HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

7 Sebab Payudara Mengendur

Tahu tak?

Kalau korang masih pakai saiz bra yang sama sejak 10 tahun yang lepas, dah tiba masanya untuk korang semak semula saiz tu atau dapatkan nasihat pakar pemakaian untuk dapatkan saiz bra yang baru.

Jom tengok 7 sebab payudara mengendur.
  • Penuaan - Kolagen semakin kurang dihasilkan oleh badan.
  • Kehamilan dan penyusuan bayi yang menyebabkan saiz payudara berubah-ubah, sekaligus merengangkan tisu payudara.
  • Diet secara mendadak dimana setiap kali berat kita bertambah atau pun berkurang, tisu payudara akan mengendur.
  • Tabiat merokok yang melemahkan dan menuakan kulit kita kerana semakin sedikit darah yang sampai dipermukaan kulit.
  • Tidak menggunakan sunscreen yang akan menyebabkan cahaya ultra ungu meregangkan kolagen dan merosakkan kulit sekaligus menyebabkan payudara kendur.
  • Memakai bra yang tidak betul menyebabkan payudara lebih banyak bergera, lebih tinggi tekanan kepada kulit dan kolagen payudara. Ini merupakan punca paling utama payudara mengendur.
  • Senaman impak tinggi akan menyebabkan kolagen payudara rosak.

Hmmmm.
Banyak juga faktor-faktor yang nampak macam biasa-biasa aje yang menyebabkan payudara mengendur.




Macam mana nak elakkan payudara mengendur dan kurangkan risiko kanser payudara?

  • Kekalkan berat badan yang sihat - Pertambahan berat badan yang tak terkawal boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
  • Kerap bersenam - Cuba bersenam selama 45 minit hingga 1 jam selama 5 hari seminggu. Bersenam ni boleh meningkatkan fungsi imun badan, halang obesiti dan rendahkan paras estrogen dan insulin.
  • Sila elakkan minuman keras - 2 gelas minuman keras sehari boleh meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 21%. Sebaiknya tukarlah kepada buah anggur kerana resrevatrol yang ada pada kulit anggur membantu mengurangkan paras estrogen.
  • Makanlah sayur-sayuran - Sayuran terbaik adalah daripada jenis berserat tinggi seperti brokoli dan kailan. Sulforane yang ada didalam sayuran itu dipercayai dapat mencegah sel kanser daripada membiak. Untuk lebih khasiat, makanlah mentah-mentah.
  • Sebanyak 15% pesakit kanser payudara mempunyai saudara terdekat yang turut menghidapi penyakit itu. Risiko untuk kita menghidapi penyakit itu dalam jangka hayat kita berganda jika ada seorang saudara yang menghidapinya, dan akan meningkat 5 kali ganda jika ada dua saudara yang menghidapinya.
  • Dapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal setiap 3 tahun sekali. Buat mamogram asas pada usia 40 tahun dan terus lakukan mamogram dan pemeriksaan payudara pada setiap tahun selepas itu.
  • Buat ujian genetik jika ada saudara yang menghidapi kanser payudara dan kanser ovari.


Selain daripada cara hidup sihat diatas, kita boleh juga amalkan suplemen yang tinggi antioksidan dan tinggi resrevatrol untuk mencegah sel kanser hidup dengan aktif dan boleh mengekalkan kolagen didalam badan.



Vivix membantu mengurangkan risiko kanser payudara




Vivix nie adalah suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan resrevatrol.

Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Macam manaVivix bertindak dengan berkesan?

Sebab Vivix melindungi dan membaik pulih sel DNA kita. Vivix juga bantu mengelakkan penimbunan protin AGE didalam badan.

Membaiki sel DNA.

Sebenarnya sel DNA kita alami kerosakan setiap hari tau. Salah satu punca kerosakan adalah dari radikal bebas, asap rokok, asap-asap kenderaan, pemakanan yang terdedah kepada bahan kimia dan macam-macam lagi lah.
Vivix membantu membaiki sel DNA dan lindungi sel DNA itu sekaligus melambatkan proses penuaan sel DNA. Sel DNA yang sihat, dapat mengelakkan daripada penyakit kanser.


Membaiki tenaga sel.

Tiap hari kita berdepan dengan unsur-unsur yang boleh mempercepatkan proses penuaan contohnya kerosakan sel, stress dan pemakanan. Ditambah pula dengan usia biologi yang sememangnya semakin bertambah. Faktor-faktor ini akan membuatkan sel tubuh kita semakin kehilangan tenaga. Sekaligus akan menurunkan fungsi sel. Disini, Vivix bertugas untuk membantu menguatkan sel tersebut.





Fungsi Asas Vivix:

  1. Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
  2. Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
  3. Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
  4. Cell Performance : meningkatkan prestasi sel
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...