HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

RAWATAN KEGUGURAN : BAGAIMANA IA DILAKUKAN?


Masih berkisarkan tentang keguguran. 

Jika anda tidak tahu tentang keguguran & tidak pernah mengalaminya, tidak salah untuk kita mengambil tahu serba sedikit tentangnya kan?



Kebiasaannya, pasti ada rawatan untuk setiap kesakitan. Begitu juga dengan masalah keguguran. Pastinya ada rawatan yang perlu dilalui oleh ibu untuk memulihkan semula tubuh badan dan juga rahim selepas keguguran.




Biasanya terdapat tiga kaedah yang biasa dilakukan untuk merawat wanita yang mengalami kuguguran. Ia juga bergantung kepada jenis keguguran yang dialami. Kaedah-kaedah yang sering dilakukan adalah :


1. Kaedah Pemerhatian ( Observation )

Kebanyakan ibu hamil yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan samada perubatan ataupun pembedahan. Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan ibu stabil [ tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman ], cukup sekadar pemerhatian sahaja. Biasanya tempoh menunggu maksima adalah selama 14 hari. Namun, ada kalanya mengambil masa tiga hingga empat minggu selepas itu. Apabila kandungan itu keluar, doktor akan membuat imbasan bunyi atau ultrasound untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal didalam rahim.


2. Rawatan Perubatan

Didalam sesetengah kes, doktor akan memberi pil untuk dimakan atau dimasukkan ke dalam faraj untuk mengeluarkan kandungan yang telah keguguran tersebut. Namun, kaedah ini tidak digunapakai di Malaysia kerana bimbang terhadap penyalahgunaan terhadap ubat tersebut oleh orang ramai.

3. Rawatan Pembedahan

Selepas 10 minggu keguguran adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi lengkap dan memerlukan kaedah yang dinamakan dilatation & curettage ( D&C ). Doktor akan membuka ( dilatation ) pangkal rahim atau servik dan membuat cuci ( curettage ) dalam rahim dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut. D&C dilakuka jika ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan atau terdapat banyak pendarahan atau berlaku jangkitan. 

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah MVA ( Manual Vacuum Aspiration ). Ia adalah kaedah untuk menyedut janin yang agak mudah dilakukan.




Walaubagaimanapun, doktor menyatakan bahawa kaedah D&C juga mempunyai risiko seperti :
  • Risiko yang dikaitkan dengan penggunaan bius iaitu tindak balas kepada ubat-ubatan dan masalah pernafasan.
  • Jangkitan didalam rahim atau organ pelvik
  • Risiko penembusan dan tebukan pada rahim
  • Risiko pendarahan yang banyak
  • Serviks lemah dan koyak.

Ibu yang mengalami keguguran tidak perlu menunggu sehingga 6 bulan atau lebih untuk cuba hamil semula. Sebaiknya selepas beberapa bulan setelah gugur dan tubuh telah kembali sihat semula, ibu boleh hamil semula.

Jadi, ibu-ibu yang keguguran kandungan, jangan bersedih. Itu bukan rezeki anda. Dan jangan takut untuk mrncuba lagi ye.

Esok, saya cuba untuk kongsikan rawatan traditional dan pengambilan suplemen untuk ibu-ibu yang baru lepas keguguran. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...