HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Cara Tambah Pendapatan Dengan Shaklee


Zaman kegawatan yang semua orang tengah rasa sekarang amatlah memeritkan. Kan?
Sebab tu saya berusaha gigih untuk buat bisnes Shaklee bersungguh-sungguh. Juga cari mana-mana peluang untuk tingkatkan ekonomi keluarga.
Untuk sesiapa yang tak terjejas, mungkin boleh duduk diam dan nikmati keindahan hidup dengan gembira.



Dalam banyak-banyak bisnes, saya memilih untuk istiqamah dengan Shaklee walau ada masa naik dan turun. Ada masa sampai down menangis tepi bucu katil. Huhu.

So hari nie, saya nak share macam mana nak tambah pendapatan denganShaklee.




1. Daftar sebagai ahli

Daftar ahli tu langkah yang wajib ye. Kalau tak daftar, macam mana nak run bisnes? Modal pun tak sebesar bisnes lain yang mungkin perlukan ribuan ringgit untuk bermula. Dengan hanya RM69, anda dah pun layak untuk buat bisnes Shaklee. Yang paling penting, ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk belajar dan buat.

2. Consume Suplemen.

Anda boleh pilih mana-mana suplemen untuk dicuba dengan bersungguh-sungguh. Kalau modal sikit, cuba 1 jenis sahaja terlebih dulu. Kalau ada modal yang banyak, mungkin boleh cuba 1 set contohnya seperti set kurus atau set kulit. Tujuan utama point kedua ini adalah :

Consume dengan bersungguh-sungguh, hadapi healing crisis, rasai kebaikan suplemen dan nikmati kesannya dengan gembira.

Secara automatik anda akan dapat berkongsi dengan yakin tentang suplemen yang dah diamalkan tadi. Cara makan, kesan healing crisis, kesan kebaikan dan hasil selepas consume.

Boleh juga buat cadangan dan beri konsultasi mengikut pengalaman yang kita ada.


3. Kongsikan dengan prospek.

Jangan lupakan kongsikan semua kebaikan yang dah kita dapat tadi dengan kawan-kawan, bakal pelanggan atau sesiapa sahaja. Banyak medium yang boleh digunakan untuk buat perkongsian nie.

⇒ Facebook
Untuk permulaan, tak perlu menjual. Tapi jangan lupa berkongsi dengan kerap. Ceritakan pengalaman, sebab anda amalkan suplemen, apa kesan kebaikan yang dah dirasai, kesan andainya tak amalkan suplemen dan sebagainya. Perkongsian melalui Facebook biasanya akan mendatang jualan cepat dikalangan rakan-rakan facebook.

⇒ Instagram
Instagram juga seperti Facebook. Cuma snap gambar cantik-cantik dan kongsikan di Instagram. Canggihnya sekarang, apa yang dikongsikan di Instagram, juga boleh dikongsikan di Facebook secara automatik.

⇒ Blog
Otai-otai Shaklee selalu mengingatkan kepentingan blog. Pasaran untuk blog lebih meluas dan tidak terhad dikalangan kawan-kawan kita sahaja. Ini kerana kebanyakan orang akan menggunakan Google untuk mencari maklumat waema mencari resepi nasi goreng sekalipun tau! Jadi adalah tidak mustahil untuk blog kita ditemui di carian Google. Apa yang kita kongsikan di blog, boleh juga dikongsikan di Google Plus. Senang kan?

⇒ Pergi Kelas
Untuk makluman, Shaklee dan leader-leader ada menyediakan berbagai-bagai jenis kelas yang kebanyakannya tanpa bayaran. Kelas nutrisi, kelas produk, Healthcare Talk, kelas blog, kelas FBadds, dan berbagai-bagai kelas lain lagi. Kelas-kelas yang disediakan bukan sahaja secara offline. Ada juga kelas-kelas yang menggunakan medium online seperti whatsapp, FB Live, Video, Telegram. Jadi, mana-mana SID yang jauh dan tak berkesempatan untuk ke kelas offline masih berpeluang untuk mempelajari selok belok bisness Shaklee.

⇒ Rajin
Sifat paling penting untuk ada didalam setiap SID yang mahu jana pendapatan dengan Shaklee. Ketepikan semua alasan yang boleh menghalang kita dari jana pendapatan dengan Shaklee. Berikan komitmen penuh untuk belajar dan berkongsi d medium-medium yang dah saya sebutkan tadi.

Itu antara langkah mudah untuk buat bisnes dengan Shaklee. Saya dah rasa pendapatan 4 angka. Tak banyak, tapi mampu untuk tambah pendapatan keluarga. Saya masih perlu bekerja keras untuk capai target sendiri.

Ada yang nak join saya dengan bisness Shaklee.
Jom kita sembang tepi ye.
Hehe.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...