HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Set 3M. Show all posts
Showing posts with label Set 3M. Show all posts

TIPS MENYUSUKAN ANAK KEMBAR : BAGAIMANA CARANYA?

Anda mengandung?
Alhamdulillah.
Rezeki dan amanah tuhan telah tiba.

Kembar??
Rezeki berganda-ganda uolls. Alhamdulillah.

Bagi sahabat-sahabat yang berniat untuk tandem nursing, kat sini saya kongsikan sedikit tips untuk proses tersebut.




1. Banyakkan membaca, menyelidik dan menghadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu. Anda juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan penyusuan yang terdapat di laman media sosial seperti Facebook.

2. Bincangkan hajat anda bersama suami dan ahli keluarga. Ia amat penting untuk mendapatkan sokongan selepas kelahiran si kembar nanti. Jangan tak tahu pula ye. Ada segelintir ibu atau pun bu mertua yang suka buat konklusi mudah apabila bayi kerap menangis atau menangis tanpa henti. LAPAR katanya. Susu ibu TAK CUKUP! dan mereka semudahnya akan memberi samada susu formula mahupun nestum kepada bayi tu.

3. Anda ajuga boleh dapatkan panduan dan pandangan serta pengalaman daripada ibu-ibu lain mengenai proses penyusuan samada single nursing mahupun tandem nursing. Bandingkan nota-nota dan pengalaman-pengalaman yang anda perolehi.




4. Letakkan terus kedua kembar ke payudara sekiranya mampu sebaik sahaja mereka dilahirkan. Jika tidak, beritahu doktor dan jururawat terlibat tentang niat dan komitmen anda yang mahu menyusukan si kembar. Usahakan juga untuk mengepam susu jika tidak dapat menyusukan mereka secara terus.

5. Bekalan susu akan diperngaruhi oleh beberapa faktor seperti kekerapan penyusuan ( atau kekerapan mengepam ), kekerapan anda berehat dan tahap tekanan yang anda alami. Sentiasa yakin bahawa anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai dengan keperluan si kembar. Jadi, dapatan rehat yang mencukupi dan kawal tekanan yang sedang anda alami agar penghasilan susu tidak akan terjejas.

6. Hubungi perunding laktasi dengan segera sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan sebaik sahaja tiba dirumah.

7. Pastikan posisi penyusuan adalah betul untuk mengelakkan puting payudara anda luka. Jika anda berhenti menyusukan, kesakitan mungkin akan menyerang semula. Cuba untuk menyusukan dalam tempoh yang singkat bagi satu-satu masa tetapi dengan lebih kerap.




Anda juga digalakkan untuk mengambil suplemen untuk membantu mendapat tubuh yang sihat dan cergas disepanjang proses penyusuan si kembar. 
Tubuh badan yang sihat dan cergas sangat penting untuk mendapatkan hasil penyusuan yang memberansangkan. Tugas wanita yang menjadi ibu, isteri dan pekerja memerlukan tenaga yang berpanjangan. 

Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas, malahan ia bakal membantu anda untuk meningkatkan hasil penyusuan juga. Disamping itu, set-set suplemen Shaklee juga amat membantu ibu untuk kelihatan cantik dan berseri walau menggalas berbagai-bagai tugas harian yang menagih tenaga yang banyak.

Nak tahu kelebihan Set Menyusu Shaklee?
Boleh baca beberapa info dan testimoni berkaitan di SINI.

Dan di SINI pula kelebihan Set Bersalin / Berpantang Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Set Menyusu Shakle : Suatu Pembohongan?

MasyaAllah!!
Betul ke?

Anda percaya?
Ya. Memang ramai juga orang yang mengatakan begitu. Terutamanya mereka yang bencikan jenama Shaklee itu sendiri. Atas alasan yang hanya mereka yang tahu.

Namun, jangan sesekali dinafikan pula bahawa suplemen Shaklee terutamanya Set Menyusu telah membantu ramai juga ibu-ibu yang berimpian untuk menyusukan bayi mereka hingga 2 tahun. Setiap ubatan mahupun suplemen ataupun sebarang makanan yang kita ambil, perlulah diambil dengan ilmu dan dos yang betul. Bukan secara semberono dan syok sendiri saja.

Ramai yang menyangkakan susu ibu akan dapat dihasilkan dengan banyaknya dengan hanya mengambil Set Menyusu. Walau apa pun suplemen yang anda ambil termasuk juga daripada suber-sumber natural dan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi, konsep penyusuan iaitu Supply vs. Demand wajib dipatuhi.

Makan lobak putih atau habatussauda pun tidak akan menjadikan susu ibu mencurah-curah kalau ibu MALAS nak meyusukan bayi atau mengepam susu. Jadi, apa-apa pun sifat rajin berusaha tu kena ada.

Perlu ke ambil suplemen?

Ya. Sangat perlu. Kenapa?

1. Kebanyakan masa, pemakanan yang kita ambil adalah tidak seimbang. Lifestyle masakini yang sangat sibuk agak membataskan ibu-ibu untuk menyediakan nutrisi lengkap didalam setiap hidangan. Sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protin sihat, sumber karbohidrat sihat tidak dapat disediakan dengan sempurna. Adakalanya, cara penyediaan juga tidak membantu tubuh untuk mendapatkan semua nutrien yang ada didalam hidangan tersebut. Sebagai contoh, penyediaan sayur-sayuran didalam hidangan. Adakah dapat dipastikan ia dimasak dengan cara yang sihat? Adakah nutrien yang terdapat didalam sayur-sayuran tersebut tidak hilang semasa proses penyediaan / memasak?

Andainya kita seorang yang sangat mementingkan pemakanan seimbang, maka tak perlu ambil sebrang makanan tambahan / suplemen lagi. Sila pastikan juga penyediaan hidangan tidak merosakkan nutrien semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Namun, tidak pula bermakna anda tidak perlu mengambil sumber nutrien semulajadi selepas mengamalkan suplemen. Suplemen berfungsi untuk menampung kekurangan nutrien yang hilang didalam tubuh.


2. Peningkatan usia yang pasti tahun demi tahun yang menyebabkan banyak menjejaskan kondisi tubuh manusia. Tenaga dan keupayaan tubuh juga semakin berkurang selari dengan peningkatan usia. Namun, tanggungjawab pula semakin bertambah. Terutamanya untuk para ibu yang menguruskan anak-anak, kerja-kerja rumahtangga, kerja mencari nafkah. Semuanya memerlukan tenaga superMama yang hebat. Jadi untuk kekal fit, pengambilan suplemen amatlah digalakkan.

Betul ke Set Menyusu Shaklee boleh banyakkan susu?

Jawapanya, Ya dan Tidak.

Ya. Jika Set Menyusu Shaklee diamalkan dan berserta dengan konsep penyusuan itu sendiri. Ironinya sama seperti kita ada makanan, tapi kita tidak menyuapnya kedalam mulut dan enelan makanan tersebut. Adakah kita akan kenyang? Set Menyusu Shaklee adalah makanan, menyuap, mengunyah dan menelan adalah konsep penyusuan. Jadi, adakah perut akan berasa kenyang jika makanan itu hanya boleh dilihat sahaja? Sudah pasti ia perlu disuap kedalam mulut, dikunyah dengan tertib dan ditelan pula untuk beri impak rasa kenyang kepada perut.

Apa yang ada didalam konsep dan rutin penyusuan?

Mudah je.

1. Minum air kosong secukupnya iaitu 3 liter sehari.
2. Kerap beri anak / baby susu - Direct feeding
3. Kerap pam - Jika bekerja ( 2-3 jam sekali )
4. Amal pemakanan sihat dan seimbang
5. Sentiasa positif dan banyakkan berdoa

Tidak. Jika ibu-ibu tidak mengamalkan konsep penyusuan secara istiqamah. Jika kelima-lima rutin penyusuan diatas tidak dilakukan, susu ibu takkan keluar-memancut-macam-air-paip. Walau apapun jenama milk booster yang diambil, rutin penting tersebut wajib dibuat.

Apa fungsi Set Menyusu?

Selain daripada bertindak sebagai milk booster selepas rutin penyusuan diamalkan, set Menyusu membantu ibu untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Tugas ibu yang nampak-mudah-tapi-susah sangat memerlukan tenaga yang berpanjangan demi memastikan kelangsungan dan kelancaran aktiviti ahli keluarga yang lain.

Tak percaya?
Jom try.

KLIK untuk dapatkan Set Menyusu anda

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Triple M : Testimoni Sendiri

Alhamdulillah....

Allah murahkan rezeki anak-anak saya, Irdina Nur Eizzara dan Dhia Nur Amani.
Kedua-duanya berpeluang untuk menikmati vaksin terhebat didunia iaitu susu ibu. Walaupun Dhia minum susu formula di rumah pengasuh, Dhia memang menolka mentah-mentah susu formula apabila pulang kerumah. Dan untuk Irdina, saya akan berjuang untuk menyusukannya hingga ke usia 2 tahun.

Apa rahsianya?

Tiada rahsia lagi. Sememangnya saya mengamalkan set Penyusuan Triple M untuk membantu saya mendapatkan tubuh yang sihat selalu. Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari adalah satu kewajipan juga. Selain daripada itu, sesi mengepam susu mengikut jadual mestilah dipatuhi. Memandangkan tempoh masa mereka diletakkan di rumah pengasuh adalah singkat, saya hanya mengepam sebanyak 3 kali sehari dan melebihkan sesi direct feeding.



Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 8oz - 10oz untuk satu sesi mengepam. Walaupun tidak banyak seperti orang lain, saya tetap bersyukur kerana ia mencukupi keperluan anak-anak saya yang berdua itu.

Set Penyusuan triple M

Set Triple M terdiri daripada;
Triple M = Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP
Dan saya menambah Omega Guard didalam pengambilan harian untuk proses menurunkan berat badan.

Setiap pagi sebelum bersarapan dan memulakan aktiviti menguruskan anak kesekolah, saya akan mengambil sesudu ESP yang dibancuh bersama segelas milo suam. 
Selepas bersarapan pula, saya akan mengambil sebiji Vitalea, B Complex dan 2 biji Vitamin C.
Keempat-empat vitamin ini diambil bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan tubuh berada didalam keadaan yang baik dan cergas untuk melaksanakan tugasan seharian.

5 biji Alfalfa dan 2 biji Omega Guard saya ambil selepas makan tengahari. Selain daripada menjadi milk booster, alfalfa juga sangat membantu proses detox keatas tubuh selepas pengambilan berbagai jenis makanan. Ia juga sangat bagus untuk pembaikan sistem dalaman peranakan wanita.
Omega Guard pula membantu untuk memecahkan lemak didalam tubuh. Selain itu, ia juga sangat bagus untuk perkembangan otak dengan adanya kandungan Omega 3. Secaratidak langsung, kebaikan Omega Guard akan disalurkan kepada anak-anak saya melalui susu ibu.

Sekali lagi saya akan mengambil 5 biji Alfalfa dan 2 biji Omega Guard selepas makan malam. Saya tidak akan meninggalkan sesi makan kerana saya memerlukan tenaga dan semua nutrien didalam makanan untuk menghasilkan susu ibu. 

Sebelum masuk tidur, saya akan mengambil sesudu ESP yang dibancuh bersama segelas milo suam serta 4 biji Ostematrix. Ia bertujuan untuk saya mendapatkan tidur yang lena dan dapat bangun keesokan hari dengan lebih bertenaga. Ostematrix membantu saya untuk menjaga tulang memandangkan peningkatan usia dan telah melahirkan anak.

Alhamdulillah, selain daripada membantu saya mendapatkan tubuh yang sihat, penghasilan susu ibu yang banyak, kesemua vitamin ini juga membantu saya untuk menurunkan berat badan. Kini, saya berat telah turun sebanyak 17kg selepas bersalin. Saya sedang menurunkannya lagi hingga berat sasaran yang saya kehendaki. InsyaAllah.

Anda ingin mengikut jejak langkah saya?
Jangan malu untuk hubungi saya ye...

Noriah | sid 866979
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Penyusuan : Tandem Nursing

Tandem Nursing adalah isitilah yang digunakan oleh ibu-ibu untuk proses penyusuan susu ibu bagi 2 orang atau lebih anak dalam masa yang sama.  Anak yang dimaksudkan adalah seorang anak yang sedia ada ( child ) dan bayi yang baru lahir ( baby ). Proses penyusuan adalah dalam tempoh masa yang sama selepas kelahiran bayi sehingga satu waktu yang ibu itu sendiri tetapkan mengikut kemampuan dan kehendak beliau.

Syukur Alhamdulillah.

Saya diberi peluang untuk merasai pengalaman tandem nursing semasa mengandung. Juga bertandem nursing dua orang anak yang berbeza umur sekarang. Dan nampaknya kakak semakin menyukai direct feeding berbanding susu formula.

Dhia Nur Amani - 1 tahun 5 bulan,
Irdina Nur Eizzara - 23 hari.


Mulanya, saya risau juga kiranya Dhia tidak dapat mengalah kepada adiknya. Alhamdulillah, perancangan dan ketentuan Allah memang cantik dan terbaik untuk kami. Dhia sangat matang untuk tidak berebut dan dengki kepada adik. Dhia sangat menunjukkan kasih sayangnya. Dan mereka telah selesa dengan keadaan tandem nursing yang kami amalkan sekarang. Kebanyakan masa, sesi penyusuan adalah serentak. Dhia disebelah kiri, DIna disebelah kanan. Menariknya, apabila saya sengaja menukar tempat mereka, Dhia & Dina seperti tidak selesa. Apa pun, saya bahagia dan gembira dengan keadaan ini.

Cabaran Ketika Tandem Nursing.

Pertama, pastinya badan saya akan keletihan. Menampung kepelruan dua orang sekaligus, membuatkan tubuh menjadi tidak bermaya.

Alhamdulillah.

Set Triple M sangat membantu saya untuk dapatkan tubuh yang sihat. Apabila menyusukan keduanya serentak, saya perlu duduk dan kadangkala akan menyebabkan pinggang dan tangan menjadi lenguh dan sakit. Set Triple M membantu tubuh saya sentiasa segar dan mengurangkan rasa mengantuk. Membayangkan tubuh yang keletihan walau mengambil vitamin, apatah lagi kiranya saya tidak mengambil sebarang suplemen. Pastinya keletihan itu berganda.

Saya bukan hanya menguruskan mereka berdua sahaja ye. Saya turut menguruskan abang dan kakak mereka juga. Walaupun sudah boleh membawa diri, pemantauan tetap perlu dilakukan.

Kedua, proses tandem nursing memerlukan kekuatan mental ibu. Keletihan selalu mendorong emosi untuk menjadi seorang yang pemarah. Saya cuba mengelakkan rasa marah itu. Juga mengelakkan untuk memarahi Dhia jika dia sedikit meragam. Ia sangat tidak elok untuk perkembangan emosinya nanti. Saya juga cuba untuk berlembut tapi tegas terhadap abang dan kakak mereka yang kenakalan mereka kadangkala mencabar sabar. Apabila perasaan marah menguasai, saya cuba bermuhasabah. Kerana ia adalah pilihan saya sendiri.

Kelebihan Tandem Nursing

Pertama, ia membantu mempercepatkan proses memperbanyakkan susu. Sangat membantu untuk aplikasi konsep demand vs. supply. Demand untuk dua anak, telah membantu tubuh saya mendapat signal untuk menghasilkan susu dengan banyak dan cepat. Terima kasih juga untuk ESP dan ALfalfa yang menjadi milk booster saya.

Kedua, mengelakkan bengkak susu. Saya mengalami rasa bengkak pada hari ke-2 dan ke-3 sahaja. Ia tidak sekritikal seperti semasa kelahiran Nazrul, Dira dan Dhia, Yang mana saya terpaksa menuam payudara. Apabila terasa payudara semakin membengkak, saya akan mencari Dhia untuk disusukan.

Ketiga, mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Tidak dinafikan, kita akan menjadi cepat lapar semasa proses breastfeeding. Bertuahnya, ia tidak akan menyebabkan berat meningkat. Malahan semakin menurun. Seminggu beraya dikampung, dan makan dengan jumlah yang banyak, berat saya boleh turun hingga 3 kg!!

Keempat, saya dapat memberi nutrisi dan kebaikan susu ibu kepada Dhia yang terberhenti ketika proses mengandung. Sedih. Memang sedih ketika itu. Dan ia menguatkan azam untuk terus memberikan nutirisi susu ibu kepadanya selepas kelahiran Dina.

Set Triple M

Vitamin menyusu, Rahsia susu banyak


Walau ada dikalangan ibu menyusu tidak percayakan suplemen untuk memperbanyakkan susu ibu, saya tetap yakin dengan set ini. Ia telah terbukti keatas tubuh saya. Saya tidak meletakkan memperbanyakkan susu semata-mata, tapi ia lebih kepada untuk kesihatan tubuh saya sendiri. Saya per caya, tubuh ibu yang sihat, disamping demand yang tinggi, akan menghasilkan susu yang melimpah ruah.

Semoga misi tandem nursing kami berjaya hingga ke garisan penamat.

Untuk anda yang yakin dengan kelebihan vitamin Shaklee,
Atau untuk mendapatkan tips penyusuan,
Boleh hubungi saya : 013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Penyusuan Triple M : Stok EBM Didalam Pantang

Assalamualaikum...

Hari ke-9 perjalanan penyusuan bersama baby baru, Irdina Nur Eizzara.

Perasaan? Sudah pasti sangat seronok. Alhamdulillah, rezeki kami. Susu terus ada sebaik sahaja selepas bersalin. Dan yang paling seronok, niat saya untuk tandem nursing baby Irdina bersama kakaknya Dhia Nur Amani dipermudahkan juga. Semoga ia terus dipermudahkan sehingga suatu masa yang sepatutnya nanti. Walaupun Dhia diberikan susu FM, nampaknya sejak susu ibu semakin lancar pengeluarannya Dhia semakin kurang minum FM. 

Dhia, kami tetap hantar ke rumah pengasuh.Untuk memberi peluang kepada saya untuk berpantang tanpa rasa kelam kabut dan terlalu penat untuk menguruskan rumahtangga dan keluarga. Maklumlah, bayi diusia 16 bulan tentu banyak karenahnya.

Oleh kerana baby Irdina baru berusia 9 hari, permintaan terhadap susu ibu masih sedikit. Untuk itu, saya perlu memerah susu untuk mengelakkan bengkak. Proses memerah terpaksa saya lakukan seawal hari ke-3 selepas bersalin. Syukur atas rezeki ini. Besar harapan saya, Irdina atau pun Dhia mahu minum stok EBM tersebut.

Set Triple M, Set Penyusuan


Set Triple M

Sepanjang proses berpantang kali ini, saya meneruskan sahaja semua vitamin yang memang diambil ketika mengandung lagi dan menambah beberapa vitamin untuk penyusuan dan penyembuhan luka. 

Set Triple M - Penyusuan

  • ESP
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Ostematrix

Tambahan;
  • Zinc - proses penyebuhan luka bersalin
  • Omega Guard - diambil ketika mengandung lagi

Set Triple M memang sangat terkenal dengan keberkesanannya membantu ibu-ibu yang mahu menambah production susu ibu maisng-masing. Walaubagaimanapun, konsep supply vs. demand adalah sangat penting untuk dipatuhi.

Saya akan update lagi tentang perjalanan tandem nursing nanti. Tunggu....

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Lengkap Ibu Menyusu : Set 3M

Breastfeeding is RAWK!!!

Siapa setuju?
* Ibu dan baby jadi semakin rapat.
* Dapat turunkan berat badan.
* Baby dapat nutrisi terbaik diawal perjalanan hidupnya.

Itu, antara kebaikan proses penyusuan susu ibu. Ada banyak lagi sebenarnya dan ramai yang dah mengakuinya. Kan?

Hari ini, saya nak bercerita tentang set 3M. Apa set 3M tu?




Set 3M adalah set vitamin lengkap untuk membantu perjalanan penyusuan ibu dan bayi. Mengandungi nutrisi lengkap untuk memastikan ibu sentiasa berada didalam keadaan sihat dan bersedia untuk proses penyusuan.

Set 3M : Makes More Milk

Kandungan :
1. Vitalea
Vitalea membantu melengkapkan nutrisi didalam tubuh yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang. Untuk lebih info tentang manfaat Vitalea disini.
Oh ya..bagi mereka yang mengalami HB rendah, adalah amat disarankan untuk mengambil Vitalea untuk menaikkan semula bacaan HB anda. 
2. B Complex
B Complex membantu ibu untuk melawan tekanan. Faktor keletihan, tekanan ditempat kerja dan sebagainya mungkin boleh menjejaskan penghasilan susu. Ia membantu memastikan kesihatan saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan sebagainya. Yang paling menarik, B Complex membantu menukarkan lemak kepada tenaga! 
3. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imun. Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergy hidung dan kulit, athma. Ia juga mampu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema. 
4. Ostematrix
Ostematrix adalah sumber kalsium yang membantu menguatkan tulang. Kalsium amat penting untuk ibu mengandung dan menyusu kerana ia menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangaka gigi dan sistem saraf. Kalsium dari ibu juga bakal diserap oleh bayi. Dan dengan itu, ibu perlu mengambil sumber kalsium setiap hari untuk mengelakkan kesan-kesan terhadap tulang anda.  
5. Alfalfa
Dalam set 3M, Alfalfa bertindak sebagai MilkBooster. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu! 
6. ESP
ESP adalah protin soya yang telah diketahui ramai tentang kebaikan dan keberkesanannya. Ia juga membantu memekatkan susu ibu, menghaluskan kulit, dan membantu mereka yang ingin slim.

Jom dapatkan set 3M anda sekarang!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Tip Penyusuan Bayi Pra Matang

Penyusuan bayi pra-matang adalah amat digalakkan. Ketahuilah bahawa susu ibu sangat unik dan merupakan minuman yang penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan.

Antara tip yang boleh diikuti untuk menyusukan bayi pra-matang :

1. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Titisan susu ibu yang pertama ini sangat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama adalah asa yang penting untuk meransang penghasilan susu ibu.

2. Bayi pra-matang yang mempunyai sistem imun yang lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pra-matang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.

3. Hantar susu perahan dan lawatlah bayi anda setiap hari kerana selain susu ibu, bayi pra-matang juga memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.

4. Jangan dibekukan susu perahan. Ini kerana susu yang dibekukan tidak sesuai untuk bayi pra-matang.

5. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak ada susu ibu. Biasanya pada susu yang diperah selepas 10 minit pertama.

6. Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Sebagai contoh, jika bayi minum 10ml, maka simpanlah sebannyak 10ml sahaja untuk setiap bekas.

7. Tukar susu lebihan didalam peti sejuk di wad dengan susu yang baru setiap kali datang melawat. Bayi pra-matang memerlukan susu segar untuk membina sistem imun didalam badannya.

8. Selain memberi susu ibu, lakukan belaian, sentuhan, urutan yang akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada didalam inkubator.


Jom dapatkan vitamin untuk menyempurnakan perjalanan penyusuan anda bersama si manja...
Hubungi saya untuk konsutasi lanjut.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kulit Cantik dengan Set 3M

Siapa nak cantik? Sila angkat tangan...Eh, gurau  je.
Siapa nak cantik? Kena baca sampai habis.

Hari ini saya nak kongsikan testimoni kulit cantik hari dari pengambilan vitamin Shaklee.

Testimoni



‎~ Testimoni diri sendiri ~Sape kate kulit muka tak boleh elok semula??? Berkat usaha, tawakkal dan doa... Saya dapt semula kulit saya seperti usia lewat belasan tahun... Memang bersyukur sangat-sangat... Teka la umur saya berapa... :)



Kalau dilihat pada 3 gambar tu, nampak kan perbezaannya?
Nak tahu apa yang diamalkan oleh Puan Haliza Khamis nie?

Ya. Puan Haliza Khamis amalkan set penyusuan 3M pada awalnya. Dan kemudiannya, beliau menambah Lecithin dan Omega Guard sebagai vitamin yang perlu diamalkan setiap hari. Berkat usaha makan vitamin setiap hari secara konsisten, tawakal dan doa, beliau sagat berpuas hati dengan perubahan kulit mukanya. Bersih dari segala kesan jerawat dan menjadi licin dan mulus. Kulit beliau jadi cantik kan?

Apa yang ada didalam set penyusuan 3M?

Set penyusuan 3M terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP. Set penyusuan 3M bukan sekadar MilkBooster, tetapi ia juga memberi kesan lain seperti kulit menjadi cantik, penyelesai kepada masalah jerawat dan jeragat, kulit menjadi lebih halus dan banyak kesan lain. Ramai ibu menyusu yang telah berjaya membuktikan testimoni Puan Haliza.

Pengamalan ESP, Vitamin C, Alfalfa dan B Complex memang diketahui umum tentang keberkesanannya terhadap masalah kulit. Setiap satu vitamin tersebut mempunyai fungsi tersendiri terhadap kulit. Oleh itu, marilah kita menggunakan vitamin Shaklee secara konsisten. Kadangkala, ia digunakan untuk tujuan lain, tetapi ada bonus disebaliknya, pengguna akan merasai kesan sampingan yang baik juga. Rugi tak mencuba!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...