HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

12 Cara Sayangi Diri Sendiri


Ada hari berlalu dengan sempurna. Alhamdulillah rezeki dariNya.



Ada ketikanya stress dan tekanan bertubi-tubi mencengkam jiwa. Emosi kelaut, hati dan jiwa bercelaru dan semuanya serba tak kena. Tu petanda kita dah mula melupakan kebajikan dan kepentingan diri sendiri. Semua kesibukan ditempat kerja, didalam rumahtangga, dan tekanan dari orang-orang disekeliling boleh membuatkan kita kehilangan seluruh tenaga dan semangat! 

Bila semua nie terjadi, maka berhentilah sekejap. Jangan sampai kesihatan mental dan fizikal pulak terjejas. Haru biru semuanya nanti tau!
Meh baca tips untuk sayangi diri sendiri dulu. Asyik Up entry pasal vitamin je kan? ^_^





1. Tentukan matlamat hidup kita. Saya pasti semua orang ada matlamat hidup masing-masing. Untuk yang jangka panjang & untuk yang jangka pendek. Untuk yang jangka pendek nie, cuba buat matlamat yang boleh beri kita kepuasan, kegembiraan dan mampu memotivasikan kita untuk kejap matlamat-matlamat jangka panjang yang lain. Boleh la kalau nak sebut sebagai reward untuk diri sendiri. Contohnya, pergi buat rawatan di Spa kegemaran kita 2 bulan sekali. 

2. Bekerja dengan lebih efisen dan buat time management yang betul. Bila kita dapat siapkan semua kerja mengikut jadual, kita akan punyai lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kurangkan membazir masa dengan buat benda-benda yang kurang berfaedah.

3. Jika terdapat masalah yang timbul, cuba fokus kepada cara penyelesaian. Elakkan dari merungut dan panik yang berpanjangan. Bertenang, tarik nafas panjang dan fokus untuk cari jalan penyelesaian yangterbaik.

4. Buat pembahagian kerja antara staff di tempat kerja atau dengan suami / isteri untuk urusan rumahtangga. Tak perlu nak pikul semua kerja tu diatas bahu kita sendiri.

5. Jagalah kesihatan. Mulakan dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan makanan ringan dan berlemak. Jangan lupa untuk bersenam samada berzumba, berjogging, yoga dan sebagainya.

6. Menabung untuk diri sendiri. Tabung nie khas untuk diri sendiri yang boleh digunakan untuk travel, shopping atau apa-apa saja yang kita mahukan.

7. Jangan fikir negatif terhadap diri sendiri. Kulit putih ke, gelap ke, tinggi ke, rendah ke, mata bundar ke, mata sepet ke, semua tu ada kelebihan dan keunikan masing-masing. Tingkatkan kesyukuran kerana setiap orang tu ada kelebihannya dan maafkan diri sendiri andanya ada terasa sebarang kekurangan.

8. Stop! Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang mempunyai jalan cerita hidup masing-masing, ada rezeki yang dah ditetapkan, ada ujian yang berbeza. Jadi, kenapa nak banding diri kita dengan orang lain?

9.  Jauhi perasaan bersalah jika kita tidak mampu memenuhi atau mencapai keinginan yang dah kita sendiri tetapkan. Anggap ia bukan rezeki kita.

10. Fahami perasaan dan emosi kita sendiri. Sangat normal untuk berasa sedih, penat, kecewa, marah. Tetapi jangan biarkan semua emosi negatif ini terlalu lama dan merosakkan diri sendiri. Kita mesti belajar untuk mengawalnya menjadi lebih baik.

11. Sesekali, carilah masa untuk "ME-time". Tinggalkan semua kerja dan perkara yang membebankan dan buat apa saja perkara yang kita inginkan. Samada buat sendiri atau bersama kawan-kawan baik. Nikmati "ME-time" dengan gembira.

12. Bersyukur selalu. Amalkan setiap kali bangun pagi, fikirkan perkara-perkara yang positif dan ucapkan rasa bersyukur. Bangun dengan bersemangat untuk buat semua aktiviti pada hari tu. Dan tuliskan semua pencapaian kita pada hari tu keatas kertas walaupun cuma pencapaian yang kecil. Kita pasti akan lebih bersyukur setiap hari.

OK. Tu antara tips atau cara untuk kita sayangkan diri kita. Jom la kita amalkan beramai-ramai. Semoga saya dan kawan-kawan saya yang membaca blog nie boleh terus kekal jadi orangyang positif dan bersemangat. Kalau ada masalah, jangan sesekali meroyan dipesbuk.





---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...