Kulit muka bersih tanpa sebarang noda, sihat dan berseri. Semua tu impian wanita kan?
Malangnya, kadang-kadang keinginan untuk dapatkan kulit yang cantik tu selalu je menjadikan kita terlalu cuai dan tidak berhati-hati untuk memilih produk yang baik.
Apa kriteria yang perlu dipertimbangkan masa pilih produk kecantikan?
1. Mestilah kenali jenis kulit muka korang.
Secara basic, kulit muka ada 5 jenis ;
- Kulit Normal
- Kulit berminyak
- Kulit kering
- Kulit kombinasi
- Kulit sensitif
Penggunaan produk adalah berbeza mengikut jenis kulit. Jadi, dah kenal ke jenis kulit masing-masing?
2. Pilih produk yang menggunakan bahan semulajadi. Jauhi produk yang mengandungi bahan-bahan beracun seperti hidrokuinon, raksa, plumbum, merkuri dan sebagainya.
Macam mana nak kenali produk yang tidak mengandungi bahan-bahan beracun? Dah sah-sah setiap pengeluar akan claimn produk mereka adalah semulajadi kan?
Maka, penting untuk kita pilih produk dari syarikat yang dah establish atau pilih produk yang yang ada kajian klinikal macam Shaklee.
HIDROKUINON. Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat).
3. Pastikan produk yang korang nak beli tu ada kelulusan daripada KKM. Kelulusan dari KKM nie amatlah penting untuk pastikan sesuatu produk tu tidak mengandungi racun berjadual dan bahan kimia seperti diatas. KKM akan buat kajian keatas sample produk terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan untuk dipasarkan.
4. Pastikan produk yang korang gunakan adalah produk yang original. Saya perhatikan sejak kebelakangan nie banyak produk-produk tiruan yang meniru produk-produk yang laku keras dipasaran. Sebagai pengguna, saya tak rasa kita akan mengenali mana satu produk yang ori dan mana satu yang tiruan kan? Jadi, sebaiknya pilih lah produk dari company yang dah establish walau pun sedikit mahal harganya.
5. Dapatkan nasihat doktor bagi mereka-mereka yang punyai kulit sensitif dan bermasalah. Tak perlu semberomo mengikut tren semasa dan terlalu terpengaruh dengan testimoni.
6. Pastikan testimoni sebenar. Tak sikit sebenarnya seller yang buat testimoni palsu untuk melariskan produk mereka.
Ok. Tu antara kriteria yang perlu kita pertimbangkan semasa memilih produk kecantikan yang baik dan selamat. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Nanti saya share produk apa yang saya pakai ye. :)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.
Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com