HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

Alhamdulillah.

9 bulan berlalu setelah saya membuat keputusan besar untuk meletakkan jawatan di Poslaju dan memilih untuk bekerja dari rumah sahaja. Ternyata, pilihan saya untuk bekerja dari rumah bersama Shaklee adalah keputusan yang tepat dan berbaloi.



Mengapa ia berbaloi?

1. Mendapat kebebasan peribadi.

Saya tidak lagi terkongkong dengan dengan kehidupan dan jadual bekerja 8.00am - 5.30pm yang kadangkala membuatkan saya rasa bosan terkurung dan menghadap rutin kerja yang sama. Dan lebih malang, ia menimbulkan rasa bosan setelah 12 tahun bekerja dengan jadual yang tidak berubah saban hari. Bekerja dari rumah juga membuatkan saya rasa gembira kerana tiada bos yang memerhati, tidak ada budaya kerja syarikat yang perlu saya patuhi dan tiada lagi jadual kaku dan statk yang perlu saya turuti. paling menarik, saya tidak lagi stress untuk berhadapan dengan kesesakan jalan raya setiap pagi dan petang.




2. Menjana pendapatan tanpa had

Saya juga berjaya menjimatkan beberapa kos yang selama ini dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan untuk ketempat kerja. Penjimatan yang saya maksudkan adalah seperti masa, kos minyak kereta dan kos makan diluar. Mengikut perkiraan dan bajet, saya perlu membelanjakan RM1000 sebulan untuk kos minyak kereta dan kos makan diluar ( sarapan & makan tengahari ). Mungkin ia tak banyak untuk anda, namun sangat banyak untuk saya yang hanya bergaji RM2.5k ketika itu. 
Kini, dengan hanya berkerja dari rumah, saya telah berjaya mendapatkan semula angka gaji yang sama tanpa perlu mengeluarkan kos minyak kereta, dan penjimatan untuk kos makanan dirumah sahaja. Saya kini sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan tanpa had sama seperti mereka yang telah berjaya dengan Shaklee. Saya meletakkan target untuk berjaya dalam masa setahun lagi. InsyaAllah. Doakan saya ye kawan-kawan.


3. Lebih masa bersama keluarga

Sama seperti kebanyakan orang yang memilih untuk bekerja dari rumah yang mahukan lebih masa bersama keluarga, begitu juga dengan saya. Saya mahu melihat perkembangan anak-anak tanpa tertinggal satu detik pun. Saya juga mahu anak-anak melihat bagaimana saya berkerja dan menghargai setiap saat dalam kehidupan ini. Walaupun saya perlu bijak membahagikan masa untuk kerja dan melayan anak, saya gembira dengan kehidupan kini. Saya boleh mendapatkan keperluan anak-anak pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghampakan mereka lagi disebabkan oleh kesuntukan waktu kerana keluar dan balik daripada kerja tanpa melihat sinar matahari!


WAHM Shaklee, Mamadhia Vitashop


4. Mudah menghadapi kecemasan

Ya. Dan ia sangat benar. Saya boleh menghadapi saat kecemasan pada bila-bila masa dengan mudah tanpa perlu memikirkan baki cuti tahunan, mengisi borang cuti dan mendapatkan kebenaran bercuti. Sebagai contoh, baru-baru ini, anak ke-3 saya perlu dimasukkan kehospital atas masalah asthma pada 25/11/2013 yang lalu. Tanpa disangka, ia memakan masa hingga 5 hari untuk saya berada di wad dan menjaga beliau. Belum dikira lagi beberapa hari sebelum itu yang mana saya perlu berulang-alik keklinik untuk mendapatkan rawatan. Cuba bayangkan. Saya perlu mengambil cuti tahunan selama 6 hari untuk seorang anak yang sakit. Dan saya mempunyai 4 anak! Untuk makluman, cuti tahunan saya semasa bekerja di Poslaju adalah hanya 22 hari sahaja.
Syukur. Dengan Shaklee dan kecanggihan teknologi masa kini, saya masih boleh bekerja walaupun berada dihospital sambil menjaga anak yang sakit. 


WAHM Shaklee, Mamadhia Vitashop


Ini adalah pilihan saya. Mungkin sama sekali tak sama dengan pilihan orang lain. Namun, dengan Shaklee, anda juga boleh melakukannya secara 'part time'. Saya berpendapat, jika ia boleh mendatangkan keuntungan dan pendapatan, mengapa kita perlu biarkan saja ia berlalu. Mengapa kita tak mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan. Dengan bermacam-macam kos kehidupan seharian yang meningkat naik, ia adalah satu pilihan bijak untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Kata orang, " dimana ada kemahuan, disitu ada highway ". Perkara yang paling utama adalah kemahuan dan kehendak diri sendiri untuk berjaya.

Jika anda risau tentang modal untuk memulakan perniagaan Shaklee, saya ingin maklumkan bahawa buanglah rasa risau itu jauh-jauh. Dengan hanya bermodalkan RM65 untuk bisnes kit dan RM10 untuk pengeposan, ia adalah modal mampu milik setiap orang yang akan menjana pendapatan berganda-ganda jika diusahakan dengan gigih dan bersungguh-sungguh.

Nak cuba menjana pendapatan dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya. Semuanya akan ditunjukkan dan diajar jika anda menunjukkan kesungguhan juga untuk berjaya dengan Shaklee. Jangan risau OK!

Piece!

Noriah - 866979
013-398 4050
nadhira.haqim@gmail.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Jadi Ahli Shaklee : Jana Pendapatan 2,3,4,5 angka

Percaya tak bila saya beritahu yang dengan menjadi ahli Shaklee, kita boleh jana pendapatan hingga 5 atau 6 angka?

Sila lah percaya, kerana ramai yang telah membuktikannya.



Saya bermula menjadi ahli Shaklee selepas mencuba set berpantang. Menariknya, barisan vitamin Shaklee yang sangat berkesan dan membantu saya untuk kembali pulih dengan cepat semasa dalam tempoh berpantang. Dengan keyakinan penuh, saya memohon untuk menjadi ahli dengan niat untuk mencuba kesemua barisan vitamin Shaklee untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulilah, ia memang berkesan dan membantu penjagaan kesihatan kami sekeluarga. Akhirnya saya cuba untuk berkongsi kebaikan yang telah kami perolehi dengan kawan-kawan di Facebook terutamanya tentang keberkesanan proses penyusuan susu ibu bersama anak-anak kecil saya. Saya gembira kerana dengan perkongsian tersebut, saya berjaya menjana pendapatan yang bermula dengan RM27 sahaja.

Mahal ke yuran ahli?

Sama sekali tidak. Ia hanya memerlukan RM65 untuk kit perniagaan dan RM10 untuk kos pos.

Ya. Bisnes yang saya sedang jalankan ini kebanyakan berasaskan online. Permintaan offline hanya beroperasi disekitar kediaman sahaja. 



Apa yang bestnya menjadi ahli Shaklee?

1. Dapat membeli vitamin dengan harga ahli dengan penjimatan hingga 30%
2. Menerima penerbitan Shaklee Today yang banyak memuatkan info tentang kesihatan dan produk. Ia juga memuatkan kisah-kisah kejayaan individu yang telah berjaya menjana pendapatan dengan Shaklee.
3. Layak untuk menerima latihan didalam kumpulan-kumpulan hebat yang dikendalikan oleh ketua-ketua yang hebat juga. Dan ia diberi secara percuma.
4. Layak untuk dilantik kejawatan Suervisor berdasarkan kelayakan tertentu.
5. Layak untuk menerima bonus peribadi mengikut kelayakan oleh Shaklee. Ia diberi berdasarkan uv yang dikumpul pada setiap bulan.
6. Setiap ahli yang telah mendaftar, layak untuk menaja ahli lain juga.
7. Layak untuk menyertai Program Tajaan Antarabangsa. Ia adalah pakej pelancongan bertaraf 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Ia juga diberikan berdasarkan kelayakan ahli.
8. Boleh menghadiri acara tajaan syarikat untuk semua ahli. Antaranya adalah majlis Natiaonal Conference.

Menarik kan? Kebanyakan individu yang menjana pendapatan dengan Shaklee adalah mereka yang menjadi ahli untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, jika ia boleh mendatangkan pendapatan, mengapa tidak kita lakukannya dengan bersungguh kan?

Untuk anda yang berminat menjadi ahli, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Noriah
013-398 4050
nadhira.haqim@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mengapa saya WAHM bersama Shaklee

Entry ala-ala luahan perasan..Boleh gitu?  hehehe...

12 tahun berkhidmat di Pos Malaysia, sesuatu yang amat tragis dan menyayat hati apabila saya merelakan dan meredhakan untuk mengarang dan menghantar surat resign kepada Encik Bos. Sememangnya saya sangat seronok dengan kerja saya. Setiap 25hb pasti dapat gaji. Tak perlu nak risaukan masalah kewangan sangat. Gaji saya tak lah banyak, tapi masih cukup untuk menampung kehidupan berkeluarga di samping pendapatan suami juga.



Apa yang membuatkan saya ambil keputusan untuk letak jawatan?
Rasanya jawapan biasa seorang ibu, nak menguruskan anak dengan tangan sendiri. Saya mempunyai 3 orang anak dan InsyaAllah akan bertambah jadi 4 Ramadhan nanti...Anak yang sulung usianya 9 tahun, kedua 6 tahun dan ketiga setahun. Saya tak risaukan anak yang kecil kerana Alhamdulillah kami mendapat pengasuh yang sangat sayangkan anak-anak asuhannya. Jadi, saya memang percayakannya untuk menjaga anak-anak saya. Masa berjalan, rupanya anak saya telah membesar dan sangat pandai berkawan. Tinggal di taman perumahan lama, yang mana kanak-kanak disini berasa selamat untuk bebas bermain disekitar taman perumahan. Oleh kerana kami tinggal di taman perumaha yang sama dengan rumah pengasuh, sekolah agama dan sekolah tadika, maka anak-anak saya memang mempunyai ramai kawan disini. Kanak-kanak seusia mereka akan berkawan dengan semua orang, tanpa dapat menapis terlebih dahulu apa yang baik dan apa yang tidak sesuai untuk mereka. Maka, itulah yang menjadi titik kerisauan saya. Semua sedia maklum cabaran pembesaran kanak-kanak pada zaman sekarang. Dengan kesibukan ibu dan bapa yang mencari nafkah, kawalan dan pemantauan keatas anak tak dapat dilakukan dengan sempurna. Saya ingin mencuba yang terbaik, dengan cara saya..




Apa yang terlintas difikiran apabila keputusan untuk letak jawatan dibuat? 
Tentunya dan tak boleh lari, pastilah masalah kewangan. Saya percaya, jika kita berusaha, pasti ada jalan untuk jana pendapatan. Saya beruasaha untuk melakukan bisnes secara online. Dengan cara itu, saya tidak perlu keluar daripada rumah dan saya dapat menguruskan rumahtangga disamping menjaga bisnes saya. Yang penting, perlu pandai membahagikan masa. Namun, saya rasakan kepuasan kerana anak saya boleh pulang kerumah sebaik tamat persekolahan. Tak perlukan transit lagi. Mereka juga dapat merasa air tangan saya setiap hari berbanding dulu. Tiap hari, tapau makanan. Yang masak? Pekerja Indo la agaknya..
Perbezaan yang dapat saya rasakan, anak-anak saya semakin mendengar kata berbanding dulu. Mungkin berkat amalan zikir semasa memasak? Alhamdulillah...
Dan pada masa yang sama, saya dapat melakukan urusan bisnes online saya. Saya masih boleh membuat iklan, promosi, menjual vitamin, memberi konsultasi dan sebagainya. Saya juga hanya perlu keluar sekejap untuk membuat pengeposan. ALhamdulillah, suami banyak membantu urusan pengeposan. Paling best, saya dapat melakukan amalan rohani yang diajar didalam grup bisnes online kami dengan lebih sempurna. Pokok pangkalnya, pengurusan masa amatlah penting. Ye...saya boleh menjana pendapatan hanya dirumah!!



Kenapa saya memilih Shaklee?
Saya mengenali vitamin Shaklee semasa berpantang anak ke-3. Saya sangat menyukainya. Luka episotomi cepat sembuh, tubuh saya sentiasa bertenaga kerana berpantang sendirian sambil menguruskan anak-anak yang lain dan yang paling penting, saya dapat mengumpulkan stok EBM yang banyak sebelum masuk kerja semula. Alhamdulillah..
Melihatkan keberkesanan semua vitamin yang saya ambil, saya terfikir untuk menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan. Saya menjadi ahli melalui adik yang dah lama amalkan vitamin Shaklee. Apa yang menariknya, dengan grup yang saya sertai, kami tidak ditekankan untuk mencari downline.~~Saya banyak sertai MLM sebelum nie, dan saya tak suka untuk membuat headhunting~~
Kami ditekankan untuk berkongsi kebaikan produk, berkongsi testimoni sebenar melalui pengalaman sendiri. Dan yang menariknya, kami berkongsi tip dan teknik perniagaan, kelas, motivasi, semuanya dengan hanya menggunakan medium internet.
Grup ini juga menekankan amalan rohani. Ye lah...mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan sambil merapatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Tak pernah saya setenang ini semasa melakukan bisnes MLM. Ye...Shaklee memang bisnes MLM. Tapi saya sukakannya. Alhamdulillah...

Anda nak mencuba jana pendapatan dengan Shaklee?
Mari sertai kami...

Jom baca entry Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online - Shaklee untuk mengetahui apa yang best mengenai bisnes Shaklee..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Work At Home Mom : Alasan dan Sebab

Work At Home Mom : WAHM

Apekah??

Dulu-dulu tak ada pun istilah WAHM tu. Work At Home Mom adalah istilah yang digunakan ibu-ibu zaman moden yang merujuk kepada ibu-ibu yang menjana pendapatan dirumah, sambil menguruskan keperluan rumahtangga dan anak-anak. Tujuan utama WOrk At Home Mom, tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan anak-anak dapat diuruskan sendiri oleh ibu. Work At Home Mom akan menyediakan semua keperluan anak-anak - makan, minum, pakaian, hantar ke sekolah dan 1001 kerja rumah yang lain. Dan semestinya dalam masa yang sama, ibu-ibu masih dapat menjana pendapatan untuk menampung keperluan keluarga di masa-masa kos kehidupan yang semakin meningkat setiap hari malahan ada Work At Home Mom yang dapat menjana pendapatan melebihi daripada pendapatan mereka semasa bekerja diluar samada dalam bidang professional atau tidak.

Sebenarnya kerjaya Work At Home Mom nie dah wujud sejak dulu lagi. Cuma istilah tu di upgrade jadi lebih professional...:)
Mak saya adalah seorang tukang jahit, menjana pendapatan dirumah sambil membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, hasilnya sangat berbaloi sekarang. Sayang MAK!!

Untuk entry kali ini, saya tak mahu menyentuh kerjaya apa yang boleh dilakukan untuk jadi seorang Work At Home Mom. Saya nak tekankan tujuan dan alasan saya untuk menjadi Work At Home Mom. Sebelum ini, saya sentiasa fikirkan akan bekerja sampai PENCEN. Argghhh...konon nak bina kerjaya supaya kelihatan gagah dimata masyarakat. Jangan salah sangka. Tak ada masalah langsung dengan orang yang dah berjaya bina kerjaya hebat. Sungguh! Saya sungguh salute pada mereka. Dan pastinya, mereka mampu untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak dengan cara mereka sendiri. Untuk saya, rasanya ini adalah jalan terbaik.

Alhamdulillah, semasa kecil mereka dijaga dengan sempurna oleh baby sitter yang dah saya anggap seperti keluarga sendiri. Tak ada penderaan atau lebam-lebam. Demam, batuk dan selsema tu bagi saya normal untuk sistem pertahanan badan mereka juga. Anak saya semakin membesar. Yang sulung dah tahun 3, umur 9 tahun. Dah jadi otai!! Owh...sebab dia sekolah petang. Dia dan adiknya yang dah 6 tahun, dah pandai mengayuh basikal keliling taman rumah, dah pandai berkawan dengan anak-anak setaman, dah pandai membeli sayur yang saya pesan dikedai berhampiran, dah pandai menghilang sejam atau dua dihujung minggu. Detak hati saya, suatu perubahan perlu dibuat. Saya perlu merapatkan diri dengan mereka. Saya perlu menjadi kawan yang disenangi sebelum mereka lebih menyenangi rakan sebaya daripada kami ibu dan bapa. Saya perlu korbankan kerja diluar. Yang memerlukan saya untuk keluar dari rumah sesudah Subuh dan pulang bila waktu Maghrib hampir berakhir. Maka, langkah pertama saya adalah TENDER RESIGN.

Kenapa saya perlu risau dengan perkembangan sebegitu. Ok lah kan? Anak-anak dah pandai berdikari. Owh...memang, saya bangga dengan mereka yang pandai berdikari diusia masih kecil. Tapi, saya tak mahu mereka terlalu berdikari hingga membelakangkan kami yang terlalu sibuk dengan kerjaya dunia, terlalu sibuk mencari wang untuk memberikan 1001 kesenangan untuk mereka. Saya perlu mendidik dan memantau mereka dengan kudrat sendiri. Semoga saya dapat mendidik mereka menjadi orang yang berguna. Pada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Melihatkan senario sekarang, yang mana banyak dipaparkan di akhbar harian, anak-anak yang baru berusia 11-12 tahun. Yang kita sangkakan hilang diculik dan sebagainya, tapi sebenarnya lari ikut kekasih hati!! Diusia 11-12 tahun? Allahuakbar....Nauzubillah...Saya tak mendoakan yang buruk-buruk untuk mereka. Saya tak mahu mereka diculik mahupun lari ikut kekasih. Semoga perjalanan saya dipermudahkan Allah. Amin..




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...