HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

HAMIL DAN KEGUGURAN : JOM TENGOK APA PUNCANYA?

Kalau semalam saya dah kongsikan tentang HAMIL DAN KEGUGURAN : APAKAH MAKSUD KEGUGURAN?, hari ini saya nak kongsikan pula punca-punca yang boleh menyebabkan keguguran.

Menurut Dr. Mohamed Rafi, keguguran penggal pertama disebabkan oleh embrio tidak berkembang seperti sepatutnya. Mari lihat apa risiko-risiko lain yang menyebabkan keguguran terjadi.

1. Jumlah Kromosom normal yang tidak tepat.

Janin memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk berkembang dengan baik. Bayi memerlukan 23 kromosom daripada ibu, dan 23 kromosom lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaksempurnaan ini mungkin berlaku kerana:
  • Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat
  • Terdapat perubahan dalam struktur kromosom



Didalam kes diatas iaitu jumlah kromosom tidak normal, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio dan berlakunya keguguran penggal pertama.


2. Keadaan rahim ibu

Faktor rahim ibu juga mendorong kepada masalah keguguran awal. Jangkitan kuman pada faraj dan kelainan pada rahim antara perkara yang biasa dialami jika ibu mempunyai masalah pada rahim mereka.

3. Keadaan kesihatan ibu

Keguguran penggal kedua pula lebih dipengaruhi oleh masalah kesihatan ibu itu sendiri berbanding masalah kepada embrio. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis, buah pinggang tidak terkawal dan masalah fibroid berisiko tinggi untuk mengalami keguguran pada peringkat lewat kehamilan.




4. Umur ibu

Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Pada usia 30 tahun, risiko wanita mengalami keguguran ialah 1 daripada 5, manakala pada usia 42 tahun, risikonya 1 daripada 2,

5. Sindrom darah pekat

Sindrom ini menyebabkan pembekuan darah berlaku didalam salur darah. Ia juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. Pengaliran darah yang betul sangat penting bagi memastikan janin berkembang dengan sempurna.

6. Gaya hidup

Tidak dapat dinafikan fakta bahawa wanita yang merokok, banyak minum minuman keras dan mengambil dadah berisiko tinggi untuk mengalami keguguran. Selain daripada itu, pengambilan kopi atau kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

7. Faktor lain

Risiko keguguran juga meningkat jika ibu tercemar dengan bahan seperti jangkitan, ubat-ubatan terlarang, stress fizikal yang berlebihan serta terdedah kepada radiasi atau bahan-bahan kimia.





Suplemen untuk kehamilan.

Apakah yang ibu lakukan sebaik sahaja menyedari kehamilan anda? Adakah ibu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan suplemen tambahan yang sepatutnya atau hanya duduk buat tak tahu saja?

Sebaiknya, sebaik sahaja menyedari kehamilan, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan mengambil suplemen tambahan untuk perkembangan bayi yang sedang dikandung. Suplemen tambahan boleh diambil seawal 3 bulan sebelum merancang kehamilan.



Secara ringkasnya, Shaklee juga menyediakan suplemen terbaik sebagai bekalan untuk ibu-ibu hamil. Ia membantu ibu untuk sentiasa sihat dan membantu perkembangan bayi anda.

Set Ibu Hamil Cergas

Set Ibu Hamil Cergas membantu ibu untuk sentiasa sihat dan cergas di sepanjang proses kehamilan. Ia juga membantu tumbesaran bayi yang sedang dikandung. Seperti yang ramai maklum, pembesaran bayi yang dikandung memerlukan nutrien-nutrien penting yang diambil dan disalurkan oleh ibu. Nutrien-nutrien tersebut akan disalurkan kepada bayi walau ibu tidak mengambil sebarang suplemen atau vitamin tambahan. Oleh itu, untuk memastikan tubuh ibu sendiri tidak mengalami kekurangan nutrien yang sepatutnya, suplemen atau vitamin perlu diambil.

Apa bestnya Set Ibu Hamil Cergas nie?

1. Ostematrix - Vitamin yang menjaga kesihatan tulang. Ia mengandungi kalsium, magnesium dan beberapa mineral penting untuk tulang yang sihat. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sakit pinggang dan kekejangan kaki. Ostematrix membantu menghindari masalah-masalah tersebut.

2. Vitamin C - Vitamin yang membantu meningkatkan sistem imun ibu hamil. Ia membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit dan asma.

3. ESP - ESP pula adalah sumber protin hebat yang mampu memberikan tenaga kepada ibu hamil yang sering keletihan dek tugas-tugas harian. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun.

4. Vitalea Iron Formula - Merupakan multivitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang penting untuk mengelakkan kecacatan bayi didalam kandungan. Vitalea membantu menampung kekurangan  nutrisi dan mineral penting akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Ia juga membantu proses stimulasi metabolisma dan membantu proses pertumbuhan sel baru.

5. B-Complex - Juga merupakan vitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang sangat diperlukan oleh ibu hamil. Keperluan folik asid oleh ibu hamil seperti yang disarankan adalah sebanyak 400mg sehari. B-Complex mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100% biotin dan folik asid. 

Pilihan ditangan anda.
Mahukan tempoh kehamilan yang ceria, sihat dan cergas atau,
Tempoh kehamilan yang penuh dengan keletihan, hambar dan tidak ceria? 

Saya memilih untuk hamil sihat, cergas dan ceria untuk kehamilan ke-4. Dan ia memang terbukti!

Nak Set Ibu Hamil Cergas?
Hubungi saya segera ye! 
  
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...