HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Set Menyusu Shakle : Suatu Pembohongan?

MasyaAllah!!
Betul ke?

Anda percaya?
Ya. Memang ramai juga orang yang mengatakan begitu. Terutamanya mereka yang bencikan jenama Shaklee itu sendiri. Atas alasan yang hanya mereka yang tahu.

Namun, jangan sesekali dinafikan pula bahawa suplemen Shaklee terutamanya Set Menyusu telah membantu ramai juga ibu-ibu yang berimpian untuk menyusukan bayi mereka hingga 2 tahun. Setiap ubatan mahupun suplemen ataupun sebarang makanan yang kita ambil, perlulah diambil dengan ilmu dan dos yang betul. Bukan secara semberono dan syok sendiri saja.

Ramai yang menyangkakan susu ibu akan dapat dihasilkan dengan banyaknya dengan hanya mengambil Set Menyusu. Walau apa pun suplemen yang anda ambil termasuk juga daripada suber-sumber natural dan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi, konsep penyusuan iaitu Supply vs. Demand wajib dipatuhi.

Makan lobak putih atau habatussauda pun tidak akan menjadikan susu ibu mencurah-curah kalau ibu MALAS nak meyusukan bayi atau mengepam susu. Jadi, apa-apa pun sifat rajin berusaha tu kena ada.

Perlu ke ambil suplemen?

Ya. Sangat perlu. Kenapa?

1. Kebanyakan masa, pemakanan yang kita ambil adalah tidak seimbang. Lifestyle masakini yang sangat sibuk agak membataskan ibu-ibu untuk menyediakan nutrisi lengkap didalam setiap hidangan. Sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protin sihat, sumber karbohidrat sihat tidak dapat disediakan dengan sempurna. Adakalanya, cara penyediaan juga tidak membantu tubuh untuk mendapatkan semua nutrien yang ada didalam hidangan tersebut. Sebagai contoh, penyediaan sayur-sayuran didalam hidangan. Adakah dapat dipastikan ia dimasak dengan cara yang sihat? Adakah nutrien yang terdapat didalam sayur-sayuran tersebut tidak hilang semasa proses penyediaan / memasak?

Andainya kita seorang yang sangat mementingkan pemakanan seimbang, maka tak perlu ambil sebrang makanan tambahan / suplemen lagi. Sila pastikan juga penyediaan hidangan tidak merosakkan nutrien semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Namun, tidak pula bermakna anda tidak perlu mengambil sumber nutrien semulajadi selepas mengamalkan suplemen. Suplemen berfungsi untuk menampung kekurangan nutrien yang hilang didalam tubuh.


2. Peningkatan usia yang pasti tahun demi tahun yang menyebabkan banyak menjejaskan kondisi tubuh manusia. Tenaga dan keupayaan tubuh juga semakin berkurang selari dengan peningkatan usia. Namun, tanggungjawab pula semakin bertambah. Terutamanya untuk para ibu yang menguruskan anak-anak, kerja-kerja rumahtangga, kerja mencari nafkah. Semuanya memerlukan tenaga superMama yang hebat. Jadi untuk kekal fit, pengambilan suplemen amatlah digalakkan.

Betul ke Set Menyusu Shaklee boleh banyakkan susu?

Jawapanya, Ya dan Tidak.

Ya. Jika Set Menyusu Shaklee diamalkan dan berserta dengan konsep penyusuan itu sendiri. Ironinya sama seperti kita ada makanan, tapi kita tidak menyuapnya kedalam mulut dan enelan makanan tersebut. Adakah kita akan kenyang? Set Menyusu Shaklee adalah makanan, menyuap, mengunyah dan menelan adalah konsep penyusuan. Jadi, adakah perut akan berasa kenyang jika makanan itu hanya boleh dilihat sahaja? Sudah pasti ia perlu disuap kedalam mulut, dikunyah dengan tertib dan ditelan pula untuk beri impak rasa kenyang kepada perut.

Apa yang ada didalam konsep dan rutin penyusuan?

Mudah je.

1. Minum air kosong secukupnya iaitu 3 liter sehari.
2. Kerap beri anak / baby susu - Direct feeding
3. Kerap pam - Jika bekerja ( 2-3 jam sekali )
4. Amal pemakanan sihat dan seimbang
5. Sentiasa positif dan banyakkan berdoa

Tidak. Jika ibu-ibu tidak mengamalkan konsep penyusuan secara istiqamah. Jika kelima-lima rutin penyusuan diatas tidak dilakukan, susu ibu takkan keluar-memancut-macam-air-paip. Walau apapun jenama milk booster yang diambil, rutin penting tersebut wajib dibuat.

Apa fungsi Set Menyusu?

Selain daripada bertindak sebagai milk booster selepas rutin penyusuan diamalkan, set Menyusu membantu ibu untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Tugas ibu yang nampak-mudah-tapi-susah sangat memerlukan tenaga yang berpanjangan demi memastikan kelangsungan dan kelancaran aktiviti ahli keluarga yang lain.

Tak percaya?
Jom try.

KLIK untuk dapatkan Set Menyusu anda

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Phytocl-ST : Menghalang Kolestrol Bermaharajalela

Phytocol-ST

Ia adalah suplemen terbaru keluaran Shaklee yang juga baru dilancarkan semasa National Conference 07 Jun lepas. Jom kenali apa kelebihan Phytocol-ST



Kelebihan Pytocol-ST

Phytocol-ST adalah formula proprietri yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.
Keistimewaannya :

1. Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol
2. Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
3. Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan ( NIH )
4. Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.

KLIK untuk dapatkan Phytocol-ST anda.

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online

Fitosterol? Apa tu?

Fitosterol ( sterol dan stanol tumbuhan ) adalah satu bahan yang ditemui didalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai jenis tumbuhan, buah-buahan, sayur-sauran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan yang kita makan setiap hari. 

Kenapa perlu ambil Phytocol-ST?

Institut Kesihatan Kebangsaan mencadangkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Tahu tak?
Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia dikesan mempunyaikadar kolestrol yang tinggi didalam tubuh. Tinjauan dibuat pada tahun 2011 oleh Malaysia Natinal Health and Morbidity.
Adakah anda salah seorang daripada angka tersebut? Bagi mereka yang tak tahu level kolestrol anda, luangkan sedikit masa untuk buat pemeriksaan.

Untuk mendapatkan bekalan Fitosterol yang mencukupi ( 2000mg ) untuk tubuh, kita perlu mengambil :

* 200 batang lobak merah, atau
* 70 keping roti gandum, atau
* 425 biji tomato

Banyaknya!

Jadi, langkah mudah adalah dengan hanya mengambil Phytocol-ST yang telah lengkap dengan 2000mg Fitosterol. Mudah kan?

Hubungi saya untuk dapatkan Phytocol-ST anda sekarang.

013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Kisah Inspirasi : Shaklee National Conference 2014

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

Berpeluang bersemuka dengan insan-insan hebat, membakar semangat untuk berjaya seperti mereka semua. Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak saya juga.

Mereka juga ada anak-anak kecil yang sangat perlukan layanan dan perhatian.
Mereka juga sibuk dengan kerjaya masing-masing yang bukan calang-calang pangkatnya..
Jurutera, doktor, pensyarah, peguam.
Kerjaya yang sangat menuntut pengorbanan masa dan idea.

Mereka juga punya suami yang perlu diberi perhatian.
Punya rumahtangga yang perlu diuruskan.
Dan hebatnya, semua ini dilakukan tanpa bantuan orang gaji, maid atau pun helper.
Semua dilakukan dengan tangan dan tenaga sendiri.

SubhanaAllah. Hebat!

Masalah. Ujian. Mereka yang berjaya itu juga tak pernah lari dari menerima ujian. Bahkan, ujian itu yang menjadikan mereka hebat dan kuat. Dan saya juga mahu menuruti jejak langkah mereka.

Kalau impian sebesar gajah, alasan jadi sebesar kuman

Berbaloi dengan usaha yang dicurahkan, berbagai anugerah diterima. Panjangnya barisan penerima anugerah, menjadikan saya cemburu. Saya perlu berusaha sekuat mereka. Ketepikan semua alasan dan halangan. Jika ujian ini caranya untuk saya berjaya, saya akan tempuhinya dengan sedaya upaya. Semoga kejayaan menjadi milik saya nanti.

Tumpang gembira dengan kejayaan adik kandung dan juga mak Shaklee saya,  Lydzar Rusman. Beliau dapat apa yang dimpikan. Setanding dengan usaha yang dah dicurahkan. Tahniah!! 
Nanti akak follow juga.

Apa yang beliau dapat?

Percutian 3 hari 2 malam yang ditaja penuh oleh Shaklee di Sunway Resort. Rate semalaman lebih daripada RM500!
Makan malam dengan tema 'glitterz nite'.
Berbelas-belas anugerah yang saya pun dah keliru dengan nama-namanya. Akan saya hafal satu-persatu dan masukkan ia dalam senarai saya nanti. Cash money pun ada tau!
Tiket bersukaria sekeluarga ke Sunway Lagoon.

Ya Allah. Itu apa yang beliau dapat ketika National Conference sahaja. Yang lain-lain, masih banyak lagi. Menarik, tertarik dan memang daboom!

Saya nak!
Saya nak!
Saya nak!

Dan saya nak ajak kawan-kawan yang nak mengubah nasib dan menambah pendapatan untuk bersama-sama dengan saya dalam Shaklee. Kerana ia memang berbeza dengan MLM yang lain. Tak perlukan modal puluhan ribu. Tak perlu keluar malam-malam dan meninggalkan anak dan suami. Tiada konsep pembelian pangkat. Apa yang perlu hanyalah kemahuan yang tinggi dan sanggup mengorbankan masa rehat, masa tidur, masa untuk menonton tv, masa untuk bergossip, masa untuk membaca novel.

Namun, menariknya, pengorbanan yang dituntut itu, tanpa perlu meninggalkan anak, meninggalkan suami waema meninggalkan rumah sekalipun. Kalau ada pun, sekali-sekala saja. Hanya meninggalkan rumah. Kerana semua event / majlis / kelas Shaklee, dibenarkan untuk membawa keluarga bersama.
Best sangat!

Jom layan dua tiga keping gambar disekitar NC 2014.


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee

Bisnes Shaklee, Anugerah Shaklee


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


Kami. Menyerap aura jutawan. Yang positif dan semangat juang yang tinggi. InsyaaAllah. Moga impian untuk menjadi jutawan dunia dan jutawan akhirat dipermudahkan Allah.

Dan ini adalah kerata akhbar berkaitan sales yang dibuat oleh Shaklee Malaysia. Tahniah semua SID. Mari kita teruskan berkongsi. Dan hidup ini adalah untuk memberi.


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


I'M A CHAMPION!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Kenali 9 Makanan Untuk Elakkan Sembelit

Pernahkah anda mengalami sembelit?
Bagi ibu-ibu selepas bersalin, pasti masalah sembelit adalah antara masalah utama selepas kelahiran. Mari kenali makanan yang membantu mengelakkan sembelit.

Sembelit merupakan kesukaran untuk membuang air besar. Sembelit yang serius dipercayai akan menjadi punca masalah yang lebih serius iaitu buasir. Sembelit melibatkan pergerakan usus yang tidak kerap atau tidak selesa. Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar.




Masalah sembelit ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya :

  • Makanan tidak dihadam dengan baik
  • Kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kurang minum air kosong


Makanan yang membantu mengelakkan sembelit

1. Pisang

Amalan memakan pisang setiap hari membantu menyelesaikan masalah sembelit. Amalkan makan pisang sebiji atau dua biji sehari bagi memudahkan proses penghadaman.

2. Lobak Merah

Selain daripada membantu menyembuhkan sembelit, lobak merah juga membantu mengubati sakit ketika membuang air kecil, melancarkan aliran haid dan menjaga kulit.

3. Strawberi

Warnanya yang merah pasti membuatkan sesiapa berasa geram untuk menikmatinya. Ia sangat membantu mengelakkan sembelit.

4. Timun

Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C. Amalan memakan timun setiap hari samada dijadikan ulaman mahupun jus akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. Daun Kucai

Kandungan vitamin B dan C yang terkandung didalam daun kucai serta karotin dan komonen belerang, berfungsi sebagai antiseptikuntuk membunuh bakteria didalam usus. Ia juga meransang proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah.

6. Temulawak

Batang dan rizom muda temulawak amat bermanfaat untuk mengatasi masalah sembelit. Caranya dengan mengambil batang dan rizom muda temulawak, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan kedalam gelas. Boleh diminum ketika panas atau suam. Amalkan seurang-kurangnya 2-3 kali sehari. 

7. Betik

Buah betik mengandungi kandungan serat yang tinggi selain kaya dengan vitamin C. Sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.

8. Cincau

Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori. Ia dipercayai mampu mengatasi masalah sembelit, meredakan perut kembung dan cirit-birit. Selain itu, cincau juga mampu membersihkaan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

9. Ciku

Buah ciku dihancurkan bersama sedikit air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi dapat membantu memudahkan proses pembunagan air besar.

Sumber : Majalah Rapi

Memang sedap semua buah-buahan tu. Bagi mereka yang menggemari buah-buahan, bolehlah amalkannya untuk mengelakkan sembelit. Bagi mereka yang ada kekangan untuk menikmati keenakan buah-buahan, boleh juga mencuba amalkan suplemen Shaklee. Selain untuk mengelakkan sembelit, ia juga menambahbaik tahap kesihatan kita.

Apa suplemen yang sesuai?

1. Herblax




Herblax mengandungi 9 herba semulajadi : Alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh unutk jangka masa panjang.

Ia membantu untuk :

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersiham secaralembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama didalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan membantu masalah sembelit secara lansung.
  • Membantu mengempiskan perut.
  • Membantu mengurankan atau memberi kepejalan kepada perut.

2. Ostematrix




Untuk mengetahui manfaat utama Ostematrix, baca entry Ostematrix Shaklee : Manfaat Utama

Selain daripada membantu kesihatan tulang anda, Ostematrix juga membantu mengelakkan sembelit.

Hubungi saya untuk dapatkan kedua-dua suplemen hebat ini.

Noriah : 013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...