HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Detoks. Show all posts
Showing posts with label Detoks. Show all posts

8 Langkah Penting Bagaimana Nak Kurus

Tak habis-habis nak cerita pasal kurus kan?
Ye la.
Kurus dan perempuan. Macam isi dengan kuku.
Kurus bukan saja untuk cantik. Tapi paling penting untuk sentiasa sihat.
Betul tak?

Saya nak share tip kurus yang selalu dipesan dan diberitahu oleh pakar-pakar kesihatan.




1. Tetapkan dan capai matlamat
Tetapkan matlamat pengurangan  berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Contohnya, anda inginkan penurunan 2-3kg sebulan, dan ia adalah logik dan boleh dicapai. Dan anda perlu bekerjaa keras untuk mencapai matlamat itu!
Sila jangan tetapkan matlamat yang pasti sukar untuk dicapai contohnya mahu menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Jika ia tak tercapai, pasti anda kecewa.

2. Mengawal kuantiti makanan.
Pastkan 1/2 daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 bahagian adalah nasi dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan berprotin seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

3. Nikmati makanan anda secara perlahan.
Adakah anda tergolong dikalangan mereka yang menghabiskan makanan dalam tempoh 5-10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk anda mengubah situasi itu! 
Sila perlahankan 'pace' anda. Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suapan makanan. Ambil masa selama 20-30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makanan.

4. Jauhi minuman manis dan berkawan dengan air kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.
Sila pasikan anda mengambil air kosong yang mencukupi iaitu sebanyak 8-10 gelas sehari. Tanpa air yang mencukupi, anda akan merasa mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar, tetapi lapar kerana kekurangan air. Jika anda berasa 'lapar', pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. 
Ingat tau! Keadaan 'lapar' ini akan membuatkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

5. Nikmati makanan tinggi serat.
Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia mengawal berat badan anda. Penuhkanlah peti ais anda dengan pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran. Penuhi juga kabinet makanan anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan tinggi serat. 

6. Pilih protin tanpa lemak.
Jangan memilh jenis makanan berprotin yang tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotin yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam ( tanpa kulit ) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan ideal.

7. Aktifkan diri
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain video games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer da sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman rutin selama 30-45 minit setiap sesi, 4-5 kali seminggu. Lakukan sebarang senaman yang anda gemari seperti berjalan laju, jongging, berenang atau bermain badminton.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurag-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index 
( BMI ) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantauan jenis makanan yang diambil.


Jadual BMI, Berat Badan Ideal, Tips Diet




Langkah berikutnya nombor 9. So ada 9 tip saya bagi tau. Hehe.

9. Detoks Dengan Suplemen Shaklee.

Kenapa kena buat detoks? 

Pernah tak korang alami, dah penat diet dan kawal pemakanan. Penat juga bersenam sampai kaki pun naik cramp. Tapi hasilnya sangat menyedihkan? Tahu tak kenapa?
Ada kemungkinan semua usaha kita tu sia-sia disebabkan oleh banyaknya parasit bermastautin didalam badan kita nie. Habis semua zat-zat dan nutrien dari makanan sihat yang kita ambil tadi, dimakan oleh parasit-parasit tu.

Caranya?
Detoks la. :)

Korang boleh buat detoks dengan barisan suplemen Shaklee macam kat bawah nie.


1. DTX Complex




DTX Complex mengandungi Milk Thistle. Milk thistle memang telah digunakan sejak turun termurun untuk proses detoks hati. Ia juga sangat terkenal sebagai tonik hati. Tumbuhan Milk Thistle dah pun digunakan selama 2000 tahun sebagai remedi tradisional untuk penyakit berkaitan hati. Kandungan Milk Thistle yang terdapat didalam DTX Complex berupaya melindungi hati dan memperbaiki fungsinya. Kandungan utama dalam Milk Thistle adalah Silymarin yang terkenal sebagai bahan anti oksida yang membantu tubuh dalam pelbagai cara. Selain dari itu, bahan aktif silibin yang terkandung didalam Milk Thistle turut memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah penghadaman, sembelit, masalah kulit, nafas berbau dan beberapa masalah lain yang berpunca daripada pengumpulan toksin berlebihan didalam badan.


 2. Garlic Complex




Garlic Complex daripada Shaklee mengandungi Allicin iaitu sebatian asal dari bawang putih. Bawang putih yang digunakan oleh Shaklee adalah ditaman secara organik di California, USA pada musim panad dan bebas 100% dari racun perosak. Allisin secara tradisionalnya digunakan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin merupakan sebatian antibakteria, antikulat dan mempunyai sifat penyembuh. Ia juga bahan antioksidan yang boleh membantu tubuh berfungsi dengan sihat.

3. Nutriferon




Bahan utama didalam Nutriferon adalah biji labu. biji labu sangat baik untuk membantu proses detoks kerana ia akan mematikan parasit yang ada didalam badan. Biji labu merupakan bahan anti-oksida dan anti-radang yang mampu melindungi sel dari diserang oleh radikal bebas dan juga serangan parasit. Biji labu juga mempunyai efek seperti ubat cacing yang mampu mengeluarkan cacing daripada sistem pencernaan.

4. Alfalfa




Alfalfa adalah tumbuhan yang bersifat antibakteria. Dimana ia mampu untuk melindungi sel daripada serangan bakteria dan parasit. Alfalfa sangat terkenal dan berkesan untuk proses detoks.

5. Herblax


Siapa yang pernah makan Herblax, confirm puas hati dengan prestasinya kan?
Semua hasil buangan badan akan di keluarkan tanpa was-was lagi. Ianya sangat bagus untuk proses detoks dan keluarkan parasit dari sistem pencernaan.

Jadi, dah tahu kenapa perlu berdetoks?
Dan nak detoks macam mana?
Jom lah kita singkirkan parasit didalam badan untuk kesihatan yang lebih cemerlang.


Testimoni

Jom tengok beberapa testimoni hasil selepas berdetoks. Bukan je boleh turunkan berat, tapi kulit pun semakin cantik dan berseri.

Testimoni 1




Testimoni 2



Testimoni 3




Nak kan konsultasi atau nak bincang-bincang pasal detoks?
Jangan lupa whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kenapa Perlu Buat Detoks?


Detoks adalah proses untuk membuang kekotoran dan toksin yang telah masuk kedalam badan kita samada secara sedar atau pun tidak.
Bahan-bahan bertoksin boleh masuk kedalam badan melalui pemakanan, udara yang disedut, air yang diminum dan berbagai-bagai sumber lain lagi.

Anda dah pernah buat proses Detoks? Nak buat proses Detoks tapi tak tahu caranya?

Jom.
Saya kongsikan sedikit ilmu untuk proses detoks.

Rupa-rupanya kita kena tahu tempoh masa yang sesuai untuk buat detoks.
Ada yang sehari.
Ada yang 7 hari.
Ada yang 14 hari.
Ada juga yang dihujung minggu sahaja.

Cuba baca di entry ini : Tempoh Masa Sesuai Untuk Detoks



                    


Dah pilih tempoh masa yang sesuai untuk anda berdetoks?
Sila bertabah untuk anda-anda yang baru 1st time buat detoks. Cabaran & godaanya boleh tahan juga!!

Sebelum memulakan sesi detoks, anda dah tahu nak buat detoks dibahagian mana? Dan apa yang patut diambil / dimakan sepanjang proses detoks?

Ok.

Sebelum decide untuk buat detoks, jom baca tentang organ-organ yang patut menjalani proses detoks di entry Kenali Organ Yang Perlu Detoks





Detoks Dengan Vitamin Shaklee.

Since kita dah tahu tempoh untuk buat detoks serta detoks bahagian mana yang nak diutamakan, saya nak share vitamin-vitamin dari Shaklee yang boleh bantu kita untuk buat detoks.

1. DTX Complex





DTX Complex mengandungi Milk Thistle. Milk thistle memang telah digunakan sejak turun termurun untuk proses detoks hati. Ia juga sangat terkenal sebagai tonik hati. Tumbuhan Milk Thistle dah pun digunakan selama 2000 tahun sebagai remedi tradisional untuk penyakit berkaitan hati. Kandungan Milk Thistle yang terdapat didalam DTX Complex berupaya melindungi hati dan memperbaiki fungsinya. Kandungan utama dalam Milk Thistle adalah Silymarin yang terkenal sebagai bahan anti oksida yang membantu tubuh dalam pelbagai cara. Selain dari itu, bahan aktif silibin yang terkandung didalam Milk Thistle turut memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah penghadaman, sembelit, masalah kulit, nafas berbau dan beberapa masalah lain yang berpunca daripada pengumpulan toksin berlebihan didalam badan.

 2. Garlic Complex




Garlic Complex daripada Shaklee mengandungi Allicin iaitu sebatian asal dari bawang putih. Bawang putih yang digunakan oleh Shaklee adalah ditaman secara organik di California, USA pada musim panad dan bebas 100% dari racun perosak. Allisin secara tradisionalnya digunakan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin merupakan sebatian antibakteria, antikulat dan mempunyai sifat penyembuh. Ia juga bahan antioksidan yang boleh membantu tubuh berfungsi dengan sihat.

3. Nutriferon




Bahan utama didalam Nutriferon adalah biji labu. biji labu sangat baik untuk membantu proses detoks kerana ia akan mematikan parasit yang ada didalam badan. Biji labu merupakan bahan anti-oksida dan anti-radang yang mampu melindungi sel dari diserang oleh radikal bebas dan juga serangan parasit. Biji labu juga mempunyai efek seperti ubat cacing yang mampu mengeluarkan cacing daripada sistem pencernaan.

4. Alfalfa




Alfalfa adalah tumbuhan yang bersifat antibakteria. Dimana ia mampu untuk melindungi sel daripada serangan bakteria dan parasit. Alfalfa sangat terkenal dan berkesan untuk proses detoks.

5. Herblax


Siapa yang pernah makan Herblax, confirm puas hati dengan prestasinya kan?
Semua hasil buangan badan akan di keluarkan tanpa was-was lagi. Ianya sangat bagus untuk proses detoks dan keluarkan parasit dari sistem pencernaan.

Jadi, dah tahu kenapa perlu berdetoks?
Dan nak detoks macam mana?

Jom lah kita singkirkan parasit didalam badan untuk kesihatan yang lebih cemerlang.
Nak kan konsultasi atau nak bincang-bincang pasal detoks?
Jangan lupa whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Mengapa Kita Makan Tetapi Masih Terasa Lapar?

Rujukan : Isihat
Tulisan Doktor Zubaidi Hj Ahmad

Mengapa kita masih terasa lapar walau telah pun makan?

Didalam tubuh kita rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu Ghrelin dan Leptin. Kedua-dua hormon ini akan mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan ini berada didalam Nukleus Ventromedial di Hypothalamus pada otak. 

Rasa lapar dan rasa berselera untuk makan adalah dua perkara yang berbeza.

Rasa lapar ------> Rasa fisiologi yang terhasil untuk meransang kita untuk mencari makanan dan untuk melakukan perbuatan makan.
Ia adalah suatu cara perlindungan diri untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya.

Rasa berselera -----> Ia banyak dipengaruhi oleh emosi dan hormon. 
Walaupun telah mengambil makanan akibat dari pengeluaran hormon leptin yang tinggi yang menghantar isyarat tidak puas makan ke otak walaupun telah berasa kenyang.



Rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu :

  1. Hormon Ghrelin
  2. Hormon Leptin
Kedua-dua hormon tersebut mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan itu berada didalam Nukleus Ventromedia di Hypothalamus pada otak.
  • Peningkatan hormon ghrelin menyebabkan kita rasa lapar.
  • Peningkatan hormon leptin menyebabkan kita berasa kenyang.

Hormon kenyang vs hormon lapar.

Hormon Ghrelin
  • Rasa lapar bermula apabila perut kita telah kosong selepas 6 hingga 10 jam pengambilan terakhir makanan.
  • Rasa lapar ini bergantung kepada berapa cepat tahap gula dalam tubuh yang semakin menurun.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel yang berada pada lapisan didalam perut.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel ini apabila perut kosong pada suatu jarak masa tertentu dan kita akan berasa lapar.
  • Apabila kita makan, perut terisi dengan makanan dan dinding perut diregangkan. Ini menyebabkan sel-sel didalam perut memperlahankan pengeluaran hormon Ghrelin.
  • Pusat kawalan otak pula akan menghantar signal menyebabkan kita mula berasa kenyang.


Hormon Leptin
  • Dipengaruhi oleh tahap gula didalam darah.
  • Hormon ini dihasilkan apabila gula masuk ke dalam sel adipos iaitu sel lemak yang berada dipermukaan bawah kulit.
  • Apabila gula semakin kurang didalam darah, hormon Leptin juga turut menjadi rendah kerana tidak banyak gula masuk kedalam sel-sel adipos. ia menyebabkan kita berasa lapar.
  • Apabila kita makan, peningkatan tahap gula juga akan meningkat didalam tubuh kita. Gula akan dibakar sebagai tenaga dan sebahagian lagi akan disimpan sebagai glikogen [ disimpan didalam hati ] dengan ransangan hormon insulin.
  • Hormon Leptin pula akan meningkat seiring dengan peningkatan gula didalam sel-sel adipos hingga satu tahap pusat kawalan otak diransang oleh hormon ini dan membuatkan kta berasa kenyang.
  • Hormon Leptin bukan saja membuatkan kita berasa kenyang, malahan berasa puas selepas makan.
Kesimpulanya,

Kita akan berasa lapar apabila;
Hormon Leptin rendah 
Hormon Ghrelin tinggi

Kita akan berasa kenyang apabila;
Hormon Leptin tinggi
Hormon Ghrelin rendah

KENYANG  TETAPI TIDAK PUAS DAN MASIH BERSELERA?

Sebenarnya ia menandakan sistem tubuh sedang mengalami masalah. Bagaimana logiknya, perut yang telah pun terisi makanan, masih berasa lapar dan berselera untuk menjamah makanan?
Sepatutnya, hormon leptin yang tinggi bukan saja menghantar isyarat untuk berasa kenyang, malahan ia menghantar isyarat rasa puas kepada bahagian otak yang mengawal rasa.

Petanda sistem tubuh sedang mengalami masalah.
  1. Kerap mengambil makanan atau minuman manis untuk merasa lebih kenyang dan puas selepas makan.
  2. Masih berasa lapar walaupun telah pun menghabiskan dua pinggan nasi beserta lauk pauk lengkap.
  3. Mengalami masalah obesiti.



Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh :
  • Rasa tidak puas makan adalah disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon insulin.
  • Apabila berlaku kerintangan insulin, otot-otot tubuh tidak dapat membaca kehadiran hormon insulin yang banyak hinggakan gula tidak boleh dibakar menjadi tenaga.
  • Kehadiran gula yang banyak didalam darah, akan menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih banyak hormon insulin kerana menyangka hormon tersebut tidak ada didalam darah.
  • Rasa tidak puas makan juga disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon leptin.
  • Tahap hormon leptin yang tinggi tidak dapat dibaca oleh otak sehingga pusat kawalan tidak berasa kenyang kerana ia tidak diransang dengan baik.
  • Ia menyebabkan otak berfikir yang hormon leptin masih rendah dan kandungan gula masih kurang didalam tubuh.
Semua faktor diatas menyebabkan individu yang mengalami masalah sistem tubuh makan dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan tahap hormon leptin dan meningkatkan penghasilan gula. Oleh itu, lama-kelamaan individu tersebut akan mengalami peningkatan berat badan dan obesiti. Selain itu, perkara ini juga akan mengundang penyakit diabetes mellitus.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini:
  • Mengawal nafsu makan secara keseluruhan
  • Mengamalkan gaya pemakanan sihat
  • Berhenti makan sebelum terasa kenyang
  • Mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat


Cara Untuk Mengurangkan Keinginan Terhadap Makanan Manis.

Saya mencadangkan anda untuk membuat regim detoks parasit untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis. Ada kemungkinan keinginan yang tinggi terhadap manisan adalah berpunca daripada terdapat parasit yang telah pun ada didalam badan kita. Siapa tahu kan?
Jadi, kenapa tidak anda mencuba regim ini untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis sekaligus untuk menyingkirkan parasit dari terus berada didalam badan kita.

Kebiasaannya, regim detoks parasit dibuat untuk tempoh 5 hari semasa bulan mengambang penuh iaitu disetiap pertengahan bulan Islam. Jadi, anda kena selalu refer kalendar dan mengetahui tarikh kalendar Islam.


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Detoks Parasit.

1. Gula

Jangkitan parasit boleh menyebabkan keinginan kepada karbohidrat dan gula putih menjadi tinggi. Jadi cara yang terbaik adalah cuba untuk mengawal nafsu daripada mengambil gula samada daripada air ataupun makanan. Dengan kata lain, cuba elakkan langsung daripada pengambilan gula daripada makanan seharian terutamanya ketika hari-hari bulan mengambang. Gula adalah makanan utama parasit. Jadi, sila biarkan semua parasit tersebut mati tanpa makanan kesukaan mereka.

2. Karbohidrat Ditapis ( Refined Carb )

Karbohidrat ditapis adalah seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta. Dengan kata lain, refined carb adalah makanan yang berasaskan tepung putih dengan gluten dan bahan peluntur. Makanan seperti ini biasanya akan ditambah dengan gula dan akan menyebabkan kandungan didalam badan menjadi tinggi, dan sekaligus menjadi makanan kepada parasit yang ada.

3. Makanan Berproses

Makanan berproses adalah makanan segera seperti nugget, sosej, jejari kentang, maggi, segala macam sos dipasaran dan segala macam kicap. Pendek kata, makanan dan perisa ready made yang banyak terdapat didalam pasaran.





Makanan Yang Sesuai Diambil

1. Wormwood dan Sayuran Hijau

Ia merupakan herba yang membantu untuk membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran mereka tidak mesta untuk didiami. Selain itu, ulam-ulaman atau sayuran hijau juga sesuai diambil untuk memastikan parasit tidak dapat makan dengan sempurna.



2. Bawang Putih


Bawang putih merupakan sumber antiparasit semula jadi dan makanan antibiotik. bawang putih juga membantu dan menyokong pergerakan usus dan detoksifikasi usus. Ia lebih bagus dimakan mentah kerana masih mengekalkan allicin. Untuk orang yang tak mampu untuk menelan bawang putih mentah, anda boleh mengambil suplemen Garlic Complex Shaklee sebagai alternatif.


3. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dalam produk kelapa. Selepas masuk ke dalam badan ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis, dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman.

4. Cuka Epal

Cuka epal membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.
Ia akan membuat perut kita bebas dari parasit dan juga memastikan bahawa apa-apa larva dihapuskan.


5. Betik 

Buah ini mempunyai keupayaan yang kuat untuk memusnahkan cacing, seperti cacing pita dan cacing dalam usus. Untuk meningkatkan potensi,kupas kulit sebelum rendam di dalam cuka epal.



6. Bawang kuning
Seperti bawang putih, bawang hijau melepaskan enzim yang dipanggil alliinase apabila mereka dihancurkan atau dipotong. Menyediakan bawang dan mengelakkan 'faktor air mata' yang disebabkan oleh bawang, menyejukkan mereka selama satu jam dan kemudian memotong mereka menggunakan pisau yang tajam.
Untuk rangsangan antiparasit, jus seksyen putih bawang dan menambah dua sudu teh minyak biji bijan. Minum dua kali sehari selama 3 hari tanpa apa-apa makanan.

7. Nenas
Buah ini mengandungi enzim antiparasit dikenali sebagai bromelain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan nanas 3 hari berturut boleh membantu membunuh cacing pita.

8. Biji labu

Biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang. Salah satu kandungan nutriferon adalah biji labu. Jadi dalam program detoks parasit ni, amalkan makan nutriferon 3 sacet sehari 



9. Lobak merah dan lobak merah jus atau jus kranberi (tanpa gula)


Anda boleh mencairkan jus kranberi dalam air. Lobak merah atau jus lobak merah membunuh parasit juga.


10. Lada


Rempah seperti cili merah, cili, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga, dan bunga cengkih semua membuatkan parasit hilang.


11.  Probiotik
 Anda juga boleh menggunakan makanan tambahan probiotik, yang membantu membunuh bakteria yang tidak baik dan menambah bakteria baik.

Suplemen Yang Boleh Diambil Untuk Detoks Parasit.

  • DTX Complex - detox hati 
  • Alfalfa Complex - Detox seluruh badan 
  • Herb lax - Detox usus
  • Nutriferon - tingkatkan imun sistem, penting utk ketahana badan semasa membunuh parasit 
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 
  • Vivix - detox sel 
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Hati : Organ Detoks Yang Sangat Penting

Hati.




Organ yang tuhan bagi untuk membantu kita buat detoks secara semulajadi.

Korang tahu tak apa fungsi hati kita?
Meh saya tolong listkan.

1. Menghasilkan air hempedu yang diperlukan untuk :

  • Rembesan air hempedu disimpan didalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah diperlukan untuk pencernaan lemak. Ia akan memcahkan lemak kepada lapisan yang lebih kecil.
  • Hempedu membantu penyerapan vitamin larut lemak A, D, E, K dan membantu asimilasikan kalsium.
  • Hempedu juga membantu menukarkan Beta karotina kepada Vitamin A
2. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan yang terdapat didalam badan ke bentuk glikogen dalam sel hati. Glokogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan kita perlukan tenaga.

3. Hati menghasilkan faktor pembekuan darah.

4. Hati menghasilkan Asid Amino iaitu struktur asa Protin.

5. Tempat untuk memproses dan menyimpan zat besi ( Ferum ) yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.

6. Hati juga menghasilkan kolestrol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.

7. Hati menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisme didalam badan menjadi urea.

8. Hati menukarkan ubat-ubatan yang kita ambil kepada bahan aktifnya semasa didalam badan.





Simptom Hati Dah Sakit.

  • Loya
  • Muntah
  • Sakit perut dibahagian atas abdomen
  • Jaundice - Kulit berwarna kuning disebabkan oleh kepekatan bilirubin didalam saluran darah adalah tinggi.
  • Keletiha
  • Lemah badan
  • Berat turun dengan mendadak.

Jenis-jenis Kerosakan Hati.

1. Hepatitis - Sel hati menjadi radang
2. Kolestosis - Aliran air hempedu tersekat
3. Steatosis - Pengumpulan kolestrol / triglyceride
4. Aliran darah ke hati terganggu
5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal

Jenis-jenis Penyakit Hati

* Hepatitis A
* Hepatitis B
* Hepatitis C
* Hepatitis D
* Hepatitis E


Hati Bertindak Sebagai Organ Detox?
Macam mana tu?
Jom baca info nie dengan nada skema tau. Hihi.

1. Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

2. Hati mengawal metabolisme protin

3. Untuk detoks ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolisme, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia serta bahan-bahan lain yang kurang toksik.

4. Bahan itu kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai hati yang sihat dan berfungsi dengan betul, kita juga mestilah ada buah pinggang yang sihat dan berfungsi dengan betul.

Korang tau tak?

Yang hati juga berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah?

Macam mana?

Dengan menukarkan tiroksina iaitu hormon tiroid kedalam bentuk yang lebih aktif.
Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati akan menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTG ( Faktor Toleransi Glukosa ) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula didalam dengan betul.

Gula yang berlebihan akan disimpan didalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar semula kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

Hati juga penting untuk metabolisme lemak.
Hati memainkan peranan penting didalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga.

Makanan yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak didalam hati yang kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk disimpan.


Detoks Hati.
Macam mana pula tu?

Disebabkan hati kita dah pun proses macam-macam bahan-bahan yang tak di perlukan oleh badan kita, ia boleh jadi penat atau stress. Sebab tu ada macam-macam penyakit hati sekarang nie. Jadi, untuk dapatkan hati yang sihat, kita perlu singkirkan semua toksin yang dah melekat di hati tu.

Caranya dengan buat detox hati. Gunakan DTX Complex untuk membantu proses detox hati.



Kenapa DTX Complex?

Kerana DTX Complex mengandungi bahan-bahan yang sangat berkesan untuk membantu proses detox hati.


1. Estrak Milk Thistle Seed


Proses ekstrak ini adalah untuk mendapatkan 80% Silymarin yang kaya dengan bahan antioksida. Ia membantu melindungi hati daripada toksin termasuk dadah dan bahan kimia. Estrak Milk Thistle Seed merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis. Ia juga mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
Selain daripada itu, ekstrak Milk Thistle Seed membantu untuk mengurangkan masalah kulit seperti psoriosis dan eczema.



2. Artichoke



Artochoke membantu membina semula sel-sel yang telah mati. 
Ia juga meransang pengaliran hempedu.



3. Dandelion




Dandelion membantu fungsi hati. Ia sangat berguna ketika berlakunya kebengkakan hati 
( Hepatitis ) dan Jaundice.
Dandelion juga membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu. Selain daripada itu, dandelion juga membantu mencegah terjadinya batu karang dan merawat endometriosis. Ia bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.  
Dandelion bertindak meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi bagi melawan anemia, tumor dan sel kanser.


4. Tumeric



Tumeric atau lebih dikenali sebagai kunyit mengandungi curcumin, sejenis bahan antioksida. Ia meningkatkan kesan anti-radang dan membantu mengurangkan kesakitan. Kunyit juga mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


5. Reishi Mushrooms





Reishi Mushroom yang juga dikenali sebagai Cendawan Ling ZHi berfungsi untuk meingkatkan imu. Ia membantu dalam mencegah atau merawat kanser, mengurangkan masalah bronchitis dan sinusitis. Cendawan Ling Zhi juga merawat sindrom keletihan yang kronik dan membantu mencegah sakit jantung.  


6. Schizandra Berry





 Ekstrak buah beri Schizandra mengandungi bahan anti-oksida. Ia juga merangsang sistesis protin dan meningkatkan jumlah protin didalam tubuh.


Banyaknya bahan yang bagus didalam DTX Complex. Ye la kan?

Nak hati yang sihatm kena la bagi bahan yang berkualiti.

Nak try DTC Complex?

Jom kontek saya.

013-398 4050





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...