HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Penting ke Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks / Pangkal Rahim?

Semalam saya ke Klinik Kesihatan Chini untuk membuat monthly checkup sikecik Irdina Nur Eizzara. Saya ditanya oleh jururawat bertugas untuk membuat ujian pap smear. 
Alamak!
Serius, saya tak pernah buat ujian Pap Smear walaupun dah beranak empat. Alasan utama, takut sakit dan malu.

Mengikut kata jururawat tersebut, Ujian Pap Smear sangat penting untuk mengesan sebarang keabnormalan atau kanser pada bahagian serviks / pangkal rahim seorang wanita. Ujian dilakukan kepada golongan wanita yang telah berkahwin atau yang aktif dalam aktiviti seks. Wanita yang berusia 35 tahun keatas juga disarankan untuk melakukan ujian Pap Smear ini.

Serviks yang normal adalah yang berwarna pink pada pintu serviks. Manakala serviks yang bermasalah akan kelihatan pucat dan berwarna kebiruan pada pintu serviks. Dan anda perlu merasa risau jika didapati ada nanah atau darah keluar semasa period atau dalam keadaan biasa. Itu menandakan serviks anda berada didalam keadaan tidak sihat. Segeralah ke klinik berhampiran untuk membuat ujian Pap Smear untuk dapatkan jawapan dan kepastian. 




Sakit ke Ujian Pap Smear tu? 

Saya pun tak ada jawapan untuk soalan tu ( sebab saya pun takut nie. Hehe! ).
Jadi, saya bertanya encik gugel untuk dapatkan pengalaman wanita lain yang dah pun jalankan ujian Pap Smear ini.

Menariknya, rata-rata daripada mereka mengatakan yang Ujian Pap Smear tidak menyakitkan. Anda hanya akan merasa sedikit kurang selesa semasa jururawat / doktor mengambil sample lendir dari permukaan serviks sahaja.

Jom tengok sikit apa yang ada masa ujian Pap Smear dilakukan.


Peralatan yang digunakan untuk ujian Pap Smear


Alat : speculum, spatula dan berus

Speculum - Alat untuk membuka dan memegang dinding miss V.
Spatula & berus - Alat untuk mengambil sample dari pintu serviks.

Sample akan dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan ujian akan diperolehi dalam masa seminggu hingga dua minggu jika ujian daripada klinik atau hospital swasta manakala tiga hingga empat minggu jika dibuat di hospital atau klinik kerajaan. Tak kisah lah buat ujian dimana-mana mengikut kemampuan, yang penting kita sebagai wanita perlu tahu tahap kesihatan serviks / rahim sendiri.



Posisi ketika ujian Pap Smear dilakukan


Kenapa Ujian Pap Smear?

Untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks / pangkal rahim. Ujian ini membantu untuk mengesan kuman, bakteria atau tanda-tanda keabnormalan di bahagian serviks wanita. Jika ia dapat dikesan awal, proses perubatan boleh dilakukan dengan segera untuk menyelamat rahim wanita.

Tahu tak?
Kanser serviks / pangkal rahim merupakan pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.


Persediaan Sebelum Ujian Pap Smear

1. Elakkan aktiviti seks 24 jam sebelum ujian Pap Smear dibuat.
2. 10 hari selepas kedatangan darah haid / period


Waktu Yang Sesuai Untuk Membuat Ujian Pap Smear

Setahun sekali sahaja. Andainya keputusan selepas itu ok atau negatif kanser, ujian perlu dibuat sekali untuk tiga tahun. Andainya keputusan mendapati terdapat sebarang keabnormalan atau ada mengandungi kuman atau bakteria, rawatan seterusnya akan diberikan.

Wahai sahabat wanita.
Jom jaga kesihatan serviks kita. Jauhi aktiviti seks bebas kerana ia lebih berisiko untuk mendatangkan pelbagai penyakit.
Untuk sahabat-sahabat yang pernah mengandung dan bersalin dan pernah aktif dalam aktiviti seks, jangan takut untuk buat ujian Pap Smear ( termasuklah saya! ).

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Jangan Hampiri Zina : Jadikan Cinta Bermaruah

Terbaca artikel ini masa scroll newsfeed Facebook.
Agak menarik sebagai panduan kepada kita dalam bersahabat tanpa mengira status dan peringkat umur. Lumrah dan normal apabila kita selalu terlupa dan terleka dengan tipu daya syaitan.

Jadikan cinta kita cinta yang bermaruah mengikut ajaran Islam iaitu melalui pernikahan.
Jom baca dan jadikan ia panduan dan peringatan.





JANGAN HAMPIRI Z.I.N.A
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam……Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
utk mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.
Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka aa psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami? 
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubat kita semua. Amin.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kisah Mah, Abang dan Zulaikha : Surat Mah Kepada Abang.

Setahun berlalu..

Abang,
Dah setahun kisah antara abang, Mah dan Zulaikha berlalu. Tahniah untuk abang kerana dah jumpa bahagia yang abang cari. Tahniah juga sebab abang dapat mengahwini perempuan yang abang idam-idamkan, si Zulaikha tu.

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Sejak Mah join jadi SID, Mah kumpul-kumpul duit. Dapatlah juga Mah beli sikit-sikit suplemen untuk diri Mah dan anak-anak. Dulu Mah tak ada kesempatan nak telan suplemen. Sebab abang tak pernah support apa yang Mah nak buat. Mah pun buta mata dan hati juga sebab asyik utamakan keperluan abang je sedangkan keperluan diri sendiri Mah abaikan.

Sejak Mah makan vitamin C dan vitamin E, kulit Mah dah makin glowing. Dah tak kusam macam dulu. Best tau abang. Kulit Mah jadi halus dan lembut je. Rugilah abang dah tak dapat usap tangan Mah yang dah halus dan lembut nie. Kalau dulu kulit Mah nampak tak bermaya je, sekarang dah berubah tau abang. Kawan-kawan Mah pun dah tegur. Diorang kata kulit Mah dah semakin berseri-seri dan semakin cerah.

Bukan tu je yang Mah makan. Mah minum juga ESP, sambil-sambil tu Mah buat juga masker kat muka. Bila minum ESP, rambut Mah dah tak gugur malahan bersinar-sinar pula. Kuku Mah pun dah tak pecah-pecah, tumit pun macam tu juga tau. Sekarang Mah perasan yang jerawat pun dah jarang muncul. Ruginya Mah tak cuba ESP nie dari dulu lagi. Anak bongsu kita pun dapat juga kebaikan hasil Mah minum ESP tau. Susu badan Mah bertambah-tambah melimpah ruah Allah bagi kat dia. Kulit pun cantik abang. Comelnya anak kita tu. Ruginya abang tak merasa nak gomol dia lepas habis kerja. 

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Baju-baju Mah dah bertukar saiz L, ada juga baju bersaiz M yang Mah dah boleh pakai. Baju-baju yang bersaiz XL dan XXL, Mah dah simpan dalam stor. Besar sangat, tak cantik pula bila Mah sarungkan ke tubuh Mah yang dah makin mengecil nie. Abang nak tau tak, ramai yang tak percaya Mah ada 3 orang anak. Kata diorang, Mah macam orang yang belum kahwin tau. Mungkin itulah ShakleeEffect yang Mah dapat. Abang nak tahu apa rahsia Mah dapat semula saiz badan diawal perkahwinan kita? Mah makan Set Kurus Shaklee la. Hehe..

Abang,
Kehidupan Mah semakin baik sekarang. Rupanya ramai lagi yang sayangkan Mah walaupun selepas abang benarkan Zulaikha ambil tempat Mah disisi abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah ye abang. Kawan-kawan kata Mah dah cantik dan kurus sekarang. Malahan ramai juga yang kata Mah macam anak dara walaupun hakikatnya Mah nie Mak Dara anak 4.

Abang pun jangan jeles dengan Mah tau. Mah dah berkawan dengan ramai orang yang lebih baik daripada abang. Pandangan Mah tentang kehidupan pun semakin bertambah. Mah semakin menghargai diri sendiri yang dulunya Mah abaikan. Mah sedar  selain dari sayangkan anak dan suami, Mah perlu sayangkan diri sendiri juga. Dulu, Mah terlalu pentingkan apa yang abang rasa, keperluan abang dan anak-anak. 

Dulu Mah abaikan keperluan diri Mah. Mah biarkan badan Mah membesar sebab abang selalu cakap walaupun Mah besar, abang tetap sayang. Rupanya kata-kata abang tu cuma untuk menutup kekurangan Mah. Mah biarkan je keinginan Mah untuk beli baju baru sebab nak bantu abang cover perbelanjaan rumahtangga kita. Rupanya abang memang suka tengok perempuan-perempuan yang berpakaian yang mengikut trend terkini. Mah biarkan diri Mah keletihan tanpa bantuan sebarang suplemen untuk jana tenaga Mah. Sedangkan Mah memang perlukan bantuan suplemen untuk bantu kekalkan tenaga Mah. Setiap hari, Mah keuar bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Selepas pulang dari kerja, Mah perlu uruskan rumahtangga pula, memasak, membasuh dan buat tugas-tugas yang memang tak ada noktah. Mana nak layan anak-anak lagi, mana nak layan abang lagi. Kalau abang terlupa, sikit pun kerja-kerja dirumah abang tak bantu tau. Jadi, Mah memang keletihan. Mah hanya dapat merehatkan badan masa tidur je. Jadi kalau abang kejut Mah ditengah malam, memang Mah tak sedar. Tidur mati dek keletihan. 

Kehidupan semakin baik kini. Syukur sangat Mah jumpa produk dan kawan-kawan yang best lepas abang tinggalkan Mah dan anak-anak. Banyak ilmu yang Mah dapat dari geng Shaklee. Mah lebih bebas bergerak sekarang. Mah mohon abang sentiasa doakan kejayaan Mah walau kita dah tak bersama tau.

Oklah abang. Tu je Mah nak bagi tahu kat abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah tau. Mah tengok Zulaikha dah semakin membesar macam Mah dulu je. Abang pun makin bulat aje. Tak takut ke Zulaikha pula cari orang yang lebih slim dari abang? Haha!
Abang pula janganlah ulang apa yang abang dah buat pada Mah tau. Maklumkan pada Zulaikha yang abang tu lebih sukakan isteri abang sentiasa slim. Kalau abang nak bagi Zulaikha makan suplemen Shaklee, abang kontek la Mah tau. Memang terbukti berkesan.

Terima kasih abang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Nak Dapatkan PERUT KEMPIS Sebab Nampak Macam Ibu Mengandung 5 Bulan.


Oppsss!!!

Perut kosong tapi nampak macam ibu mengandung 5 bulan?  Siapa ada masalah macam nie?
Suka ke dengan situasi macam nie?
Best ke bila orang keluarkan soalan " Eh! peknen dah berapa bulan nie?" Padahal perut anda kosong je tak ada baby malah anda sebenarnya masih bujang!


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Gambar kat atas tu, ibu mengandung 6 bulan dah...Hihi..[ tahun 2013 ]

Walaubagaimanapun situasi macam ni lebih kerap kepada wanita-wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Nak tak saya kongsikan tips nak dapatkan perut kempis dan buang atau nyahkan perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan tu? 

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan senaman secara konsisten dan teratur. Boleh rujuk entry lama saya berkaitan dengan cara senaman yang dikongsikan oleh Sifu Kevin Zahri.


Seterusnya, pastilah perkara utama dalam rejim kurus iaitu menjaga pemakanan. Anda perlu atau wajib belajar cara mengira kalori. Banyak tips atau menu yang boleh diambil semasa proses diet yang dikongsikan oleh Majalah Rapi. Boleh juga rujuk entry saya berkaitan pengiraan kalori dan penjagaan pemakanan.

>>>>> Cara Nak Kira Kalori

>>>>> Tips Untuk Kurus dan Langsing

Jemput baca ye. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Ok. Sekarang saya nak fokus kepada perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan. Tak nak kan? Nak pilih baju pun susah. Takkanlah nak beli baju materniti sebab perut tu nampak macam mengandung 5 bulan.
Tak teringin ke nak dapatkan perut yang kempis?

Rahsianya, hanya dengan mengambil Herblax dan Lecithin / Omega Guard Shaklee.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Omega Guard mengandungi Omega-3 yang sangat membantu untuk meningkat kadar metabolisme badan. Seperti yang ramai tahu, berat badan agak susah untuk diturunkan jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jadi, dengan mengamalkan Omega Guard, kadar metabolisme tersebut boleh dinaikkan.

Lecithin pula berfungsi untuk mengemulsi lemak. Dengan kata lain, ia membantu untuk mengapurkan lemak yang terhasil didalam tubuh dan ia lebih mudah untuk dibuang.

Suplemen yang paling penting dalam misi mendapatkan perut yang kempis adalah Herblax. Ia membantu mengangkut lemak dan semua toksin yang ada didalam tubuh keluar dengan mudah. Ia adalah julap lembut. Namun, ia tidak akan membuatkan kita menjadi cirit-birit mahupun perut memulas.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Saje nak tunjuk. Tak adalah kurus pun. Tapi sekurang-kurangnya tak nampak macam menagndung 5 bulan walaupun anak dah 4. Alhamdulillah ( bukan riak nie tau! Hehe.. )

Kawan-kawan wanita kesayanganku..
Jom ubah!

Saya pasti anda tak suka dengan situasi macam tu kan?

"Eh Yunk! Senyap-senyap je ko peknen ye?"

"Mengandung bape bulan dah nie?"

"Ko peknen? bukan baru je ko bersalin ari tu?"

Hah! Nak ke macam tu?
Katakan TIDAAAKK!!!

Nak tau macam mana? Atau berminat nak dapatkan Lecithin / Omega dan Herblax? Nak berkongsi cerita dengan saya?

Jangan malu-malu hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Projek Besarkan Ladang Pahala : Program Back To School


GIVE THEM OUR HEART, GIVE THEM HAPPINESS

Kempen Back To School 2015. Kempen besarkan ladang pahala.





Untuk sahabat-sahabat yang ingin besarkan ladang pahala anda, tapi tak tahu nak salurkan kemana?
Kami SID dari keluarga RichFamily ingin sama-sama mengajak anda untuk turut serta dengan aktiviti ini. Mari membantu mereka yang memerlukan.

Saya ingin mengajak anda menderma atau boleh juga mengeluarkan bajet mengikut pakej yang ada dinayatakan di dalam poster di atas. Saya dan rakan-rakan lain dari RichFamily sedang mengumpulkan dana untuk membantu anak-anak kecil yang ditempat di Rumah Anak Yatim Yayasan Tengku Budriah, Cheras, KL.

Ada 70 orang anak-anak kecil yang berbesar hati andai anda sudi membantu mereka menyediakan keeprluan persekolahan untuk sesi 2015 nanti. Antara pakej tajaan yang dinyatakan didalam poster adalah :

1. Tajaan kelengkapan sekolah : RM150
2. Tajaan set pakaian sekolah : RM150
3. Tajaan sepasang kasut : RM30
4. Tajaan korporat : RM1500 ( Minima 10 orang )

Anda boleh memberi sumbangan dengan memberi sumbangan kepada akaun Master Lydzar ( boleh hubungi beliau untuk resit ). Beliau boleh dihubungi melalui nombor telefon seperti yang tertera didalam poster.

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui pembelian vitamin Shaklee daripada saya kerana 10% dari untung runcit akan dimasukkan kedalam tabung program ini. Dapat vitamin, dapat menyumbang juga. 

Semoga budi baik dan jasa anda dibalas dengan nikmat dan rezeki berkali ganda dari Allah.

Mari besarkan ladang pahala kita. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL BOLEH DIATASI. BAGAIMANA?


Anda hadapi masalah kewangan yang kritikal? 
Hingga buatkan hubungan anda suami isteri hambar dan ingin bercerai? 
Hingga buat anda rasa nak menyorok je dalam gua dan tak nak keluar lagi?

Nanti dulu!
Saya ada penyelesaian untuk masalah anda ini. Tahukah anda yang masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. Nak tahu bagaimana?

Saya hanya perlukan beberapa kriteria penting untuk memastikan usaha anda yang mengatasi masalah kewangan yang kritikal itu boleh boleh diatasi dan menemui kejayaan. Sanggupkah anda mempelajari dan melaluinya bersama-sama saya?




Kata orang, duit bukanlah segalanya. Tapi seperti yang semua maklum, banyak perkara yang kita mahu memerlukan duit sebagai tukarannya. Siapa setuju?

Baiklah.
Kriteria anda yang saya mahukan untuk bersama-sama berusaha mengatasi masalah kewangan yang kritikal adalah :

1. Sanggup mengosongkan dada untuk mengautkan sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh mentor-mentor yang telah berjaya.
2. Sanggup menurunkan ego untuk duduk dan berdiri bersama-sama dengan orang-orang yang mahu berjaya.
3. Sanggup mengorbankan masa tidur, lepak, melancong untuk beberapa ketika untuk membuat kerja.
4. Sanggup memekakkan telingan dengan hingar bingar dan aura negatif yang datang.
5. Sanggup berusaha semaksima mungkin untuk merealisasikan matlamat anda.  

Anda ada semua kriteria diatas. Tahniah!
Anda pasti berjaya.


Ok. Masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. bagaimana?




Jom sertai keluarga Shaklee saya. Kami dibimbing setiap masa mengenai teknik perniagaan, online mahupun offline. Sokongan tanpa berbelah bahagi daripada mentor dan kawan-kawan sekumpulan menyebabkan semangat ingin berjaya sentiasa membara. Kami bersaing dengan cara yang sihat. Kami berkongsi maklumat, petua, tips dan macam-macam aktiviti bersama tanpa kompromi.

Menariknya, untuk menyertai keluarga Shaklee kami, anda tidak perlu membuat pinjaman mahupun mengeluarkan modal yang tinggi. Ianya mampu milik. Hanya dengan duit serendah RM65, anda dah boleh memulakan perniagaan Shaklee tak kira secara online mahupun offline. Selebihnya, bagaimana untuk melakukannya, saya sangat memerlukan keriteria yang dah disebutkan diatas tadi. Kami akan ajar satu persatu!

Apa menariknya bisnes Shaklee?
 ~ Tak perlukan modal yang besar
~ Tak perlu lambakan stok bawah katil
~ Tak perlu meninggalkan rumah, anak mahupun suami pada malam minggu untuk menghadiri kelas.
~ Kalau ada kelas ( sekali-sekala ), anda boleh angkut semua anak-anak dan suami.
~ Kumpulan sokongan dan mentor yang hebat
~ Anda akan perolehi ilmu marketing online dan offline secara percuma dengan syarat anda perlu rajin
~ Perkongsian bukan setakat ilmu dunia sahaja, malahan perkongsian tentang amalan rohani juga




Rugi tau kalau anda tak mahu sertai kami.
Rugi tau kalau anda terus selesa dibelenggu masalah kewangan yang kritikal sedangkan ia boleh diatasi. Dan Shaklee dah buka jalan untuk anda keluar.
Rugi tau kalau anda tengok saja orang lain menjadi kaya dan dapat keluar dari belenggu masalah kewangan.
Rugi tau kalau anda tak nak buat kerana bisnes Shaklee boleh dibuat secara part time saja dan anda masih boleh bekerja seperti biasa.
Rugi tau kalau anda biarkan aje orang lain buat Shaklee sambil jaga anak sedangkan anda terpaksa tinggalkan anak lama untuk bekerja.

Rugi...rugi...rugi...

Keep Calm & Join Shaklee. Jom sertai kami.

Bebaskan diri anda dari belenggu masalah kewangan kritikal.

Jangan malu-malu untuk hubungi saya ye! 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

MASALAH KEINTIMAN MENJADI PUNCA SUAMI MEMANDANG WANITA LAIN. WAJARKAH?

Masalah keintiman menjadi punca suami memandang wanita lain. Wajarkah?

Pelik kan?
Mudahnya!

Ia adalah hakikat. Walaupun anda adalah isteri yang cantik jelita dan selim melim namun andainya ada masalah keintiman wanita ia akan menjadi punca suami memandang wanita yang lain. Nampaknya cantik, jelita, kurus dan slim bukan suatu jaminan. Apatah lagi jika ia ditambah dengan masalah fizikal yang lain kan? Kenapa ia terjadi?

Kebahagiaan didalam perkahwinan adalah dambaan setiap pasangan yang telah berjanji setia untuk sehidup semati. Perkahwinan adalah suatu percaturan. Ada yang kekal bahagia hingga keakhir hayat dan semoga ia terus kekal ke Jannah. Namun, ada juga yang tiada rezeki untuk berbahagia hingga kehujung garisan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat memerlukan persefahaman, tolak-ansur dan saling melengkapi. Namun, wajarkah andainya masalah keintiman menjadi punca suami memandang wanita lain dibiarkan begitu sahaja?




Namun, sejak kebelakangan ini telah banyak isu masalah rumahtangga malahan kes perceraian juga dirujuk kepada Majlis Agama Negeri.

Tahukah anda?
Banyak juga dilaporkan antara alasan yang dikemukakan adalah kepuasan diranjang tak dapat dicapai disebabkan oleh masalah keintiman wanita. Jadi, nak biarkan aje macam tu? Redha je bila suami memandang wanita lain diluar? Biarkan aje masalah tu berlarutan dan berakhir dengan perpisahan? 



Wahai sahabat sekalian.

Jangan biarkan ia berlarutan. Bertindaklah sebelum semuanya terlewat. Anda adalah isteri yang lebih berhak keatas suami dan bukannya wanita lain diluar sana. Jadi, jangan biarkan masalah keintiman dan dalaman anda membuatkan kebahagian kalian menjadi tawar tak bergaram mahupun bergula. Jangan biarkan alat sulit anda berbau, mengeluarkan keputihan yang kritikal mahupun menjadi longgar tanpa rasa. Jangan biarkan ia menjadi alasan mudah untuk suami masih memandang yang lain diluar sana.

Cepat!
Ambil langkah memperbaiki kekurangan itu.

Tahukah anda?

Bahawa Shaklee mempunyai solusi kepada masalah anda itu. Ia adalah Set Suami Isteri. Bukan anda sahaja yang boleh mengamalkannya malahan anda boleh ajak suami bersama-sama untuk menikmati semarak cinta dari Set Suami Isteri itu juga.





Untuk Isteri  [ Alfalfa ]

Antara kebaikan Alfalfa adalah :

1. Menstabilkan hormon
2. Meningkatkan citarasa seksual
3. Membantu masalah keputihan
4. Membantu 'merapatkan' vagina : Manjakani moden


Untuk Suami [ Vitamin E ]

Antara kebaikan Vitamin E :

1. Memberi impak tenaga seksual
2. Membantu ereksi yang lebih lama
3. Membantu menambahkan libido
4. Membantu orgasme yang lebih kerap

Mahukah anda?
Tambahkan warna dalam hubungan kalian. Jangan biarkan ia pudar tak berseri dan tiada rasa lagi. Demi yang tersayang, buangkan rasa ego dan dapatkan penawarnya.

Nak cuba?
Atau dapatkan konsultasi berkaitan Set Suami Isteri?

Boleh hubungi saya. Saya sedia membantu.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

DETOKS TUBUH DENGAN "INFUSED WATER"

Perasan tak?
Infused Water ada jadi viral dekat Facebook kan?

Apa gunanya tu?

Infused water berguna untuk proses detoks. Ramai yang tahu bahawa proses detoks dapat membantu menyingkirkan racun dalam tubuh badan kita. Ia juga membantu menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. 

Infused water nie membuatkan kita rasa segar dan tak bosan untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Berbanding dengan air masak, infused water lebih sedap untuk dinikmati. Betul tak? Kadang-kadang, tak perasan pun kita dah berjaya minum air 1 thumbler dalam masa yang singkat.




Gambar tu antara sukatan untuk buat infused water. Bahan-bahan yang sungguh semulajadi dan sedap untuk diminum. 
Ingatan!
Jangan tambah gula tau.

Selain daripada tu, saya kongsikan juga gabungan lain untuk fungsi-fungsi yang berbeza untuk anda cuba buat resepi infused water. Jom hidup sihat tanpa ubat.




Best kan?
Jom cuba....

Nak tahu apa kelebihan setiap bahan dalam resepi infused water tu? Jom baca.

1. Lemon
Air dengan campuran hirisan lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihakan dan menambahkan alkali dalam tubuh sehingga anda merasa lebih segar. Untuk membuatnya, anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, memerah sari lemon dan menambahkan beberapa liter air putih kedalmnya. 

2. Pudina
Menambahkan daun pudina ke dalam infused akan membuatkan air anda menjadi lebih manis sekalipun tidak ditambahkan dengan gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu menenangkan perut dan melancarkan pencernaan.

3. Timun
Timun tidak cuma bermanfaat untuk kulit dan mata. Infused water timun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.

4. Halia
Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem di tubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.




Tau tak?

Kalau anda tak ada masa untuk buat Infused water, anda boleh gunakan Herblax Shaklee sebagai alternatif untuk detoks. Ramai yang jatuh cinta lepas cuba Herbalx. Terasa kosong saja usus tu lepas semua bahan buangan dibuang dengan lancar. Tanpa rasa cirit birit tau. Perut pun kempis aje. 

Nak cuba?
Jom hubungi saya.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

TIPS UNTUK KAWAL ASMA / LELAH

Salam Khamis sahabat.

Tau tak apa itu asthma? Atau ada juga yang kenali ia sebagai lelah.

Biasa dengan pemandangan macam nie?




Pengalaman saya dulu ( maklumlah, anak ramai kannnn ), anak-anak saya pasti terpaksa diberi nebulizer setiap 2 bulan sekali. Sesi memberi neb ini, kadang-kadang berlangsung dengan mudah. Namun kebanyakan masa, saya perlu berperang dan sedikit berkeras dengan anak-anak. Mungkin mereka rimas dengan kehadiran asap yang banyak dari corong yang ditekapkan dihidung. Saya terpaksa memegang kepala dan megunci kaki ataupun tangan mereka dengan kaki sendiri ( Skill mak-mak bagi neb kat anak )

Biasa dengan pam yang ini pula?




Kalau anak anda ada mengambil pam berwarna biru atau pun oren tu, nampaknya anak anda dah pun dirawat sebagai orang yang memiliki asthma / lelah. Alat yang berwarna kuning tu pula adalah aero-chamber. Alat bantuan untuk ibu-ibu berikan dos pam kepada anak-anak yang masih kecil.

Persoalan saya, adakah kita nak biarkan anak-anak kita gunakan pam-pam ini selamanya? 
Tak nak kan? Kesian anak-anak kita. Sebagai ibu, saya percaya kita semua mahukan anak-anak ini hidup dengan sihat, gembira dan ceria. Saya percaya, ramai ibu-ibu yang ada pengalaman terpaksa bergegas ke unit kecemasan bila nafas anak-anak berbunyi kuat ditengah malam. Tu maknanya saluran nafas mereka sudah sempit dan menyukarkan proses pernafasan secara semulajadi. Silap-silap, bekalan oksigen pun dah berkurang didalam badan. Haih!

Saya pernah diberitahu oleh doktor yang asthma adalah merbahaya untuk kanak-kanak. Andaikan saja paru-paru anak kita seperti daun semalu. Ia akan menguncup setelah disentuh. Begitu juga paru-paru anak-anak akan menguncup dengan mudah apabila tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi terutamanya apabila saluran pernafasan mereka menjadi sempit. Anda sendiri pasti maklum apa akan jadi bila oksigen tak sampai pada paru-paru kan? Nak ke perkara tu jadi pada anak-anak kita? Suka ke perkara tu jadi pada anak-anak kita? Tak kesian kan mereka?

Nak tau tak? Sebenarnya kita boleh kawal simptom-simptom asthma nie. Syarat utama adalah konsisten atau berterusan. Dan Shaklee ada menyediakan suplemen yang boleh membantu mengurangkan malahan boleh menyembuhkan andainya kita konsisten mengamalkannya.





Omega Guard yang kaya dengan kandungan Omega-3, DHA dan EPA mampu mengurangkan gejala asthma ini. Dan dah ramai ibu yang berjaya menyahkan pam-pam seperti gambar diatas dari rumah mereka. Apa kata anda juga mencubanya sebagai salah satu jalan ikhtiar untuk memastikan anak-anak kita bebas dari asthma.

Nak cuba?
Nak dapatkan stok?

Jangan malu-malu hubungi saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

SIAPA NAK KURUS? JOM BERSENAM!

Siapa nak kurus?

Nak tak? nak tak?

Apa lagi. Jom bersenam.



Sebenarnya senaman adalah penting dalam usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Pengambilan makanan seimbang dan dibantu oleh senaman yang konsisten akan menjadikan tubuh kita lebih sihat daripada sebarang penyakit.

Ok lah. Saya nak kongsikan beberapa gambar senaman ringan dan mudah yang boleh diamalkan 20 minit sehari untuk kesihatan tubuh badan kita. Langkah-langkah senaman ini adalah yang dikongsikan oleh Kevin Zahri.


10 Langkah Latihan Menurunkan Berat









Hah!
Amekaw!

Semua ada. Hehe..pilih je nak buat yang mana satu. Dari pilihan plan workout yang boleh dibuat hingga kepada senaman untuk memantapkan bahagian-bahagian tertentu saja.

Pilihan ditangan anda.

Jom bersenam! 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

PROMO BERGANDA-GANDA BULAN NOVEMBER : OMEGA GUARD

Wah!
Item promosi yang sangat menarik bulan nie.

Omega Guard.
Promo berganda-ganda nie tau!


BELI 6 PERCUMA 1



BELI 2, DISKAUN 5%



Jom Grab sekarang!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...