HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Set Menyusu Shakle : Suatu Pembohongan?

MasyaAllah!!
Betul ke?

Anda percaya?
Ya. Memang ramai juga orang yang mengatakan begitu. Terutamanya mereka yang bencikan jenama Shaklee itu sendiri. Atas alasan yang hanya mereka yang tahu.

Namun, jangan sesekali dinafikan pula bahawa suplemen Shaklee terutamanya Set Menyusu telah membantu ramai juga ibu-ibu yang berimpian untuk menyusukan bayi mereka hingga 2 tahun. Setiap ubatan mahupun suplemen ataupun sebarang makanan yang kita ambil, perlulah diambil dengan ilmu dan dos yang betul. Bukan secara semberono dan syok sendiri saja.

Ramai yang menyangkakan susu ibu akan dapat dihasilkan dengan banyaknya dengan hanya mengambil Set Menyusu. Walau apa pun suplemen yang anda ambil termasuk juga daripada suber-sumber natural dan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi, konsep penyusuan iaitu Supply vs. Demand wajib dipatuhi.

Makan lobak putih atau habatussauda pun tidak akan menjadikan susu ibu mencurah-curah kalau ibu MALAS nak meyusukan bayi atau mengepam susu. Jadi, apa-apa pun sifat rajin berusaha tu kena ada.

Perlu ke ambil suplemen?

Ya. Sangat perlu. Kenapa?

1. Kebanyakan masa, pemakanan yang kita ambil adalah tidak seimbang. Lifestyle masakini yang sangat sibuk agak membataskan ibu-ibu untuk menyediakan nutrisi lengkap didalam setiap hidangan. Sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protin sihat, sumber karbohidrat sihat tidak dapat disediakan dengan sempurna. Adakalanya, cara penyediaan juga tidak membantu tubuh untuk mendapatkan semua nutrien yang ada didalam hidangan tersebut. Sebagai contoh, penyediaan sayur-sayuran didalam hidangan. Adakah dapat dipastikan ia dimasak dengan cara yang sihat? Adakah nutrien yang terdapat didalam sayur-sayuran tersebut tidak hilang semasa proses penyediaan / memasak?

Andainya kita seorang yang sangat mementingkan pemakanan seimbang, maka tak perlu ambil sebrang makanan tambahan / suplemen lagi. Sila pastikan juga penyediaan hidangan tidak merosakkan nutrien semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Namun, tidak pula bermakna anda tidak perlu mengambil sumber nutrien semulajadi selepas mengamalkan suplemen. Suplemen berfungsi untuk menampung kekurangan nutrien yang hilang didalam tubuh.


2. Peningkatan usia yang pasti tahun demi tahun yang menyebabkan banyak menjejaskan kondisi tubuh manusia. Tenaga dan keupayaan tubuh juga semakin berkurang selari dengan peningkatan usia. Namun, tanggungjawab pula semakin bertambah. Terutamanya untuk para ibu yang menguruskan anak-anak, kerja-kerja rumahtangga, kerja mencari nafkah. Semuanya memerlukan tenaga superMama yang hebat. Jadi untuk kekal fit, pengambilan suplemen amatlah digalakkan.

Betul ke Set Menyusu Shaklee boleh banyakkan susu?

Jawapanya, Ya dan Tidak.

Ya. Jika Set Menyusu Shaklee diamalkan dan berserta dengan konsep penyusuan itu sendiri. Ironinya sama seperti kita ada makanan, tapi kita tidak menyuapnya kedalam mulut dan enelan makanan tersebut. Adakah kita akan kenyang? Set Menyusu Shaklee adalah makanan, menyuap, mengunyah dan menelan adalah konsep penyusuan. Jadi, adakah perut akan berasa kenyang jika makanan itu hanya boleh dilihat sahaja? Sudah pasti ia perlu disuap kedalam mulut, dikunyah dengan tertib dan ditelan pula untuk beri impak rasa kenyang kepada perut.

Apa yang ada didalam konsep dan rutin penyusuan?

Mudah je.

1. Minum air kosong secukupnya iaitu 3 liter sehari.
2. Kerap beri anak / baby susu - Direct feeding
3. Kerap pam - Jika bekerja ( 2-3 jam sekali )
4. Amal pemakanan sihat dan seimbang
5. Sentiasa positif dan banyakkan berdoa

Tidak. Jika ibu-ibu tidak mengamalkan konsep penyusuan secara istiqamah. Jika kelima-lima rutin penyusuan diatas tidak dilakukan, susu ibu takkan keluar-memancut-macam-air-paip. Walau apapun jenama milk booster yang diambil, rutin penting tersebut wajib dibuat.

Apa fungsi Set Menyusu?

Selain daripada bertindak sebagai milk booster selepas rutin penyusuan diamalkan, set Menyusu membantu ibu untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Tugas ibu yang nampak-mudah-tapi-susah sangat memerlukan tenaga yang berpanjangan demi memastikan kelangsungan dan kelancaran aktiviti ahli keluarga yang lain.

Tak percaya?
Jom try.

KLIK untuk dapatkan Set Menyusu anda

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Triple M : Stok EBM Didalam Pantang

Assalamualaikum...

Hari ke-9 perjalanan penyusuan bersama baby baru, Irdina Nur Eizzara.

Perasaan? Sudah pasti sangat seronok. Alhamdulillah, rezeki kami. Susu terus ada sebaik sahaja selepas bersalin. Dan yang paling seronok, niat saya untuk tandem nursing baby Irdina bersama kakaknya Dhia Nur Amani dipermudahkan juga. Semoga ia terus dipermudahkan sehingga suatu masa yang sepatutnya nanti. Walaupun Dhia diberikan susu FM, nampaknya sejak susu ibu semakin lancar pengeluarannya Dhia semakin kurang minum FM. 

Dhia, kami tetap hantar ke rumah pengasuh.Untuk memberi peluang kepada saya untuk berpantang tanpa rasa kelam kabut dan terlalu penat untuk menguruskan rumahtangga dan keluarga. Maklumlah, bayi diusia 16 bulan tentu banyak karenahnya.

Oleh kerana baby Irdina baru berusia 9 hari, permintaan terhadap susu ibu masih sedikit. Untuk itu, saya perlu memerah susu untuk mengelakkan bengkak. Proses memerah terpaksa saya lakukan seawal hari ke-3 selepas bersalin. Syukur atas rezeki ini. Besar harapan saya, Irdina atau pun Dhia mahu minum stok EBM tersebut.

Set Triple M, Set Penyusuan


Set Triple M

Sepanjang proses berpantang kali ini, saya meneruskan sahaja semua vitamin yang memang diambil ketika mengandung lagi dan menambah beberapa vitamin untuk penyusuan dan penyembuhan luka. 

Set Triple M - Penyusuan

  • ESP
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Ostematrix

Tambahan;
  • Zinc - proses penyebuhan luka bersalin
  • Omega Guard - diambil ketika mengandung lagi

Set Triple M memang sangat terkenal dengan keberkesanannya membantu ibu-ibu yang mahu menambah production susu ibu maisng-masing. Walaubagaimanapun, konsep supply vs. demand adalah sangat penting untuk dipatuhi.

Saya akan update lagi tentang perjalanan tandem nursing nanti. Tunggu....

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Untuk Penyusuan : Set Bajet

Alhamdulillah...

Walaupun ramai yang tak percaya dengan keberkesanan vitamin untuk penyusuan Shaklee, dan lebih suka dengan cara-cara tradisional, tak menjadi masalah. Semuanya atas pilihan dan keselesaan sendiri.

Bagi saya, vitamin untuk penyusuan Shaklee sangat membantu dalam proses penyusuan anak ke-3. Proses mengepam yang sangat menyeronokkan bila melihat hasil yang sangat memberansangkan. 


Tak dinafikan bahawa pengambilan set penuh vitamin untuk penyusuan ini sangat baik. tapi, bagi ibu yang ada kekangan modal dan bajet, tak menjadi masalah untuk turut mencuba semua vitamin untuk penyusuan ini. Boleh hubungi saya secara personal untuk mendapatkan maklumat dan konsultasi.

Ibu juga boleh mengambil dua vitamin utama untuk tujuan penyusuan ini. Saya gelarkan ia Vitamin Untuk Penyusuan : Set Bajet. Apa yang terkandung didalam set ini? 



Set bajet mengandungi ESP dan Alfalfa sahaja. Kenapa ESP? Kenapa ALfalfa?

ESP adalah sumber protin dari kacang soya. Komposisi utama dalam ESP adalah Protin. Protin juga adalah nutrient utama untuk tubuh ibu menghasilkan susu yang pekat dan banyak. Dan didalam susu ibu juga dipenuhi oleh sumber protin yang akan disalurkan kepada anak.
Istimewanya ESP, kacang soya yang digunakan  adalah soya Non-GMO. Didalam setiap cannister ESP 
( 850g ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya Non-GMO. Selain daripada untuk menghasilkan susu ibu yang banyak, terdapat juga manfaat lain yang akan diperolehi ibu. Try dulu, baru tawww!!



Alfalfa pula adalah sejenis herba yang sangat terkenal dengan jolokan raja tumbuhan. Memang telah diketahui banyak manfaat daripada Alfalfa termasuklah sebagai Milk Booster. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Ia membantu susu ibu menjadi lebih pekat.

Jom dapatkan set bajet anda sekarag!!

----------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kebaikan Susu Ibu

Selamat Pagi...

Hari nie, saya nak kongsi tentang kebaikan susu ibu. Alhamdulillah, zaman semua di Hujung Jari, dah ramai ibu-ibu muda yang sedar tentang kebaikan susu ibu. Ibu-ibu telah mula berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu dan saling bertukar pendapat mengenainya.



Apakah kebaikan susu ibu?

1. Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.  Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula.

3. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

4. Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.

5. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

6. Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

7. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal.

8. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

9. Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

10. Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Breastfeeding : Apa yang perlu dibuat jika rasa susu badan kurang?

Saya nk berkongsi hasil nukilan rakan saya tentang isu SUSU KURANG. Memang jadi sesuatu yang menakutkan bagi para ibu breastfeeding jika tiba-tiba je hasil pumping berkurang. Jadi mari kita baca apa yang Ida tulis.

credit to mysupervitamins.com

Untuk menyusukan anak secara eksklusif perlukan komitmen, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Jadi lengkapkan diri dengan informasi berguna mengenai keseluruhan proses penyusuan, berada di keliling orang yang support BF dan dapatkan bantuan jika masalah anda tidak dapat diselesaikan sendiri.

Bagi sesetengah ibu, mungkin merasakan susu mulai kurang atau memang yakin susunya kurang kerana ibunya dulu kurang susu atau anak pertama dulu susu kurang. Jadi, cuba semak list ini, mungkin ia membantu anda kenal pasti masalah kenapa susu mulai kurang dan penyelesaiannya

1. Anak tengah mengalami growth spurt

2. Breast tidak dikosongkan dengan sempurna.

  • lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu baru dihasilkan.
  • jadi jika anda kosongkan payudara dengan sempurna, susu baru akan lebih cepat dihasilkan
  • target untuk pam di pejabat, setiap 3 jam dan di rumah pada waktu malam, 20 minit untuk setiap breast untuk setiap sesi.

    3. Tekanan

    • emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu. Jadi, cari jalan untuk menghilang stress dan gembira.

      4. Sibuk dan tidak mengepam dengan konsisten

      • jika anda tidak mengepam, lama kelamaan susu akan berkurangan.
      • ini kerana, otak menerima signal bahawa permintaan telah berkurangan jadi kurangkan bekalan.


      Penyelesaian

      1. Jika anak anda mengalami growth spurt, dia memang agak cerewat dan suka menangis. Jadi, teruskan penyusuan dan cuba jangan stress dengan perubahan sikap anak. Ia hanya sementara.

      2. Kosongkan payudara dengan sempurna. Cuba untuk meluangkan 20 minit untuk setap breast semasa mengepam. Lebih baik double pumping untuk ibu yang bekerja atau belajar kaedah marmet
      untuk perah dengan tangan jadi boleh menjimatkan masa memerah kedua-duanya serentak. Cuba ubah betulkan lekapan breast pump anda selepas beberapa ketika. Jika menyusu direct, cuba ubah posisi anda. Ini bagi memastikan semua susu di semua bahagian dikosongkan sepenuhnya.

      3. Semasa menyusu direct, pastikan bayi menyusu secukupnya di sebelah payudara dahulu. Offer
      breast sebelah lagi (jika dia masih mahu). Jika tidak, sambung pump untuk 10 minit lagi di payudara yang sama selepas baby menyusu walaupun hanya dapat 1oz. Untuk next session, offer breast yang berlainan dari sesi sebelumnya. Ini bermakna, alternate breast untuk setiap sesi bagi ibu yg direct feeding.

      4. Semasa cuti bekerja direct feeding sekerap mungkin. Ini kerana, skin to skin stimulation sangat berkesan. Lakukan power pumping sekali sekala untuk memberi ransangan demi meningkatkan pengeluaran susu.

      5. Jangan berikan air suam atau susu formula. Jika anda memperkenalkan susu formula, permintaan terhadap susu ibu semakin berkurangan. Jadi, macam mana nak meningkatkan permintaan dan penghasilan susu anda.

      6. Dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan berkhasiat untuk tenaga berpanjangan. Ambil
      supplemen yang semulajadi jika anda berkemampuan dari segi kewangan dan kekangan masa untuk menyediakan makanan sempurna untuk diri sendiri. Minum air kosong secukupnya. Jika tidak, darah menjadi lebih pekat dan badan perlu bekerja lebih keras.

      7. Pastikan lekapan / latching anak betul supaya breast dapat dikosongkan betul dan anak mendapatkan foremilk dan hindmilk.

      8. Penggalak susu atau galagtagogue adalah herba untuk meningkatkan production susu seperti alfalfa. Namun, ia lebih berkesan dengan kekerapan penyusuan atau mengepam. Jika tidak, sebarang penggalak susu hanya memberi kesan sementara atau tidak berkesan kerana asas penyusuan adalah supply vs demand.

      9. Anda mungkin tidak merasakan engorgement tapi ini tidak bermakna susu anda sudah kurang. Ini adalah petanda badan sudah adjust dengan demand anak.

      10. Jika breast pad dah tak basah atau breast dah tak leaking juga tidak bermakna susu dah tak cukup. Ini hanya petanda badan hanya menghasilkan susu yang cukup untuk permintaan anak. Anda harus sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri. Breastfeeding is more than just milk.

      11. Ada sesetengah ibu yang mempunyai duktus atau gugusan susu yang sedikit berbanding ibu lain. Anda boleh berjumpa Lactation Counselor(LC) untuk mendapatkan nasihat lanjut jika tip di atas telah anda ikuti dan masih tidak berhasil.

      11 Tips Penyusuan Berjaya

      Saya kreditkan tips ini kepada MommaMia

      Walaupon misi MommaMia adalah gerak gempur di bulan Ramadhan, tapi ianya masih praktikal utk diamalkan oleh semua breastfeeding mommy tak mengira masa. Saya sendiri maklum, fully-breastfeeding without formula milk journey bukanlha sesuatu yang mudah, namun bukan juga sesuatu yang susah untuk dilakukan.

      Jika setiap ibu memahami konsep asas penyusuan, insya allah tiada apa yang mustahil. Selagi hati si ibu cekal mahu terus berjuang utk kebaikan anaknya.

      Baiklah mari kita ikuti 11 Tips Penyusuan Berjaya yang perlu diamalkan selalu.

      1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

      • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
      • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
      • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
      • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


      2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

      • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
      • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
      • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


      3. Minum banyak Air

      • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

      4.  Fikir Bayi Fikir Susu

      • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
      • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin..
      .
      5. Berdisiplin

      • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

      6. Tandem Pumping

      • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

      7. Teknik Marmet

      • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

      8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama

      • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
      • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
      • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah


      9. Penyusuan Malam

      • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


      10. Urutan

      • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

      11. Pengambilan Suplemen

      • Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...Set breastfeeding dari kedai Sihat Bersama Kami dan juga ...ESP! 


      Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "
      Saya sukakan kata-kata adik ipar saya, Zaleza yang sangat sukakan ESP. Jom baca note yg Zaleza tulis di Facebooknya tentang ESP

      Bagi ibu2 yang mempunyai bayi pramatang dan kurang berat badan seperti saya, weight monitoring adalah manjadi rutin..Syukur Alhamdulillah, selepas mencuba ESP dari SHAKLEE GBS, berat badan Mukhlis naik 700 gram within 2 weeks hanya dengan susu ibu..ESP memberi tenaga dan saya kurang letih biarpun terpaksa berjaga sepanjang malam dan travel ke tempat kerja lebih 40 minit pergi dan balik setiap hari. ESP juga menambah dan mengekalkan milk supply serta increase berat badan baby healthily. Inilah tujuan dan matlamat saya mengambil ESP disamping vitamin breastfeeding SET B dari shaklee serta jgn lupa doa yang tidak putus2 agar semangat untuk menyusu xpudar ..terima kasih Lydzar Rusman atas bantuan dan sokongan.


      So bagi BF mommies yang masih belum mencuba ESP, apa kata anda dapatkan ESP anda sekarang. Pasti anda tidak menyesal melaburkan wang anda demi kebaikan anak dan juga diri sendiri.


      Energizing Soy Protein

      ADA APA DENGAN SET B SHAKLEE

      SET B FOR BREASTFEEDING:

      Set ini sesuai bagi ibu yang menyusukan anak. Ia bukan saja memperbanyakkan susu malah juga memastikan susu ibu begitu berkualiti ke tahap optimum agar anak mendapat nutrisi yang terbaik di samping itu dapat menyihatkan badan ibu selain berguna untuk pembersihan usus dan sel darah.

      Set lengkap yang mengandungi 4 jenis vitamin

      1. Alfalfa

      ·Melancarkan system perjalanan tubuh badan
      ·Kaya dengan sumber mikronutrien sayur-sayuran
      ·Sebagai milk-booster bagi ibu yang menyusukan bayi.
      ·Membantu dalam hal kewanitaan terutama kepada mereka yang mempunyai masalah keputihan.
      ·Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantitiyang mencukupi
      ·Mengandungi klorofil
      ·Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
      ·Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
      ·Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
      ·Digunakan sebagai penggalak susu ibu
      ·Mengandungi kalsium yang tinggi

      2. Vita Lea

      ·Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan.
      ·Formula lengkap dengan zat besi
      ·Mempercepatkan proses pencernaan pemakanan kita seharian.

      3. B- Complex

      ·Untuk kecergasan dan kecantikan dalaman
      ·Penting untuk memperbaiki dan melancarkan peredaran darah dan urat saraf
      ·Membantu meninggikan system pertahanan badan
      ·Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang
      ·Membantu mengatasi kelesuan
      ·Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegahkemurungan
      ·Membantu pelepasan tenaga dari makanan
      ·Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
      ·Menukarkan gula kepada tenaga

      4. Vita-C ( 500mg )

      ·Untuk kecantikan kulit
      ·Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah.
      ·Penting untuk pembentukan kolagen
      ·Bersifat anti oksida
      ·Fungsi sustain release berfungsi secara perlahan dan berkuasa selama 24 jam dalam badan kita.
      ·Membantu meningkatkan taraf sistem pertahananbadan.
      ·Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel-sel badan.
      ·Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
      ·Memulihkan selesema
      ·Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
      ·Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan vitamin C yang lebih
      ·Sebagai pelindung sel dalam menghadapi seranganradikal bebas

      Berminat untuk mencuba produk Shaklee? 
      Hubungi saya di  nadhira.haqim@gmail.com atau SMS ke 013-398 4050.

      CADANGAN SET PENYUSUAN MENGIKUT KESESUAIAN

      Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus. Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

      Baiklah, untuk membantu memilih set penyusuan yang sesuai saya nyatakan disini

      ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
      Set 3M (Breastfeeding Optimum)  & SET BREASTFEEDING PLATINUM
      Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada :

      ~ Ibu yang ada masalah penyusuan
      ~ Ibu yang nak mula menyimpan stok
      ~ Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
      ~ Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu  
         menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air
         sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau
         lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

      SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)

      Mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari --->Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari ---> Tahan 1-5 bulan
      850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan
      120 osteomatrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1 bulan

      BREASTFEEDING PLATINUM = Set 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM) + Performance Drink

      Fullpack  mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari ---> Tahan 1-5 bulan
      850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan
      120 osteomatrix ------makan  4biji/hari ---> Tahan 1 bulan
      539g Performance Drink------ ambil 3sudu/hari ---> Tahan 1.5-2 bulan

      ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
      SET E
      Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

      Set E = Set B + Ostematrix.

      Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

      SET E mengandungi:

      Mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari ---> Tahan 1 - 5bulan
      120 Osteomatrix --------makan 4biji/hari -------> Tahan 1 bulan

      ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
       Set B  

      Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa.

      Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


      Mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari ---> Tahan 1-5 bulan

      ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
       SET Eu-four-Pack

      Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur


      Mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      120 Osteomatrix ------------makan 4biji/hari ---> Tahan 1 bulan

      ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
      Set B + Energizing Soy Protein (ESP)

      Sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

      SET B + ESP


      Mengandungi:
      180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari ---> Tahan 6 bulan
      120 B complex  --------------makan 1biji/hari --> Tahan 4 bulan
      120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari ---> Tahan 4 bulan
      330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari ---> Tahan 1-5 bulan
      850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ----> Tahan 1.5-2 bulan

      SET PENYUSUAN SHAKLEE : MANA SATU YANG SESUAI YE?

      Sudah ramai mommies yang mula mendapat kesedaran & semangat untuk membuat penyusuan secara eksklusif kan....Semoga si manja akan dapat kebaikan & nutrien lengkap dari susu ibu...InsyaAllah...

      Ramai juga yang berminat untuk ambil supplement supaya susu yang dihasilkan lebih berkualiti...

      Ok...kedai SBK dalam group Euphoria nie ada sediakan beberapa set untuk mommies yang breastfeeding...






      1. SET B

      2. SET E

      3. SET 3M

      Apa yang ada dalam set-set tu??
      Siapa yang patut ambil set-set tu??

      Sila teruskan bacaan ye...

      1. SET B

      Siapa yang perlukan set B?
      Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.

      Apa yang ada dalam set B ?
      Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan.

      Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi,
      Vitamin C fokus on imune sistem,
      Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh,
      Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si manja mengalami masalah tersebut.


      2. SET E

      Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

      Apa yang ada dalam set E?
      Set E ialah set B ditambah dengan Ostematrix.

      Siapa yang perlu set ini?
      Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si manja. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

      3. SET 3M

      Apa yang ada didalam set 3M? Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.

      Siapa yang perlu set ini?
      Set ini digalakkan kepada mommies yang ada masalah penyusuan,
      Mommies yang nak mula menyimpan stok,
      Mommies yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
      Mommies yang sedang relaktasi atau induce lactation.
      Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, mommy menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

      Ini adalah testimoni saya sendiri...Hasil daripada pengambilan set E.


      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...