HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Aku Budak Chini

Selamat Tahun Baru Cina.
Seronok bercuti panjang? Ini lah waktunya nak menziarahi keluarga dikampung. Atau bawa anak-anak bercuti kemana-mana destinasi menarik di Malaysia.

Saya tak kemana-mana pun. Bestnya cuti CNY baru-baru nie, dapat sertai geng FaceBook Aku Budak Chini berukhuwah dan buat program khidmat masyarakat membersikan kawasan perkuburan dikampung kami.

1st time ever saya menjejakkan kaki kekawasan perkuburan tau. Mula-mula macam takut. Tapi bila difikirkan semula, apa lah sagat yang nak ditakutkan. Nanti-nanti, kesitu jugak destinasi saya. Huhu.
Baca je la ayat-ayat quran untuk protection diri dan untuk disedekahkan kepada penghuni disitu sambil bergotong royong.




Program bermula pada pukul 8.30 pagi. Disertai oleh 15 orang anak-anak Chini yang sudi bekerjasama dan membanting tenaga untuk menjayakan program ini. Walaupun kehadiran tak seperti yang diharapkan diatas banyak kekangan lain [ mungkin semua orang sibuk ], kami bersyukur kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga untuk membersihkan kawasan perkuburan yang kelihatan agak tidak terurus.

Walaupun tak banyak aktiviti pembersihan dapat dilakukan, kami bersyukur dengan apa yang mampu dibersihkan. Diharapkan program sebegini akan dapat diteruskan lagi. Selain daripada dapat membuta khidmat masyarakat, ukhuwah antara anak-anak Chini dapat dijalinkan dengan lebih mesra.




Kredit kepada penganjur.

^_^


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Testimoni : Macam Mana Nak Basuh Baju Sekolah Sampai Putih Bersinar-sinar

Biasa alami situasi macam nie?

Rasa nak pitam bile tengok baju putih anak-anak yang baru balik dari sekolah, tapi macam baru balik dari bendang atau ladang atau kebun sayur?

Rasa macam nak jadi singa rambut menggerbang bila tengok baju sekolah anak-anak yang warna asalnya adalah putih bersih kepada warna coklat atau kemerahan tanah?

Macam nie...




Haish!!
Macam nak migrain kan? Muscle pun dah timbul dok asyik menyental baju sekolah anak-anak nie. Dah la warnanya putih. Kena pakai tenaga super power la nak memberus.

Nak tak saya kongsikan solusi yang saya dapat untuk bersihkan kekotoran nie dengan hanya memberus manja-manja je tapi kotoran hilang serta merta. Tak perlu lagi nak membebel-bebel sambil tangan laju je menyental kekotoran yang dah terkena pada baju sekolah anak-anak.

Macam nie...




Apa yang saya buat, saya cuma gunakan Basic-H Shaklee untuk membantu menanggalkan kekotoran tersebut.

Caranya :

1.Ttitiskan 4 titik Basic-H kedalam baldi yang berisi air. Air tu biarlah sepadan dengan jumlah baju yang nak direndam.

2. Rendamkan baju yang kotor tu semalaman.

3. Sental manja baju tersebut hingga kekotoran bersih sepenuhnya atau hingga baju tersebut bertukar menjadi putih dan bersinar.

4. Bilas dan nilakan jika mahu.

5. Sidai hingga kering.

Baju sekolah, Basuh Baju, Kotoran degil


Senangkan?
Jom cuba.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Testimoni Pengguna Kalsium Ostematrik


Bulan Februari adalah bulan untuk mereka yang sayangkan tulang dan sendi. ^_^

Pil kalsium dari Shaklee yang juga dikenali sebagai Ostematrix. Ostematrix bukan hanya mengandungi kalsium, malahan ia turut dilengapi dengan Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. 

Saya nak kongsikan testimoni fresh dari oven. Hasil perkongsian daripada semua ahli grup RichFamily yang bukan sahaja jatuh cinta pada semua rangkaian suplemen keluaran Shaklee, malahan telah pun menjana pendapatan dengan Shaklee.


Ostematrix, Set Sendi, Kalsium Magnesium


Ostematrix, Set Sendi, Kalsium Magnesium


Rupa-rupanya Ostematrix bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang kita, malah membantu juga proses perkumuhan. Jadi, siapa-siapa yang ada masalah membuang air besar tu, boleh la cuba Ostematrix tau!

Nak tulang anda sihat dan kuat?
Nak mudahkan proses pembuangan?
Nak mudah bangun tidur tanpa rasa letih dan lesu?

Apa kata anda dapatkan Ostematrix sekarang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promo Februari 2015 : Apa Yang Best?

Februari datang lagi! Apa promo dari Shaklee ye?

Meh saya share sikit.
Lately, Shaklee suka buat double triple promo kan?

Jom tengok apa yang Shaklee tawarkan bulan Februari nie.




Best kan?

Khas untuk mereka yang mengalami masalah atau mahu menjaga kesihatan tulang dan sendi.
Juga untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi.

Jom dapatkan stok anda sekarang.




10 Peringatan Apabila Berhutang

Saya percaya, ramai yang terikat dengan berbagai-bagai jenis hutang piutang pada zaman semua nampak mewah sekarang.

Betul?

Tak kiralah. Samada untuk membeli rumah, kereta, kad kredit waema pinjaman peribadi sekali pun, ia tetap dikira sebagai hutang. Kalau tak berhutang, agak mustahil nak dapatkan semua benda yang nilainya ribuan malahan ratus ribuan kan. Apa yang saya nak kongsikan adalah tatacara untuk kita-kita yang mahu berhutang.




1. Mesti ada niat untuk membayar balik.

Apabila berhutang, maka wajiblah membayarnya. Bertekadlah untuk membayar hutang tersebut. Nabi s.a.w bersabda, "Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, Namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."

2. Berhutang untuk perkara benar-benar yang perlu sahaja.

Ramai yang gemar berhutang dalam hal-hal kecil dan tidak penting, sedangkan amalan itu tidak digalakkan dalam Islam. Berhutanglah untuk perkara-perkara yang sangat perlu sahaja, bukan untuk bermewah-mewah.

3. Tinggalkan hutang yang membabitkan riba.

Dalam kebanyakan keadaan, berhutang itu harus, manakala riba pula haram seperti yang disebut didala surah Al-Baqarah : 275 "........Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.... orang yang kembali ( mengambil riba ), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal didalamnya."

4. Berdoa agar bebas daripada hutang.

Nabi s.a.w kerap berdoa memohon perlindungan Allah daripada beban hutang sehingga ada sahabat bertanya kenapa Baginda berdoa sedemikian. Baginda bersabda, "seseorang yang dibebani hutang berbohong apabila dia bertutur dan memungkiri apabila dia berjanji."





5.  Hutang tetap wajib dibayar walau orang yang berhutang telah meninggal dunia.

Waris bertanggungjawab melunaskan hutang-hutangnya. Malah Rasulullah s.a.w pernah menolak untuk solat jenazah seorang yang masih mempunyai hutang yang tidak dilangsaikan ketika meninggal dunia.

6. Hutang boleh menjjadi penghalang ke syurga.

Malah seorang yang mati syahid pun tidak dapat masuk ke syurga sehinggalah hutangnya dilangsaikan. Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w, "Diampunkan semua dosa berdasarkan bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang ( kepada manusia )."
HR Muslim.

7. Seseorang yang mengambil wang orang lain ( berhutang ) tanpa ada niat untuk membayar balik, dianggap sebagai seorang pencuri.

Dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan mas kahwin ( berhutang ) dan dia tidak mempunyai niat untuk menjelaskannya, dia adalah seorang penzina, dan sesiapa yang meminjamkan wang, dan dia berniat untuk tidak membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri." 
HR At-Tabrani.

8. Letakkan prioriti membayar semula hutang piutang dalam perbelanjaan anda.

Paling penting, usah bertangguh membayar hutang. Susun belanjawan, bayar hutang dengan sistematik agar ia dapat dibayar sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Ada hadis menyebut, "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman keatasnya ( iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan keatas dirinya dan maruahnya )."
HR Ibnu Majah.

9. Jadilah orang yang bermaruah.

Bayar hutang sebelum pihak yang memberi pinjaman datang meminta anda membayarnya. Malah mengikut amalan nabi s.a.w, Baginda selalu membayar hutang dengan lebih baik. Bermakna membayar lebih daripada nilai hutangnya.

10. Ucapkan Terima Kasih kepada pihak yang memberi hutang.

Juga bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana Dia memberi kelaangan kepada anda untuk mampu membayar hutang.

So, kawan-kawan. Kalau ada berhutang dengan sesiapa tu, niatkan untuk membayarnya dengan segera ye.

Sumber : Majalah IMAN.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Misi Bantuan Banjir 2014 Oleh x-TI SisterHood Kuantan 1

Bah 2014.

Tak siapa menduga, tak siapa menyangka.
Hadirnya air menderu menenggelamkan tanah gersang.






Sekelip mata.
Punah ranah semua. Hilang. Dibawa arus entah kemana.
Terpaku. Tiada kata.
Kering sudah air mata.

Bersabarlah. Redhalah.
Hanya doa kami tadah. Menghantar permohonan kepadaNya.
Dia tahu apa yang terbaik. Untuk kamu.

Kita manusia. Hidup diatas dunia sementara.
Memangnya ia medan ujian.
Untuk kita mempelajari sesuatu.
Mengutip hikmah atas apa yang berlaku.


Misi Bantuan Banjir Oleh x-TI SisterHood Kuantan 1

Alhamdulillah. 
Rakyat Malaysia sangat prihatin atas kesusahan dan kesempitan orang lain. Banyak yang dapat kita lihat live update di laman MukaBuku [ Facebook ] tentang bantuan banjir. Datang dari segala sudut. Dalam semua bentuk. Semua bersatu hati menghulurkan bantuan yang termampu untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Syukur.

Atas cadangan salah seorang teman x-TI SisterHood Kuantan 1, kami semua sepakat untuk juga membuat kutipan Tabung Derma Uniform Sekolah untuk dihulurkan kepada anak-anak yang terjejas dek banjir 2014. 




Alhamdulillah. Tabung derma tersebut mendapat sambutan. Dan dapatlah kita sama-sama menyumbangkan sedikit bantuan untuk mereka. Sasaran kami adalah anak-anak disekitar Temerlo dan Kelantan. Kutipan derma dibahagikan kepada dua bahagian [ Temerloh & Kelantan ]. Pembelian kelengkapan untuk dihantar ke Temerloh dibeli dan diserahkan kepada mangsa oleh rakan-rakan yang berada di Kuantan dan Temerloh. Manakala kelengkapan sekolah untuk dihantar ke Kelantan telah dibeli dan diserahkan kepada mangsa oleh seorang rakan yang berada disana.

Kebanyakan gambar adalah proses membeli kelengkapan diKuantan [ saya join! ]. Saya tak ada gambar untuk proses penyerahan di Temerloh dan Kelantan [ Henponku tak canggih. tak boleh nak download gambar diwhatsapp ]

Proses pemilihan saiz dan kuantiti


Membayar baju dan seluar sekolah



Selesai membeli belah... :)


 Kelengkapan anak-anak lelaki


 Kelengkapan anak-anak perempuan


Antara kelengkapan yang dapat kami beli adalah :

Set anak-anak perempuan:
  • Baju sekolah
  • Kain sekolah
  • Tudung
  • Baju alas
  • Anak tudung
  • Setokin

Set anak-anak lelaki
  • Baju sekolah
  • Seluar sekolah
  • Setokin
  • Baju alas
  • Tali pinggang

Proses di Kelantan


Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tak sangka sebenarnya sisters di x-TI SisterHood dapat bergabung tenaga begini walaupun masing-masing jauh dan sibuk dengan urusan sendiri. Nampaknya berguna jugalah grup whatsapp yang kami guna sebagai penghubung. Bukan saja digunakan untuk bergossip, malahan berkongsi berita, aktiviti, petua-petua dan macam-macam lagi lah.

Sayang korang. Yeay!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promo Januari 2015 : Vivix, Alfalfa Complex dan Vitalea for Children.

Selamat Tahun Baru 2015!

Macam dah terlambat nak ucap kan? Hehe...

Tak pe lah. Jani ucap daripada tak de kan. Kebizian melanda. Sebulan melayan karenah anak-anak yang bercuti sekolah. 

Layan je la.....

Saya nak bagi tau. Bulan Januari 2015 nie Shaklee buat triple promo. Hebat!




Ruginya kalau tak grab suplemen-suplemen Shaklee masa tengah promosi nie. Sebenarnya inilah caranya nak berjimat.

Sape nak juga? Jom beli ramai-ramai.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...