HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Madrasah Tahfiz Annur

Alhamdulillah.
Sesi persekolahan untuk tahun 2017 dah pun bermula.
Macammana dengan anak korang? Seronok kan?

Saya nak kongsikan cerita anak sulung saya, Muhammad Nazrul Haqim yang tahun nie memasuki tingkatan 1. Tapi saya memilih untuk tidak menghantar nazrul kesekolah harian biasa. Saya dah pun mendaftarkan beliau di Madrasah An-Nur ( MAN ) di Kesang Laut, Muar. Pengajian Maahad tersebut adalah fully tahfiz tanpa akademik.

Semoga keputusan saya tepat. Madrasah tahfiz tanpa akademik sedangkan sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan keputusan peperiksaan akademik. Tawakal, semoga niat saya menghantar Nazrul mempelajari Al-Quran dipermudahkan. Selain untuk mentarbiah satu-satunya anak lelaki, besar harapan agar saya dapat mentarbiah diri sendiri dan turut menjadi hamba yang lebih baik. 

Minggu nie anak-anak Madrasah An-Nur masih didalam minggu orientasi.









Masa sesi pendaftaran, saya tak berpeluang untuk menghantar beliau. Saya terpaksa serahkan tugas tersebut kepada ayahnya. Dan penjagaan Nazrul sepanjang persekolahan di Madrasah Annur akan diuruskan oleh ayah beliau. Besar harapan agar Nazrul tak lupakan mamanya. Huhu.
Tuhan je tau apa rasanya bila ada didalam situasi macam nie. 
Ye. Anak orang lain pun masuk asrama. Sedih jugak. Tapi anak-anak lain tahu ibu dan ayah bersama-sama menggembling tenaga untuk membesarkan mereka.
Tapi nazrul dan adik-adiknya berada di situasi yang sedikit berbeza. Perpecahan keluarga tak mengizinkan mereka merasa kasih sayang ibu & ayah serentak. Pada bila-bila masa saja mereka boleh berfikir yang salah seorang dari kami, tak sayangkan mereka. Naudzubillah. Sedih.
Ok lah. Bukan nak share cerita sedih. Sekadar luahan yang tak terluah didepan orang.

Cerita tentang Madrasah An-Nur ada dituliskan dilaman web rasmi mereka.


Madrasah An-Nur beroperasi diatas pembayaran yuran yang diwajibkan kepada pelajar setiap bulan. Yuran yang dikenakan hanya RM250 sebulan. Walaubagaimanapun mereka tetap menerima sumbangan pada yang ingin memberi sumbangan.




Saya mohon doa dari kalian untuk doakan pembelajaran anak-anak kami di Madrasah An-Nur dipermudahkan. Semoga mereka diterangkan hati untuk menghafaz Al-Quran.
Amin.

Selain dari doa, saya ada juga bekalkan Nazrul dengan Vitamin C dan Lecithin untuk kesihatan beliau yang kerap selsema dan untuk kecergasan otak. Harapnya Nazrul makan dengan konsisten.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...