HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Mengapa Kita Makan Tetapi Masih Terasa Lapar?

Rujukan : Isihat
Tulisan Doktor Zubaidi Hj Ahmad

Mengapa kita masih terasa lapar walau telah pun makan?

Didalam tubuh kita rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu Ghrelin dan Leptin. Kedua-dua hormon ini akan mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan ini berada didalam Nukleus Ventromedial di Hypothalamus pada otak. 

Rasa lapar dan rasa berselera untuk makan adalah dua perkara yang berbeza.

Rasa lapar ------> Rasa fisiologi yang terhasil untuk meransang kita untuk mencari makanan dan untuk melakukan perbuatan makan.
Ia adalah suatu cara perlindungan diri untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya.

Rasa berselera -----> Ia banyak dipengaruhi oleh emosi dan hormon. 
Walaupun telah mengambil makanan akibat dari pengeluaran hormon leptin yang tinggi yang menghantar isyarat tidak puas makan ke otak walaupun telah berasa kenyang.



Rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu :

  1. Hormon Ghrelin
  2. Hormon Leptin
Kedua-dua hormon tersebut mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan itu berada didalam Nukleus Ventromedia di Hypothalamus pada otak.
  • Peningkatan hormon ghrelin menyebabkan kita rasa lapar.
  • Peningkatan hormon leptin menyebabkan kita berasa kenyang.

Hormon kenyang vs hormon lapar.

Hormon Ghrelin
  • Rasa lapar bermula apabila perut kita telah kosong selepas 6 hingga 10 jam pengambilan terakhir makanan.
  • Rasa lapar ini bergantung kepada berapa cepat tahap gula dalam tubuh yang semakin menurun.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel yang berada pada lapisan didalam perut.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel ini apabila perut kosong pada suatu jarak masa tertentu dan kita akan berasa lapar.
  • Apabila kita makan, perut terisi dengan makanan dan dinding perut diregangkan. Ini menyebabkan sel-sel didalam perut memperlahankan pengeluaran hormon Ghrelin.
  • Pusat kawalan otak pula akan menghantar signal menyebabkan kita mula berasa kenyang.


Hormon Leptin
  • Dipengaruhi oleh tahap gula didalam darah.
  • Hormon ini dihasilkan apabila gula masuk ke dalam sel adipos iaitu sel lemak yang berada dipermukaan bawah kulit.
  • Apabila gula semakin kurang didalam darah, hormon Leptin juga turut menjadi rendah kerana tidak banyak gula masuk kedalam sel-sel adipos. ia menyebabkan kita berasa lapar.
  • Apabila kita makan, peningkatan tahap gula juga akan meningkat didalam tubuh kita. Gula akan dibakar sebagai tenaga dan sebahagian lagi akan disimpan sebagai glikogen [ disimpan didalam hati ] dengan ransangan hormon insulin.
  • Hormon Leptin pula akan meningkat seiring dengan peningkatan gula didalam sel-sel adipos hingga satu tahap pusat kawalan otak diransang oleh hormon ini dan membuatkan kta berasa kenyang.
  • Hormon Leptin bukan saja membuatkan kita berasa kenyang, malahan berasa puas selepas makan.
Kesimpulanya,

Kita akan berasa lapar apabila;
Hormon Leptin rendah 
Hormon Ghrelin tinggi

Kita akan berasa kenyang apabila;
Hormon Leptin tinggi
Hormon Ghrelin rendah

KENYANG  TETAPI TIDAK PUAS DAN MASIH BERSELERA?

Sebenarnya ia menandakan sistem tubuh sedang mengalami masalah. Bagaimana logiknya, perut yang telah pun terisi makanan, masih berasa lapar dan berselera untuk menjamah makanan?
Sepatutnya, hormon leptin yang tinggi bukan saja menghantar isyarat untuk berasa kenyang, malahan ia menghantar isyarat rasa puas kepada bahagian otak yang mengawal rasa.

Petanda sistem tubuh sedang mengalami masalah.
  1. Kerap mengambil makanan atau minuman manis untuk merasa lebih kenyang dan puas selepas makan.
  2. Masih berasa lapar walaupun telah pun menghabiskan dua pinggan nasi beserta lauk pauk lengkap.
  3. Mengalami masalah obesiti.



Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh :
  • Rasa tidak puas makan adalah disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon insulin.
  • Apabila berlaku kerintangan insulin, otot-otot tubuh tidak dapat membaca kehadiran hormon insulin yang banyak hinggakan gula tidak boleh dibakar menjadi tenaga.
  • Kehadiran gula yang banyak didalam darah, akan menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih banyak hormon insulin kerana menyangka hormon tersebut tidak ada didalam darah.
  • Rasa tidak puas makan juga disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon leptin.
  • Tahap hormon leptin yang tinggi tidak dapat dibaca oleh otak sehingga pusat kawalan tidak berasa kenyang kerana ia tidak diransang dengan baik.
  • Ia menyebabkan otak berfikir yang hormon leptin masih rendah dan kandungan gula masih kurang didalam tubuh.
Semua faktor diatas menyebabkan individu yang mengalami masalah sistem tubuh makan dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan tahap hormon leptin dan meningkatkan penghasilan gula. Oleh itu, lama-kelamaan individu tersebut akan mengalami peningkatan berat badan dan obesiti. Selain itu, perkara ini juga akan mengundang penyakit diabetes mellitus.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini:
  • Mengawal nafsu makan secara keseluruhan
  • Mengamalkan gaya pemakanan sihat
  • Berhenti makan sebelum terasa kenyang
  • Mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat


Cara Untuk Mengurangkan Keinginan Terhadap Makanan Manis.

Saya mencadangkan anda untuk membuat regim detoks parasit untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis. Ada kemungkinan keinginan yang tinggi terhadap manisan adalah berpunca daripada terdapat parasit yang telah pun ada didalam badan kita. Siapa tahu kan?
Jadi, kenapa tidak anda mencuba regim ini untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis sekaligus untuk menyingkirkan parasit dari terus berada didalam badan kita.

Kebiasaannya, regim detoks parasit dibuat untuk tempoh 5 hari semasa bulan mengambang penuh iaitu disetiap pertengahan bulan Islam. Jadi, anda kena selalu refer kalendar dan mengetahui tarikh kalendar Islam.


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Detoks Parasit.

1. Gula

Jangkitan parasit boleh menyebabkan keinginan kepada karbohidrat dan gula putih menjadi tinggi. Jadi cara yang terbaik adalah cuba untuk mengawal nafsu daripada mengambil gula samada daripada air ataupun makanan. Dengan kata lain, cuba elakkan langsung daripada pengambilan gula daripada makanan seharian terutamanya ketika hari-hari bulan mengambang. Gula adalah makanan utama parasit. Jadi, sila biarkan semua parasit tersebut mati tanpa makanan kesukaan mereka.

2. Karbohidrat Ditapis ( Refined Carb )

Karbohidrat ditapis adalah seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta. Dengan kata lain, refined carb adalah makanan yang berasaskan tepung putih dengan gluten dan bahan peluntur. Makanan seperti ini biasanya akan ditambah dengan gula dan akan menyebabkan kandungan didalam badan menjadi tinggi, dan sekaligus menjadi makanan kepada parasit yang ada.

3. Makanan Berproses

Makanan berproses adalah makanan segera seperti nugget, sosej, jejari kentang, maggi, segala macam sos dipasaran dan segala macam kicap. Pendek kata, makanan dan perisa ready made yang banyak terdapat didalam pasaran.





Makanan Yang Sesuai Diambil

1. Wormwood dan Sayuran Hijau

Ia merupakan herba yang membantu untuk membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran mereka tidak mesta untuk didiami. Selain itu, ulam-ulaman atau sayuran hijau juga sesuai diambil untuk memastikan parasit tidak dapat makan dengan sempurna.



2. Bawang Putih


Bawang putih merupakan sumber antiparasit semula jadi dan makanan antibiotik. bawang putih juga membantu dan menyokong pergerakan usus dan detoksifikasi usus. Ia lebih bagus dimakan mentah kerana masih mengekalkan allicin. Untuk orang yang tak mampu untuk menelan bawang putih mentah, anda boleh mengambil suplemen Garlic Complex Shaklee sebagai alternatif.


3. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dalam produk kelapa. Selepas masuk ke dalam badan ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis, dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman.

4. Cuka Epal

Cuka epal membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.
Ia akan membuat perut kita bebas dari parasit dan juga memastikan bahawa apa-apa larva dihapuskan.


5. Betik 

Buah ini mempunyai keupayaan yang kuat untuk memusnahkan cacing, seperti cacing pita dan cacing dalam usus. Untuk meningkatkan potensi,kupas kulit sebelum rendam di dalam cuka epal.



6. Bawang kuning
Seperti bawang putih, bawang hijau melepaskan enzim yang dipanggil alliinase apabila mereka dihancurkan atau dipotong. Menyediakan bawang dan mengelakkan 'faktor air mata' yang disebabkan oleh bawang, menyejukkan mereka selama satu jam dan kemudian memotong mereka menggunakan pisau yang tajam.
Untuk rangsangan antiparasit, jus seksyen putih bawang dan menambah dua sudu teh minyak biji bijan. Minum dua kali sehari selama 3 hari tanpa apa-apa makanan.

7. Nenas
Buah ini mengandungi enzim antiparasit dikenali sebagai bromelain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan nanas 3 hari berturut boleh membantu membunuh cacing pita.

8. Biji labu

Biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang. Salah satu kandungan nutriferon adalah biji labu. Jadi dalam program detoks parasit ni, amalkan makan nutriferon 3 sacet sehari 



9. Lobak merah dan lobak merah jus atau jus kranberi (tanpa gula)


Anda boleh mencairkan jus kranberi dalam air. Lobak merah atau jus lobak merah membunuh parasit juga.


10. Lada


Rempah seperti cili merah, cili, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga, dan bunga cengkih semua membuatkan parasit hilang.


11.  Probiotik
 Anda juga boleh menggunakan makanan tambahan probiotik, yang membantu membunuh bakteria yang tidak baik dan menambah bakteria baik.

Suplemen Yang Boleh Diambil Untuk Detoks Parasit.

  • DTX Complex - detox hati 
  • Alfalfa Complex - Detox seluruh badan 
  • Herb lax - Detox usus
  • Nutriferon - tingkatkan imun sistem, penting utk ketahana badan semasa membunuh parasit 
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 
  • Vivix - detox sel 
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...