HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

10 Peringatan Apabila Berhutang

Saya percaya, ramai yang terikat dengan berbagai-bagai jenis hutang piutang pada zaman semua nampak mewah sekarang.

Betul?

Tak kiralah. Samada untuk membeli rumah, kereta, kad kredit waema pinjaman peribadi sekali pun, ia tetap dikira sebagai hutang. Kalau tak berhutang, agak mustahil nak dapatkan semua benda yang nilainya ribuan malahan ratus ribuan kan. Apa yang saya nak kongsikan adalah tatacara untuk kita-kita yang mahu berhutang.




1. Mesti ada niat untuk membayar balik.

Apabila berhutang, maka wajiblah membayarnya. Bertekadlah untuk membayar hutang tersebut. Nabi s.a.w bersabda, "Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, Namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."

2. Berhutang untuk perkara benar-benar yang perlu sahaja.

Ramai yang gemar berhutang dalam hal-hal kecil dan tidak penting, sedangkan amalan itu tidak digalakkan dalam Islam. Berhutanglah untuk perkara-perkara yang sangat perlu sahaja, bukan untuk bermewah-mewah.

3. Tinggalkan hutang yang membabitkan riba.

Dalam kebanyakan keadaan, berhutang itu harus, manakala riba pula haram seperti yang disebut didala surah Al-Baqarah : 275 "........Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.... orang yang kembali ( mengambil riba ), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal didalamnya."

4. Berdoa agar bebas daripada hutang.

Nabi s.a.w kerap berdoa memohon perlindungan Allah daripada beban hutang sehingga ada sahabat bertanya kenapa Baginda berdoa sedemikian. Baginda bersabda, "seseorang yang dibebani hutang berbohong apabila dia bertutur dan memungkiri apabila dia berjanji."





5.  Hutang tetap wajib dibayar walau orang yang berhutang telah meninggal dunia.

Waris bertanggungjawab melunaskan hutang-hutangnya. Malah Rasulullah s.a.w pernah menolak untuk solat jenazah seorang yang masih mempunyai hutang yang tidak dilangsaikan ketika meninggal dunia.

6. Hutang boleh menjjadi penghalang ke syurga.

Malah seorang yang mati syahid pun tidak dapat masuk ke syurga sehinggalah hutangnya dilangsaikan. Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w, "Diampunkan semua dosa berdasarkan bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang ( kepada manusia )."
HR Muslim.

7. Seseorang yang mengambil wang orang lain ( berhutang ) tanpa ada niat untuk membayar balik, dianggap sebagai seorang pencuri.

Dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan mas kahwin ( berhutang ) dan dia tidak mempunyai niat untuk menjelaskannya, dia adalah seorang penzina, dan sesiapa yang meminjamkan wang, dan dia berniat untuk tidak membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri." 
HR At-Tabrani.

8. Letakkan prioriti membayar semula hutang piutang dalam perbelanjaan anda.

Paling penting, usah bertangguh membayar hutang. Susun belanjawan, bayar hutang dengan sistematik agar ia dapat dibayar sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Ada hadis menyebut, "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman keatasnya ( iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan keatas dirinya dan maruahnya )."
HR Ibnu Majah.

9. Jadilah orang yang bermaruah.

Bayar hutang sebelum pihak yang memberi pinjaman datang meminta anda membayarnya. Malah mengikut amalan nabi s.a.w, Baginda selalu membayar hutang dengan lebih baik. Bermakna membayar lebih daripada nilai hutangnya.

10. Ucapkan Terima Kasih kepada pihak yang memberi hutang.

Juga bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana Dia memberi kelaangan kepada anda untuk mampu membayar hutang.

So, kawan-kawan. Kalau ada berhutang dengan sesiapa tu, niatkan untuk membayarnya dengan segera ye.

Sumber : Majalah IMAN.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Misi Bantuan Banjir 2014 Oleh x-TI SisterHood Kuantan 1

Bah 2014.

Tak siapa menduga, tak siapa menyangka.
Hadirnya air menderu menenggelamkan tanah gersang.






Sekelip mata.
Punah ranah semua. Hilang. Dibawa arus entah kemana.
Terpaku. Tiada kata.
Kering sudah air mata.

Bersabarlah. Redhalah.
Hanya doa kami tadah. Menghantar permohonan kepadaNya.
Dia tahu apa yang terbaik. Untuk kamu.

Kita manusia. Hidup diatas dunia sementara.
Memangnya ia medan ujian.
Untuk kita mempelajari sesuatu.
Mengutip hikmah atas apa yang berlaku.


Misi Bantuan Banjir Oleh x-TI SisterHood Kuantan 1

Alhamdulillah. 
Rakyat Malaysia sangat prihatin atas kesusahan dan kesempitan orang lain. Banyak yang dapat kita lihat live update di laman MukaBuku [ Facebook ] tentang bantuan banjir. Datang dari segala sudut. Dalam semua bentuk. Semua bersatu hati menghulurkan bantuan yang termampu untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Syukur.

Atas cadangan salah seorang teman x-TI SisterHood Kuantan 1, kami semua sepakat untuk juga membuat kutipan Tabung Derma Uniform Sekolah untuk dihulurkan kepada anak-anak yang terjejas dek banjir 2014. 




Alhamdulillah. Tabung derma tersebut mendapat sambutan. Dan dapatlah kita sama-sama menyumbangkan sedikit bantuan untuk mereka. Sasaran kami adalah anak-anak disekitar Temerlo dan Kelantan. Kutipan derma dibahagikan kepada dua bahagian [ Temerloh & Kelantan ]. Pembelian kelengkapan untuk dihantar ke Temerloh dibeli dan diserahkan kepada mangsa oleh rakan-rakan yang berada di Kuantan dan Temerloh. Manakala kelengkapan sekolah untuk dihantar ke Kelantan telah dibeli dan diserahkan kepada mangsa oleh seorang rakan yang berada disana.

Kebanyakan gambar adalah proses membeli kelengkapan diKuantan [ saya join! ]. Saya tak ada gambar untuk proses penyerahan di Temerloh dan Kelantan [ Henponku tak canggih. tak boleh nak download gambar diwhatsapp ]

Proses pemilihan saiz dan kuantiti


Membayar baju dan seluar sekolah



Selesai membeli belah... :)


 Kelengkapan anak-anak lelaki


 Kelengkapan anak-anak perempuan


Antara kelengkapan yang dapat kami beli adalah :

Set anak-anak perempuan:
  • Baju sekolah
  • Kain sekolah
  • Tudung
  • Baju alas
  • Anak tudung
  • Setokin

Set anak-anak lelaki
  • Baju sekolah
  • Seluar sekolah
  • Setokin
  • Baju alas
  • Tali pinggang

Proses di Kelantan


Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tak sangka sebenarnya sisters di x-TI SisterHood dapat bergabung tenaga begini walaupun masing-masing jauh dan sibuk dengan urusan sendiri. Nampaknya berguna jugalah grup whatsapp yang kami guna sebagai penghubung. Bukan saja digunakan untuk bergossip, malahan berkongsi berita, aktiviti, petua-petua dan macam-macam lagi lah.

Sayang korang. Yeay!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promo Januari 2015 : Vivix, Alfalfa Complex dan Vitalea for Children.

Selamat Tahun Baru 2015!

Macam dah terlambat nak ucap kan? Hehe...

Tak pe lah. Jani ucap daripada tak de kan. Kebizian melanda. Sebulan melayan karenah anak-anak yang bercuti sekolah. 

Layan je la.....

Saya nak bagi tau. Bulan Januari 2015 nie Shaklee buat triple promo. Hebat!




Ruginya kalau tak grab suplemen-suplemen Shaklee masa tengah promosi nie. Sebenarnya inilah caranya nak berjimat.

Sape nak juga? Jom beli ramai-ramai.


8 Masalah vs. Solusi Dalam Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Namun, dalam tempoh dua minggu pertama kebanyakan ibu menghadapi kesukaran menyusukan bayi terutamanya bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi.

Saya kongsikan 8 masalah yang biasanya dihadapi oleh ibu-ibu bersama cadangan solusi yang boleh dicuba!




Masalah 1 : Payudara tersumbat dan susu tidak keluar.

Punca;
Hal ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan oleh lekapan yang tidak betul semasa menyusu dan bra ditarik keatas tanpa membuka kancing.

Solusi :
  • Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
  • Pam susu setiap 2 jam sekali. 
  • Boleh juga gunakan tangan atau teknik marmet.
          Caranya ( Taknik Marmet )
  1. Pastikan tangan anda bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam.
  2. Massage : Gunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung earola.
  3. Stroke : Gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut.
  4. Shake : Condongkan badan kedepan, goyang dada secara lembut. Ini akan meransang pengeluaran susu.
  5. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari 1 cm dari aerola, jari telunjuk dan jari tengah dibawah aerola.
  6. Tekan payudara secara lembut kearah dada.
  7. Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan penegluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong.
  8. Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

Masalah2 : Bengkak Susu

Punca :
Bengkak susu terjadi apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit, tidak sihat dan demam.

Solusi:

  • Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.
  • Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
  • Teruskan menyusu badan setiap 2 jam sekali.
  • Kerap pam susu 2 jam sekali ( jika bayi tidak menyusu badan atau bayi tidak bangun untuk menyusu )

Masalah 3 : Bayi menyusu sebelah sahaja.

Punca:
Bayi cenderung mengiring kearah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu itu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.


Solusi :

Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiring ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

Tip :

1. Posisi betul penyusuan bayi :

  • Craddle hold, Football hold, Cross cradldle hold, Lying down


2. Cara memujuk bayi :

  • Bayi perlu dipujuk dan teknik mengembalikan minatnya menyusu disebelah payudara yang tidak digemarinya amat penting.
  • Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk dia akan mudah memberi kerjasama.
  • Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemarinya dahulu. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong, barulah beralih kepayudara yang dgemarinya.
  • Menyusu dibilik gelap dan dalam keadaan sunyi.
  • Susukan sambil menghayun lembut bayi didalam dakapan.
  • Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu tidak lacar.


Masalah 4 : Susu semakin berkurang.

Punca :
Ia berpunca daripada kurangnya stimulasi pada payudara yang menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain daripada itu, ia boleh juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak untuk mengepam susu.

Solusi:

Susu berkait rapat dengan demand dan supply ( bekalan dan permintaan ). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan. Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.


Masalah 5 : Suplemen memperbanyakkan susu

Amalan menggunakan suplemen adalah bagus untuk kesihatan ibu. Badan yang sihat dan bertenaga membantu penghasilan susu yang baik. Badan yang letih akan membuatkan pengeluaran susu berkurangan.

Solusi :

Sekiranya ibu mengamalkan penggalak susu, ia masih bergantung kepada kekerapan mengepam. Berbalik kepada bekalan dan permintaan. Lebih kerap ibu menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan.


Masalah 6 : Anak tidak mahu putus susu

Adalah digalakkan untuk menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Namun, kadangkala ada anak yang tidak mahu putus susu.

Solusi :

Tidak menjadi masalah sekiranya anak dan ibu mahu mengamalkan extended bondng antara ibu dan anak. Sekiranya ibu memutuskan untuk menghentikan penyusuan, lakukannya secara perlahan.


Masalah 7 : Penyimpanan stok susu.

Ibu boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Bagi ibu yang bekerja memerlukan stok susu simpanan untuk bayi sebaik sahaja mula bekerja. Namun, masih ramai ibu yang tidak faham bagaimana cara terbaik membuat stok simpanan susu dirumah.

Solusi :

  • Pam setiap 3 jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, dahulukan bayi dan sambung pam selepas bayi disusukan.
  • Simpan susu didalam botol atau plastik keras.
  • Labelkan tarikh susu dipam.
  • Jika bekerja, pam susu diwaktu pagi dan simpan didalam beg sejuk beku yang mempunyai pek ais yang tahan 12 jam. Pam juga pada waktu tengahari dan petang. Simpan stok susu perahan didalam peti sejuk beku apabila tiba dirumah.
  • Susu yang disimpan didalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
  • Susu yang disimpan didalam peti sejuk bawah tahan selama 5 hari, tetapi selepas itu perlu disimpan kedalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama. 


Masalah 8 : Defrost stok susu beku.

Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan terlebih dahulu dan dipanaskan mengikut suhu tertentu. Jika bekerja sebaiknya terangkan kepada pengasuh cara mencairkan stok susu beku tersebut.

Solusi :

  • Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan didalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.
  • Isi susu tersebut didalam beg sejuk beku dan beri pada pengasuh untuk disimpan didalam peti sejuk.
  • Susu perlu dipanaskan didalam air suam pada suhu antara 35°C hingga 45°C.
  • Sebaiknya ibu bekalkan alat pemanas kepada pengasuh. Memanaskan didapur atau ketuhar boleh mematikan antibodi didalam susu.
  • Susu yang dicairkan perlu diminum dalam tempoh 1 jam dan ia tidak boleh dibekukan semula.


Sumber : Majalah Pa&Ma

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...