Tapi masih tak berjaya?
Ramai orang yang nak kurus, tapi terlalu bergantung kepada produk yang mahal dan tidak mengikuti rutin dan disiplin untuk kurus? So, macam mana nak kurus?
Tidak salah untuk mengambil sebarang produk yang terdapat dipasaran sekiranya mampu. Walaubagaimanapun, rutin dan disiplin untuk kurus, tetap perlu diamalkan.
Jom berkenalan dengan kalori.
Kalori adalah satu unit tenaga. Nilai kalori dalam sesebuah hidangan makanan wujud dengan kehadiran 3 unsur macronutrient iaitu Karbohidrat, Protin dan Lemak.
Tahukah anda?
Dalam setiap 1g bahan, terdapat nilai kalorinya sendiri.
1g Karbohidrat = 4kcal,
1g Protin = 4kcal,
1g Lemak = 9kcal.
Bagaimana nak mengira kalori sesebuah hidangan makanan?
Contoh : Seketul beger ayam.
Sebagai contoh, ia mempunyai 10g karbohidrat, 10g protin dan 10g lemak.
( 10g x 4kcal karbohidrat ) + ( 10g x 4kcal protin ) + ( 10g x 9kcal lemak )
= 170kcal.
Jadi, beger tersebut mengandungi 170kcal kalori.
Nota :
Cara untuk mengira BMR.
Dengan menggunakan formula Harris-Benedict;
Lelaki;
BMR = 66 + ( 13.7 x KG ) + ( 5 x CM ) - ( 6.8 x UMUR )
Wanita;
BMR = 655 + ( 9.6 x KG ) + ( 1.8 x CM ) - ( 4.7 x UMUR )
Kemudian, untuk mendapatkan DCR ( Daily Calorie Intake );
BMR didarabkan dengan faktor aktiviti. Aktiviti setiap orang adalah berbeza.
Sedentary ( little or no exercise ) = BMR x 1.2;
Lightly active ( sports 1-3 days/week ) = BMR x 1.375;
Moderately active ( sports 3-5 days/week ) = BMR x 1.55;
Very active ( sports 6-7 days/week ) = BMR x 1.725;
Extra active ( sports twice a day ) = BMR x 1.9.
Sebagai contoh;
Laila seorang wanita berusia 27 tahun, mempunyai berat 50 kg dengan ketinggian 160 cm. Beliau adalah seorang yang mengamalkan kardio 5 kali seminggu.
BMR = 655 + ( 9.6 x KG ) + ( 1.8 x CM ) - ( 4.7 x UMUR )
BMR = 655 + ( 9.6 x 50 ) + ( 1.8 x 160 ) - ( 4.7 x 27 )
BMR = 1116.1 kcal / day
jadi, DCR Laila adalah;
BMR x 1.55 = 1729.9 kcal/day
Laila perlu mengambil 1729.9 kcal sehari. Maknanya Laila perlu makan sebanyak 1729.9 kcal sahaja sehari.
Laila perlu menimbang jumlah kalori makanan yang diambilnya supaya mengikut formula ini;
Kalori masuk < DCR = untuk menurunkan berat badan.
Kalori masuk > DCR = untuk menaikkan berat badan.
Kalori masuk = DCR = untuk mengekalkan berat badan.
Untuk itu, Laila perlu mengira BMI untuk mengetahui berat badan beliau ideal atau tidak dengan ketinggian yang beliau ada. Boleh google calculator BMI untuk mengetahui BMI ideal.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com