HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online - Shaklee

Jom jana pendapatan dengan Shaklee...

Alhamdulillah, kemudahan internet yang ada zaman sekarang ini banyak membantu orang-orang yang ingin meningkatkan taraf kehidupan. Daripada yang biasa-biasa saja kepada yang luar biasa. Atau sekurang-kurangnya membantu menjana pendapatan tambahan disamping kerja hakiki seharian. Apa yang penting kemahuan dan kehendak untuk mencari sesuatu yang lebih.



Kenapa saya memilih Shaklee? Kenapa saya saya sangat suka dengan bisnes online Shaklee?

1. Tidak perlu keluar untuk mencari pelanggan. Hanya duduk di hadapan loptop sahaja!

Saya seorang yang tidak suka dan memang tidak akan meninggalkan anak-anak kepada pengasuh kecuali pada hari bekerja. Bagi saya hari tidak bekerja adalah hari dimana saya boleh melihat dan berinteraksi dengan anak-anak sepenuh masa. Saya juga seorang yang tidak suka memujuk orang untuk membeli produk yang saya jual. Itu sebabnya anda tidak akan nampak saya tag sesiapa pada mana-mana promo saya di Facebook kecuali suami sahaja. Syukurnya, dengan Shaklee dan kumpulan yang saya sertai, saya hanya perlu membuat perkongsian maklumat mengenai produk, pengalaman dan tip-tip hanya di blog dan Facebook sahaja.  Segala interaksi bersama pelanggan, upline dan downline hanya menggunakan medium internet samada Facebook chat, email atau whatsapp sahaja. Dan pastinya saya tetap boleh bersama dengan anak-anak walaupun saya sedang berbisnes. 

2. Masa kerja yang fleksibel

Bagi mereka yang mencari bisnes yang boleh dilakukan dirumah, dan pada masa yang sama dapat menjaga kepentingan suami dan anak-anak, Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales dan promo di internet, kita tidak perlu duduk mengadap laptop 24 jam. Juga tidak perlu mengira dan menyimpan stok yang banyak. Dengan kemudahan yang disediakan di internet, mungkin hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk bekerja. Peruntukkan masa selama 1 jam untuk update blog dan Facebook, 1 jam untuk membalas email dan mesej, 30 minit untuk merangka plan bisnes, 1 jam berurusan di Poslaju dan 30 minit untuk COD vitamin. Anda ada 20 jam lagi untuk keperluan keluarga. Memang berbaloi. Dan ada caranya!!

3. Tidak perlu menyimpan stok dan tiada modal yang tinggi

Percaya tak? Tak tipu ok....
Kami sememangnya tidak mengeluarkan modal beribu-ribu untuk menyimpan stok. Join Shaklee sekadar membayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 dan keluarkan modal untuk beli vitamin untuk kegunaan sendiri sahaja. Yang kosnya tidak sampai beribu-ribu RM malahan ada yang tak sampai RM100 pun yang mana kita boleh memilih vitamin mana satu yang hendak dicuba sahaja. Semua urusan tempahan boleh dilakukan secara online dengan Shaklee dan yang menariknya Shaklee juga akan membuat pengeposan bagi pihak pengedar!! Mudah kan?
Andai anda pergi bercuti sekalipun, urusan perniagaan masih boleh dijalankan.

4. Siapa yang berusaha, dia yang berjaya

Shaklee adalah syarikat yang berasaskan MLM. Ye...memang tidak dinafikan ada segelintir yang berpandangan skeptikal terhadap MLM. Tapi, tahukah anda, andai anda melaksanakan konsep MLM yang asli dan sebenar, tiada istilah mengkayakan upline. Dengan kumpulan ini, kami melaksanakan perniagaan dengan konsep asal MLM yang berasaskan produk. Tiada pembelian pangkat mahupun menyimpan lambakan stok di bawah katil. Walaubagaimanapun method yang kami gunakan telah diupgrade berbanding dahulu iaitu berasaskan online.

5. Suplemen yang semulajadi, berkesan dan mesra alam

Shaklee istimewa kerana kekuatan produknya. Pastinya jika hendak menjual sesuatu produk, kita mesti pastikan ia berkualiti dan selamat digunakan. Secara automatik, ia akan mendapat kepercayaan ramai. Dengan kepercayaan itulah, kita akan membina nama dan empayar perniagaan sendiri. Dan pastinya pembelian berulang akan berlaku apabila pelanggan berpuas hati dengan produk yang dijual. Pengedar juga berpuas hati kerana dapat berkongsi kebaikan dengan ramai orang dan akan lebih berasa gembira jika ia dapat menggembirakan pelanggan.

6. Jaringan sokongan dan panduan kepada pengedar

Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi oleh upline-upline yang sangat hebat. Ada diantara mereka yang sudah berpendapatan 6 angka!!
Percayalah, ia tidak mustahil sama sekali. Sokongan dan panduan yang berterusan hanya menggunakan medium internet walaupun untuk berseminar. 

Banyak lagi cerita best yang ada yang saya akan ceritakan jika anda menyertai kami. Bukan sekadar cerita, anda juga berpeluang untuk merasai kejayaan mereka-mereka yang telah berjaya. Kalau nak tahu, jom sertai kami. Lakukan anjakan kepada diri anda sendiri untuk berjaya.

Untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, anda perlu mendaftar sebagai ahle terlebih dahulu. bagaimana untuk mendaftar? Boleh rujuk di link Bagaimana menjadi keluarga Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



----------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...