HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Kebaikan Berjogging Untuk Kurus dan Kesihatan


Korang selalu berjogging?

Frankly, jongging bukan sukan favorite saya. Saya tak larat nak berlari dengan banyak. Mungkin sebab badan tak fit? Entahlah.

Semalam saya dah dapat geng untuk berjogging. Dapat habiskan 1 pusingan di Taman Gelora, Kuantan. Penatnya, boleh la diterima oleh otak saya. Bagaimanapun, saya cuma mampu selangkan larian dengan berjalan pantas. Tak mampu nak lari all the way. Hihi.




Kalau nak dibandingkan dengan aktiviti sukan saya sebelum nie, saya prefer untuk buat zumba berbanding jogging. Fuhh! Penat!

Tapi disebabkan oleh kekangan kewangan, saya tak mampu nak berzumba 4 kali seminggu macam dulu di Kuantan nie. Haha!
Terima kasih pada Geng Zumba Chini yang buat effort tubuhkan kelab zumba dengan yuran yang sangat mampu bayar oleh ahli-ahli. Rindu korang. Huhu..

Bestnya jogging di Taman Gelora, ramai juga penduduk Kuantan yang beriadah disini. Lagi best, track jogging disediakan untuk kemudahan berjogging. Paling best, ada juga alat-alat senaman macam gym disediakan. Tapi yang simple aje la.




Saya nak share sikit kebaikan berjogging yang saya dapat daripada pakcik Gugel.


1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


2. Berat Badan

Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.


5. Tidur

Jogging juga mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia.


6. Tekanan

Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur.


7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".


8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood. 


9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat. 


10. Otak 

Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.


11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.


Tu antara kebaikan joging yang saya tanya kat pakcik Gugel. Mungkin ada lagi yang lain. Nanti saya study ye.

Apa yang penting, semua jenis senaman yang kita buat, kenalah istiqomah untuk lihat keberhasilannya. Kalau acah-acah je rajin, maka matlamat pun kelautlah.

Hah apa lagi? 
Pegi ambik kasut tu petang ni jugak kita jogging!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...