HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

6 Tip Supaya Cepat Hamil


Perkahwinan dan kehamilan merupakan satu anugerah terindah buat semua wanita.
Betul tak?

Ye. Saya pun macam tu. Anugerah dan nikmat yang Allah bagi untuk kita rasa dan syukuri. Alhamdulillah saya dah punyai 4 permata hati untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup serta menjadi medan ujian dan amanah untuk saya jalani dan jaga ia sebaik mungkin. 

Saya tau tak semua wanita yang telah berkahwin dianugerahkan moment-moment hamil dangan mudah. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun untuk hamil. Tak kurang juga yang berhabisan masa dan wang ringgit untuk tujuan yang satu itu. 

Usahalah. Mungkin ia jadi tangga kejayaan untuk anda. Medan ujian permulaan anda begitu, maka laluinya dengan sabar dan banyakkan berdoa.






Rabbana hablana min azqajinaa wa zurriyatina qurrota'ayunin, waj'alna lil muttaqiiha imaama.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ) dan jadikanlah kami imam bagi orang-ornag yang bertakwa" 

( Al-Furqan : 74 )


Hari nie saya nak kongsikan antara tip yang boleh dijadikan checklist untuk trigger faktor mana yang dah pun kita abaikan dalam usaha untuk hamil.


1. Jaga pemakanan dan diet yang seimbang.

Menjaga pemakanan adalah sangat penting walaupun tak ada usaha untuk hamil. Pemakanan seimbang menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik kan?
Pemakanan yang tak seimbang dan semberono penyumbang kepada macam-macam masalah kesihatan dan penyakit yang susah untuk diubati. Antaranya masalah obesiti, penyakit-penyakit kardio, kerosakan organ-organ dalaman dan macam-macam lagi la. Untuk makluman, obesiti merupakan salah satu punca kegagalan wanita untuk hamil. Jadi, untuk merealisasikan impian untuk hamil, kita perlulah menjaga kesihatan melalui pemakananan dan diet yang seimbang.


2. Detoks

Toksin yang berlebihan didalam badan juga merupakan sesuatu yang tidak sihat untuk tubuh kita. Dapatkan nasihat daripada dietitian untuk anda dapatkan cara yang betul untuk membuat detoks. Pastikan anda juga gunakan produk yang menggunakan bahan organik untuk memulakan proses detoks. Dan pilihan saya, semestinya produk Shaklee. Untungnya, Shaklee juga ada nutritionist yang yang pakar tentang makanan kesihatan yang sedia membantu memberikan pendapat dan nasihat. Produk Shaklee juga dijamin selamat dan berkesan kerana mempunyai banyak kajian dan study keatas setiap produk-produknya.


3.  Lakukan hubungan intim dengan kerap dan posisi yang betul.

Kerjasama antara pasangan sangat diperlukan untuk perkara ini. Hubungan intim bukan sahaja perlu dilakukan dengan lebih kerap, malahan dengan posisi yang betul. Rasanya saya tak perlu nak ajar bagaimana untuk lakukan hubungan intim dengan lebih kerap. Tapi saya akan kongsikan tentang posisi yang betul untuk cuba hamil.
  • Letakkan bantal dibahagian bawah punggung ( isteri di posisi bawah ). Menurut petua, bantal tersebut digunakan untuk mengelakkan air mani keluar semula melalui faraj. Jika kedudukan punggung sedikit tinggi, ia dapat mengelakkan air mani daripada keluar semula.
  • Terus berbaring selama 10-15 minit sebaik sahaja suami selesai mengeluarkan air mani kedalam rahim. Maksudnya, isteri jangan terus bangun sebaik sahaja selesai bersama. 
  • Tidak mencuci faraj menggunakan sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh membunuh kesuburan sprema. 


4.  Ketahui waktu subur atau ovulasi anda

Ini sangat penting. Sila kira hari subur anda lakukan hubungan intim yang lebih kerap ketika ini.
Bagaimana untuk mengira hari subur?

Boleh klik Kalkulator Ovulasi milik SirapLimau


5. Rujuk kepada doktor pakar

Andainya tempoh perkahwinan telah mencapai 3 tahun, sila la berjumpa dengan doktor pakar. Doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk mengetahui tahap kesihatan suami dan isteri. Pemeriksaan bukan hanya untuk isteri tau! Suami juga perlu jalani pemeriksaan untuk memastikan kedua-dua suami isteri sihat dan subur untuk hamil.


6. Amalkan suplemen untuk membantu tubuh lebih sihat.

Saya? Tentulah saya pilih suplemen Shaklee. Suplemen Shaklee dijamin selamat dan berkesan untuk membantu tubuh kita menjadi sihat.

Untuk membantu kesuburan, saya mencadangkan suplemen seperti GLA Complex, B-Complex, Zinc Complex dan Vitamin E.


1. GLA Complex

Gla Complex Shaklee diekstrak daripada bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda EPA ( Gamma-Linolenic Acid ) yang terkandung didalam EPO. Borage adalah 3 kali lebih baik dari segi bioavailabliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. 

GLA Complex membantu :
  • Mengawal estrogen dan testosteron.
  • Membentuk protaglandin untuk megawal hormon lelaki dan wanita 
  • Memperbaiki simptom PMS. 
  • Menyuburkan lendir serviks yang sangat berguna untuk mereka yang sedang berikhtiar untuk hamil.

2. B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi 8 kompnen vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Vitamin B adalah vitamin yang larut-air, jadi tubuh tidak akan menyimpan sebarang lebihan vitamin sebaliknya ia akan disingkirkan melalui pencernaan. B-Complex sangat baik diambil seawal mungkin apabila keputusan untuk mengandung diambil.

B-Complex membantu :
  • Pembentukan sel darah merah yang sihat 
  • Membina antibodi yang kuat untuk tubuh
  • Meransang sirkulasi darah didalam tubuh
  • Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • Merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk lauk atau darat. 

3. Zinc Complex

ZInc Complex dirumus daripada zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Zinc memainkan peranan penting didalam organ seks lelaki. Zinc amat diperlukan untuk mengelakkan masalah kematangan dalam organ seks, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan kepincangan pada testikal.

Zinc Complex membantu :
  • Melindungi kesihatan prostat
  • Memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing
  • Mengurangkan pembengkakan prostat
  • Membantu proses ovulasi
  • Membantu proses penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

4. Vitamin E



Vitamin E Shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Vitamins E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh untuk menyerap Vitamin E.

Vitamin membantu :

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan pengambilan 800IU sehari.
  • Meningkatkan kelestarian tenaga seksual 


Walau apa pun masalah yang kita hadapi, jalani ia dengan penuh kesabaran. Semoga ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan oleh tuhan.

Nak konsultasi?
Atau nak dapatkan set kesuburan Shaklee, jangan segan-segan whatsapp saya ye.


---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...