HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

5 Tips Bisnes Online Yang Boleh Membuat Wang Besar

Nak belajar bisnes online? Tapi tak tahu caranya?

Ada akaun Facebook? Twitter? Ataupun Instagram?
Saya pasti sangat yang 90% orang sekurang-kurang yang sebaya dengan saya atau lebih muda ada akaun Facebook. Mungkin tak semua orang mempunyai akaun Twitter atau Instagram, namun Facebook saja dah mencukupi sebagai permulaan.



Tiap-tiap hari scroll je timeline Facebook tu kan? Baca-baca gossip, komen-komen sikit, like-like sikit. Kadang-kadang tak perasan rupanya dah satu jam cuma hanya buat aktiviti scroll Facebook. Rugi je tau. Apa kata jadikan Facebook tu sebagai medium cari income. Atau sekurang-kurang boleh juga cari duit untuk bayar bil atau top up data.

Meh saya share sikit tip asas untuk bisnes online. 

👍 Tak perlu buat produk sendiri
  • Fakta nie dah pun diakui oleh ramai usahawan yang dah pun berjaya.
  • Sebagai permulaan, tak perlu pening kepala memikirkan pembuatan produk, cipta branding, tak perlu buat R&D yang akan memakan jumlah modal yang besar.
  • Pelanggan sebenarnya cenderung untuk membeli barang yang dah ada jenama yang kukuh.

👍 Jangan terlampau fikirkan keuntungan besar
  • Tiada sebarang teori mengatakan pelaburan modal yang besar akan menjanjikan keuntungan yang besar jika sale tak dilakukan dengan konsisten. Kalau sale zero, dari mana datangnya keuntungan tu?
  • Pastikan anda tahu cara untuk menjual & memasarkan produk yang diniagakan. Jangan pula dah labur modal yang besar & ada banyak stok tetapi terperosok dibawah katil.
  • Fokuskan kepada berapa ramai orang yang boleh anda berikan manfaat dari produk atau servis yang diniagakan. Semakin ramai yang terima faedah dan kebaikan, semakin tinggilah sale yang bakal anda terima.
  • Apabila memulakan bisnes online, mulakan dengan skala kecil terlebih dahulu.

👍 Modal yang rendah
  • Jangan sekali-kali buat pinjaman bank, AhLong atau menyusahkan saudara mara untuk melabur didalam bisnes online anda.
  • Tak perlu sewa premis atau ambil pekerja
  • Perkasakan Fan Page Facebook, Facebook peribadi, Blog, Instagram dan Twitter
  • Cara paling mudah, mulakan dengan menjadi dropshipper

👍 Risiko rendah
  • Risiko rendah bermaksud kita perlu minimumkan kerugian. Anda pelu kenalpastii potensi produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan.
  • Rancang cara pengambilan dan penyimpanan stok. Tak perlu ambil dalam jumlah yang besar terutamanya bagi produk-produk yang tidak tahan lama.
  • Buat promosi secara konsisten dari masa kesemasa supaya stok produk boleh dihabiskan segera. 

👍 Belajar ilmu pemasaran

  • Banyakkan membaca petua-petua perniagaan yang banyak dikongsikan oleh ramai usahawan
  • Cari mentor yang boleh membimbing anda dalam peniagaan online
  • Hadiri kelas-kelas offline yang mungkin boleh memantu anda tentang teknik pemasaran
  • Buat networking bersama usahawan-usahawan lain

Macam mana saya create gaji kedua dengan Shaklee?


Shaklee bukanlah kerja part time saya walaupun saya punyai kerja office hour. Kenapa Shaklee bukan kerja part time? Sebab gaji dari Shaklee 90% menyamai gaji kerja office hour. :)
Jadi saya dah setkan kedua-dua kerja nie, adalah kerja utama saya. Kerja part time saya adalah berniaga dipasar tani. Hehe.



1. Tetapkan hati dan pilih 1 jenama untuk dijadikan bisnes. Dan saya memilih produk Shaklee. Kenapa saya pilih Shaklee?

  • Saya tak perlukan modal yang banyak untuk buat produk baru, cipta branding dan buat R&D. 
  • Shaklee dah ada jenama yang kukuh dan kumpulan doktor R&D sendiri.
  • Shaklee disokong oleh berbagai-bagai landmark study.
  • Saya dah cuba produk Shaklee dan ianya berkesan membantu saya menyusukan 2 anak dengan jayanya. Alhamdulillah.
  • Shaklee adalah syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Maknanya, setiap sale yang saya buat tu pasti ada bonus imbalan. Shaklee juga mampu menganugerahkan top seller atau leader-leader percutian, kereta dan income yang berpuluh malah beratus ribu seorang.
  • Banyak lagi kalau nak cerita. Hehe.

2. Buka akaun Facebook dan Instagram.
  • Tambahkan jumlah kenalan semaksimum mungkin. Senarai maksimum adalah 5000 orang untuk Facebook. Beratus ribu follower pun boleh untuk Instagram
  • Cari Facebook prospek yang berada berdekatan dengan anda. Sebagai contoh, saya tinggal di Chini, jadi saya akan cari senarai mereka yang tinggal diChini dan yang berasal dari Chini.
  • Buat perkongsian yang kerap di Facebook dan Instagram. Bukan menjual tau. Ianya berkongsi pengalaman menggunakan suplemen Shaklee, kebaikan selepas gunakan suplemen, kongsi kisah kawan-kawan yang dah gunakan suplemen.

3. Belajar.
  • Sentiasa ada masa untuk belajar sendiri dengan banyakkan membaca buku, majalah, jurnal atau mana-mana sumber bacaan berkaitan nutrisi
  • Sentiasa ada masa untuk kelas online samada melalui Whatsapp, Telegram, FB Live dan Video.
  • Cuba luangkan masa untuk hadiri kelas offline yang disediakan oleh Shaklee dan biasanya diadakan di Shaklee HQ atau cawangannya diseluruh Malaysia.
  • Cuba hadiri kelas-kelas yang dibuat oleh leader-leader yang telah pun berjaya.
  • Sentiasa aktif didalam grup-grup whatsapp yang dibuat oleh leader.
  • Jangan malu bertanya.

4. Simpan sedikit stok
  • Tak perlu simpan stok sampai penuh 1 rak.
  • Fokuskan untuk simpan stok yang kerap saya iklankan dan yang kerap dapat permintaan untuk COD. Kalau ada pelanggan yang beli melalui pos, cuma order dari Shaklee dan mereka yang akan uruskan pengeposan. Senang kan?

Ok. Itu antara langkah mudah untuk saya memulakan bisnes Shaklee yang saya buat 100% online. Saya nie pemalu nak propose orang depan-depan. Kaku lidah nak berbicara.
Membantu tak tip saya tu? Harapnya dapat beri sedikit idea terutamanya untuk mereka yang baru nak mulakan bisnes online.

Nak sembang-sembang lebih rapat?
Meh whatsapp saya.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...