HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Diet : Bagaimana Nak Kurus?

Salam Isnin semua!

Hari ini, saya nak bercerita tentang tips-tips yang mesti diambil kira semasa proses berdiet. Dalam proses berdiet, perkara yang paling penting adalah mengamalkan pemakanan sihat. Walau apa pun fat burner atau ubat kurus yang diambil, jika tiada kawalan pemakanan, misi kurus akan gagal.

Makanan seimbang, makanan berserat, tips diet


Ini adalah tips-tips dari pakar-pakar diet yang boleh kita ikuti.

1. Tetapkan dan capai matlamat
Tetapkan matlamat pengurangan  berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Contohnya, anda inginkan penurunan 2-3kg sebulan, dan ia adalah logik dan boleh dicapai. Dan anda perlu bekerjaa keras untuk mencapai matlamat itu!
Sila jangan tetapkan matlamat yang pasti sukar untuk dicapai contohnya mahu menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Jika ia tak tercapai, pasti anda kecewa.

2. Mengawal kuantiti makanan.
Pastkan 1/2 daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 bahagian adalah nasi dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan berprotin seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

3. Nikmati makanan anda secara perlahan.
Adakah anda tergolong dikalangan mereka yang menghabiskan makanan dalam tempoh 5-10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk anda mengubah situasi itu! 
Sila perlahankan 'pace' anda. Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suapan makanan. Ambil masa selama 20-30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makanan.

4. Jauhi minuman manis dan berkawan dengan air kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.
Sila pasikan anda mengambil air kosong yang mencukupi iaitu sebanyak 8-10 gelas sehari. Tanpa air yang mencukupi, anda akan merasa mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar, tetapi lapar kerana kekurangan air. Jika anda berasa 'lapar', pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. 
Ingat tau! Keadaan 'lapar' ini akan membuatkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

5. Nikmati makanan tinggi serat.
Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia mengawal berat badan anda. Penuhkanlah peti ais anda dengan pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran. Penuhi juga kabinet makanan anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan tinggi serat. 

6. Pilih protin tanpa lemak.
Jangan memilh jenis makanan berprotin yang tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotin yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam ( tanpa kulit ) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan ideal.

7. Aktifkan diri
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain video games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer da sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman rutin selama 30-45 minit setiap sesi, 4-5 kali seminggu. Lakukan sebarang senaman yang anda gemari seperti berjalan laju, jongging, berenang atau bermain badminton.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurag-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index 
( BMI ) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantauan jenis makanan yang diambil.

Jadual BMI, Berat Badan Ideal, Tips Diet


Disamping membuat semua senarai diatas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk kesihatan tubuh semasa sedang berdiet. Vitamin-vitamin ini juga bakal membantu anda untuk menurunkan berat badan.




Vitalea - Berfungsi untuk membantu membekalkan nutrien penting kepada tubuh yang mungkin kekurangan bekalan semasa sedang berdiet.

Herblax - Berfungsi untuk membawa lemak-lemak yang telah didetox oleh alfalfa dan diapungkan oleh lecithin.

Lecithin - Membantu untuk membakar dan mengapungkan lemak didalam usus dan tubuh.

ESP / Cinch Mix Shake - Sebagai sumber protin untuk membantu membina otot dan mencantikkan bentuk tubuh.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Sinar Jumaat : Bahaya Berfikiran Negatif

Salam Jumaat wahai Sahabat!

Mudaratnya berfikiran NEGATIF 

Pemikiran negatif menyebabkan perubahan kepada neurotransmitters dan hormon serta memberi kesan kepada kesihatan jantung, sistem imun, otak, sistem endoktrin dan sistem penghadaman. Manakala risiko terbesar adalah melibatkan kematian.

Jika kebimbangan dan dan kerisauan melampau telah menguasai diri anda, segeralah ambil tindakan. Pasti ada sesuatu yang perlu dan boleh diubah. Jangan biarkan tekanan kronik membawa keletihan berpanjangandan kemurungan kerana akibatnya pasti buruk. Ada banyak perkara buruk yang selalu dikaitkan dengan tekanan.

1. Tekanan dan kesakitan

Satu kajian pernah dilakukan pada 2012, dibiayai oleh Wright State University of Medicine di Ohio, Amerika Syarikat. Pengkaji membuat kajian tentang kesan pemikiran negatif keatas simptom kesakitan.
Pesakit yang mengalami sindrom keletihan kronik,fibromyalgia, penyakit saluran pernafasan dan pembedahan akan menjadi lebih teruk jika sentiasa berfikiran negatif.
Pengarah kajian, Dr. R. Sansone dan Dr. Lori A. Sansone mencadangkan terapi kognitif, terapi kesedaran dan aktiviti fizikal sebagai method paling baik untuk mengurangkan gejala-gejala kesakitan.

2. Tekanan dan sistem imun

Berfikiran positif dan belajar untuk sentiasa mengatakan diri sihat adalah salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengelakkan selesema dan demam semasa musim sejuk. Menurut kajian meta analysis, stress akut dan kemurungan hubungan langsung dengan kegagalan sistem imun dan kesihatan mental yang menyebabkan badan tidak berupaya untuk menentang jangkitan.

Manakala penemuan oleh University of Pennisylvania, dan diterbitkan di jurnal brain, Behaviour & Immunity 2001, membuktikan bahawa stress akut dan kemurungan jangka panjang ( depression ) menyebabkan jumlah sel darah putih menurun dan mendatangkan jangkitan penyakit.

3. Tekanan dan gula didalam darah

Walaupun anda berdiet dengan sempurna, hidup dengan cara sihat dan mengawal pengambilan gula, namun tahukah anda sebenarnya ia sukar untuk mengelakkan dari diserang diabetes tahap 2 jika hidup anda tertekan. Pemerhatian keatas pesakit yang tidak menghidapi diabetes tetapi mengalami tekanan psikotik akut dilakukan oleh penyelidik daripada Assaf Hrofeh Medical Centre. Mereka mendapati bahawa kestabilan mental dan emosi mempunyai kesan langsung ke atas hormon dan kandungan gula didalam darah. Pesakit yang mengalami tekanan mempunyai tahap insulin tinggi, rendah sensitiviti insulin dan gula didalam darah meningkat.

4. Tekanan dan kematian

Menurut kajian yang diterbitkan didalam The American Jurnal of Public Health 1987, wanita dan lelaki yang merana akibat kehilangan pasangan menghadapi risiko kematian yang tinggi. Ia bukan sahaja berpunca daripada serangan jantung, tetapi juga kanser, kemalangan, bunuh diri dan kemalangan.
Dari kajian itu, jelas menunjukkan bahawa tekanan emosi dan pemikiran negatif mempunyai kesan langsung dengan peningkatan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. 

 Apa yang boleh dilakukan?

 Apabila merasakan diri berada didalam tekanan, tidak bahagia dan kemurungan yang berterusan, perkara yang paling penting adalah pilihlah kawan-kawan atau seseorang yang boleh dipercayai untuk bercakap. Jika perlu, pergilah kepada mereka yang professional untuk medapatkan bantuan dan sokongan moral. Andai pekerjaan, kerjaya, perhubungan dan kewangan yang menjadi punca stress, perbanyakkan membaca al-Quran atau sejarah nabi dan sahabat yang boleh memberi motivasi.
Banyakkan bersenam, amalkan cara hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga mungkin boleh memberikan kesan drastik kepada mood dan perspektif kehidupan.

Sumber : Al-Islam Feb 2014

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tak Nak Ada Masalah Otot dan Saraf? Ambil Ostematrix Secukupnya.

Tahukah anda?

Tubuh badan kita mempunyai 206 tulang yang bertindak sebagai penyokong dan membantu otot-otot melekat sehingga membolehkan kita berdiri dan bebas bergerak.
Dua jenis tulang iaitu Kortikal dan Trabekular dimana kedua-duanya sangat penting untuk membentuk sistem rangka badan. 

Tulang Trabekular mewakili 20% jisim tulang, kurang tumpat, lebih elastik dan mempunyai kadar penggantian yang tinggi berbanding tulang Kortikal.

Untuk itu, wajiblah kita menjaga kesihatan tulang untuk mengelakkan masalah-masalah seperti osteoperosis, otot dan saraf. Kalsium merupakan mineral terbesar didalam tubuh. Tulang dan gigi mengandungi 99% kalsium. 


Ostematrix Shaklee, Bukan sekadar Kalsium.

Kesihatan Tulang dan Sendi, Kesihatan Otot, Osteperosis


Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 



Apakah akibat daripada kekurangan kalsium didalam tubuh?

1. Osteoperosis
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yang anda ambil. Jika sumber kalsium yang anda ambil setiap hari mencukui, masalah kerapuhan tulang pasti tidak mudah berlaku. Jika tidak, pasti terdapat gangguan didalam metabolisme tulang yang menjadikannya mudah rapuh.

2. Masalah Otot
Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika anda kekurangan kalsium. Pergerakan anda menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbagan dan kebolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi otot tulang.

3. Daya ingatan semakin berkurang
Ion kalsium sangat penting ketika proses pnghantaran maklumat saraf. Ransangan pada saraf otak berkait rapat dengan penghantaran oin kalsium didalam dan diluar neuron. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan mekanisme ransangan dalam tubuh menjadi tidak teratur.

4. Masalah jantung
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh sumber kalsium. JIka ia tidak mendapat sumber tenaga yang cukup, ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah keseluruh badan dan sel tubuh.

Betapa pentingnya sumber kalsium untuk tulang an otot kita. Oleh itu, penjagaan perlulah dilakukan dari usia muda.

Untuk mendapatkan Ostematrix sebagai suplemen kalsium anda, jangan lupa untuk hubungi saya.

Harga Retail : RM61.00

Noriah
nadhira.haqim@gmail.com
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Ostematrix Shaklee : Manfaat Utama

Manfaat utama Ostematrix Shaklee :



1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( ricet dewasa ), kuku rapuh, ekzema, kovulsi / kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-keas, kekejangan, sakit sendi dan artrithis.

3. Meringankan stress.
Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, gangguan emosi, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid.
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh.
Kalsium adalah mineral alkali dan hanya berkesan memastikan imbangan tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diusia tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

7. Vitamin D :
Ia dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 apabila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi usia 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil vitamin D.  

8. Magnesium : 
Ia adalah ion positif nombor 2 terpenting didalam tubuh manusia. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktasi glukosa.

Harga Retail : RM61.00


---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...