  Opticarb yang sudah dipatenkan untuk Performance Drink akan meningkatkan tenaga otot sebanyal 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Mengandungi 67% otot glikogen / sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Performance Drink :
* Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

* Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuhdan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Performance drink mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosporus magnesium, dan cloride. Ia turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya untuk mereka yang menetap dikawasan tropika dan untuk mereka yang aktif.

Mealshake 

Mealshake diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain. IA membekalkan nutrisi kepada sel tubuh kerana kaya dengan protin, tidak mengandungi laktosa, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, sistem imun dan lain-lain.

Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mengambil set Mighty Triple Gem untuk membantu mengekalkan kesihatan tubuh walaupun seharian berpuasa. Walau berpuasa, tugasan dan kelangsungan hidup harus diteruskan. Malahan tenaga yang lebih diperlukan untuk membuat amalan-amalan dan ibadah-ibadah yang wajib mahupun sunat. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Nyahtoksin Shaklee : Ramadhan, kedatangan yang dinanti

Salam ceria!!

Tinggal beberapa hari lagi sahaja Ramadhan bakal muncul. Alhamdulillah. Semoga kita berkesempatan untuk menemui Ramdahan kali ini.  Ramadhan, bukan sahaja bulan yang penuh dengan barakah yang mana kita boleh membuat sebanyak mungkin amalan, tetapi ia juga boleh dilihat sebagai bulan untuk menyahtoksin tubuh.



Orang kata perut itu sarang penyakit. Maka, dengan hadirnya bulan Ramadhan ini marilah kita ambil kesempatan untuk menyahtoksin segala kekotoran yang ada didalam tubuh.

Saranan pengambilan Vitamin Shaklee di bulan Ramadhan.

Waktu berbuka puasa:

* Mulakan dengan pengambilan kurma. Jangan amalkan kuih-miuh yang serba manis dan kurang serat.
* Makanan utama yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, mee.
* Gabungan ESP dan Performance Drink untuk tenaga tambahan untuk menunaikan solat terawih.
* Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum tidur; 

* Ambil segelas bancuhan ESP beserta vitamin lain seperti Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun.

Waktu Bersahur; 

* Amalkan pengambilan kurma sekurang-kurangnya 3 biji.
* Ambil makanan utama yang mengandungi karbohidrat kompleks.
* Bancuhan ESP dan Perfirmance Drink untuk tenaga tambahan disiang hari.
* Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Vitamin Ramadhan


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

GLA Complex : Manfaat Utama

GLA Complex

Ia diekstrak daripada minyak BORAGE yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA yang terdapat didalam EPO.  Borage juga adalah 3 kali labih baik dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.


GLA Complex


Manfaat Utama GLA Complex ;

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran masyarakat barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testoteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simtom PMS seperti kesakitan, emosi yang kerap berubah, rentensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopous - Memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit yang lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ia mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ia juga meringanan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan semasa tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelansingan dan menghalang pertambahan berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, menghalang pertambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darahm memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperrbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif / utisma ( ADD / ADHD ) - Dibuktikan secra klinikal  bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Promosi Julai : GLA Complex

Salam Julai!!!

Shaklee dah umumkan produk promosi Julai 2013. Ianya adalah GLA Complex.

Beli 6 botol dengan percuma 1 botol.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...