HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Penting ke Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks / Pangkal Rahim?

Semalam saya ke Klinik Kesihatan Chini untuk membuat monthly checkup sikecik Irdina Nur Eizzara. Saya ditanya oleh jururawat bertugas untuk membuat ujian pap smear. 
Alamak!
Serius, saya tak pernah buat ujian Pap Smear walaupun dah beranak empat. Alasan utama, takut sakit dan malu.

Mengikut kata jururawat tersebut, Ujian Pap Smear sangat penting untuk mengesan sebarang keabnormalan atau kanser pada bahagian serviks / pangkal rahim seorang wanita. Ujian dilakukan kepada golongan wanita yang telah berkahwin atau yang aktif dalam aktiviti seks. Wanita yang berusia 35 tahun keatas juga disarankan untuk melakukan ujian Pap Smear ini.

Serviks yang normal adalah yang berwarna pink pada pintu serviks. Manakala serviks yang bermasalah akan kelihatan pucat dan berwarna kebiruan pada pintu serviks. Dan anda perlu merasa risau jika didapati ada nanah atau darah keluar semasa period atau dalam keadaan biasa. Itu menandakan serviks anda berada didalam keadaan tidak sihat. Segeralah ke klinik berhampiran untuk membuat ujian Pap Smear untuk dapatkan jawapan dan kepastian. 




Sakit ke Ujian Pap Smear tu? 

Saya pun tak ada jawapan untuk soalan tu ( sebab saya pun takut nie. Hehe! ).
Jadi, saya bertanya encik gugel untuk dapatkan pengalaman wanita lain yang dah pun jalankan ujian Pap Smear ini.

Menariknya, rata-rata daripada mereka mengatakan yang Ujian Pap Smear tidak menyakitkan. Anda hanya akan merasa sedikit kurang selesa semasa jururawat / doktor mengambil sample lendir dari permukaan serviks sahaja.

Jom tengok sikit apa yang ada masa ujian Pap Smear dilakukan.


Peralatan yang digunakan untuk ujian Pap Smear


Alat : speculum, spatula dan berus

Speculum - Alat untuk membuka dan memegang dinding miss V.
Spatula & berus - Alat untuk mengambil sample dari pintu serviks.

Sample akan dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan ujian akan diperolehi dalam masa seminggu hingga dua minggu jika ujian daripada klinik atau hospital swasta manakala tiga hingga empat minggu jika dibuat di hospital atau klinik kerajaan. Tak kisah lah buat ujian dimana-mana mengikut kemampuan, yang penting kita sebagai wanita perlu tahu tahap kesihatan serviks / rahim sendiri.



Posisi ketika ujian Pap Smear dilakukan


Kenapa Ujian Pap Smear?

Untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks / pangkal rahim. Ujian ini membantu untuk mengesan kuman, bakteria atau tanda-tanda keabnormalan di bahagian serviks wanita. Jika ia dapat dikesan awal, proses perubatan boleh dilakukan dengan segera untuk menyelamat rahim wanita.

Tahu tak?
Kanser serviks / pangkal rahim merupakan pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.


Persediaan Sebelum Ujian Pap Smear

1. Elakkan aktiviti seks 24 jam sebelum ujian Pap Smear dibuat.
2. 10 hari selepas kedatangan darah haid / period


Waktu Yang Sesuai Untuk Membuat Ujian Pap Smear

Setahun sekali sahaja. Andainya keputusan selepas itu ok atau negatif kanser, ujian perlu dibuat sekali untuk tiga tahun. Andainya keputusan mendapati terdapat sebarang keabnormalan atau ada mengandungi kuman atau bakteria, rawatan seterusnya akan diberikan.

Wahai sahabat wanita.
Jom jaga kesihatan serviks kita. Jauhi aktiviti seks bebas kerana ia lebih berisiko untuk mendatangkan pelbagai penyakit.
Untuk sahabat-sahabat yang pernah mengandung dan bersalin dan pernah aktif dalam aktiviti seks, jangan takut untuk buat ujian Pap Smear ( termasuklah saya! ).

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

3 comments:

  1. Huhuhu..serious tak sakit..tapi perasaan malu tu menebal sehingga terbabas beberapa tahun dah miss pap smear ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah buat gak...hmmm, kena buat la ni, risau kan

    ReplyDelete
  3. Jom2 sume..kita buat...utk diri sdiri nie...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...