HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

TIP PENJAGAAN LUKA EPISOTOMI SELEPAS BERSALIN

Dah sampai masa nak melahirkan baby yang dikandung 9 bulan?
Tak sabar kan?
Macam-macam perasan timbul kan?
Macam-macam perkara juga yang dirisaukan kan?

Hari ini, saya nak bercerita tentang episotomi selepas bersalin. Boleh elak ke? Bagaimana?
Jom kenali apa itu episotomi selepas bersalin.
Entry kali ini berkaitan dengan cara kelahiran normal sahaja tau!




EPISOTOMI :
Ia adalah kaedah memotong sedikit bahagian antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj.

Macam seram je kan? Hehe.
Jangan risau. Sila teruskan bacaan untuk mengetahui tentang episotomi dengan lebih lanjut.

Sebenarnya Episotomi dilakukan untuk mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin. Episotomi semasa bersalin  ini sebenarnya dapat memudahkan laluan untuk bayi keluar. Episotomi semasa bersalin biasanya dilakukan kepada ibu-ibu yang bersalin anak sulung, kelahiran songsang dan ibu-ibu yang mempunyai laluan yang sempit. Namun, Episotomi semasa bersalin bukanlah satu prosedur yang wajib dilakukan setiap kali menyambut kelahiran bayi.

Pendapat saya [ melalui pengalaman 4 kelahiran ]: 
Bagi saya yang punyai kulit yang lembut dan mudah terkoyak [ Menurut kata doktor ], saya lebih suka episotomi berbanding koyakan secara natural. Potongan episotomi semasa bersalin berbentuk lurus dan jahitan juga boleh dibuat sehala sahaja. Berbanding koyakan natural yang mungkin tidak teratur [ koyak sana sikit, koyak sini sikit ]. Maka jahitan juga boleh jadi banyak. 




TIP PENJAGAAN LUKA EPISOTOMI SELEPAS BERSALIN

Seperti luka lain, luka Episotomi semasa bersalin juga perlukan penjagaan yang teliti. 
Saya kongsikan tip untuk menjaga luka Episotomi semasa bersalin sebagai panduan kita bersama.

1. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. Elakkan juga duduk bersila atau berbaring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan-jalan didalam bilik. Sila pastika anda mendapat rehat yang mencukupi.

2. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan sekitar luka menjadi kebas dan sekaligus mengurangkan sakit dan bengkak.

3. Tukar tuala wanita dengan kerap bagi mengelakkan luka terkena jangkitan kuman.

4. Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebh kerap bagi membantu luka kering dengan cepat.

5. Pastikan luka episotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.

6. Rendam punggung ( sitz bath ) dalam air suam yang dicampurkan dengan larutan antiseptik bagi membersihkan kotoran disekitar luka.

7. Amalkan minum banyak air  untuk mengurangkan masalah sembelit.

8. Amalkan senaman kegel.


TIP MENGELAKKAN KOYAKAN SEMASA BERSALIN.
[ Kredit to : Majalah PA&Ma ]


1. Senaman Kegel

Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan keatas bagi menguatkan otot pelvik. Sebaiknya diamalkan setiap hari. Ia penting untuk mengelakkan koyakan perineum disamping membantu proses meneran ketika bersalin.

2. Sapuan Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun pada bahagian peineum. Lakukan juga urutan perineral yang dapat membantu mengurangkan trauma episotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.

3. Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin.

* Ketika merasakan kontraksi awal ( braxton hicks ), tarik nafas dalam-dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut.
* Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek-pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat-cepat mengikut mulut ( keadaan seperti termengah-mengah ). Jangan kososngkan paru-paru sebaliknya terus tarik nafas pendek seterusnya.
* Apabila merasakan seolah hendak meneran, tetapi bukaan vagina masih belum sampai 10 cm lagi, tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.
* Tiba masa untuk meneran, tarik nafas dalam-dalam mengikut mulut dan lepaskan sekali nafas perlahan-lahan mengikut mulut juga. Lepas secara perlahan-lahan untuk mengelakkan bayi daripada masuk semula.
* Pastikan posisi meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit ( katil diangkat atau suami membantu ampu bahagian belakang badan / kepala. Pastikan kepala lebih tinggi daripada berbaring.
* Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.

4. Meneran Dengan Betul

Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakan koyakan perineum atau digunting. Elakkan menganggkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Teknik Meneran Dengan Betul
  • Angkat kepala sehingga mencecah dada.
  • Mata pandang ke perut
  • Tangan pegang pergelangan kaki.
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran .
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar pada vagina. Patikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.
  • Dengar arahan jururawat dan doktor.
  • Elakkan menjerit-jerit dan ingat Allah sehingga semua selesai.

Semoga semua tip diatas memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menanti masa untuk melahirkan permata hati anda.

Untuk membantu kesihatan anda disepanjang tempoh berpantang, boleh juga gunakan Set Berpantang Shaklee yang sememangnya telah banyak membantu ibu-ibu yang baru melahirkan bayi menjadi lebih sihat, cergas dan bertenaga.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

WARGA CHINI BERMARATHON BERSAMA PERFORMANCE DRINK

Wah!
Hebat juga warga Chini. Sambutan yang meriah untuk program pertama marathon pada 13 Disember lepas. Program Marathon ini dianjurkan bersama warga Chini dan YB Dun Chini, YAB. Dato' Abu Bakar Harun.




Program Marathon ini dibahagikan kepada 3 kategori;

1. Lelaki Dewasa : 7 KM
2. Wanita Dewasa : 7 KM
3. Kanak-kanak : 5 KM




Credit Pic to : Reyme Mrh
Tuan Reyme adalah salah seorang freelance photographer di Chini. Jadi, andainya ada sahabat-sahabat yang nakkan khidmat fotografi untuk sebarang sesi, boleh la hubungi beliau di akaun FB milik beliau.


13 Disember 2014, cuaca memang cantik. Alhamdulillah. Cuaca panas dan sesuai untuk kami melakukan larian untuk program Marathon ini. Selepas penat mencurah tenaga untuk larian 7 KM dan 5 KM, pastinya tubuh para peserta mengalami penghidratan akibat berpeluh dek larian yang dibuat.

Dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk sama-sama membantu mengurangkan dehidrasi dan mengembalikan tenaga para peserta dengan bantuan Performance Drink yang dikuasakan oleh Shaklee. Performance Drink yang berperisa oren dan dibancuh bersama ais, rasanya sedap tak terhingga. 






Performance Drink merupakan minuman sukan pertama bagi para atlit di Amerika Syarikat. Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif  Opticarb yang sudah dipatenkan untuk Performance Drink akan meningkatkan tenaga otot sebanyal 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Mengandungi 67% otot glikogen / sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.



Performance Drink :
* Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

* Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuhdan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Performance drink mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosporus magnesium, dan cloride. Ia turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya untuk mereka yang menetap dikawasan tropika dan untuk mereka yang aktif.



Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


Untuk mereka yang suka dan gemarkan aktiviti marathon, jom ikuti tips dari Master Liza untuk atasi masalah kesakitan sendi dan tulang.

Selamat Bermarathon!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

TUTORIAL : MASUKKAN VIDEO VIMEO KE DALAM BLOG ( BLOGSPOT )

Ohai!
Saya pun baru belajar untuk buat kerja nie. Dia tak lah semudah masukkan link dari Youtube ke Blospot.
Tapi tak de lah susah sangat. Mesti boleh buat punya lah!

So, jom try masukkan video vimeo kedalam blog uolls. Simple aje.

Step 1

Buka video vimeo yang dikehendaki. Mana-mana aje la.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Step 2

Bawa cursor kepada icon kapal terbang kertas disebelah kiri atas vidoe vimeo tersebut. Klik button 'Share'.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Step 3

Nampak tak ada html code kat dalam kotak Embeded tu? So 'highlight' dan 'copy' kod tu.
Atau boleh juga tekan 'Ctrl + A' dan 'Ctrl + C'.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Step 4

Buka blog anda untuk buat 'post' atau 'entry' baru. Klik button 'HTML'. Refer gambar kat bawah ye.
Dan 'paste' kan kod html tadi.
Boleh juga guna 'Ctrl + V'. Kemudian klik semula 'Compose' dan lihat ada tak video vimeo tadi didalam kotak 'entry' baru tadi.

Sebelum tu, taiplah apa-apa cerita atau perkongsian yang nak uolls buat. Sila taip dengan happy dan rasa dari hati tau. Barulah pembaca pun dapat rasa apa yang uolls cuba sampaikan.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Macam nie,

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Step 5

Publishkan entry uolls tadi dan tengok semula di blog. Ada tak keluar video vimeo yang dah di embedkan tadi? Macam nie..

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Dan...
Tada!!!!
Video Vimeo dah sukses duduk dalam blog anda....

Jom tengok sharing dari SuperMak yang teramat sayangkan anak mereka hingga sanggup korbankan apa saja yang mereka ada.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

KENAPA KAUNSELOR LAKTASI PUN MAKAN SET IBU MENYUSU? TAK CUKUP KE ILMU YANG DIA ADA?

Ish!!
Tak cukup ilmu ke kaunselor laktasi tu sampai kena makan suplemen Shaklee untuk banyakkan susu badan?
Dia makan set lengkap untuk Vitamin Ibu Menyusu pula tu.

Tak lengkap lagi ke ilmu dia untuk banyakkan susu ibu?
Tak lengkap lagi ke ilmu dia untuk elakkan keletihan semasa menyusukan bayinya?
Tak lengkap lagi ke pemakanan seharian dia untuk elakkan keletihan dan dalam masa yang sama nak banyakkan susu badan?

Pelik nie..

Jom tengok apa pengalaman dia dengan Set Ibu Menyusu.
Best sangat ke set Ibu Menyusu? Sampaikan kaunselor laktasi pun makan Set Ibu Menyusu?



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Dah tengok?
Apa pendapat anda pula?


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promo Disember : Vitamin Antioksidan ( A & C)

Wassap!! wassap!!
Best giler...Haha!

OK. Over pulak.

Shaklee sayang kita. Shaklee semua wanita bertukar dari Kak Mah kepada Zualikha dari aspek penjagaan kecantikan. Jangan tak percaya tau.

Bulan Disember bulan cantik lah. Shaklee nak semua wanita jadi super cantik dan super gojes.

Promo Disember,

Vitamin C - Beli 6 PERCUMA 1
Vitamin E - Beli 6 PERCUMA 1

Best giler!



Anda-anda yang super gojes, jangan lupa dapatkan stok uollss ye.
Rojer saya jugak..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Penting ke Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks / Pangkal Rahim?

Semalam saya ke Klinik Kesihatan Chini untuk membuat monthly checkup sikecik Irdina Nur Eizzara. Saya ditanya oleh jururawat bertugas untuk membuat ujian pap smear. 
Alamak!
Serius, saya tak pernah buat ujian Pap Smear walaupun dah beranak empat. Alasan utama, takut sakit dan malu.

Mengikut kata jururawat tersebut, Ujian Pap Smear sangat penting untuk mengesan sebarang keabnormalan atau kanser pada bahagian serviks / pangkal rahim seorang wanita. Ujian dilakukan kepada golongan wanita yang telah berkahwin atau yang aktif dalam aktiviti seks. Wanita yang berusia 35 tahun keatas juga disarankan untuk melakukan ujian Pap Smear ini.

Serviks yang normal adalah yang berwarna pink pada pintu serviks. Manakala serviks yang bermasalah akan kelihatan pucat dan berwarna kebiruan pada pintu serviks. Dan anda perlu merasa risau jika didapati ada nanah atau darah keluar semasa period atau dalam keadaan biasa. Itu menandakan serviks anda berada didalam keadaan tidak sihat. Segeralah ke klinik berhampiran untuk membuat ujian Pap Smear untuk dapatkan jawapan dan kepastian. 




Sakit ke Ujian Pap Smear tu? 

Saya pun tak ada jawapan untuk soalan tu ( sebab saya pun takut nie. Hehe! ).
Jadi, saya bertanya encik gugel untuk dapatkan pengalaman wanita lain yang dah pun jalankan ujian Pap Smear ini.

Menariknya, rata-rata daripada mereka mengatakan yang Ujian Pap Smear tidak menyakitkan. Anda hanya akan merasa sedikit kurang selesa semasa jururawat / doktor mengambil sample lendir dari permukaan serviks sahaja.

Jom tengok sikit apa yang ada masa ujian Pap Smear dilakukan.


Peralatan yang digunakan untuk ujian Pap Smear


Alat : speculum, spatula dan berus

Speculum - Alat untuk membuka dan memegang dinding miss V.
Spatula & berus - Alat untuk mengambil sample dari pintu serviks.

Sample akan dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan ujian akan diperolehi dalam masa seminggu hingga dua minggu jika ujian daripada klinik atau hospital swasta manakala tiga hingga empat minggu jika dibuat di hospital atau klinik kerajaan. Tak kisah lah buat ujian dimana-mana mengikut kemampuan, yang penting kita sebagai wanita perlu tahu tahap kesihatan serviks / rahim sendiri.



Posisi ketika ujian Pap Smear dilakukan


Kenapa Ujian Pap Smear?

Untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks / pangkal rahim. Ujian ini membantu untuk mengesan kuman, bakteria atau tanda-tanda keabnormalan di bahagian serviks wanita. Jika ia dapat dikesan awal, proses perubatan boleh dilakukan dengan segera untuk menyelamat rahim wanita.

Tahu tak?
Kanser serviks / pangkal rahim merupakan pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.


Persediaan Sebelum Ujian Pap Smear

1. Elakkan aktiviti seks 24 jam sebelum ujian Pap Smear dibuat.
2. 10 hari selepas kedatangan darah haid / period


Waktu Yang Sesuai Untuk Membuat Ujian Pap Smear

Setahun sekali sahaja. Andainya keputusan selepas itu ok atau negatif kanser, ujian perlu dibuat sekali untuk tiga tahun. Andainya keputusan mendapati terdapat sebarang keabnormalan atau ada mengandungi kuman atau bakteria, rawatan seterusnya akan diberikan.

Wahai sahabat wanita.
Jom jaga kesihatan serviks kita. Jauhi aktiviti seks bebas kerana ia lebih berisiko untuk mendatangkan pelbagai penyakit.
Untuk sahabat-sahabat yang pernah mengandung dan bersalin dan pernah aktif dalam aktiviti seks, jangan takut untuk buat ujian Pap Smear ( termasuklah saya! ).

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Jangan Hampiri Zina : Jadikan Cinta Bermaruah

Terbaca artikel ini masa scroll newsfeed Facebook.
Agak menarik sebagai panduan kepada kita dalam bersahabat tanpa mengira status dan peringkat umur. Lumrah dan normal apabila kita selalu terlupa dan terleka dengan tipu daya syaitan.

Jadikan cinta kita cinta yang bermaruah mengikut ajaran Islam iaitu melalui pernikahan.
Jom baca dan jadikan ia panduan dan peringatan.





JANGAN HAMPIRI Z.I.N.A
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam……Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
utk mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.
Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka aa psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami? 
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubat kita semua. Amin.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kisah Mah, Abang dan Zulaikha : Surat Mah Kepada Abang.

Setahun berlalu..

Abang,
Dah setahun kisah antara abang, Mah dan Zulaikha berlalu. Tahniah untuk abang kerana dah jumpa bahagia yang abang cari. Tahniah juga sebab abang dapat mengahwini perempuan yang abang idam-idamkan, si Zulaikha tu.

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Sejak Mah join jadi SID, Mah kumpul-kumpul duit. Dapatlah juga Mah beli sikit-sikit suplemen untuk diri Mah dan anak-anak. Dulu Mah tak ada kesempatan nak telan suplemen. Sebab abang tak pernah support apa yang Mah nak buat. Mah pun buta mata dan hati juga sebab asyik utamakan keperluan abang je sedangkan keperluan diri sendiri Mah abaikan.

Sejak Mah makan vitamin C dan vitamin E, kulit Mah dah makin glowing. Dah tak kusam macam dulu. Best tau abang. Kulit Mah jadi halus dan lembut je. Rugilah abang dah tak dapat usap tangan Mah yang dah halus dan lembut nie. Kalau dulu kulit Mah nampak tak bermaya je, sekarang dah berubah tau abang. Kawan-kawan Mah pun dah tegur. Diorang kata kulit Mah dah semakin berseri-seri dan semakin cerah.

Bukan tu je yang Mah makan. Mah minum juga ESP, sambil-sambil tu Mah buat juga masker kat muka. Bila minum ESP, rambut Mah dah tak gugur malahan bersinar-sinar pula. Kuku Mah pun dah tak pecah-pecah, tumit pun macam tu juga tau. Sekarang Mah perasan yang jerawat pun dah jarang muncul. Ruginya Mah tak cuba ESP nie dari dulu lagi. Anak bongsu kita pun dapat juga kebaikan hasil Mah minum ESP tau. Susu badan Mah bertambah-tambah melimpah ruah Allah bagi kat dia. Kulit pun cantik abang. Comelnya anak kita tu. Ruginya abang tak merasa nak gomol dia lepas habis kerja. 

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Baju-baju Mah dah bertukar saiz L, ada juga baju bersaiz M yang Mah dah boleh pakai. Baju-baju yang bersaiz XL dan XXL, Mah dah simpan dalam stor. Besar sangat, tak cantik pula bila Mah sarungkan ke tubuh Mah yang dah makin mengecil nie. Abang nak tau tak, ramai yang tak percaya Mah ada 3 orang anak. Kata diorang, Mah macam orang yang belum kahwin tau. Mungkin itulah ShakleeEffect yang Mah dapat. Abang nak tahu apa rahsia Mah dapat semula saiz badan diawal perkahwinan kita? Mah makan Set Kurus Shaklee la. Hehe..

Abang,
Kehidupan Mah semakin baik sekarang. Rupanya ramai lagi yang sayangkan Mah walaupun selepas abang benarkan Zulaikha ambil tempat Mah disisi abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah ye abang. Kawan-kawan kata Mah dah cantik dan kurus sekarang. Malahan ramai juga yang kata Mah macam anak dara walaupun hakikatnya Mah nie Mak Dara anak 4.

Abang pun jangan jeles dengan Mah tau. Mah dah berkawan dengan ramai orang yang lebih baik daripada abang. Pandangan Mah tentang kehidupan pun semakin bertambah. Mah semakin menghargai diri sendiri yang dulunya Mah abaikan. Mah sedar  selain dari sayangkan anak dan suami, Mah perlu sayangkan diri sendiri juga. Dulu, Mah terlalu pentingkan apa yang abang rasa, keperluan abang dan anak-anak. 

Dulu Mah abaikan keperluan diri Mah. Mah biarkan badan Mah membesar sebab abang selalu cakap walaupun Mah besar, abang tetap sayang. Rupanya kata-kata abang tu cuma untuk menutup kekurangan Mah. Mah biarkan je keinginan Mah untuk beli baju baru sebab nak bantu abang cover perbelanjaan rumahtangga kita. Rupanya abang memang suka tengok perempuan-perempuan yang berpakaian yang mengikut trend terkini. Mah biarkan diri Mah keletihan tanpa bantuan sebarang suplemen untuk jana tenaga Mah. Sedangkan Mah memang perlukan bantuan suplemen untuk bantu kekalkan tenaga Mah. Setiap hari, Mah keuar bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Selepas pulang dari kerja, Mah perlu uruskan rumahtangga pula, memasak, membasuh dan buat tugas-tugas yang memang tak ada noktah. Mana nak layan anak-anak lagi, mana nak layan abang lagi. Kalau abang terlupa, sikit pun kerja-kerja dirumah abang tak bantu tau. Jadi, Mah memang keletihan. Mah hanya dapat merehatkan badan masa tidur je. Jadi kalau abang kejut Mah ditengah malam, memang Mah tak sedar. Tidur mati dek keletihan. 

Kehidupan semakin baik kini. Syukur sangat Mah jumpa produk dan kawan-kawan yang best lepas abang tinggalkan Mah dan anak-anak. Banyak ilmu yang Mah dapat dari geng Shaklee. Mah lebih bebas bergerak sekarang. Mah mohon abang sentiasa doakan kejayaan Mah walau kita dah tak bersama tau.

Oklah abang. Tu je Mah nak bagi tahu kat abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah tau. Mah tengok Zulaikha dah semakin membesar macam Mah dulu je. Abang pun makin bulat aje. Tak takut ke Zulaikha pula cari orang yang lebih slim dari abang? Haha!
Abang pula janganlah ulang apa yang abang dah buat pada Mah tau. Maklumkan pada Zulaikha yang abang tu lebih sukakan isteri abang sentiasa slim. Kalau abang nak bagi Zulaikha makan suplemen Shaklee, abang kontek la Mah tau. Memang terbukti berkesan.

Terima kasih abang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Nak Dapatkan PERUT KEMPIS Sebab Nampak Macam Ibu Mengandung 5 Bulan.


Oppsss!!!

Perut kosong tapi nampak macam ibu mengandung 5 bulan?  Siapa ada masalah macam nie?
Suka ke dengan situasi macam nie?
Best ke bila orang keluarkan soalan " Eh! peknen dah berapa bulan nie?" Padahal perut anda kosong je tak ada baby malah anda sebenarnya masih bujang!


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Gambar kat atas tu, ibu mengandung 6 bulan dah...Hihi..[ tahun 2013 ]

Walaubagaimanapun situasi macam ni lebih kerap kepada wanita-wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Nak tak saya kongsikan tips nak dapatkan perut kempis dan buang atau nyahkan perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan tu? 

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan senaman secara konsisten dan teratur. Boleh rujuk entry lama saya berkaitan dengan cara senaman yang dikongsikan oleh Sifu Kevin Zahri.


Seterusnya, pastilah perkara utama dalam rejim kurus iaitu menjaga pemakanan. Anda perlu atau wajib belajar cara mengira kalori. Banyak tips atau menu yang boleh diambil semasa proses diet yang dikongsikan oleh Majalah Rapi. Boleh juga rujuk entry saya berkaitan pengiraan kalori dan penjagaan pemakanan.

>>>>> Cara Nak Kira Kalori

>>>>> Tips Untuk Kurus dan Langsing

Jemput baca ye. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Ok. Sekarang saya nak fokus kepada perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan. Tak nak kan? Nak pilih baju pun susah. Takkanlah nak beli baju materniti sebab perut tu nampak macam mengandung 5 bulan.
Tak teringin ke nak dapatkan perut yang kempis?

Rahsianya, hanya dengan mengambil Herblax dan Lecithin / Omega Guard Shaklee.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Omega Guard mengandungi Omega-3 yang sangat membantu untuk meningkat kadar metabolisme badan. Seperti yang ramai tahu, berat badan agak susah untuk diturunkan jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jadi, dengan mengamalkan Omega Guard, kadar metabolisme tersebut boleh dinaikkan.

Lecithin pula berfungsi untuk mengemulsi lemak. Dengan kata lain, ia membantu untuk mengapurkan lemak yang terhasil didalam tubuh dan ia lebih mudah untuk dibuang.

Suplemen yang paling penting dalam misi mendapatkan perut yang kempis adalah Herblax. Ia membantu mengangkut lemak dan semua toksin yang ada didalam tubuh keluar dengan mudah. Ia adalah julap lembut. Namun, ia tidak akan membuatkan kita menjadi cirit-birit mahupun perut memulas.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Saje nak tunjuk. Tak adalah kurus pun. Tapi sekurang-kurangnya tak nampak macam menagndung 5 bulan walaupun anak dah 4. Alhamdulillah ( bukan riak nie tau! Hehe.. )

Kawan-kawan wanita kesayanganku..
Jom ubah!

Saya pasti anda tak suka dengan situasi macam tu kan?

"Eh Yunk! Senyap-senyap je ko peknen ye?"

"Mengandung bape bulan dah nie?"

"Ko peknen? bukan baru je ko bersalin ari tu?"

Hah! Nak ke macam tu?
Katakan TIDAAAKK!!!

Nak tau macam mana? Atau berminat nak dapatkan Lecithin / Omega dan Herblax? Nak berkongsi cerita dengan saya?

Jangan malu-malu hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Projek Besarkan Ladang Pahala : Program Back To School


GIVE THEM OUR HEART, GIVE THEM HAPPINESS

Kempen Back To School 2015. Kempen besarkan ladang pahala.





Untuk sahabat-sahabat yang ingin besarkan ladang pahala anda, tapi tak tahu nak salurkan kemana?
Kami SID dari keluarga RichFamily ingin sama-sama mengajak anda untuk turut serta dengan aktiviti ini. Mari membantu mereka yang memerlukan.

Saya ingin mengajak anda menderma atau boleh juga mengeluarkan bajet mengikut pakej yang ada dinayatakan di dalam poster di atas. Saya dan rakan-rakan lain dari RichFamily sedang mengumpulkan dana untuk membantu anak-anak kecil yang ditempat di Rumah Anak Yatim Yayasan Tengku Budriah, Cheras, KL.

Ada 70 orang anak-anak kecil yang berbesar hati andai anda sudi membantu mereka menyediakan keeprluan persekolahan untuk sesi 2015 nanti. Antara pakej tajaan yang dinyatakan didalam poster adalah :

1. Tajaan kelengkapan sekolah : RM150
2. Tajaan set pakaian sekolah : RM150
3. Tajaan sepasang kasut : RM30
4. Tajaan korporat : RM1500 ( Minima 10 orang )

Anda boleh memberi sumbangan dengan memberi sumbangan kepada akaun Master Lydzar ( boleh hubungi beliau untuk resit ). Beliau boleh dihubungi melalui nombor telefon seperti yang tertera didalam poster.

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui pembelian vitamin Shaklee daripada saya kerana 10% dari untung runcit akan dimasukkan kedalam tabung program ini. Dapat vitamin, dapat menyumbang juga. 

Semoga budi baik dan jasa anda dibalas dengan nikmat dan rezeki berkali ganda dari Allah.

Mari besarkan ladang pahala kita. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL BOLEH DIATASI. BAGAIMANA?


Anda hadapi masalah kewangan yang kritikal? 
Hingga buatkan hubungan anda suami isteri hambar dan ingin bercerai? 
Hingga buat anda rasa nak menyorok je dalam gua dan tak nak keluar lagi?

Nanti dulu!
Saya ada penyelesaian untuk masalah anda ini. Tahukah anda yang masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. Nak tahu bagaimana?

Saya hanya perlukan beberapa kriteria penting untuk memastikan usaha anda yang mengatasi masalah kewangan yang kritikal itu boleh boleh diatasi dan menemui kejayaan. Sanggupkah anda mempelajari dan melaluinya bersama-sama saya?




Kata orang, duit bukanlah segalanya. Tapi seperti yang semua maklum, banyak perkara yang kita mahu memerlukan duit sebagai tukarannya. Siapa setuju?

Baiklah.
Kriteria anda yang saya mahukan untuk bersama-sama berusaha mengatasi masalah kewangan yang kritikal adalah :

1. Sanggup mengosongkan dada untuk mengautkan sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh mentor-mentor yang telah berjaya.
2. Sanggup menurunkan ego untuk duduk dan berdiri bersama-sama dengan orang-orang yang mahu berjaya.
3. Sanggup mengorbankan masa tidur, lepak, melancong untuk beberapa ketika untuk membuat kerja.
4. Sanggup memekakkan telingan dengan hingar bingar dan aura negatif yang datang.
5. Sanggup berusaha semaksima mungkin untuk merealisasikan matlamat anda.  

Anda ada semua kriteria diatas. Tahniah!
Anda pasti berjaya.


Ok. Masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. bagaimana?




Jom sertai keluarga Shaklee saya. Kami dibimbing setiap masa mengenai teknik perniagaan, online mahupun offline. Sokongan tanpa berbelah bahagi daripada mentor dan kawan-kawan sekumpulan menyebabkan semangat ingin berjaya sentiasa membara. Kami bersaing dengan cara yang sihat. Kami berkongsi maklumat, petua, tips dan macam-macam aktiviti bersama tanpa kompromi.

Menariknya, untuk menyertai keluarga Shaklee kami, anda tidak perlu membuat pinjaman mahupun mengeluarkan modal yang tinggi. Ianya mampu milik. Hanya dengan duit serendah RM65, anda dah boleh memulakan perniagaan Shaklee tak kira secara online mahupun offline. Selebihnya, bagaimana untuk melakukannya, saya sangat memerlukan keriteria yang dah disebutkan diatas tadi. Kami akan ajar satu persatu!

Apa menariknya bisnes Shaklee?
 ~ Tak perlukan modal yang besar
~ Tak perlu lambakan stok bawah katil
~ Tak perlu meninggalkan rumah, anak mahupun suami pada malam minggu untuk menghadiri kelas.
~ Kalau ada kelas ( sekali-sekala ), anda boleh angkut semua anak-anak dan suami.
~ Kumpulan sokongan dan mentor yang hebat
~ Anda akan perolehi ilmu marketing online dan offline secara percuma dengan syarat anda perlu rajin
~ Perkongsian bukan setakat ilmu dunia sahaja, malahan perkongsian tentang amalan rohani juga




Rugi tau kalau anda tak mahu sertai kami.
Rugi tau kalau anda terus selesa dibelenggu masalah kewangan yang kritikal sedangkan ia boleh diatasi. Dan Shaklee dah buka jalan untuk anda keluar.
Rugi tau kalau anda tengok saja orang lain menjadi kaya dan dapat keluar dari belenggu masalah kewangan.
Rugi tau kalau anda tak nak buat kerana bisnes Shaklee boleh dibuat secara part time saja dan anda masih boleh bekerja seperti biasa.
Rugi tau kalau anda biarkan aje orang lain buat Shaklee sambil jaga anak sedangkan anda terpaksa tinggalkan anak lama untuk bekerja.

Rugi...rugi...rugi...

Keep Calm & Join Shaklee. Jom sertai kami.

Bebaskan diri anda dari belenggu masalah kewangan kritikal.

Jangan malu-malu untuk hubungi saya ye! 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...