HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Vivix Untuk Kurus

Korang ada masalah berat badan berlebihan?
Sama la kita. Kahkahkah.

Macam saya. Dengan ketinggian 157cm, berat 71kg which is BMI saya adalah overweight!
Nangis tepi bucu katil la...




So meh la sama-sama cari solution untuk turunkan berat badan masing-masing.

Ok. Macam yang semua sedia tahu. Usaha untuk turunkan berat badan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Disiplin penuh mesti diberikan. Antara perkara yang mesti kita buat adalah :

1. Jaga pemakanan. Kena eat clean. Jauhi karbohidrat berlebihan, makanan berminyak, makanan berlemak, segala jenis makanan segera dan manisan.

2. Sentiasa bersenam.

3. Belajar kira kalori untuk setiap hidangan.


Sebenarnya entry saya hari nie bukanlah nak bercerita tentang macam mana untuk diet.
Tapi saya nak share bagaimana Vivix membantu untuk kurus atau membakar lemak.

Rasanya ramai yang tahu bahawa komponen utama dalam Vivix adalah resrevatrol. Sebenarnya resrevatrol nie lah yang banyak bantu untuk proses pembakaran lemak. Resrevatrol nie datangnya dari sumber tumbuhan seperti anggur, rasberri dan kekacang. 






Korang tau tak?

Resrevatrol dalam sebotol vivix bersamaan dengan 3000 gelas arak merah dan 660 kapsul pil pilifenol.
Hebat kan?

Jom berkenalan dengan Resrevatrol.





Apa itu Resevatrol?

Resrevatrol adalah sejenis polyphenol yang dikenali sebagai phytoalexin iaitu sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan terhadap penyakit. 
Bahan ini terhasil daripada tindakbalas tumbuhan terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan daripada dirosakkan oleh haiwan, sinar uv, cuaca yang esktrem dan sebagainya.

Terdapat tumbuhan yang tidak dapat menghasilkan resrevatrol kerana menggunakan pestisid & hebisid sebagai perlindungan.
Antara tumbuhan yang banyak menghasilkan resrevatrol adalah anggur, rasberi dan kekacang. Untuk vivix, sumber resrevatrol ini datangnya dari anggur muscdine.


Kesan dari Resrevatrol :

√ Kurangkan lemak dalam badan – Kurangkan pengumpulan lemak & jadi penghalang kepada sintesis lemak dlm badan.

√ Meningkatkan pengoksidaan asid lemak – Bantu tingkatkan pengaliran darah yg bawa oksigen keseluruh badan

√ Resrevatrol dapat beri rasa kenyang & kurangkan rasa nak makan.
Ada kajian menyatakan bahawa pengambilan resrevatrol dalam diet seharian akan membantu kita mengaktifkan gen Sirt1 ( sebut --> sirtuin1 ). Sirt1 ini akan meningkat dengan kehadiran resrevatrol. Salah satu fungsi Sirt1 adalah untuk mengawal selera makan. Badan kita sendiri yang akan halang kalori daripada masuk kedalam badan. Maknanya kita akan kurang rasa lapar dan rasa nak makan.

√ Resrevatrol meningkatkan keupayaan otot utk menyerap gula & elakkan kelebihan gula disimpan didalam lapisan lemak dalam badan.

√ Resrevatrol juga mengelakkan pembentukan tisu lemak & kurangkan simpanan lemak dalam badan

√ Resrevatrol meningkatkan keupayaan otot untuk bekerja dgn lebih kuat seperti bersenam berbanding dgn otot orang yg tak dibekalkan dgn resrevatrol.

√ Meningkatkan metabolisma. Bila metabolisma tinggi, proses pembakaran kalori menjadi semakin aktif. 
Selalu tak dengar yang semakin banyak usia kita, kadar metabolisma menurun? Sebenarnya bila metaboliesme menurun, kalori yang terbakar pun menjadi kurang. Bila kalori kurang terbakar, ia akan tidak digunakan yang menjadi lemak & toksin dalam badan kita. Masa tu mula la spare tyre naik, dagu berlapis, perut membuyung.

√ Membantu memecahkan sel lemak kepada tenaga. Proses ini menjadi lebih aktif bila badan kita dibekalkan dgnresrevatrol.

√ Menyekat pertambahan melampau hormon estrogen bg lelaki & wanita. Membantu menyeimbangkan kadar estrogen yg bersesuaian dengan keperluan badan seseorang sahaja. Hormon estrogen yg tinggi menyebabkan badan akan menyimpan lemak secara berlebihan. Apabila hormon estrogen yg tak perlu dh dihalang, badan kita akan mulabina lebih banyak jisim otot. Semakin byk otot yg terbina, metabolism semakin meningkat dan memudahkan proses pembakaran lemak.


Pengecutan tisu adipose atau tisu lemak. Adipocyte adalah binaan asas untuk lemak. Tisu adipose sebenarnya adalah salah satu sumber tenaga. Tapi proses menukarkan lemak kepada tenaga ambil masa yang lama menyebabkan ia terus berkumpul didalam badan menjadi toksin. Terdapat kajian kepada orang yang ambil resrevatrol, berjaya menecutkan tisu adipos dalam masa 30 hari.


√ Meningkatkan fungsi hati. Fungsi utama hati adalah untuk memproses toksin yang masuk kedalam badan kita. Toksin bukan saja masuk melalui makanan, bahkan melalui air yang tidak ditapis atau dimasak, udara yang kita sedut, pelbagai krim dan produk kecantikan yang kita pakai, pewarna, perasa dan pengawet makanan juga.

Hati berkait rapat dengan hempedu. Semua toksin yang masuk kedalam badan kita nie akan melalui hati.

--> Kulit > salur darah > hati
--> Perut > hati
--> Salur pernafasan > hati

Segala toksin yang diproses oleh hati hati akan ditukarkan kepada bentuk hempedu. Kemudian semua toksin tersebut akan keluar melalui usus kecil dan usus besar. Jadi, bila dah terlalu banyak toksin, badan akan jadi tak sihat dan hati tak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Dengan itu, mudah la lemak datang dan menempel bersama toksin tadi. Dimana ada toksin, disitu lemak akan datang.

Vivix berfungsi untuk merawat hati dan memastikan hati kita berfungsi dengan baik untuk memproses toksin.



Bagaimana Resrevatrol membakar kalori?

√ Otot-otot yg dibekalkan dengan resrevatrol akan dapat meningkatkan jumlah protin yg dipanggil UCP ( UnCoupling Protien ).

√ UCP adalah protin pengatur utama Thermogenesis

√ Thermogenesis adalah proses penghasilan tenaga oleh badan kita

√ UCP nie banyak terdapat dlm mitochondria didalam tisu adipose ( tisu lemak )

√ Jadi, bila otot kita dibekalkan dgn resrevatrol, jumlah UCP meningkat, lagi banyak la proses membakar lemak kepada haba.


Testimoni Vivix 





Nak beli secara online?




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...