HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Solid Food : Cara Buat Puree

Selamat cuti sekolah...

Minggu cuti sekolah, memang minggu yang hectuc untuk mama sepenuh masa kat rumah kan?  Sabar ye ibu-ibu....itulah cabarannya menjadi ibu...

Hari ini saya nak berkongsi cara yang saya gunakan untuk sediakan puree sayuran untuk baby. Biasa tak buat puree untuk baby uolls yang dah boleh makan? Ini adalah stok puree untuk seminggu. Senang sebenarnya bila dah ada stok puree dalam peti ais. Tak lah kelam kabut nak kupas sayur untuk dimasukkam didalam bubur sikecik. Lagi-lagi untuk ibu-ibu yang bekerja. Sebelum subuh dah kena jerang beras untuk dibuat bubur. Bila ada stok puree didalam peti ais, campak-campakkan aje semua kedalam periuk. Setel!


 Bahan-bahan :

3 batang lobak merah
6 biji kentang
1 biji labu

Pilihan bahan terpulang pada apa yang anak uolls suka makan. Untuk minggu ini, saya sediakan puree lobak merah, kentang dan labu untuk Dina.

Cara-cara :

1. Kupaskan kesemua bahan mentah tadi ( Lobak, Kentang dan Labu ). Kemudia potong dadu atau potong sedang-sedang untuk direbus. Rebus hingga lembut ye.




2. Angkat kesemua sayuran setelah masak. Toskan airnya dan sejukkan sebelum dikisar lumat.




3. Kisarkan kesemua sayuran hingga lumat secara berasingan. Masa rebus tadi, tak ada masalah untuk merebusnya bersama-sama. Untuk memudahkan proses memasak bubur, masukkan kesemua sayuran tersebut kedalam bekas kiub ais untuk dibekukan. Setelah beku, keluarkan semua kiub sayuran dan masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk disimpan didalam peti ais. Bila nak masak bubur, cuma perlu pilih kiub mana yang nak anda masukkan kedalam bubur sikecil.



Mudah kan? Terutamanya untuk ibu-ibu bekerja. Selamat mencuba.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Jatuh Cinta Lagi

Assalamualaikum..

Hatiku dah terpaut...
Setiap hari, cintaku semakin mengebu-gebu..
Kenapa harus ku terpaut?

Ye..
Kenapa ye wahai hati?
Kamu terpaut pada semua suplemen Shaklee..
Kamu terpaut kepada bisnes Shaklee..
Kamu terpaut kepada semua leader-leader dan grup-grup khas Shaklee...

Jawab hati..
Kerana semua suplemen Shaklee berikan kesan positif kepada tubuh yang sedang aku rajai..
Kerana bisnes Shaklee, bisnes yang mengajar dunia dan akhirat..
Kerana leader dan grup Shaklee saling berkongsi dan memberi tanpa harapkan balasan..




Aku menulis...

Dan hakikatnya, memang itulah yang sedang berlaku. Semua suplemen Shaklee yang dah saya cuba dan sedang amalkan dah berikan kesan positif kepada tubuh saya. Sama seperti entry-entry sebelum ini. Apa yang saya dapat?

* Susu banyak * Tubuh sihat * Kulit semakin pulih dan cantik * Awet muda * Kurus * 

Nikmat mana lagi yang nak saya dustakan. Memang positf.

Lagi?
Apa yang best?
Dah pastilah kumpulan sokongannya..

Sokongan Bisnes.

Leader-leader didalam kumpulan yang saya sertai, memberikan komitmen penuh untuk membimbing kami dari A-Z. Tips marketing, tips menjual, tips menambat hati pelanggan, tips amalan rohani, tips motivasi. Semuanya dikongsi setiap masa tanpa gagal. Malahan tips dan cara-cara untuk membuat blog dan fanpage FB juga diajar satu per satu. 


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com

Bestkan?
Komunikasi kami adalah setiap masa. Tanpa mengira masa. Tips-tips dan perbincangan berlangsung setiap hari. Sebagai manusia biasa, memang tidak lari dari pelbagai masalah kehidupan. Jadi, tak hairanlah bila semangan dan motivasi naik dan turun. Aktiviti komunikasi seperti ini amat membantu dan memberi inspirasi kepada semua ahli untuk terus berjuang tanpa mengalah.

www.mamadhia-blogspot.com


Selain daripada perkongsian mengenai bisnes dan motivasi, kami juga selalu berbincang mengenai konsultasi. Ia adalah elemen penting didalam bisnes Shaklee yang mana kami semua mahu memberi yang terbaik kepada pelanggan kami. Kami bersama-sama berbincang dan berkongsi tentang bagaimana atau cara untuk makan vitamin, waktu yang sesuai, pantang larang, healing crisis, testimoni dan sebagainya. Yang menariknya, semua berkongsi dengan gembira tanpa ada perasaan kedekut. Ilmu seharusnya dikongsi kan?

www.mamadhia-blogspot.com


Leader-leader didalam kumpulan kami. Begitu juga saya. Sangat berbesar hati untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengubah kehidupan masing-masing. Syarat yang diperlukan hanyalah semangat yang kental, sentiasa mahu belajar, rela untuk belajar dan diajar serta ada impian dan kemahuan yang besar.
Bisnes Shaklee bukanlah bisnes yang menjanjikan kaya bulan depan lepas sign up hari ini. Ia memerlukan kerja keras untuk berjaya. 

Anda mahu?

Jom hubungi saya.

013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Kelas Bisnes Ditepi Tingkap. Berkesan ke?

Saya ikuti kelas bisnes ditepi tingkap je..

Kenapa?
Tak percaya?

Ini uniknya berbisnes dengan Shaklee. Boleh ikuti kelas dari mana-mana lokasi tanpa sempadan mengikut selera anda.

  • Tak perlu keluar hingga larut malam
  • Tak perlu memandu jauh
  • Tak perlu meninggalkan suami, anak-anak dan keluarga
Kelas adalah secara online. 
Kelas coaching secara offline tetap ada. Kehadiran terpulang kepada individu untuk menghadirinya. Dan ia bukanlah diadakan dilokasi yang tetap setiap minggu. Biasanya leader-leader akan mengadakan majlis ilmu secara bergerak.





Tadaaa...
Inilah bentuk kelas online kami. Cuma memerlukan laptop / komputer / smartfon dan line internet. Rasanya zaman teknologi dan smartfon sekarang ini, ia dimiliki oleh smeua orang waema pelajar sekolah sekali pun. Betul tak?

Dengan kelas sebegini, saya tidak perlu keluar dari rumah untuk menyertai mana-mana kelas bisnes. Saya juga masih boleh menyusukan kembar lain tahun, Dhia dan Zarra.
Menariknya, ia melatih daya fokus saya untuk menyerap ilmu walaupun disulami dengan suara dan karenah anak-anak syurga saya.

Kelas sebegini kerap diadakan untuk membolehkan semua SID menuntut ilmu tanpa mengira lokasi masing-masing. Jadi, tiada alasan untuk setiap SID tidak menuntut ilmu yang sepatutnya bagi membantu perkembangan bisnes masing-masing. Apa yang penting adalah keinginan dan semangat juang yang tinggi untuk berjaya sahaja.

Nak join kumpulan kami?
Jom hubungi saya sekarang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Argh!! Set Kurus Shaklee Penipu!!


Arghh!!
Apesal aku tak kurus-kurus??
Apesal berat aku makin naik??

SET KURUS SHAKLEE PENIPU!!

Haaa...ada tak yang terkena macam tu? Yang mengeluh berat tak turun malahan semakin naik pula?
Ada...saya tahu, ramai juga yang terkena perkara sebegini.
Apabila kes-kes sebegini terjadi, kebarangkalian anda tidak mengikuti peraturan dan arahan yang sepatutnya.


Ok.
Mula-mula, saya nak bagi tau apa suplemen yang digunakan untuk program kurus.
Ia adalah >>> Cinch Mix Shake, Cinch mix Tea, Lecithin, Herblax, dan Alfalfa.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Sila pastikan anda dapat consultation dari SID yang perkenalkan set ini pada anda ye..

Dan regim untuk slimming pula.

  • Kawal pengambilan kalori
  • Ambil lebih protin
  • Kawal pengambilan karbohidrat
  • Bersenam
  • Ambil 3 liter air setiap hari


1. Kawal pengambilan kalori.

Pengambilan kalori harian sangat perlu dititikberatkan. Formula :

Kalori Masuk < Kalori Keluar

Kalori yang memasuki badan perlu lebih sedikit berbanding kalori yang keluar. Jika kalori masuk melebihi kalori yang keluar, penurunan berat badan amat sukar dilakukan. Kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan bermastautin didalam badan.

Jom belajar cara kira kalori di Cara Kira Kalori


2. Ambil lebih protin.

Contoh sumber protin semulajadi adalah ikan, daging dan kekacang. Namun, perlu juga dilihat cara memasak sumber-sumber protin semulajadi tersebut. Ia perlu dimasak secara sihat bagi mengekalkan zatnya.




Namun, saya percaya bahawa agak sukar untuk mengambil pemakanan seimbang dek kerana gaya hidup masa kini yang sangat sibuk.  Dan cara yang paling mudah untuk mengambil protin adalah dengan pengambilan ESP atau Cinch Mix Shake.


3. Kawal pengambilan karbohidrat

Pakar kesihatan menyarankan untuk mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang kecil. Ramai juga individu yang meninggalkan karbohidrat dalam diet seharian. Sebenarnya ia bukanlah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Tubuh kita masih memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga. 
Sebagai contoh, pengambilan nasi untuk makan tengahari dan malam hanyalah semangkuk sahaja.




4. Bersenam

Bersenam juga merupakan elemen penting untuk membakar lemak. Namun ia sangat sukar dilakukan dengan alasan kesibukan dan tiada masa. Senaman tidak perlu dilakukan untuk tempoh masa yang lama. Cukup sekadar 20minit sahaja untuk setiap sesi 3 kali seminggu.


5. Ambil 3 liter air kosong




Pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi. Ia juga penting bagi mereka yang mengambil sebarang suplemen atas tujuan memudahkan tubuh menyerap suplemen tersebut. 

Tips :

1. Ambil 500 ml air kosong setengah jam sebelum waktu makan.
2. Jika anda merasa lapar, jangan terus fikirkan tentang nak makan apa. Sebaliknya, ambil 500 ml air kosong terlebih dahulu. Tunggu sehingga 20 minit. Jika masih lapar, ambil makanan yang ringan sahaja.

Untuk dapatkan set kurus anda, jangan lupa hubungi saya. Dapatkan juga tips-tips menarik dan konsulasi percuma apabila anda menjadi pelanggan saya.

013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Menyesal Join Shaklee!! Buah Cempedak Jadi Nangka!

Menyesal! Menyesal! Menyesal!

Ya Allah...
Menyesalnya tak join Shaklee awal-awal. Ruginya terlewat kenal dengan Shaklee.

Kalaulah join awal dulu, dah sah-sah tak ada kerugian beribu-ribu RM sebab join MLM haram jadah.
Kalaulah join awal dulu, mungkin lagi cepat saya jadi WAHM dan kerja dari rumah.
Kalaulah saya join awal dulu, confirm income saya dah 5 angka sekarang dan boleh backpacking merata-rata.

"Late is better than never".

Kata mat saleh la.

Jadi, sekarang masanya untuk saya mengorak langkah. Langkah pertama dah diambil dengan sign up sebagai ahli. Sedikit perkongsian juga sudah dibuat dikalangan kawan-kawan.
Alhamdulillah.
Ramai juga kawan-kawan yang dah perolehi kebaikan dari suplemen Shaklee. Sedikit masa lagi, pasti mereka juga boleh berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.




Menyesal oii tak join awal. Banyak yang Shaklee bagi pada orang-orang yang serius berbisnes. Yang pasti, kita boleh jana pendapatan lah kan. 

Apa yang saya dapat selepas sign up Shaklee Independent Distributor?

Saya kini WAHM. Resign pada bulan April 2013. Dan kini bekerja sepenuh masa menjaga dan menguruskan anak-anak dan menjalankan bisnes Shaklee dari rumah. Kalut? Memang lah. Mana nak layan anak, mana nak uruskan kerja rumah, mana nak layan bisnes lagi. Tapi, itulah cabarannya. Saya puas hati kerana dapat menghantar dan mengambil anak-anak pergi dan balik dari sekolah. Saya dapat menyusukan kedua-dua anak kecil saya sepenuhnya. Saya dapat menguruskan hal-hal rumahtangga menggunakan tenaga saya sendiri. Paling menarik, saya masih dapat melayan pelanggan dicelah-celah kesibukan aktiviti harian. Terima kasih kepada teknologi. Dengan adanya smartfon, data plan, wifi. Ia sangat membantu surirumah seperti saya untuk menjana pendapatan.




Saya kini masih menerima gaji sebagaimana ketika saya bekerja dulu. Ya. Pendapatan saya bekerja dari rumah menyamai gaji saya ketika bekerja dulu. Menariknya, saya tak perlu keluar dari rumah, menghadap kesesakan lalulintas yang tak pernah surut, tiada lagi arahan dari 2-3-4 orang bos yang kadang kala memeningkan kepala dan tiada lagi hiruk pikuk politik pejabat.

Dengan Shaklee, saya dapat berkongsi tentang kebaikan setiap suplemen, berkongsi ilmu kesihatan, ilmu amalan rohani, ilmu pemasaran dan berbagai lagi ilmu lain dengan pelanggan, bakal pelanggan, anak-anak Shaklee juga rakan-rakan sideline yang lain. Kerana kami diajar dan dilatih untuk berkongsi ilmu dan menjalin ukhuwah yang baik walaupun dengan sideline. Best kan? Boleh kongsi ilmu buat blog dengan sideline atau boleh juga disebut sebagai pesaing. Tiada permusuhan didalam hati kami.

Shaklee tidak mengamalkan proses head hunting yang melampau. Tidak juga menekan mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang besar. Ya, kami masih perlu mengajak orang untuk menjadi ahli. Kerana Shaklee adalah sistem perniangaan MLM. Namun, tiada paksaan untuk semua SID turut berniaga apabila menjadi ahli. Ia terpulang kepada kehendak individu. Dan apa yang saya suka, saya tak perlu mengeluarkan 5-6-7 ribu duit ringgit saya untuk memulakan perniagaan. Cukup sekadar bermodalkan RM75 sebagai yuran keahlian. Teknik perniagaan seterusnya diajar oleh mentor-mentor tanpa perlu mengeluarkan modal yang bakal menjerat urat leher kami.

Dengan Shaklee juga, saya berpeluang membina ukhuwah dengan rakan-rakan seperjuangan melalui kelas-kelas dan seminar-seminar yang diadakan. Apa yang saya suka, tiada kelas lewat malam didalam kumpulan kami. Menarik juga, setiap acara yang dianjurkan, kami dibolehkan membawa suami dan anak-anak bersama. Bagi kami, bisnes ini dibuat untuk keluarga. Jadi penglibatan semua ahli keluarga sangat dialu-alukan didalam setiap aktiviti.




Insentif lain yang diberikan oleh Shaklee mengikut kelayakan adalah seperti :
  • Membeli produk dengan harga ahli
  • Menyertai latihanm seminar, persidangan dan konvensyen
  • Bonus peribadi bulanan mengikut kelayakan
  • Boleh menaja orang lain
  • Program subsidi kereta
  • Bonus kepimpinan mengikut kelayakan

Dan niat saya untuk mengajak kawan-kawan menyertai Shaklee adalah untuk bersama-sama menjana pendapatan. Jangan dikisahkan tentang kata-kata MLM mengkayakan orang atas kerana didalam Shaklee, siapa buat, dia yang dapat. Andainya uolls lebih gigih dan rajin daripada saya, tak mustahil uolls akan meninggalkan saya dibelakang. Tapi, saya takkan benarkan ia berlaku. Saya tak nak berada dibelakang. Hehe..
Dan ia memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Nak join saya?
Hubungi saya sekarang.

013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

PERSEDIAAN BERPUASA IBU MENYUSU DENGAN TRIPLE GEMS

Ramadhan bakal menjelma.

Masih ramai ke yang belum menggantikan puasa yang lepas? Saya pasti ramai juga yang masih bermarathon macam saya kan? Huhu..
Bersalin dibulan Ramadhan, memang panjang senarai gantinya.

Berpuasa bermakna tubuh bakal menghadapi situasi kekurangan air. Tambahan pula didalam cuaca yang sangat panas di Malaysia kebelakangan ini. Ianya memang menguji tenaga. Hari ini, saya nak berkongsi dengan semua apa resepi saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa dan untuk mengelakkan dehidrasi tubuh dalam cuaca yang panas sekarang.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Gabungan mantap ESP, Mealshake dan Performance Drink yang juga dikenali sebagai Set Mighty Triple Gem memang menjadi kegemaran saya dan ibu-ibu menyusu yang lain.
Ia membantu mengelakkan tubuh yang sedia kekurangan air kerana berpuasa, ditambah pula dengan proses menyusukan anak menjadi letih dan terhidrasi dengan cepat. Set ini juga membantu memberi tenaga kepada tubuh hingga waktu berbuka.

Jom baca fungsi ESP, Mealshake dan Performance Drink dalam set Migthy Triple Gem 


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Nak enterframe dalam entry blog sendiri.
Ini lah dia SuperMak yang sangat gemarkan set Mighty Triple Gem. Dengan Shaklee, saya dah buang semua foundation dan krim-krim muka. Cukup sekadar mencuci muka dan pakai bedak. Gambar nie tak ada editing ye!
Peace!!

Ramadhan 2012 saya berpuasa bersama Mighty Triple Gem kerana masih dalam proses penyusuan Dhia Nur Amani. Juga proses marathon menggantikan puasa 30 hari kerana saya mengalami alahan yang amat dahsyat semasa awal kehamilan Dhia pada 2011. Alhamdulillah, saya berjaya melalui pengalaman itu dengan baik dan berjaya dalam marathon saya tanpa menjejaskan stok susu untuk Dhia.
Ikuti cerita tentang stok susu saya bersama Mighty Triple Gem di entry Bekalan Berpuasa Saya

Ramadhan 2013 pula membawa pengalaman saya berpuasa bersama Mighty Triple Gem untuk kehamilan trimester ketiga Irdina Nur Eizzara. Dan dalam masa yang sama, saya masih menyusukan Dhia Nur Amani. Nampak macam complicated dan banyak kerja kan? Ye. Memang banyak kerja dan memerlukan tenaga yang super untuk menyusukan anak, mengendalikan anak-anak yang lain, tugas-tugas ibu dan isteri yang lain juga didalam keadaan sarat tanpa pembantu. Namun, syukur Alhamdulillah. Saya berjaya melaluinya. Ibu, memang seorang yang tabah dan gigih. Oleh itu, sayangi ibu anda selagi mereka masih ada didunia. Iklan kejap...:)

Berita baik untuk semua penggemar dan bakal penggemar set Mighty Triple Gem, bulan Mei adalah bulan promosi Mealshake. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk simpan stok anda. 


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


KLIK untuk dapatkan Set Triple Gems secara online.

013-398 4050
https://www.facebook.com/noriah.rusman

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

KENAPA B-COMPLEX PENTING SAMPAI TAK BOLEH TINGGAL?


Fungsi utama B-Complex adalah untuk menukarkan gula ( makanan ) menjadi tenaga ( energy ). Andainya kita kurang bergerak atau malas nak bergerak, dengan alasan sebab duduk dipejabat yang berekon pula tu, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba yang menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Vitamin B-Complex juga membantu melancarkan peredaran oksigen ke seluruh tubuh, menstabilkan hormon dan sekaligus membaik pulih sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan dapat melaksanakan tugasnya dengan lancar, kita akan lebih mudah merasa lapar. Vitamin B-Complex juga mengandungi niasin yang menyebabkan selera makan bertambah.

Walaubagaimanapun, fungsi B-Complex yang menukarkan makanan kepada tenaga, tidak akan menyebabkan kita menjadi obes. Namun, pengambilan makanan tetap perlu dikawal agar tidak terlebih makan. Makanlah mengikut keperluan tubuh, bukan makan dengan mengikut nafsu. Ikut nafsu, lesu tau!



Vitamin B-Complex sangat disarankan untuk diambil oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Vitamin B-Complex mengandungi asid folic yang boleh mengalir kedalam susu ibu yang juga boleh disalurkan kepada bayi. Ia akan membantu pengaliran oksigen didalam tubuh bayi dan menambahkan daya fokus anak-anak ini semasa proses tumbesaran mereka sepanjang proses penyusuan susu ibu.

Bagi mereka yang sering menghadapi tekanan, Vitamin B-Complex adalah penyelesaiannya. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia membantu melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino didalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan. 




Perhatian untuk semua yang mengamalkan Vitamin B-Complex.
Pengambilan B-Complex akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa tubuh memerlukan lebih banyak air. Ia juga akan memekatkan warna susu ibu.

Fungsi Vitamin B-Complex ;
  • Menukarkan gula didalam makanan kepada tenaga
  • Meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
  • Mengelakkan penyakit beri-beri akibat kekurangan Vitamin B
  • Menggalakkan pertumbuhan
  • Penting untuk sistem saraf
  • Anti stress dan tekanan
  • Meningkatkan antibodi tubuh
  • Penting untuk sistesis dan aktiviti sel
  • Diperlukan unuk penghasilan hemoglobin ( sel darah merah )
  • Mencegah anemia
  • Memberi tenaga
  • Penting untuk metabolisme lemak, protin dan karbohidrat
  • Penting untuk penghidap kencing masni / diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
  • Mengelakkan kecacatan bayi dan kandungan terutamanya spina bifida
  • Mengurangkan kolestrol
  • Meningkatkan selera makan

Sumber semulajadi Vitamin B-Complex adalah sayuran hijau dan kekacang.

Antara kandungan Vitamin B-Complex adalah asid folic, Vitamin B6 dan B12 yang membantu untuk menggalakkan kesihatan kariovaskular dengan membantu merendahkan paras hormosistein dalam darah. Jumlah asid folic yang mencukupi didalam pemakanan boleh merendahkan risiko seseorang wanita melahirkan anak yang mempunyai kecacatan otak atau korda spina.

Kandungan lain didalam Vitamin B-Complex yang sangat diperlukan oleh tubuh :

1. Tiamin ( Vitamin B1 )
  • Membantu memelihara kesihatan tubuh
  • Membantu tumbesaran normal
  • Membantu metabolisme karbohidrat
  • Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karohidrat

2. Riboflavin ( Vitamin B2 )
  • Membantu kesihatan tubuh
  • Membantu tubuh menggunakan tenaga daripada makanan / memetabolismekan protin, lemak, dan karbohidrat
  • Penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan makanan seharian tidak mencukupi

3. Niasin ( Vitamin B3 )
  • Memelihara tubuh yang sihat
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
  • Membantu tubuh menggunakan tenaga daripada makanan
  • Diperlukan untuk membebaskan tenaga daipada protin, lemak dan karbohidrat

4. Piridoksin ( Vitamin B6 )
  • Membantu dalam pemeliharaan kesihatan tubuh
  • Membantu tubuh dalam metabolisme protin, lemak dan karbohidrat

5. Sianokobalamin ( Vitamin B12 )
  • Membantu memelihara kesihatan tubuh
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

6. Asid Folic
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan keperluan dos sebanyak 400mg setiap hari semasa 12 minggu kehamilan
  • Diperlukan untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

7. Biotin 
  • Membantu memelihara tubuh yang sihat
  • Membantu tubuh dalam metabolisme lemak dan karbohidrat

KLIK untuk shopping B-Complex Online.

Nota :
Asid Folic adalah sejenis vitamin B yang sangat penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan satu selaput asid folic yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam tubuh. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi Shaklee. 


Harga Retail : RM53.75
Kuantiti : 120 Biji.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...