HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Trying to concieve?
Ada masalah kesuburan yang menghalang anda daripada hamil?

Alhamdulillah. Itu salah satu ujian untuk anda suami isteri.
Apa yang penting macam mana kita handle situasi-situasi yang timbul didalam rumahtangga kita.
Namun, tak salah juga andainya anda terus berusaha untuk dapatkan nikmat tuhan yang satu tu kan?




Hari nie saya nak share cara berikhtiar untuk mengandung dengan menggunakan Set Kesuburan Shaklee. Kami tak janjikan 100% berkesan untuk anda mengandung. Tapi Allah memang suruh kita usaha untuk dapatkan apa yang kita nak kan?

Faktor yang menyebabkan rahim tidak subur.

Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan rahim seseorang wanita. Antaranya yang boleh saya senaraikan adalah :
  1. Gaya hidup stress
  2. Masalah berat badan
  3. Pencemaran
  4. Minum minuman beralkohol
  5. Ubat-ubatan tertentu
  6. Faktor usia
  7. Senaman yang berlebihan
  8. Vagina tersumbat akibat jangkitan kuman
  9. Kelainan pada mulut rahim
  10. Kelainan pada rahim akibat polip
  11. Kerosakan pada saluran telur
  12. Gangguan pada ovari seperti wujudnya endometriosis
  13. Infeksi bakteria atau keputihan yang berlebihan
  14. Endometriosis





Macam mana nak dapatkan rahim yang subur?

Pertama sekali kenalah amalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat yang macam mana?
  • Jaga pemakanan - Jauhi makanan yang berlemak dan berminyak. Segala jenis jajan-jajan atau junkfood. makanan segera macam nugget, sosej, sotong ball, dan sebagainya tu, makanan segera macam kfc, mcD, pizza yang banyak bahan perasa. Kurangkan juga makanan berlemak yang mampu naikkan berat badan kita.
  • Banyakkan bersenam - Buatlah exercise yang simple ikut kemampuan. Jogging, jalan laju, atau erobik. Sekarang tengah famaous dengan zumba. Kalau tak ada masa untuk bersenam diluar rumah, cuba juga bersenam dirumah. Pastikan senaman tu bukanlah sekadar buat housecore. Sebab tu tak mencukupi untuk bakar lemak & kalori.
  • Jauhi arak dan rokok. Bukan untuk isteri je, tapi juga untuk suami.

Kedua, buat pemeriksaan doktor. Tak siapa akan tahu apa masalah atau kondisi didalam rahim kita melainkan melalui pemeriksaan doktor. Macam-macam ujian yang para doktor boleh buat untuk periksa tahap kesuburan kita. Cyst, fibroid, endo atau apa-apa jangkitan pada rahim dan faraj boleh kita ketahui melalui pemeriksaan doktor. Jadi, sila jangan segan untuk kemukakan masalah kita pada doktor ye puan-puan.

Ketiga, jaga kebersihan vagina. Pastikan sentiasa mencuci vagina dengan cara yang betul. Tak perlu pakai pencuci yang banyak dipasaran yang kita tak tahu pun bahan kimia apa yang pengeluar gunakan. Cukup sekadar gunakan air bersih dan cara yang betul. Kalau ada masalah keputihan, tak perlu pakai produk-produk yang insert dalam vagina. Bahaya oii!!
Dan kalau rasa-rasa macam vagina dah longgar, amalkan senaman kemut. Google la untuk belajar kay!
Amalkan pemakanan ulam-ulaman, jamu-jamu yang diketahui selamat. Kalau saya, cuma amalkan Alfalfa je. Berkesan!

Keempat, ketahui waktu subur anda. Kiraan waktu subur selalunya bermula pada hari ke-14 atau 15 selepas period keluar pada hari pertama. Atau cuba semak melalui application yangbboleh di download dari apple store atau playstore.
Kelima, ini yang saya nak kongsikan dalam entry kali nie. Amalkan suplemen untuk dapat tubuh badan dan rahim yang sihat. Suplemen apa? Dah tentulah suplemen Shaklee. 

1. GLA Complex

Gla Complex Shaklee diekstrak daripada bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda EPA ( Gamma-Linolenic Acid ) yang terkandung didalam EPO. Borage adalah 3 kali lebih baik dari segi bioavailabliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. 

GLA Complex membantu :
  • Mengawal estrogen dan testosteron.
  • Membentuk protaglandin untuk megawal hormon lelaki dan wanita 
  • Memperbaiki simptom PMS. 
  • Menyuburkan lendir serviks yang sangat berguna untuk mereka yang sedang berikhtiar untuk hamil.

2. B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi 8 kompnen vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Vitamin B adalah vitamin yang larut-air, jadi tubuh tidak akan menyimpan sebarang lebihan vitamin sebaliknya ia akan disingkirkan melalui pencernaan. B-Complex sangat baik diambil seawal mungkin apabila keputusan untuk mengandung diambil.

B-Complex membantu :
  • Pembentukan sel darah merah yang sihat 
  • Membina antibodi yang kuat untuk tubuh
  • Meransang sirkulasi darah didalam tubuh
  • Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • Merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk lauk atau darat. 

3. Zinc Complex

ZInc Complex dirumus daripada zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Zinc memainkan peranan penting didalam organ seks lelaki. Zinc amat diperlukan untuk mengelakkan masalah kematangan dalam organ seks, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan kepincangan pada testikal.

Zinc Complex membantu :
  • Melindungi kesihatan prostat
  • Memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing
  • Mengurangkan pembengkakan prostat
  • Membantu proses ovulasi
  • Membantu proses penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

4. Vitamin E

Vitamin E Shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Vitamins E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh untuk menyerap Vitamin E.

Vitamin membantu :

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan pengambilan 800IU sehari.
  • Meningkatkan kelestarian tenaga seksual 


Walau apa pun masalah yang kita hadapi, jalani ia dengan penuh kesabaran. Semoga ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan oleh tuhan.

Nak konsultasi?
Atau nak dapatkan set kesuburan Shaklee, jangan segan-segan whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...