HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

TIPS MENYUSUKAN ANAK KEMBAR : BAGAIMANA CARANYA?

Anda mengandung?
Alhamdulillah.
Rezeki dan amanah tuhan telah tiba.

Kembar??
Rezeki berganda-ganda uolls. Alhamdulillah.

Bagi sahabat-sahabat yang berniat untuk tandem nursing, kat sini saya kongsikan sedikit tips untuk proses tersebut.




1. Banyakkan membaca, menyelidik dan menghadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu. Anda juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan penyusuan yang terdapat di laman media sosial seperti Facebook.

2. Bincangkan hajat anda bersama suami dan ahli keluarga. Ia amat penting untuk mendapatkan sokongan selepas kelahiran si kembar nanti. Jangan tak tahu pula ye. Ada segelintir ibu atau pun bu mertua yang suka buat konklusi mudah apabila bayi kerap menangis atau menangis tanpa henti. LAPAR katanya. Susu ibu TAK CUKUP! dan mereka semudahnya akan memberi samada susu formula mahupun nestum kepada bayi tu.

3. Anda ajuga boleh dapatkan panduan dan pandangan serta pengalaman daripada ibu-ibu lain mengenai proses penyusuan samada single nursing mahupun tandem nursing. Bandingkan nota-nota dan pengalaman-pengalaman yang anda perolehi.




4. Letakkan terus kedua kembar ke payudara sekiranya mampu sebaik sahaja mereka dilahirkan. Jika tidak, beritahu doktor dan jururawat terlibat tentang niat dan komitmen anda yang mahu menyusukan si kembar. Usahakan juga untuk mengepam susu jika tidak dapat menyusukan mereka secara terus.

5. Bekalan susu akan diperngaruhi oleh beberapa faktor seperti kekerapan penyusuan ( atau kekerapan mengepam ), kekerapan anda berehat dan tahap tekanan yang anda alami. Sentiasa yakin bahawa anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai dengan keperluan si kembar. Jadi, dapatan rehat yang mencukupi dan kawal tekanan yang sedang anda alami agar penghasilan susu tidak akan terjejas.

6. Hubungi perunding laktasi dengan segera sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan sebaik sahaja tiba dirumah.

7. Pastikan posisi penyusuan adalah betul untuk mengelakkan puting payudara anda luka. Jika anda berhenti menyusukan, kesakitan mungkin akan menyerang semula. Cuba untuk menyusukan dalam tempoh yang singkat bagi satu-satu masa tetapi dengan lebih kerap.




Anda juga digalakkan untuk mengambil suplemen untuk membantu mendapat tubuh yang sihat dan cergas disepanjang proses penyusuan si kembar. 
Tubuh badan yang sihat dan cergas sangat penting untuk mendapatkan hasil penyusuan yang memberansangkan. Tugas wanita yang menjadi ibu, isteri dan pekerja memerlukan tenaga yang berpanjangan. 

Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas, malahan ia bakal membantu anda untuk meningkatkan hasil penyusuan juga. Disamping itu, set-set suplemen Shaklee juga amat membantu ibu untuk kelihatan cantik dan berseri walau menggalas berbagai-bagai tugas harian yang menagih tenaga yang banyak.

Nak tahu kelebihan Set Menyusu Shaklee?
Boleh baca beberapa info dan testimoni berkaitan di SINI.

Dan di SINI pula kelebihan Set Bersalin / Berpantang Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

5 SEBAB KENAPA ESP :: ENERGIZING SOY PROTIEN :: JADI PILIHAN IBU MENYUSU

ESP memang yummy...
Terutamanya kepada peminat tegarnya.

Kenapa ESP menjadi pilihan ibu menyusu?
Jom baca fakta ini.

1. ESP Shaklee adalah protin soya yang dihasilkan dan diproses secara Non-GMO. Soya ESP tidak diubah secara genetik. Ia diolah secara semulajadi bermula dari proses penanaman pokok soya hinggalah semasa pemprosesan biji soya menjadi ESP. Soya ESP diproses dengan suhu yang rendah untuk memelihara kualiti dan khasiatnya.

Nak tau? Saya pernah cuba produk kolagen untuk satu brand yang agak glamor, yang mereka nyatakan ia sebagai kolagen soya. Rasanya memang sedap. Tapi...rasa susu saja. Heh! 
Berbanding dengan ESP yang memang terasa kepekatan rasa soyanya.


Energizing Soy Protien


2. ESP adalah produk berasaskan soya yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ia amat sesuai untuk orang yang mengalami kencing manis. 
Nak tau tak? Makanan yang berideks glisemik tinggi, lebih mudah untuk menjadikan kita gemuks! Hehe.. Contohnya, nasi. Kalau makan dengan banyak, berat pun akan naik dengan mudahnya. 
Tak percaya? Cubalah!

Indeks Glisemik adalah suatu bacaan yang menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula didalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat, mengandungi Indeks Glisemik yang tertinggi. Manakala karbohidrat yang dengan Indeks Glisemik rendah pula memecahkan gula dengan perlahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Bacaan Indeks Glisemik ESP hanyalah 39.
Indeks Glisemik Tinggi : >70Sederhana : 56 - 69Rendah : < 55

3. ESP Shaklee diiktiraf diseluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. Untuk makluman, Shaklee telah menjalankan 100,00 ujian kualiti setiap tahun untuk produk-produknya. Shaklee juga menjalankan lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya untuk setiap bahan mentah baru yang akan digunakan untuk menghasilkan suplemennya. 


ESP diawal pengeluarannya pada tahun 1961

4. ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia perlu didapatkan daripada sumber pemakanan harian. ESP turut diperkaya dengan 5 sumber viamin dan 4 sumber mineral. Setiap 850g ( 1 cannister ) ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Fakta : 1 hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 

5. ESP adalah protin soya. Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu didalam badan serta menjadi komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ didalam tubuh manusia memerlukan protin. Kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi didalam badanm kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantutkan pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa kepada kematian.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

BENGKEL NUTIRISI : RAHSIA MENJADI SID WORLD CLASS

Alhamdulillah.
Berjaya juga jejakkan kaki ke Shaklee Head Office yang baru di The Pinnacle, Sunway. Macam tak percaya aje. Kerana jarak dah memisahkan kami jauh. Hehe!
Agak blur mencari lokasinya sebab tak pernah perasan nama bangunan ni apa.  


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Pinnacle, aku datang.....

Macam tak percaya juga. Berjaya dapatkan tiket Bengkel Nutirisi yang selalunya macam pisang goreng panas. Pasti sold out selepas beberapa jam diumumkan penjualannya.Tiket-tiket Bengkel Nutrisi boleh didapati di Shaklee HQ dan juga di branch-branch Shaklee seluruh Malaysia. Tiket untuk Bengkel Nutirisi adalah RM40 sahaja. Sangat berbaloi dengan ilmu yang bakal dicurahkan.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Tiket bengkel yang hot sale & wanted

Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan Pinnacle. Sangat blur. Ades!
Shaklee terletak ditingkat 9. Setiap pengunjung perlu membuat pendaftaran di kaunter yang terleta di lobi lif bangunan tersebut.

Sebelum memulakan bengkel, sesi berkenalan antara ahli RFians yang selama ini hanya buat kecoh di medan Whatsapp saja. Memang best dapat berkenalan dengan mereka. Walaupun jauh, sentiasa terasa dekat dihati. Ibarat jauh dimata, dekat dihati.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Group Selfie : Bersama warga RFians dibawah Master Lydzar

Bengkel dimulakan oleh Cik Nurul, nutrionist cantik manis dari Shaklee yang bercerita tentang 26 produk suplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee yang terdiri daripada Phytocol-ST, CoQ Health. 

Bengkel diteruskan oleh Cik Sarah yang berkongsi info tentang Vivix, Shaklee Collagen Powder, Advance Joint Health Tablet, Performance Drink, Nutriferon, Carotomax, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-E Complex, Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, GLA Complex, OmegaGuard, Lecithin, Ostematrix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herb-Lax, Garlix Complex, Peppermint-Gingger Plus, Zinc Complex, Cinch Shake & Cinch Tea, Get Clean water Pitcher.

Serius! Banyak info yang diperolehi disepanjang sesi perkongsian tersebut. Baru dapat gambaran sebenar, bagaimana Phytocol-ST bertindak menghalang kolestrol daripada menyerap kedalam darah. Baru tahu yang ESP bukanlah penyebab kepada kejadian kanser. Baru tahu yang GLA bukanlah agen yang menyebabkan cyst terbentuk didalam rahim. Sangat jelas.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nutritionist Shaklee : Nurul & Sarah

Kami dibekalkan dengan buku nota, yang mengandungi maklumat-maklumat tentang semua suplemen Shaklee. Namun ada sebahgiannya yang kosong dan kami perlu mengisikannya dengan info yang diberi. Agak memudahkan kerana kami tidak perlu menulis semua maklumat. Ia akan mengambil masa juga tu. Dan kami juga dapatlah mencatit maklumat tambahan yang diberi oleh kedua-dua nutrionist yang cantik manis tu.


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nota 

Iollss sangat jeles dengan kulit diorang nie. Licin, glowing, flawless..Haishh!! Suplemen yang mana agaknya jadi kegemaran mereka ye?
Hmmm...Kena jadi csi ni...
Cik Nurul yang bertudung ungu dan Cik Srah bertudung pink. Yang berpashmina tu, saya la ye. Hehe!

Beberapa ujian kecil dan ringkas juga dilakukan disepanjang bengkel. Ujian keterlarutan dibuat keatas Vita-Lea dan B-Complex. Kedua-dua vitamin tersebut direndam kedalam air pada pukul 1.20pm. Dan hasilnya, ia laru sepenuhnya didalam air hanya selepas 1 jam.


mamadhia-vitashop.blogspot.com
B-Complex : Larut sepenuhnya selepas 1 jam

Bila ada bengkel, mestilah ada sesi makan-makan kan? Performance Drink dan Mealshake disediakan disepanjang bengkel. Dan untuk minum petang, mereka menyediakan ice-blend ESP + Performance Drink. Sangat yummy okay. Pekat gitu!

Dan untuk sesi makan tengahari, kami dibawa ke restoran Marhaba. Dihidangkan dengan nasi arab yang super yummy. Kenyang perut kami. Habis juga dietku ( konon...! )


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nyum-nyum....

Sebelum bengkel berakhir, kami diberi sedikit ujian untuk menguji sejauh mana pemahaman tentang apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua nutrisionist. Ujian adalah berbentuk soalan objektif.
Sijil pula diberi sebaik sahaja ujian disemak. Sijil saya belum siap. Huhu!

Dan sebelum pulang, sesi wajib adalah bergambar beramai-ramai. Jom layan..

mamadhia-vitashop.blogspot.com
RFians : 1st time bertemu muka yang selama nie kecoh di Whatsapp jee..


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Bersama semua peserta bengkel

Sangat recommeded!
Untuk SID Shaklee yang nak menuntut ilmu tentang suplemen yang patut kita amalkan.

Dan untuk uolls kat luar sana. Saya sekarang dah jadi SID bertauliah yang ada banyak info tentang suplemen Shaklee. jadi, jangan was-was untuk dapatkan konsultasi daripada saya ye!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

TIPS KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Perkongsian ini, saya perolehi dari dinding mukabuku.
Mungkin boleh dijadikan panduan kita semua untuk megukuhkan mahlogai yang dah dibina.




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. ( Solat Tahajud bersama, solat sunat Dhuha ) 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Sekiranya amalan-amalan di atas satu pun tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah hari ini sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.




Tau tak?

Selain daripada sentuhan-sentuhan fizikal seperti tips-tips diatas, persediaan fizikal diri sendiri juga perlu dilakukan.
Untuk itu, Set Suami Isteri daripada Shaklee boleh diamalkan secara konsisten oleh kedua-dua suami dan isteri.




Ketahui manfaat Vitamin E dan Alfalfa didalam hubungan suami dan isteri : Vitamin Cinta

Klik untuk dapatkan Vitamin Cinta secara Online.

----------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Shaklee : Membantu Anak-anak Kami Membesar Dengan Sihat

Salam AidilAdha buat semua.

Lumrah manusia. Ada yang berkorban dan ada yang terkorban. Tak kira dari segi dan sudut mana. 
Pasti ada. Kerana kita tidak sempurna. 
Sungguh benar. Ia adalah ujian. Yang datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Ada tangis dan ketawa. Moga pengorbanan itu memberi dimensi dan sinar serta pengajaran untuk kita meneruskan perjalanan.

Kebanyakan ibu bapa sangat rela berkorban wang ringgit demi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak yang tersayang. Shaklee juga tidak ketinggalan menyediakan barisan suplemen hebat untuk membantu anak-anak kita membesar dengan sihat dan cergas. Agar mereka dapat menjalani kehidupan yang semakin mencabar dengan fizikal dan mental yang gagah.




Ini anak-anak kami. Yang dibekalkan dengan barisan hebat suplemen Shaklee [ Mealshake, Omega Guard dan Vitamin C Chewable ].
Mereka sangat ceria apabila bertemu muka. Bermain tanpa mengira masa dan sentiasa cergas bertenaga. Malahan 10 anak kecil ini sangat jarang jatuh sakit. Mungkin hasil bantuan sistem imun yang kuat selepas dibekalkan dengan suplemen? Apa pun, syukur Alhamdulillah kerana mereka sentiasa sihat.

Pengalaman saya sewaktu anak sulung dan kedua masih kecil, kami akan menjadi tetamu klinik saban bulan. Batuk dan selsema yang menyerang hampir setiap bulan. Kini Alhamdulillah mereka semakin membesar dan jarang jatuh sakit lagi.  Tapi tiada pengalaman sebegitu untuk anak ke-3 dan ke-4. Jarang diserang demam, batuk mahupun selsema. Andai ada, tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Tu cerita anak-anak saya dan sepupu-sepupunya. Anak anda bagaimana pula? Semoga anak-anak kita sentiasa cergas dan sihat. Tugas dan tanggungjawab kita untuk membesarkan dan mendidik anak-anak ini dengan baik kerana merekalah pelapis generasi akan datang. Yang akan menjadi tunggak keluarga, tunggak negara dan yang paling penting, tunggak agama.

Moga kita berjaya!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Zinc Complex : Membantu menyembuh dan mengeringkan luka.


It's my fault!
Seriously!

Ya Allah.
Kesian anak manja saya nie. Sorry sayang. Mama ingatkan kulit Dhia dah betul-betul kuat untuk tukar brand diaper. Rupanya belum. Kulit Dhia tak bersedia untuk guna diaper lain selain DRYPERS.

Dan akibatnya, ruam pun berleluasa. Dhia terpaksa tahan sakit dan gatal. So sorry dear!

Dah seminggu. Mandi dengan air yang dicampurkan dengan Basic-H dan sapu juga dengan krim Herbal Blend. 
Alhamdulillah. Kering juga. Tapi Dhia suka garu. 
Dan silap mama juga. Lewat untuk tukar semula diaper Dhia kepeda Dypers semula. Kes kesibukan yang tak pernah habis.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Panik tengok luka dan ruam Dhia yang semakin teruk dan merebak serta mula berdarah ( lupa nak snap gambar, memang rasa bersalah sangat! ).
End up, teringat yang Zinc Complex mampu bantu menyembuhkan luka ibu bersalin dan luka pembedahan. Tapi biasanya orang dewasa akan makan saja Zinc Complex.

Oleh kerana Dhia baru berusia 2 tahun, saya mencuba untuk menyapukan saja zinc complex yang dah lumat dihancurkan dan dibancuhkan dengan sedikit air. Dan saya lumurkan keatas luka dan ruam Dhia seperti memakai bedak sejuk. Saya biaran hingga bancuhan zinc complex tersebut kering. Kemudian, barulah saya memakaikan semula diapers dan baju.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Alhamdulillah. Kering! Kering tanpa ada kesan luka basah seperti hari-hari sebelum nie.
Bangun je dari tidur, saya terus perhatikan semula luka Dhia. 
Ya Alllah! Seronok sangat.

Dan hari ini, saya ulang semula proses memandikan Dhia dengan Basic-H dan melumurkan bancuhan zinc complex. Dan saya akan perhatikan keputusannya nanti. Untuk makluman, saya berhenti meyapu krim Herbal-Blend kerana ruam Dhia dah bertukar menjadi luka. Herbal Blend tak sesuai digunakan untuk ruam yang basah.

Harapnya ruam tersebut cepat sembuh.

Seperti biasa, saya juga membekalkan Mealshake bersama bancuhan susu dan sebiji Omega Guard setiap hari untuk permata Syurga saya ini.
Semoga Dhia Nur Amani terus sihat dan membesar dengan baik dan sempurna.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

PROMOSI OKTOBER : ESP


Promo ESP datang lagi.
Best!!!


Beli 6 PERCUMA 1.

Kelebihan promo ini:

1. Keahlian - PERCUMA
2. 1 Canniter ESP yang bernilai RM150 - PERCUMA
3. PENJIMATAN sebanyak RM150
4. BONUS tunai pada 15/11/2014

Siapa nak?
Jom pm / whatsapp saya.
013-398 4050

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...