HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Program Menjadi Jutawan Dengan Program YES


YES Sana.
YES Sini.

Apa tu?
Best ke program tu?
Boleh jadi kaya ke?

                           


Sebenarnya Y.E.S bukanlah program [ menghabiskan-duit-dalam-poket-mahupun-wallet-lepas-kerja-bertungkus-lumus ]. Sesak nafas makcik kalau macam tu.
Program Y.E.S adalah inisiatif pihak Shaklee untuk bantu semua golongan masyarakat tanpa mengira status, umur mahupun bidang kerja untuk jana pendapatan hingga 4-5-6 angka.

Y.E.S = YOUNG ENTREPRENUER SYSTEM

Anda. Anda. Anda.
Perasan tak?
Ramainya golongan fresh graduate yang melopong tanpa kerja?
Perasan juga tak?
Yang pihak kerajaan pun ada mencadangkan supaya golongan fresh graduate atau golongan muda yang tiada kerja nie cuba untuk create income sendiri.

Apa maknanya tu?
Maknanya, kerajaan suruh kita kerja sendiri atau lebih tepat, berNIAGA la.
Mabuk ke? Nak berniaga kenalah ada modal.

Siapa cakap? Info dari mana tu?
Dengan program Y.E.S, anda tak perlu modal berkepuk-kepuk.
Cuma perlukan RM79 sahaja untuk jana pendapatan 3-4-5-6 angka.

Jom, saya ceritakan lebih lanjut tentang program Y.E.S ( Young Entreprenuer System )


Y.E.S adalah satu program yang diwujudkan oleh Shaklee untuk membantu golongan yang berminat untuk menjadi usahawan dengan modal yang rendah.
Program ini menyediakan pelbagai insentif menarik untuk peserta-peserta yang layak dan memenuhi syarat. Ia juga menyediakan anugerah, latihan dan kelas motivasi untuk peserta-peserta yang berminat.

Syarat-syarat Kelayakan :




  • Berumur 18 tahun keatas
  • Mendaftar sebagai SID bermula 1 May 2015 - 31 Oktober 2015
  • Membuat sebarang pembelian ( Set YES atau bukan )
  • PERCUMA sebotol VITALEA IRON FORMULA

Best tak?
Banyak lagi insentif lain yang akan saya ceritakan nanti.
Rugi kalau peluang ini dilepaskan begitu sahaja.

Nak join?
Kontek saya tau!

013-398 4050



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Jom Memasak Untuk Famili : Resepi Brownies Super Sedap.


Sape suka brownies?
Meh²....
Kita masuk dapur & main² dengan tepung.
Nak resepi?



Bahan² :
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang - kisar
1/4 cwn serbuk koko
1bj telur
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan minyak masak / mentega dicairkan
1/2 cwn cip coklat

Cara² :
1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Griskan loyang dgn mentega. Ketepikan
2. Satukan semua bahan kecuali cip coklat kedlm mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
3. Bila dah sebati, masukkan separuh cip coklat. Kemudian tuang kedalam loyang & tabur baki cip coklat tadi.
4. Bakar 25 hingga 30 minit hingga masak.



---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 

Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 
Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

TIP ANAK SIHAT SELALU TANPA BERULANG KE KLINIK

Anak-anak sering sakit & tak sihat?

Cuba perhatikan kekerapan anda mengunjungi klinik berhampiran untuk merawat anak-anak anda yang silih berganti jatuh sakit.
Selsesema, demam, batuk, cirit-birit. Perasan tak?
Dan hasilnya, anda akan dibekalkan dengan berbagai jenis ubat-ubatan untuk diberikan kepada anak-anak.




Kenapa anak-anak kita mudah jatuh sakit?

Ia adalah disebabkan oleh sistem imun yang lemah yang berpunca dari antibodi yang tidak kuat. Tugas antibodi adalah untuk melawan penyakit. Antibodi berasal daripada perrkataan latin "Anti" yang bermaksud melawan. "Bodiq" pula bermaksud tubuh.
Antibodi adalah suatu zat yang dibentuk oleh tubuh yang berasal daripada protin darah jeni gama-globulin yang diubahnya untuk melawan zat antigen ( zat asing ) yang masuk kedalam tubuh.

Tau tak? Dalam tubuh kita ada beberapa jenis antibodi. Ia adalah :


  • Opsonin iaitu antibodi yang bersifat meransang serangan leukosit terhadap antigen atau kuman.
  • Lisin adalah antibodi yang bersifat menghancurkan antigen atau kuman.
  • Presipirin adalah antibodi yang bersifat mengendapkan antigen dan kuman.
  • Aglutinin pula adalah antibodi yang bersifat menggumpalkan antigen, aglutinogen atau kuman.


Bagaimana untuk menguatkan sistem imuniti anak-anak ini?

Ia adalah dengan mengawal pengambilan gula dan lemak oleh anak-anak kita. Sistem imuniti kanak-kanak terdiri daripada protin, organ dan sel darah putih yang dipanggil leukosit yang saling bekerja memerangi penyakit dan jangkitan pada mereka.

Menurut AsDrSears.com, kebanyakan daripada anak-anak kecil ini mempunyai sistem imun yang lemah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang. Diet yang kaya dengan gula akan mengurangkan keberkesanan sel darah putih sebanyak 40%. Selain itu, amalan pemakanan yang tinggi lemakmengurangkan penghasilan sel darah putih dan sntibodi mereka.




10 Jenis makanan yang membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak.

1. Vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah sitrus, betik, mangga, kiwi, brokoli, lada benggala, tomato dan ubi kentang adalah antara sumber vitamin C yang baik selain daripada buah limau. Dengan pengambilan sekurang-kurangnnya 6 hidangan, ia mampu membantu menguatkan sistem imun anak-anak. Vitamin C mampu menguatkan keimunan tubuh dengan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi untuk memerangi kuma yang menyebabkan jangkitan penyakit.

2. Vitamin E

Antara makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah kekacang, biji bunga matahari, minyak sayuran, bijirin penuh, zaitun, legum, asparagus, bayam, beras perang, telur, minyal dan daging. Vitamin E berupaya untuk meransang sel untuk menghapuskan kuman seperti sel B yang menghasilkan antibodi melawan bakteria.

3. Zat besi

Makanan yang kaya dengan zat besi membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih. Ia juga meningkatkan produksi sel-T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Zat besi diperlukan untuk melawan infeksi dan meyembuhkan luka. Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah biijrin, ketam, daging lembu, kuning telur, badam, susu, tairu dan coklat gelap.

4. Omega-3

Biasanya sistem imun tubuh memberikan reaksi yang lebih dengan membebaskan lebih banyak antibodi untuk melawan bakteria atau alergi yang menyerang. Reaksi berlebihan ini dipanggil sebagai respons hipersensitif yang bakal menyebabkan reaksi alergi seperti tumbuhnya ruam.

Omega-3 melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh reaksi berlebihan tadi. Omega-3 meningkatkan aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati dalam ikan yang berlemak seperti salmon, tuna dan ikan kembung.


Solusi Shaklee Untuk Memastikan Kesihatan Anak-anak Terpelihara




Di Shaklee, kami ada menyediakan solusi untuk membantu ibu bapa menjaga kesihatan anak-anak yang tersayang yang terdiri daripada :

Mealshake,  Chewable Vitamin C, Vitalea Kids, dan Omega Guard.

Mealshake adalah multivitamin didalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh bersama dengan minuman kegemaran anak-anak anda. Sangat sesuai untuk anak-anak yang mudah sakit dan demam, kurang selera makan, mempunyai berat yang tidak seimbang, mempunyai alahan atau eczema dan lain-lain lagi.

Chewable Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun anak-anak dalam bentuk talet yang boleh dikunyah begitu sahaja. Sangat digalakkan untuk diberikan kepada anak-anak yang sedang batuk dan selsema. Walaubagaimanapun, pengambilan secara konsisten akan membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada anak-anak ini. Kata orang, mencegah adalah lebih baik kan?

Vitalea Kids juga merupakan multivitamin dalam bentuk tablet yang sedap dan boleh dikunyah begitu sahaja. Membantu menampung lompong-lompong kekurangan nutrien didalam tubuh akibat pemkanan yang tidak seimbang oleh anak-anak kita. Kebanyakan kanak-kanak tak suka makan sayur kan? Selain daripada cuba melatih mereka untuk melengkapkan pemakanan seimbang, Vitalea Kid boleh diberi untuk menampung kekurangan itu.

Omega Guard adalah minyak ikan dari air laut dalam yang dijamin ketulenannya. Omega Guard membantu perkembangan otak anak-anak kerana ia mempunyai Omega-3 yang sangat baik untuk membina sel-sel otak yang sihat. Ia juga berkesan untuk membantu anak-anak bebas dari masalah asma dan alahan. Ramai anak-anak yang sudah bebas nebulizer mahupun pam-pam asthma.

Nak cuba beri untuk anak-anak anda?
Hubungi saya ye.

013-398 4050

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Tuntutan Ilmu, Belajar Hingga ke Negeri China : IMKK April 2014

Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tak pernah tersangka akan dapat juga sertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan 
( IMKK ) anjuran Richwork oleh Dr. Azizan Osman. Seorang mentor bisnes yang sangat berjaya dan menjadi idola kepada ramai orang lain.




Alhamdulillah. Saya bersama empat orang sahabat dari Chini dah bersama-sama recharge energy untuk jadi orang yang sentiasa positif dengan apa juga yang terjadi dan bakal terjadi disepanjang perjalanan sebagai manusia yang memegang amanah Allah. Kita bertanggungjawab sepenuhnya!







Apa yang saya dapat di IMKK?

1. Saya dapat serap aura yang sangat positif. Saya juga belajar bagaimana untuk bersihkan hati dan jiwa untuk menjadi magnet kekayaan dan kebaikan.
Fuhh! Susah nak terangkan. Jom kita pergi ramai-ramai. Dapatkan aura dan energy positif disana.

2. Saya dapat membuat network dan networth dengan ramai jutawan dan bakal jutawan yang menjalankan berbagai-bagai jenis perniagaa. di serata Malaysia.

Alhamdulillah. Perjalanan kami daripada Pahang sangat dipermudahkan Allah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bantu beli tiket seminar, yang bantu booking hotel dan tunjukkan jalan.

Alhamdulillah. SYukur.

Meh layan dua tiga keping gambar di IMKK April 2015.










----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

REFLEKSI JIWA : IMKK APRIL 2015


Ada waktunya, kita perlu refleksi diri untuk mengingati semula apa matlamat kehidupan ini.

Hidup, untuk kehidupan seterusnya.
Corak yang kita pilih hari ini, menentukan bagaimanakah corak yang akan kita dapati untuk masa akan datang.





Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeza
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatuh hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooooo...

[korus]
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooooo...

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pasti kan mengalami
Mati


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Anda Keguguran? Perlu ke Makan Ubat?

Perlu ke ambil ubat selepas keguguran? 

Kalau ikutkan kata doktor, tak perlu pun ambil ubat sekiranya keguguran diawal kandungan dan sekiranya tiada terdapat komplikasi lain seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

Rujuk artikel saya yang lepas yang dipetik dari Majalah Pa&Ma 

>>>>>>>>>   Rawatan Keguguran 

Namun, badan kita, kita yang rasa. Saya pasti, semua ibu-ibu ingin berada didalam keadaan yang sihat sentiasa demi kelangsungan tugas-tugas ibu & isteri. Seperti juga ibu yang baru saja lepas melahirkan bayi, pastinya tubuh merasa tidak sihat dan perlukan pemulihan kerana 'sesuatu' telah dikeluarkan daripada tubuh anda. 

Betul tak?

Jadi, ubat atau suplemen tetap diperlukan untuk memulihkan semula tubuh ibu-ibu. Tak kira samada anda mengambil ubat daripada klinik, suplemen-suplemen yang telah dimodenkan mahupun jamu-jamu traditional.

Saya nak bercerita tentang Set Pantang Premium Shaklee.


Shaklee, Set Pantang, Set Bersalin


Set ini membantu ibu-ibu selepas bersalin mahupun keguguran untuk segera pulih seperti biasa yang merangkumi kesihatan dalaman dan luaran.

Jom tengok fungsi-fungsi setiap vitamin didalam Set Pantang Premium.

1. Zinc Complex 

Zinc Complex membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbiaki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc complex dan tabur keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

2. Ostematrix

Ostematrix merupakan sumber kalsium yang diperkaya dengan magnesium untuk membantu menguatkan tulang ibu-ibu yang mana bayi-bayi anda telah menyerap kalsium daripada tulang anda semasa hamil.

3. Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun. Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Ia juga membantu menyingkatkan pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. ESP

Esp adalah sumber protin yang berasaskan soya yang kaya dengan isoflavones membantu memulihkan hormon wanita. Ia juga membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoperosis dan sakit jangung. ESP juga membantu membekalkan tenaga segera dan membantu proses menurunkan berat badan.

5.   Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang membantu menampung kekurangan vitamin penting didalam tubuh ibu-ibu. Ia membantu memberikan tenaga dan mencergaskan tubuh. 

6. B-Complex

Membantu menukarkan makanan ke[ada tenaga. Ia membantu proses penghadaman, menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan mengurangkan masalah keletihan.



Nak dapatkan Set Pantang Premium secara online?

Klik >>>>>> Set Pantang Premium

Nak dapatkan konsultasi & nasihat secara PERCUMA?

Hubungi >>>>> 013-398 4050

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

RAWATAN KEGUGURAN : BAGAIMANA IA DILAKUKAN?


Masih berkisarkan tentang keguguran. 

Jika anda tidak tahu tentang keguguran & tidak pernah mengalaminya, tidak salah untuk kita mengambil tahu serba sedikit tentangnya kan?



Kebiasaannya, pasti ada rawatan untuk setiap kesakitan. Begitu juga dengan masalah keguguran. Pastinya ada rawatan yang perlu dilalui oleh ibu untuk memulihkan semula tubuh badan dan juga rahim selepas keguguran.




Biasanya terdapat tiga kaedah yang biasa dilakukan untuk merawat wanita yang mengalami kuguguran. Ia juga bergantung kepada jenis keguguran yang dialami. Kaedah-kaedah yang sering dilakukan adalah :


1. Kaedah Pemerhatian ( Observation )

Kebanyakan ibu hamil yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan samada perubatan ataupun pembedahan. Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan ibu stabil [ tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman ], cukup sekadar pemerhatian sahaja. Biasanya tempoh menunggu maksima adalah selama 14 hari. Namun, ada kalanya mengambil masa tiga hingga empat minggu selepas itu. Apabila kandungan itu keluar, doktor akan membuat imbasan bunyi atau ultrasound untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal didalam rahim.


2. Rawatan Perubatan

Didalam sesetengah kes, doktor akan memberi pil untuk dimakan atau dimasukkan ke dalam faraj untuk mengeluarkan kandungan yang telah keguguran tersebut. Namun, kaedah ini tidak digunapakai di Malaysia kerana bimbang terhadap penyalahgunaan terhadap ubat tersebut oleh orang ramai.

3. Rawatan Pembedahan

Selepas 10 minggu keguguran adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi lengkap dan memerlukan kaedah yang dinamakan dilatation & curettage ( D&C ). Doktor akan membuka ( dilatation ) pangkal rahim atau servik dan membuat cuci ( curettage ) dalam rahim dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut. D&C dilakuka jika ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan atau terdapat banyak pendarahan atau berlaku jangkitan. 

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah MVA ( Manual Vacuum Aspiration ). Ia adalah kaedah untuk menyedut janin yang agak mudah dilakukan.




Walaubagaimanapun, doktor menyatakan bahawa kaedah D&C juga mempunyai risiko seperti :
  • Risiko yang dikaitkan dengan penggunaan bius iaitu tindak balas kepada ubat-ubatan dan masalah pernafasan.
  • Jangkitan didalam rahim atau organ pelvik
  • Risiko penembusan dan tebukan pada rahim
  • Risiko pendarahan yang banyak
  • Serviks lemah dan koyak.

Ibu yang mengalami keguguran tidak perlu menunggu sehingga 6 bulan atau lebih untuk cuba hamil semula. Sebaiknya selepas beberapa bulan setelah gugur dan tubuh telah kembali sihat semula, ibu boleh hamil semula.

Jadi, ibu-ibu yang keguguran kandungan, jangan bersedih. Itu bukan rezeki anda. Dan jangan takut untuk mrncuba lagi ye.

Esok, saya cuba untuk kongsikan rawatan traditional dan pengambilan suplemen untuk ibu-ibu yang baru lepas keguguran. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...