HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Krisis Penyembuhan Atau Healing Crisis Selepas Makan Vitamin

Pernah dengar tentang krisis penyembuhan? Atau term yang orang selalu guna, healing crisis.
Apa maksud krisis penyembuhan tu?

Pernah tak korang ambil sesuatu produk samada produk kesihatan atau kecantikan, kemudia korang alami tindakbalas yang kurang menggembirakan? Jangan risau. Kemungkinan besar ia adalah proses healing crisis atau krisis penyembuhan.

Ramai yang tak tahu, healing crisis datang apabila kita ambil produk yang bagus terutamanya yang diperbuat daripada bahan semulajadi.




Healing crisis atau proses penyembuhan adalah proses dimana badan mengambil masa untuk membersihkan dan bina semula sel-sel badan yang dah rosak akibat radikal bebas. Proses nie akan menyingkirkan toksin yang dah lama berkumpul didalam badan sepanjang kita hidup. Semasa proses penyingkiran toksin ini berjalan, badan akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan kita berasa tidak selesa. 


Kenapa Healing Crisis terjadi?

Menurut seorang pakar nutrisi, bila kita mula ambil nutrien sihat, ia akan bertindakbalas dengan oksigen didalam badan. Tindakbalas ini akan meransang organ badan untuk menjalan pembersihan dan penyingkiran toksin.

Proses nie terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Antara kesan healing crisis yang banyak terjadi adalah :

  • Ruam pada kulit
  • Cirit birit
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Rasa sakit yang semakin teruk

Analoginya;

Seperti besi paip dirumah kita yang dah berkarat selepas sekian lama menyalurkan air disemburkan dengan serbuk anti karat, maka semua karat-karat didalam besi tersebut akan tertanggal. Dan ia akan menyebabkan air yang keluar daripada besi paip itu sangat kotor dengan kesat karat. Tetapi selepas semua karat yang ada didalam besi paip itu dibersihkan dan dikeluarkan, air yang keluar daripada paip itu turut sama bersih juga.






Korang tahu tak?

Healing Crisis atau krisis penyembuhan tu menunjukkan yang rawatan atau produk kesihatan yang kita ambil tu memang betul-betul berkesan. Sesetengah orang selalu beranggapan yang healing crisis adalah disebabkan rawatan atau produk yang tidak sesuai. Padahal ia adalah disebabkan oleh penyembuhan semulajadi dan ia merupakan petanda yang baik badan kita sedang menyingkirkan toksin.

Tahap healing crisis atau krisis penyembuhan setiap orang tak sama. ia bergantung kepada umur dan tahap kesihatan masing-masing. Ada yang alami krisis sebaik sahaja mengambil produk kesihatan atau makanan tambahan. Ada juga yang ambil masa sebulan atau dua bulan selepas mengambil makanan kesihatan. Tubuh badan yang mengandungi banyak toksin akan mengalami krisis yang lebih teruk berbandaing mereka yang menyimpan sedikit sahaja toksin.


Berapa lama nak dapat kesan baik?

Biasanya lepas 1-2 bulan ambil produk kesihatan, kita akan alami kesan perbezaannya. Contohnya, tenaga semakin bertambah, keadaan sistem usus yang semakin baik, tahap kesihatan semakin meningkat, bertambah cantik dan bertambah sihat. Andaikata tak ada alami sebarang perubahan positif,  mungkin terdapat masalah-masalah:
  • Tak konsisten setiap hari
  • Tak mengikut dos yang dicadangkan
  • Kurang minum air putih - saranan 3-4 liter sehari
  • Berhenti ambil produk kesihatan sebab takut healig crisis
  • Kurang tidur
  • Tak amalkan diet & pemakanan seimbang
  • Amalkan gaya hidup tak sihat seperti merokok, minuman beralkohol & ambil minuman bergas 
  • Alami masalah emosi


Antara tanda-tanda krisis penyembuhan atau healing crisis :
  • Sakit kepala yang melampau
  • Demam
  • Cirit-birit
  • Peluh berbau
  • Kembung
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Ruam
  • Selsema dan batuk
  • Sakit otot dan sendi
  • Gangguan tidur
  • Kitaran haid terganggu
  • Kerap lapar
  • Loya, sembelit
  • Edema





Syarat untuk kurangkan kesan healing crisis nie cumalah dengan banyakkan minum air kosong. Saranan untuk minum 3 atau 4 liter air setiap hari.

Analoginya;

Tong yang kotor dan dipenuhi denga keladak. Kita mesti basuh dan alirkan air yang banyak untuk pastikan semua kelada tu mencair dan keluar daripada tong.



Jadi, jangan risau kalau korang hadapi healing crisis. Teruskan makan produk kesihatan tu mengikut jadual dan doa yang disarankan. Pasti kesan baik akan diperolehi lepas healing crisis berlalu. Percayalah!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...