HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Kriteria Pemilihan Produk Kecantikan Yang Baik


Kulit muka bersih tanpa sebarang noda, sihat dan berseri. Semua tu impian wanita kan?
Malangnya, kadang-kadang keinginan untuk dapatkan kulit yang cantik tu selalu je menjadikan kita terlalu cuai dan tidak berhati-hati untuk memilih produk yang baik.

Apa kriteria yang perlu dipertimbangkan masa pilih produk kecantikan?

1. Mestilah kenali jenis kulit muka korang.

Secara basic, kulit muka ada 5 jenis ;

  • Kulit Normal
  • Kulit berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit kombinasi
  • Kulit sensitif
Penggunaan produk adalah berbeza mengikut jenis kulit. Jadi, dah kenal ke jenis kulit masing-masing?


2. Pilih produk yang menggunakan bahan semulajadi. Jauhi produk yang mengandungi bahan-bahan beracun seperti hidrokuinon, raksa, plumbum, merkuri dan sebagainya. 
Macam mana nak kenali produk yang tidak mengandungi bahan-bahan beracun? Dah sah-sah setiap pengeluar akan claimn produk mereka adalah semulajadi kan?
Maka, penting untuk kita pilih produk dari syarikat yang dah establish atau pilih produk yang yang ada kajian klinikal macam Shaklee.


HIDROKUINON. Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat).



3. Pastikan produk yang korang nak beli tu ada kelulusan daripada KKM. Kelulusan dari KKM nie amatlah penting untuk pastikan sesuatu produk tu tidak mengandungi racun berjadual dan bahan kimia seperti diatas. KKM akan buat kajian keatas sample produk terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan untuk dipasarkan. 


4. Pastikan produk yang korang gunakan adalah produk yang original. Saya perhatikan sejak kebelakangan nie banyak produk-produk tiruan yang meniru produk-produk yang laku keras dipasaran. Sebagai pengguna, saya tak rasa kita akan mengenali mana satu produk yang ori dan mana satu yang tiruan kan? Jadi, sebaiknya pilih lah produk dari company yang dah establish walau pun sedikit mahal harganya.


5. Dapatkan nasihat doktor bagi mereka-mereka yang punyai kulit sensitif dan bermasalah. Tak perlu semberomo mengikut tren semasa dan terlalu terpengaruh dengan testimoni.


6. Pastikan testimoni sebenar. Tak sikit sebenarnya seller yang buat testimoni palsu untuk melariskan produk mereka. 


Ok. Tu antara kriteria yang perlu kita pertimbangkan semasa memilih produk kecantikan yang baik dan selamat. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Nanti saya share produk apa yang saya pakai ye. :)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kebaikan Berjogging Untuk Kurus dan Kesihatan


Korang selalu berjogging?

Frankly, jongging bukan sukan favorite saya. Saya tak larat nak berlari dengan banyak. Mungkin sebab badan tak fit? Entahlah.

Semalam saya dah dapat geng untuk berjogging. Dapat habiskan 1 pusingan di Taman Gelora, Kuantan. Penatnya, boleh la diterima oleh otak saya. Bagaimanapun, saya cuma mampu selangkan larian dengan berjalan pantas. Tak mampu nak lari all the way. Hihi.




Kalau nak dibandingkan dengan aktiviti sukan saya sebelum nie, saya prefer untuk buat zumba berbanding jogging. Fuhh! Penat!

Tapi disebabkan oleh kekangan kewangan, saya tak mampu nak berzumba 4 kali seminggu macam dulu di Kuantan nie. Haha!
Terima kasih pada Geng Zumba Chini yang buat effort tubuhkan kelab zumba dengan yuran yang sangat mampu bayar oleh ahli-ahli. Rindu korang. Huhu..

Bestnya jogging di Taman Gelora, ramai juga penduduk Kuantan yang beriadah disini. Lagi best, track jogging disediakan untuk kemudahan berjogging. Paling best, ada juga alat-alat senaman macam gym disediakan. Tapi yang simple aje la.




Saya nak share sikit kebaikan berjogging yang saya dapat daripada pakcik Gugel.


1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


2. Berat Badan

Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.


5. Tidur

Jogging juga mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia.


6. Tekanan

Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur.


7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".


8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood. 


9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat. 


10. Otak 

Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.


11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.


Tu antara kebaikan joging yang saya tanya kat pakcik Gugel. Mungkin ada lagi yang lain. Nanti saya study ye.

Apa yang penting, semua jenis senaman yang kita buat, kenalah istiqomah untuk lihat keberhasilannya. Kalau acah-acah je rajin, maka matlamat pun kelautlah.

Hah apa lagi? 
Pegi ambik kasut tu petang ni jugak kita jogging!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Ciri-ciri Produk Anti Aging Terbaik

Perasan tak?
Lately banyak produk anti-aging dipasaran? Macam-macam jenama dan rupa. Cuma sediakan duit je, dah boleh guna.

Apa yang dimaksudkan dengan anti-aging tu?

Anti-aging dikenali juga sebagai anti-penuaan.
Kenapa anti-penuaan? Takut ke jadi tua? Umur tetap meningkat saban tahun. Jadi kenapa takut tua?




Anti-aging adalah satu usaha untuk melewatkan proses penuaan secara semulajadi dari peringkat sel lagi. Proses nie untuk lewatkan penuaan organ dan sel tau. Bukan untuk nampak muda remaja dari wajah je.

Penuaan yang dimaksudkan adalah keadaan dimana kemampuan fungsi biologi organ tubuh yang semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kemampuan fungsi organ boleh juga menurun disebabkan oleh berbagai jenis penyakit yang sangat mudah diperolehi sekarang. So, saya perasan yang sekarang dah ramai yang ada kesedaran untuk menjaga organ dan sel untuk pastikan body-age atau biological-age seusia dengan umur masing-masing. Jangan tak tau pulak. kita boleh buat analisa tau kalau nak tahu berapa body-age kita. Dan jangan terkejut bila ramai yang body-age diorang lebih tua dari umur sebenar!!


Macam mana nak pilih suplemen anti-penuaan yang berkesan?

Sebelum membeli atau menggunakan sesuatu suplemen yang banyak dijual dipasaran, ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira. Antaranya :

  • Adakah suplemen tersebut dah terbukti berkesan?
  • Pastikan dulu keadaan kulit dan badan kita.
  • Adakah bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang semulajadi? Atau sintetik?
  • Adakah terdapat mana-mana teknologi terbaru yang digunakan untuk hasilkan suplemen tersebut untuk membezakan ia dari suplemen lain? Atau ia hanyalah dikeluarkan oleh kilang yang sama tetapi menggunakan nama produk yang berbeza?

Penting ke?

Eh! Mestilah penting. Kita nak makan suplemen tu untuk jadi semakin sihat. Bukan semakin sakit.
Kenapa adanya soalan-soalan macam tu?

Meh baca.

1. Bukti atau testimoni mestilah daripada testimoni sebenar daripada orang-orang yang dah pun gunakan suplemen tu dan dah pun capai apa yang mereka nakkan. Bukan testimoni tipu yang penjual buat sendiri dan overclaimn.

2. Pastikan keadaan kesihatan kita terlebih dulu. Ada masalah kesihatan yang kronik atau tak? Atau ada masalah kulit yang terlalu sensitif atau tak? Sebaiknya carilah suplemen yang gunakan bahan semulajadi untuk elakkan kesan-kesan sampingan dikemudian hari.

3. Semua suplemen anti-penuaan akan disokong oleh kajian saintifik. Kajian ini digunakan untuk membuktikan keberkesanan bahan-bahan yang digunakan didalam suplemen tersebut dan dapat memberi pengguna keyakinan dimana setiap testimoni itu sebenarnya adalah sah dan boleh dicapai. Jadi, sila la dapatkan produk yang disokong oleh kajian saintifik.


Bagaimana Vivix menjadi suplemen anti-aging terbaik?


Sebenarnya saintis Shaklee dah pun habiskan masa bertahun-tahun untuk buat kajian tentang proses antipenuaan ini. Akhirnya, terhasillah Vivix yang sangat berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan premium. Vivix merupakan suplemen yang mengandungi kombinasi resrevatrol dan phytonutrient dari sumber anggur muscadine. Menurut saintis, anngur muscadine merupakan anggur yang terbaik kerana tumbuh secara semulajadi didalam cuaca yang ekstrem dimana semakin anggur tersebut terdedah kepada cuaca ekstrem, semakin tinggilah juga penghasilan resrevatrolnya.







Vivix dah lalui ujian klinikal yang sangat ketat. Dan hasilnya telah membuktikan yang Vivix berjaya memperlahakan proses penuaan sel dari 4 aspek berikut :

  1. Mengoptimumkan potensi sel-sel tubuh.
  2. Membaikpulih sel-sel didalam tubuh.
  3. Mempertingkatkan tenaga sel-sel tubuh.
  4. Mempertingkatkan sistem pertahanan sel-sel tubuh.



Selain tu, Best sangat ke Vivix nie?
Mestilah!!
  1. Semulajadi dan bebas dari perasa tiruan, pewarna, pemanis dan juga pengawet.
  2. Ramuan yang digunakan berpotensi lebih daripada 10 kali resrevatrol biasa dan hanya bertujuan untuk memperlahankan penuaan sel.
  3. Mengandungi lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins iaitu antioksidan semulajadi.
  4. Vivix telah dipatenkan khas eksklusif untuk Shaklee sahaja.




Jadi, marilah dapat Vivix segera sebagai ikhtiar untuk melambatkan proses penuaan. Vivix juga dapat bantu selesaikan masalah kesihatan setiap orang.

Nak Vivix?

Hubungi saya!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Madrasah Tahfiz Annur

Alhamdulillah.
Sesi persekolahan untuk tahun 2017 dah pun bermula.
Macammana dengan anak korang? Seronok kan?

Saya nak kongsikan cerita anak sulung saya, Muhammad Nazrul Haqim yang tahun nie memasuki tingkatan 1. Tapi saya memilih untuk tidak menghantar nazrul kesekolah harian biasa. Saya dah pun mendaftarkan beliau di Madrasah An-Nur ( MAN ) di Kesang Laut, Muar. Pengajian Maahad tersebut adalah fully tahfiz tanpa akademik.

Semoga keputusan saya tepat. Madrasah tahfiz tanpa akademik sedangkan sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan keputusan peperiksaan akademik. Tawakal, semoga niat saya menghantar Nazrul mempelajari Al-Quran dipermudahkan. Selain untuk mentarbiah satu-satunya anak lelaki, besar harapan agar saya dapat mentarbiah diri sendiri dan turut menjadi hamba yang lebih baik. 

Minggu nie anak-anak Madrasah An-Nur masih didalam minggu orientasi.









Masa sesi pendaftaran, saya tak berpeluang untuk menghantar beliau. Saya terpaksa serahkan tugas tersebut kepada ayahnya. Dan penjagaan Nazrul sepanjang persekolahan di Madrasah Annur akan diuruskan oleh ayah beliau. Besar harapan agar Nazrul tak lupakan mamanya. Huhu.
Tuhan je tau apa rasanya bila ada didalam situasi macam nie. 
Ye. Anak orang lain pun masuk asrama. Sedih jugak. Tapi anak-anak lain tahu ibu dan ayah bersama-sama menggembling tenaga untuk membesarkan mereka.
Tapi nazrul dan adik-adiknya berada di situasi yang sedikit berbeza. Perpecahan keluarga tak mengizinkan mereka merasa kasih sayang ibu & ayah serentak. Pada bila-bila masa saja mereka boleh berfikir yang salah seorang dari kami, tak sayangkan mereka. Naudzubillah. Sedih.
Ok lah. Bukan nak share cerita sedih. Sekadar luahan yang tak terluah didepan orang.

Cerita tentang Madrasah An-Nur ada dituliskan dilaman web rasmi mereka.


Madrasah An-Nur beroperasi diatas pembayaran yuran yang diwajibkan kepada pelajar setiap bulan. Yuran yang dikenakan hanya RM250 sebulan. Walaubagaimanapun mereka tetap menerima sumbangan pada yang ingin memberi sumbangan.




Saya mohon doa dari kalian untuk doakan pembelajaran anak-anak kami di Madrasah An-Nur dipermudahkan. Semoga mereka diterangkan hati untuk menghafaz Al-Quran.
Amin.

Selain dari doa, saya ada juga bekalkan Nazrul dengan Vitamin C dan Lecithin untuk kesihatan beliau yang kerap selsema dan untuk kecergasan otak. Harapnya Nazrul makan dengan konsisten.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...