HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Vivix Untuk Alzheimer's


Apa itu Alzheimer's?

Alzheimer's atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer's bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer's adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer's bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.





Simptom-simptom penyakit Alzheimer's

1- Hilang keupayaan untuk menerima info dan maklumat baru
Contoh : lupa appointment, bertanya soalan sama berulang kali, lupa jalan yang biasa dilalui ( balik rumah)

2- Hilang keupayaan untuk berfikir
Contoh : bahaya memegang cerek panas, tak boleh plan aktiviti yang hendak dibuat

3- Hilang keupayaan mengenal pasti objek ( bukan disebabkan oleh rosak penglihatan)
 Contoh : tak kenal ahli keluarga sendiri, tak boleh pakai baju sendiri

4- Keupayaan membaca, menulis dan bercakap terjejas
Contoh : hilang perkataan yang hendak disebut, typo

5- Perubahan personaliti dan tingkah laku
Contoh : hilang rasa kesian, taknak bersosial, hilang mood

Bila terjadi hilang ingatan dan sekurang-kurangnya 2 atau lebih simptom tersebut, baru lah doktor akan diagnos orang tu mempunyai Alzheimer's.


Siapa yang berisiko mendapat Alzheimer's? 

1- Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun
2- Mempunyai family history - orang yang ada ahli keluarga menghidap Alzheimer's lebih berisiko
3- Orang yang mempunyai gene APOE ( apolipoprotein E) - Lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai gene ini.


Golongan yang berisiko tapi boleh dikawal

1. Pesakit diabetes, darah tinggi , kolesterol tinggi --> berisiko mendapat strok dan dementia

2. Orang yang kurang berpelajaran & tidak berkerja

3. Pernah mengalami kecederaan otak

4. Mengalami kesukaran tidur atau tidur tak tentu masa




Rawatan yang diberikan oleh doktor?

Biasanya doktor akan bagi ubat untuk mengurangkan simptom. Atau ada setengah keadaan, doktor bagi ubat tidur


Apa terjadi kepada otak pesakit Alzheimer's?

Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.



Bagaimana Resveraterol membantu pesakit Alzheimer's?

1. Kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015 mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemerosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti.

2. Pesakit diberikan Resveraterol yang bersamaan dengan 1000 botol wine setiap hari.
Maknanya, keadaan pesakit Alzheimer tidak jadi makin kronik!

Didapati bahawa kadar protein beta amiloid40 kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.


Resveraterol mengurangkan keradangan di Otak

Otak pesakit Alzheimer's biasanya mengalami kerosakan disebabkan oleh keradangan .

Keradangan terjadi disebabkan oleh protein yang tergumpal di dalam otak.

Antara hasil kajian yang masih perlukan kepastian

1. Kajian juga mendapati kadar respons imuniti menjadi lebih baik.  Protein neurotoxic makin berkurangan.

2. Resveraterol mengurangkan pembengkakan otak yang disebabkan oleh keradangan.


Vivix dan Resrevatrol.

Vivix Shaklee adalah suplemen yang sangat kaya dengan Resveratrol.





Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Testimoni




Nak dapatkan konsultasi tentang Vivix?
Jangan malu rojer Cik Nor ye.

Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Vivix Untuk Kurus

Korang ada masalah berat badan berlebihan?
Sama la kita. Kahkahkah.

Macam saya. Dengan ketinggian 157cm, berat 71kg which is BMI saya adalah overweight!
Nangis tepi bucu katil la...




So meh la sama-sama cari solution untuk turunkan berat badan masing-masing.

Ok. Macam yang semua sedia tahu. Usaha untuk turunkan berat badan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Disiplin penuh mesti diberikan. Antara perkara yang mesti kita buat adalah :

1. Jaga pemakanan. Kena eat clean. Jauhi karbohidrat berlebihan, makanan berminyak, makanan berlemak, segala jenis makanan segera dan manisan.

2. Sentiasa bersenam.

3. Belajar kira kalori untuk setiap hidangan.


Sebenarnya entry saya hari nie bukanlah nak bercerita tentang macam mana untuk diet.
Tapi saya nak share bagaimana Vivix membantu untuk kurus atau membakar lemak.

Rasanya ramai yang tahu bahawa komponen utama dalam Vivix adalah resrevatrol. Sebenarnya resrevatrol nie lah yang banyak bantu untuk proses pembakaran lemak. Resrevatrol nie datangnya dari sumber tumbuhan seperti anggur, rasberri dan kekacang. 






Korang tau tak?

Resrevatrol dalam sebotol vivix bersamaan dengan 3000 gelas arak merah dan 660 kapsul pil pilifenol.
Hebat kan?

Jom berkenalan dengan Resrevatrol.





Apa itu Resevatrol?

Resrevatrol adalah sejenis polyphenol yang dikenali sebagai phytoalexin iaitu sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan terhadap penyakit. 
Bahan ini terhasil daripada tindakbalas tumbuhan terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan daripada dirosakkan oleh haiwan, sinar uv, cuaca yang esktrem dan sebagainya.

Terdapat tumbuhan yang tidak dapat menghasilkan resrevatrol kerana menggunakan pestisid & hebisid sebagai perlindungan.
Antara tumbuhan yang banyak menghasilkan resrevatrol adalah anggur, rasberi dan kekacang. Untuk vivix, sumber resrevatrol ini datangnya dari anggur muscdine.


Kesan dari Resrevatrol :

√ Kurangkan lemak dalam badan – Kurangkan pengumpulan lemak & jadi penghalang kepada sintesis lemak dlm badan.

√ Meningkatkan pengoksidaan asid lemak – Bantu tingkatkan pengaliran darah yg bawa oksigen keseluruh badan

√ Resrevatrol dapat beri rasa kenyang & kurangkan rasa nak makan.
Ada kajian menyatakan bahawa pengambilan resrevatrol dalam diet seharian akan membantu kita mengaktifkan gen Sirt1 ( sebut --> sirtuin1 ). Sirt1 ini akan meningkat dengan kehadiran resrevatrol. Salah satu fungsi Sirt1 adalah untuk mengawal selera makan. Badan kita sendiri yang akan halang kalori daripada masuk kedalam badan. Maknanya kita akan kurang rasa lapar dan rasa nak makan.

√ Resrevatrol meningkatkan keupayaan otot utk menyerap gula & elakkan kelebihan gula disimpan didalam lapisan lemak dalam badan.

√ Resrevatrol juga mengelakkan pembentukan tisu lemak & kurangkan simpanan lemak dalam badan

√ Resrevatrol meningkatkan keupayaan otot untuk bekerja dgn lebih kuat seperti bersenam berbanding dgn otot orang yg tak dibekalkan dgn resrevatrol.

√ Meningkatkan metabolisma. Bila metabolisma tinggi, proses pembakaran kalori menjadi semakin aktif. 
Selalu tak dengar yang semakin banyak usia kita, kadar metabolisma menurun? Sebenarnya bila metaboliesme menurun, kalori yang terbakar pun menjadi kurang. Bila kalori kurang terbakar, ia akan tidak digunakan yang menjadi lemak & toksin dalam badan kita. Masa tu mula la spare tyre naik, dagu berlapis, perut membuyung.

√ Membantu memecahkan sel lemak kepada tenaga. Proses ini menjadi lebih aktif bila badan kita dibekalkan dgnresrevatrol.

√ Menyekat pertambahan melampau hormon estrogen bg lelaki & wanita. Membantu menyeimbangkan kadar estrogen yg bersesuaian dengan keperluan badan seseorang sahaja. Hormon estrogen yg tinggi menyebabkan badan akan menyimpan lemak secara berlebihan. Apabila hormon estrogen yg tak perlu dh dihalang, badan kita akan mulabina lebih banyak jisim otot. Semakin byk otot yg terbina, metabolism semakin meningkat dan memudahkan proses pembakaran lemak.


Pengecutan tisu adipose atau tisu lemak. Adipocyte adalah binaan asas untuk lemak. Tisu adipose sebenarnya adalah salah satu sumber tenaga. Tapi proses menukarkan lemak kepada tenaga ambil masa yang lama menyebabkan ia terus berkumpul didalam badan menjadi toksin. Terdapat kajian kepada orang yang ambil resrevatrol, berjaya menecutkan tisu adipos dalam masa 30 hari.


√ Meningkatkan fungsi hati. Fungsi utama hati adalah untuk memproses toksin yang masuk kedalam badan kita. Toksin bukan saja masuk melalui makanan, bahkan melalui air yang tidak ditapis atau dimasak, udara yang kita sedut, pelbagai krim dan produk kecantikan yang kita pakai, pewarna, perasa dan pengawet makanan juga.

Hati berkait rapat dengan hempedu. Semua toksin yang masuk kedalam badan kita nie akan melalui hati.

--> Kulit > salur darah > hati
--> Perut > hati
--> Salur pernafasan > hati

Segala toksin yang diproses oleh hati hati akan ditukarkan kepada bentuk hempedu. Kemudian semua toksin tersebut akan keluar melalui usus kecil dan usus besar. Jadi, bila dah terlalu banyak toksin, badan akan jadi tak sihat dan hati tak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Dengan itu, mudah la lemak datang dan menempel bersama toksin tadi. Dimana ada toksin, disitu lemak akan datang.

Vivix berfungsi untuk merawat hati dan memastikan hati kita berfungsi dengan baik untuk memproses toksin.



Bagaimana Resrevatrol membakar kalori?

√ Otot-otot yg dibekalkan dengan resrevatrol akan dapat meningkatkan jumlah protin yg dipanggil UCP ( UnCoupling Protien ).

√ UCP adalah protin pengatur utama Thermogenesis

√ Thermogenesis adalah proses penghasilan tenaga oleh badan kita

√ UCP nie banyak terdapat dlm mitochondria didalam tisu adipose ( tisu lemak )

√ Jadi, bila otot kita dibekalkan dgn resrevatrol, jumlah UCP meningkat, lagi banyak la proses membakar lemak kepada haba.


Testimoni Vivix 





Nak beli secara online?




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Bagaimana Vivix Membantu Perokok Berhenti Merokok


Kenapa merokok?

Ada orang rasa dia hebat bila merokok. Ada yang merokok sebab nak berkawan. Ada juga yang merokok untuk menghilangkan kebosanan dan tekanan. Dan akhirnya semua akan menyebabkan ketagihan.






Bahan-bahan merbahaya yang terdapat didalam rokok :

1. Nikotin - Nikotin berasal dari tembakau yang boleh mengakibatkan kanser dan merosakkan DNA
2. Benzene - Benzen merupakan petrokimia yang digunakan untuk mencuci pakaian. Kandungannya yang terdiri dari karsinogen boleh menyebabkan kanser darah.
3. Arsenik - Arsenik adalah logam yang boleh meracuni darah. Sel-sel dalam badan juga tidak boleh diperbaharui akibat daripada arsenik ini.
4. Tar - Tar bersifat karsinogenik yang akan timbul apabila rokok dibakar. Tarboleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti kanser, impotensi, penyakit jantung, penyakit darah, bronkitis kronik, enfisema serta mengganggu kehamilan dan janin.
5. Formaldehida - Merupakan bahan kimia yang berfungsi untuk mengawet mayat.
6. Aseton - Aseton adalah bahan kimia yang terdapat pada peluntur kuku.
7. Karbon Monoksida - 5% daripada asap rokok merupakan karbon monoksida dan ia adalah gas beracun yang boleh menempel pada sel darah dan akan mengganggu aliran oksiden didalam darah.
8. Amonia - Merupakan bahan kimia yang terdapat didalam sabun pencuci tandas. Ia boleh mengakibatkan ketagihan kepada rokok.
9. Kadmium - Merupakan logam yang terdapat didalam bateri. Ia akan tersimpan dilapisan buah pinggang perokok dan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
10. Nitrogen Oksida - Nitrogen Oksida merupakan gas yang dihasilkan dari asap kereta. Gas ini boleh menyebabkan radang paru-paru.
11. Kromium - Kromium adalah logam yang boleh mengakibatkan kanser. Ia akan merosakkan DNA.
12. Naftalena - Ia adalah kapur barus yang berfungsi untuk menghalau lipas atau tikus.
13. Hidrogen Sianida - Gas yang mampu merosakan paru-paru


Hoho!
Tak ada satu pun bahan berkhasiat yang ada didalam sebatang rokok. Semuanya racun dan boleh merosakkan organ dalaman. Jangan tak tahu tau. Bahaya dari rokok nie, bukan je diperolehi oleh perokok tu sendiri. Bahkan effect yang lebih teruk akan dialami oleh orang sekeliling perokok tu. Menghidu asap rokok yang dilepaskan oleh perokok lebih bahaya daripada menghisap asap dari rokok tu sendiri. Orang-orang yang menghidu asap rokok tu perokok juga tau. Tapi perokok sekunder yang mana ia lebih bahaya.  


Saya nak share tentang Vivix yang boleh membantu perokok-perokok nie menghentikan ketagihan mereka kepada rokok. Syarat utama hanyalah perokok tu sendiri wajib berkehendak untuk berhenti merokok.



Apa yang Vivix buat untuk bantu perokok?

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA

Kerosakan DNA akan berlaku apabila umur semakin meningkat. Ditambah lagi dengan gaya hidup dan pencemaran dari alam sekitar dan asap rokok khasnya. Racun-racun yang terdapat dari asap rokok mempercepatkan kerosakan DNA dan badan akan semakin lemah serta mudah diserang penyakit.

2. Memberi impak positif kepada proses genetik DNA

Dengan adanya resrevatrol pada Vivix, proses pemulihan DNA akan dipercepatkan sekaligus proses pemulihan DNA akan berlaku dengan berkesan.

3.Meransang Mitochondria

Mitochondria adalah penjana tenaga didalam sel. Ia menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, fungsi sel juga akan menurun. Vivix berfungsi untuk membantu meransang pembentukan Mitochondria baru.

4. Melambatkan pembentukan protin AGE ( Advance Glycation End Products )

Apabila protin AGE bertambah didalam badan, ia akan mula menggangu sel dan fungsinya. Resrevatrol yang sepuluh kali lebih kuat didalam Vivix akan dapat membendung pertambahan protin AGE. Gula putih adalah penyumbang utama pembentukan protin AGE.



Testimoni 1



Testimoni 2




Testimoni 3




Testimoni 4



Testimoni 5




Nak beli vivix secara online?




Nak konsultasi pasal Vivix?




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

7 Sebab Payudara Mengendur

Tahu tak?

Kalau korang masih pakai saiz bra yang sama sejak 10 tahun yang lepas, dah tiba masanya untuk korang semak semula saiz tu atau dapatkan nasihat pakar pemakaian untuk dapatkan saiz bra yang baru.

Jom tengok 7 sebab payudara mengendur.
  • Penuaan - Kolagen semakin kurang dihasilkan oleh badan.
  • Kehamilan dan penyusuan bayi yang menyebabkan saiz payudara berubah-ubah, sekaligus merengangkan tisu payudara.
  • Diet secara mendadak dimana setiap kali berat kita bertambah atau pun berkurang, tisu payudara akan mengendur.
  • Tabiat merokok yang melemahkan dan menuakan kulit kita kerana semakin sedikit darah yang sampai dipermukaan kulit.
  • Tidak menggunakan sunscreen yang akan menyebabkan cahaya ultra ungu meregangkan kolagen dan merosakkan kulit sekaligus menyebabkan payudara kendur.
  • Memakai bra yang tidak betul menyebabkan payudara lebih banyak bergera, lebih tinggi tekanan kepada kulit dan kolagen payudara. Ini merupakan punca paling utama payudara mengendur.
  • Senaman impak tinggi akan menyebabkan kolagen payudara rosak.

Hmmmm.
Banyak juga faktor-faktor yang nampak macam biasa-biasa aje yang menyebabkan payudara mengendur.




Macam mana nak elakkan payudara mengendur dan kurangkan risiko kanser payudara?

  • Kekalkan berat badan yang sihat - Pertambahan berat badan yang tak terkawal boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
  • Kerap bersenam - Cuba bersenam selama 45 minit hingga 1 jam selama 5 hari seminggu. Bersenam ni boleh meningkatkan fungsi imun badan, halang obesiti dan rendahkan paras estrogen dan insulin.
  • Sila elakkan minuman keras - 2 gelas minuman keras sehari boleh meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 21%. Sebaiknya tukarlah kepada buah anggur kerana resrevatrol yang ada pada kulit anggur membantu mengurangkan paras estrogen.
  • Makanlah sayur-sayuran - Sayuran terbaik adalah daripada jenis berserat tinggi seperti brokoli dan kailan. Sulforane yang ada didalam sayuran itu dipercayai dapat mencegah sel kanser daripada membiak. Untuk lebih khasiat, makanlah mentah-mentah.
  • Sebanyak 15% pesakit kanser payudara mempunyai saudara terdekat yang turut menghidapi penyakit itu. Risiko untuk kita menghidapi penyakit itu dalam jangka hayat kita berganda jika ada seorang saudara yang menghidapinya, dan akan meningkat 5 kali ganda jika ada dua saudara yang menghidapinya.
  • Dapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal setiap 3 tahun sekali. Buat mamogram asas pada usia 40 tahun dan terus lakukan mamogram dan pemeriksaan payudara pada setiap tahun selepas itu.
  • Buat ujian genetik jika ada saudara yang menghidapi kanser payudara dan kanser ovari.


Selain daripada cara hidup sihat diatas, kita boleh juga amalkan suplemen yang tinggi antioksidan dan tinggi resrevatrol untuk mencegah sel kanser hidup dengan aktif dan boleh mengekalkan kolagen didalam badan.



Vivix membantu mengurangkan risiko kanser payudara




Vivix nie adalah suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan resrevatrol.

Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Macam manaVivix bertindak dengan berkesan?

Sebab Vivix melindungi dan membaik pulih sel DNA kita. Vivix juga bantu mengelakkan penimbunan protin AGE didalam badan.

Membaiki sel DNA.

Sebenarnya sel DNA kita alami kerosakan setiap hari tau. Salah satu punca kerosakan adalah dari radikal bebas, asap rokok, asap-asap kenderaan, pemakanan yang terdedah kepada bahan kimia dan macam-macam lagi lah.
Vivix membantu membaiki sel DNA dan lindungi sel DNA itu sekaligus melambatkan proses penuaan sel DNA. Sel DNA yang sihat, dapat mengelakkan daripada penyakit kanser.


Membaiki tenaga sel.

Tiap hari kita berdepan dengan unsur-unsur yang boleh mempercepatkan proses penuaan contohnya kerosakan sel, stress dan pemakanan. Ditambah pula dengan usia biologi yang sememangnya semakin bertambah. Faktor-faktor ini akan membuatkan sel tubuh kita semakin kehilangan tenaga. Sekaligus akan menurunkan fungsi sel. Disini, Vivix bertugas untuk membantu menguatkan sel tersebut.





Fungsi Asas Vivix:

  1. Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
  2. Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
  3. Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
  4. Cell Performance : meningkatkan prestasi sel
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

12 Cara Sayangi Diri Sendiri


Ada hari berlalu dengan sempurna. Alhamdulillah rezeki dariNya.



Ada ketikanya stress dan tekanan bertubi-tubi mencengkam jiwa. Emosi kelaut, hati dan jiwa bercelaru dan semuanya serba tak kena. Tu petanda kita dah mula melupakan kebajikan dan kepentingan diri sendiri. Semua kesibukan ditempat kerja, didalam rumahtangga, dan tekanan dari orang-orang disekeliling boleh membuatkan kita kehilangan seluruh tenaga dan semangat! 

Bila semua nie terjadi, maka berhentilah sekejap. Jangan sampai kesihatan mental dan fizikal pulak terjejas. Haru biru semuanya nanti tau!
Meh baca tips untuk sayangi diri sendiri dulu. Asyik Up entry pasal vitamin je kan? ^_^





1. Tentukan matlamat hidup kita. Saya pasti semua orang ada matlamat hidup masing-masing. Untuk yang jangka panjang & untuk yang jangka pendek. Untuk yang jangka pendek nie, cuba buat matlamat yang boleh beri kita kepuasan, kegembiraan dan mampu memotivasikan kita untuk kejap matlamat-matlamat jangka panjang yang lain. Boleh la kalau nak sebut sebagai reward untuk diri sendiri. Contohnya, pergi buat rawatan di Spa kegemaran kita 2 bulan sekali. 

2. Bekerja dengan lebih efisen dan buat time management yang betul. Bila kita dapat siapkan semua kerja mengikut jadual, kita akan punyai lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kurangkan membazir masa dengan buat benda-benda yang kurang berfaedah.

3. Jika terdapat masalah yang timbul, cuba fokus kepada cara penyelesaian. Elakkan dari merungut dan panik yang berpanjangan. Bertenang, tarik nafas panjang dan fokus untuk cari jalan penyelesaian yangterbaik.

4. Buat pembahagian kerja antara staff di tempat kerja atau dengan suami / isteri untuk urusan rumahtangga. Tak perlu nak pikul semua kerja tu diatas bahu kita sendiri.

5. Jagalah kesihatan. Mulakan dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan makanan ringan dan berlemak. Jangan lupa untuk bersenam samada berzumba, berjogging, yoga dan sebagainya.

6. Menabung untuk diri sendiri. Tabung nie khas untuk diri sendiri yang boleh digunakan untuk travel, shopping atau apa-apa saja yang kita mahukan.

7. Jangan fikir negatif terhadap diri sendiri. Kulit putih ke, gelap ke, tinggi ke, rendah ke, mata bundar ke, mata sepet ke, semua tu ada kelebihan dan keunikan masing-masing. Tingkatkan kesyukuran kerana setiap orang tu ada kelebihannya dan maafkan diri sendiri andanya ada terasa sebarang kekurangan.

8. Stop! Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang mempunyai jalan cerita hidup masing-masing, ada rezeki yang dah ditetapkan, ada ujian yang berbeza. Jadi, kenapa nak banding diri kita dengan orang lain?

9.  Jauhi perasaan bersalah jika kita tidak mampu memenuhi atau mencapai keinginan yang dah kita sendiri tetapkan. Anggap ia bukan rezeki kita.

10. Fahami perasaan dan emosi kita sendiri. Sangat normal untuk berasa sedih, penat, kecewa, marah. Tetapi jangan biarkan semua emosi negatif ini terlalu lama dan merosakkan diri sendiri. Kita mesti belajar untuk mengawalnya menjadi lebih baik.

11. Sesekali, carilah masa untuk "ME-time". Tinggalkan semua kerja dan perkara yang membebankan dan buat apa saja perkara yang kita inginkan. Samada buat sendiri atau bersama kawan-kawan baik. Nikmati "ME-time" dengan gembira.

12. Bersyukur selalu. Amalkan setiap kali bangun pagi, fikirkan perkara-perkara yang positif dan ucapkan rasa bersyukur. Bangun dengan bersemangat untuk buat semua aktiviti pada hari tu. Dan tuliskan semua pencapaian kita pada hari tu keatas kertas walaupun cuma pencapaian yang kecil. Kita pasti akan lebih bersyukur setiap hari.

OK. Tu antara tips atau cara untuk kita sayangkan diri kita. Jom la kita amalkan beramai-ramai. Semoga saya dan kawan-kawan saya yang membaca blog nie boleh terus kekal jadi orangyang positif dan bersemangat. Kalau ada masalah, jangan sesekali meroyan dipesbuk.





---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kebaikan Lecithin Untuk Keseluruhan Sistem Badan


Rupa-rupanya banyak kebaikan yang terkandung didalam Lecithin. Bukan sekadar untuk membakar lemak dan kurus je.

Jom baca apa faedah yang kita dapat kalau consume Lecithin dengan istiqamah.


Kenali Lecithin

Lecithin yg dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Lecithin pada asalnya dihasilkan oleh tubuh. Tetapi disebabkan terdapat banyak gangguan dari luaran seperti radikal bebas sehingga memerlukan kita mengambil lecithin dari sumber makanan atau suplemen.



> Lecithin di ekstrak dari kacang soya organik non gmo.
> 1 kapsul mengandungi 520mg lecithin soya
> Termasuk 80mg kolin, 48mg inositol.


Apa yang dimaksudkan dengan Acetyl-kolin?

Acetylcholine adalah neurotransmitter yang merupakan bahan kimia yang memindahkan impuls saraf di seluruh ruang antara sel-sel saraf.

Acetyl-choline didapati dalam sistem saraf pusat dan periferi. Ia membantu ingatan, dan penghantaran mesej saraf antara motor-otot, dan beberapa kelenjar lain.

Didapati org yg ada penyakit Alzheimers mempunyai jumlah Acetyl-choline yang rendah dalam otak mereka



Lecithin mengandungi sumber B8


Vitamin B8 yang juga dikenali sebagai Inositol merupakan suplemen yang unik yang memberi kesan baik yang tidak akan didapati daripada sumber vitamin B lain. Vitamin B8 atau Inositol ini tiada didala gabungan Vitamin B lain. Ia juga tiada didalam gabungan Vitamin B dialam B-Complex jenama Shaklee tau!

Kenapa Vitamin B8 tiada didalam gabungan Vitamin B lain?
Kerana Vitamin B8 adalah berasaskan lemak manakala gabungan Vitamin B lain adalah berasaskan air.

Inositol atau Vitamin B8 berfungsi untuk melegakan keresahan. Ia juga telah digunakan untuk rawatan ketidakseimbangan kognitif yang lebih serius seperti OCD, PTSD, serangan panik dan kemurungan klinikal.


Lecithin membantu perkembangan otak?






Betul tu. Lecithin sangat terkenal sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak untuk berkembang yang mana ia sangat penting dalam transmisi saraf inpuls dalam otak dan memainkan peranan neuro transmitter ( berkaitan dengan short-term memory )

Lecithin juga dipercayai mapu mengurangkan atau mencegah senility iaitu nyanyuk dan Alzheier' disease. Ada juga sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.


Lecithin membantu penyerapan zat






Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Sekiranya jumlah lecithin tidak mencukupi,membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan zat.

Banyak faktor lain yang menyebabkan membran sel mengeras seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran kita yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, bahan perasa makanan, pestisid dan bahan-bahan kimia lain. Ini pastinya akan menyukarkan proses penyerapan zat oleh sel-sel kita seakin sukar. Saranan pengambilan lecithin untuk mengelakkan membran sel mengeras dan memudahkan proses penyerapan zat oleh sel.


Lecithin sebagai pelarut





Lecithin juga bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Ia sangat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan pengerasan arteri. 

Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6000mg - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan begini.



Nak tau tak?

Soya merupakan sumber yang kaya dengan sumber lecithin bebas kolestrol. Menariknya, Lecithin jenama Shaklee berasaskan daripada soya non-gmo!




Menarik betul fakta tentang lecithin. Nampaknya, mulai hari ini saya tak pelru was-was untuk amalkan lecithin Shaklee secara megados. Saya kan nak kurus. Saranan pengambilan untuk kurus adalah 6000mg - 7000mg sehari. 

Wow!




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Vivix Untuk Diabetes

Diabetes adalah antara penyakit yang seolah-olah wajib ada dikalangan warga emas Malaysia hari ini. Malahan apa yang mengejutkan hari ini, ramai juga dikalangan orang-orang yang masih muda sudah pun menghidapi diabetes. Sedih. Tapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. Kalau tak percaya, cuba lah jengah di klinik-klinik kesihatan dikawasan kampung. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik setia menanti untuk pemeriksaan kesihatan masing-masing yang rata-rata menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Apa itu Diabetes?

Diabetes secara amnya merupakan suatu penyakit dimana tubuh badan tidak dapat menghasilkan hormon pengawal gula didalam darah atau lebih dikenali sebagai insulin. Bagi penghidap diabetes, mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi  yang menyebabkan kandungan gula didalam darah meningkat dari kadar normal.

Bagaimana Vivix membantu megawal Diabetes?

Vivix merupakan suplemen yang mampu membaiki DNA manusia. Ia sangat baik untuk membantu merawat penyakit-penyakit kategori kroni seperti kanser, diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.



Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani, kaya dengan polifenol dan resrevatrol dapat memberi manfaat kepada penghidap Diabetes dengan :

1. Membantu mengurangkan sindrom Resistansi Insulin.

Bahan antioksidan yang terkandung didalam Vivix menjadi peindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama akan membantu membaikpulih sel. Oleh itu, pengambilan secara berterusan akan membantu mengurangan penyakit kardiovaskular, mencegah sistem metabolik akibat kerosakan gen dimana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah.


2. Membantu mengawal kadar kepekatan gula didalam darah.

Penghasilan tenaga gula semasa pencernaan karbohidrat membantu menjana tenaga didalam tubuh manusia. Namun, pengambilan karbohidrat yang tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah yang meningkatkan risiko untuk menjadi diabetes. 

Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi untuk memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat didalam darah dengn cepat. Semua ramuan ini terdapat didalam Vivix yang akan membantu mengurangkan risiko diabetes dengan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan didalam darah.


3. Mengurangkan risiko kerosakan mata dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Glukoma merupakan penyakit yang akan menghantui penghidap diabetes kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, penghidap diabetes juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat. Dan kadangkala sehingga menyebabkan ada bahagian luka atau anggoya badan yang terpaksa dibuang untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius. 

Polifenol Anthocyanins yang terkandung didalam Vivix membantu menyembuhkan luka dengan kadar yang segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata.


4. Mengurangkan risiko pembentukan protin AGE.

Apabila gula didalam darah berlebihan, ia akan berisiko untuk membentuk Protin AGE ( Advance Glycation End Products ) dan akan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes.

Salah satu kebaikan Vivix adalah bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahankan pembentukan protin AGE.


Testimoni Vivix untuk Diabetes



Testimoni 1




Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Alhamdulillah. Vivix tu asbab aje untuk kesembuhan. Segala kesembuhan, Allah yang beri. Walaubagaimanapun Allah memang suruh kita usaha dan ikhtiar untuk kesembuhan.

Nak beli Vivix online? Klik sini.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : 

Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...