Ramai yang berpendapat bulan Ramadhan adalah waktu yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
Yes!! It’s true…..Tapi, takmustahil juga berpuasa di bulan Ramadhan tak memberi apa-apa kesan untuk anda.
Syawal bakal menjelma. Ini bermaksud kita akan di uji dengan berbagai-bagai jenis hidangan yang lazat & istimewa…Rugi rasanya kalau tak dapat jamah semua hidangan tu..Jadi, bersiap sedialah dengan kenaikan berat badan, sekiranya kita tidak betul-betul mengawal pemakanan.
Saya senaraikan tips diet mudah di bulan Syawal. Sumber : Majalah Rapi Ogos 2012.
1. Tingkatkan kadar metabolism.
Kadar metabolism yang jatuh ketika Ramadhan harus ditingkatkan kembali. Contohnya, makan dengan lebih kerap, lakukan senaman 3-4 kali seminggu dan makan 1-2 biji telur setiap hari.
2. Kira kalori & diet
Berat badan anda naik 3kg dan lebih? Tidak menjadi masalah. Cuba masukkan kalori sebanyak 500-600 kalori untuk kuota kalori yang anda perlukan dalam meurunkan berat badan. Cara pemakanan juga penting dan jangan sesekali TIDAK menjamah nasi. Kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak, begitu juga protin.
3. Lebih aktif
Pasif (Ramadhan) bertukar menjadi aktif. Banyakkan bergerak dan lebih bertenaga. Jika anda tidak bertenaga, ini menunjukkan badan anda mengalami kekurangan nutrient & memerlukan SUPLEMEN multivitamin.
4. Kawal nafsu makan
Anda dinasihatkan untuk mengawal nafsu makan tatkala melihat hidangan yang lazat & menyelerakan.
Cubalah ambil masa beberapa saat sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih makanan. Cara ini boleh membantu anda untuk mengambil jumlah makanan yang diinginkan secara terkawal.
Ambil makanan dalam jumlah yang sederhana & terkawal untuk member peluang kepada system penghadaman badan terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri.
5. Jangan lupa minum air
Dalam menikmati juadah hari raya, jangan lupa untuk minum air putih yang secukupnya dan mengambil makanan yang kaya dengan serat demi mengelakkan daripada sembelit.
6. Kurangkan makanan manis
Kurangkan pengambilan makanan yang manis, berlemak & mengandungi garam yang tinggi. Kurangkan juga minuman berkarbonat & bersoda. Tidak salah anda minum segelas air berkarbonat tetapi haruslah diikuti dengan segelas air putih.
7. Pengambilan buah kurma
Pengambilan kurma diawal pagi sangat bagus. Anda juga digalakkan mengambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak & sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum menjamah ketupat & rending.
8. Hadkan hidangan tengahari & malam
Tambahkan pengambilan sayuran & buahan segar kedalam menu tengahari & malam anda. Ia penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Dan semetinya bekalan LECITHIN & HERB LAX untuk proses detox setelah semua makanan dapat masuk kedalam perut anda dengan jayanya..
Tak lupa juga untuk CINCH MIX SHAKE & TEA CINCH untuk proses memberi tenaga juga membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.
Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com