HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Shaklee Ada Produk Untuk Kulit Berminyak

Eh!
Kulit pun berminyak ke?

Ye betul.
Sebenarnya minyak pada kulit muka dihasilkan secara semulajadi oleh kulit kita sendiri. Minyak tu bertujuan untuk melindungi kulit kita daripada pencemaran, debu, radikal bebas dan macam-macam benda lagi daripada masuk ke liang pori. Minyak pada kulit juga membantu meremajakan sel kulit.

Tapi ada sesetengah orang, kulitnya menghasilkan minyak yang berlebihan pula. Minyak yang berlebihan nie tak bagus juga. Hasilnya, kulit muka akan menjadi kusam dan tak bermaya. Selain daripada itu, masalah jerawat dan jeragat juga akan mudah terjadi. Kulit kusam dan berjerawat secara automatik akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri.





Kenapa kulit boleh jadi berminyak dan kusam?


1. Tabiat pemakanan

Siapa tak suka makan? Awak bukan geng saya. Hehe.

Makanan segera macam McD, KFC, Pizza. Masakan-masakan contohnya kari ayam, rendang daging, mi kari dan macam-macam lagi la. Ohmai sedapnya.
Tapi tahu tak? Yang makanan segera, makanan berlemak dan berminyak menjadi penggalak untuk kulit kita menjadi bertambah berminyak dan kusam.

2. Gaya Hidup

Gaya hidup seperti kurang bersenam, kurang berehat, abaikan rutin penjagaan wajah, kerap terdedah kepada habuk & matahari juga mempengaruhi keadaan kulit yang tak sihat.

3. Salah memilih produk kosmetik

Tak semua produk kosmetik selamat digunakan. Banyak juga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Jadi, hati-hati memilih produk kosmetik korang.

4. Kurang minum air kosong

Air kosong tu penting. Bukan je untuk dapatkan kulit cantik. Tapi untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan kita. Air kosong boleh menyahkan racun dan menjaga kelembapan kulit. Bila kurang minum air kosong, kulit akan menjadi kering, kusam dan mudah berkedut.

5. Tak cukup tidur

Tidur yang cukup memberi ruang kepada sel kulit untuk membaiki kulit dan regenerasi sel. Jika waktu tidur tak mencukupi, proses regenerasi akan terganggu dan kulit akan menjadi kusam dan berminyak.

6. Stress

Jangan stress sangat! Tak baik untuk kulit. Kulit akan hasilkan lebih banyak minyak bila kita stress.


Korang tau tak?
Shaklee pun ada produk skincare untun kulit berminyak.
Hari nie saya nak share cerita tentang produk skincare. 
Yang pakai di kulit, bukan untuk ditelan. 😊😊😊





Untuk mereka yang ada kulit yang berminyak, saya cadangkan korang untuk cuba Set Normal to Oily Enfuselle. Ia memang dirumus khas untuk kulit yang berminyak. Set Enfuselle ini terdiri daripada :

  • Purifying Cleansing Gel - Gunakan 2 kali sehari untuk mencuci kulit muka
  • Purifying Toner Balancing - Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam selepas mencuci muka
  • Enfuselle Balancing Moisturizer - Gunakan selepas memakai toner
  • Enfuselle Eye Treatment - Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam


1. Purifying Cleansing Gel



Enfuselle Purifying Cleansing Gel ini bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan kotoran pada kulit wajah, membersihkan mekap dan juga minyak yang berlebihan. Ia mengandungi bahan khas serta tambahan Vitamin E dan menjadikan kulit terasa lembut dan segar. 
Cara menggunakannya adala dengan mencalit sedikit gel ke tapak tangan. Campurkan sedikit air bersih dan gosok hingga mengeluarkan buih. Bolehlah gosok kemuka untuk mencuci kotoran.


2. Enfuselle Purifying Toner 





Enfuselle Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan meransang kulit untuk persediaan rawatan. Terbukti secara klinikal untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindakbalas kulit dengan air dari besi didalam paip air. Mempunyai PH yang seimbang untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan bantuan ekstral likoris dan witch hazel. Ia juga membantu meminimumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit. Juga membantu mengawal minyak yang dihasilkan oleh kulit.
Enfuselle Purifying Toner digunakan selepas mencuci muka. Lapkan kulit muka dengan kering. Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapukan diserata wajah.


3. Enfuselle Balancing Moisturizer





Enfuselle Balancing Moisturizer adalah pelembab yang terbukti secara klinikal untuk melembabkan wajah tanpa menambahkan minyak pada kulit. Ia mampu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan kedutan dalam masa 28 hari. Ia juga membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit. 
Cara menggunakan pelembab ini adalah dengan mencalitkan sedikit pada tapak tangan dan kemudian sapukan rata ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. Ramai yang dah pun jatuh cinta dengan pelembab ini kerana strukturnya yang tidak berminyak dan tidak melekit.


4. Enfuselle Eye Treatment





Enfuselle Eye Treatment mampu meghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan berbagai-bagai nutrien dan botani khusus. Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan kedutan pada kulit bawah mata, meningkatkan kekenyalan dan keanjalan kulit dan menghilangkan garis-garis halus dibawah mata dalam masa 8 minggu. Ia juga membantu menjadikan tona kulit menjadi lebih sekata dalam masa 12 minggu. Kandungan botani anti penuaan dan vitamin C memberikan faedah ketara kepada kulit disekeliling mata. Sesuai juga digunakan dibahagian leher dan bibir. Telah diakui oleh pakar aftamologi, Enfuselle Eye Treatment sesuai juga digunakan oleh pengguna kanta lekap.
Cara menggunakan Enfuselle Eye Treatment adalah dengan mencalitkan sedikit ke tapak tangan dan sapukan dengan lembut disekitar bawah mata. Buat urutan lembut juga disitu.


Penting sebenarnya untuk kita menjaga kulit wajah dengan rapi. Kulit yang bersih dan sihat akan membuatkan keyakinan kita semakin tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain dari mengambil suplemen kulit secara makan, penjagaan dari luar juga amat penting untuk mengelakkan kulit rosak dan kusam.

Jom Layan testimoni pengguna yang berpuas hati.


Testimoni #1



Testimoni #2




Testimoni #3



Testimoni #4




Nak beli? Atau nak dapatkan konsultasi?
Whatsapp saya ye.

Nak beli secara online pun boleh.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=359353ccb2ed0977b00c27256b30c365


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...