HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Ubat Gastrik Paling Berkesan Saeantero Malaya

Pernah rasa perut berangin, memulas-mulas, rasa macam nak muntah atau memang termuntah pun setiap kali terlewat makan?
Kalau dibiarkan kerapkali kejadian macam nie terjadi, tak mustahil lama-kelamaan anda akan menjadi penghidap gastrik.
Bila dah menjadi penghidap gastrik, kadang-kadang makan ikut jadual pun gastrik boleh bertandang tau!



Jenis-jenis Gastrik

Gastrik terbahagi tiga jenis iaitu;
  1. Gastrik Ringan - Ia disebabkan oleh inflamasi / pembengkakan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  2. Gastrik Berat - Ia berlaku disebabkan oleh berlakunya kecederaan / luka berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser Gastrik ( Peptic Ulser ) - Merujuk kepada ulser perut, ulser adalah sejenis luka terbuka yang terjadi didalam perut. Ia akan menyebabkan pendarahan dan darah boleh dikesan melalui muntah atau najis.
Secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik dengan PH 1 hingga PH 2 yang berfungsi untuk mencernakan makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa ( lapisan pertahanan ) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik yang terlalu banyak dengan kekuatan lapisan pertahanan menjadi lemah. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Tanda-tanda Gastrik



  • Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa dan kembung
  • Sendawa berulang kali
  • Kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual atau loya dan muntah
  • Berat badan turun di peringkat kronik
  • Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah diperingkat kronik
  • Hilang selera makan

Rawatan Gastrik

Macam mana nak rawat gastrik? 

Dengan barisan suplemen Shaklee, anda boleh amalkan tiga vitamin utama untuk proses merawat gastri iaitu, ESP, Peppermint Gingger Plus dan Alfalfa.


1. ESP

ESP membekalkan protin yang dihasilkan daripada kacang soya yang diketahui sebagai sumber tumbuhan yang tinggi sifat alkali. Ia berfungsi untuk meneutrlkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu semula sel-sel yang baru bagi menggantikansel-sel yang telah lemak dan lemak.




2. Peppermint Gingger Plus

Kombinasi 4 herba yang terdiri daripada pudina, halia, jintan dan bunga lawang terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan akibat gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.





3. Alfalfa Complex

Alfalfa yang bersifat alkali membantu untuk meneutralkan keasidan dan menngurangkan keradangan. Sangat baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.






Untuk mengelakkan gastrik, corak pemakanan mestilah dijaga.
Makan tepat pada waktunya, elakkan makanan pedas, elakkan makanan masam dan banyakkan minum air suam.

Nak konsultasi tentang rawatan gastrik?
Boleh la whatsapp saya ye.


---------------------------------------------------------------------------------------------- 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

10 Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat!

Ramai wanita yang beremosi bila bercerita tentang jerawat. Apatah lagi bila jerawat dengan selamba bertanda dua tiga biji di kulit muka kita kan?
Hari nie saya nak share 10 cara untuk menghilandkan jerawat. 


1. Masker Avacado + Madu
  • Hancurkan isi buah avacado hingga lumat.
  • Campurkan dengan 1 sudu madu asli.
  • Lumurkan masker diwajah anda dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

2. Baking Soda

Baking soda dapat meneutralkan PH kulit. Jadi bakteria yang menyebabkan jerawat tumbuh tak akan hidup lama pada wajah kita. Baking soda juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan bersihkan pori-pori yang tersumbat.




  • Bancuh 2 sudu baking soda bersama 1 sudu air.
  • Ratakan disekitar kulit wajah. Boleh juga gosok sedikit seperti memakai skrub.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam.

3. Lemon

Buah lemon dikatakan dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Ia juga membantu membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Orang kata, lemon boleh mencerahkan kulit juga tau!
  • Golek-golekkan lemon sambil ditekan untuk mudahkan airnya keluar.
  • Potong menjadi dua bahagian. Perah airnya kedalam bekas.
  • SApukan air lemon ke kulit wajah anda.
  • Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk.

4. Ubat gigi

Ubat gigi mengandungi florida, triclosan dan hidrogern peroksida dapat mencegah iritasi kulit, mengeringkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada wajah. Tapi jika anda punyai kulit yang sensitif, penggunaan ubat gigi adalah tidak sesuai. 
Caranya adalah :
  • Sapukan ubat gigi kepada kulit yang berjerawat.
  • Biarkan selama 2 jam atau semalaman.
  • Bilas dengan air sejuk.

 5. Bawang Putih

Bawang putih sangat dikenali sebagai bahan semulajadi yang efektif untuk menghilangkan jerawat. Kandungan thiacremonon sulfer yang dapat mengeringkan jerawat dan allicin yang bersifat antiseptik mampu mematikan bakteria penyebab jerawat.


  • Bawang putih diracik halus.
  • Gosokkan sekata pada wajah.
  • Biarkan beberapa minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • 👉 Boleh juga campurkan bawang putih yang dah diracik halus dengan cuka epal 

6. Skrub Gula

Gula mengandungi AHA dan asid Glycolic yang baik untuk membersihkan wajah dari sel kulit mati dan menghilangkan jerawat serta parutnya.
  • Campurkan 2 sudu gula bersama 1 sudu air.
  • Kalau hingga gula larut.
  • Sapukan pada wajah selama 15 - 20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

7. Madu

Madu dah lama pun digunakan dalam perawatan kecantikan. Antiseptik yang terkandung didalam madu mampu menghapuskan bakteria dan menguragkan keradangan kulit akibat jerawat. Madu juga berfungsi sebaga probiotik semulajadi yang juga boleh mencegah timbulnya jerawat baru.

  • Sapukan beberapa titis madu kepada kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Biarkan selama 45 minit.
  • Bilas dengan air sejuk
  • Lakukan 3 kali seminggu.

8. Ais

Ramai yang tak tahu kan? Ais mempu menghilangkan minyak berlebihan dan segala kekotoran yang menjadi punca jerawat. Selain daripada itu, ais juga berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan radang akibat jerawat yang timbul.

  • Bungkus ais secukupnya dengan menggunakan kain yang bersih.
  • Tuam pada kulit wajah yang ditumbuhi jerawat.
  • Ulang-ulang proses menuam kebahagian lain diwajah juga.
  • Ulang proses ini hingga jerawat mengering.

9. Cuka Epal.

Gunakan cuka epal yang boleh didapati dimana-mana pasaraya berhampiran. Cuka epal boleh menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Campurkan 5ml cuka epal bersama 95ml air.
  • Ratakan pada wajah dengan menggunakan kapas.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • Untuk kesan maksimum, lakukan proses ini sebelum tidur dan biarkan semalaman.

10. Putih Telur

Putih telur boleh mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan minyak yang berlebihan. Kandungan Enzim Lysozim boleh menghancurkan sel bakteria penyebab jerawat.
  • Asingkan putih dan kuning telur.
  • Pukul putih telur hingga kembang
  • Sapukan pada wajah seperti masker
  • Biarkan sehingga kering
  • Bilas dengan air suam.

Ok. Cukup dah 10 cara menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk hilangkan jerawat. Selamat mencuba.

Untuk mereka-mereka yang nak cepat & tak de masa nak buat semua petua di atas, apa kata cuba hilangkan jerawat dengan menggunakan set cantik Shaklee. Senang, mudah dan selamat.
Kecantikan terjaga dari luar dan dalam.


Vitamin C.

Amalkan 2-4 biji Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Vitamin C juga boleh mengecutkan jerawat serta memudarkan partu jerawat. 

Vitamin E

Amalkan 1-2 biji Vitamin E setiap hari untuk membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, memudarkan parut jerawat dan bintik penuaan. Vitamin E mampu memulihkan tekstur dan tona kulit.

ESP

Pengambilan ESP yang kerap boleh membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia meransang pembentukan semula kulit dan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan boleh mengurangkan parut.

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan parut jerawat, menganjalkan kulit, menghaluskan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan berbagai-bagai fungsi lagi.

Untungnya,
Semua suplemen Shaklee diatas boleh juga digunakan sebagai masker. Hancur lumatkan Vitamin C, campurkan dengan sedikit ESp dan air. Sapu rata ke wajah anda. 
Atau pecahkan kapsul Vitamin E dan campurkan dengan ESP dan sedikit air. Ratakan juga ke wajah anda. Kesannya pasti superb. Cubalah!!

Nak konsultasi?
Atau nak beli?
Jangan segan-segan  whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Saya Nak Kurus!


Uollss tau tak?

Statistik obesiti untuk rakyat Malaysia sangat tinggi. Tak dinafikan, makanan kat Malaysia nie ada macam-macam rasa & supersedap! Cemana le tak tergoda. Macam-macam menu ada.

Ubat kurus pun kemain lagi banyaknya kat pasaran. Seller claimn sampai bintang sana tentang keberkesanan ubat kurus yang diorang jual. Hihi.
Pandai-pandai la nak memilih ye kawan-kawan.

Masalah sama jugak pada saya. Sejak-sejak wean off anak-anak kembar lain tahun, badan naik macam dipam-pam aje. Haish!
So, sejak 4 bulan lepas, saya dah mula join team zumba kat tempat saya nie. Bukanlah zumba sangat. Lebih kepada senaman freestyle. Menari je semua lagu yang di download kat youtube.
Hebatnya, kami boleh menari 20 lagu dalam masa 90 minit.

Ni salah satu lagu yang kami guna. Silalah try kalau suka... 

^_^






Selain daripada bersenam, menjaga pemakanan adalah proses penting yang ramai orang terlupa nak buat. Kena kurangkan karbohidrat, makanan berminyak, makanan berlemak, kuantiti makanan dan macam-macam lagi lah.

Saya pernah menulis tentang tips Bagaimana Untuk Kurus.
Mungkin tips tersebut boleh dijadikan rujukan. Tips tersebut saya ambil dari Majalah I-Sihat.

Dah bersenam. Dah jaga pemakanan. Selain tu, saya amalkan jugak suplemen-suplemen Shaklee sebagai booster untuk memecahkan lemak & bantu penurunan berat. Saya suka suplemen Shaklee sebab kegunaan & banyak benefit lain yang boleh kita rasa.


Set Kurus, Tips Kurus, Tips Slim


Untuk peringatan, suplemen Shaklee bukan ubat kurus tau. Jadi, kita takkan dapat kesan seawal 3 hari. Apa yang penting adalah istiqamah dan buat bersungguh-sungguh. Amalkan pemakanan sihat, gaya hidup sihat dan jangan lupa bersenam.

Untuk makluman,
ESP adalah protin soya yang banyak khasiat. Ia bantu untuk buatkan perut merasa kenyang yang berpanjangan. ESP adalah produk yang gunakan soya non-Gmo tau. Ia juga ada GI yang rendah. Jadi, jangan risau tentang gemuk dengan ESP.

Lecithin pulak bantu untuk memecahkan lemak dan kolestrol. Ia bertindak sebagai pembersih salurdarah, membantu mengumulsi lemak.

Alfalfa bertindak seperti serat dalam tubuh kita. Ia juga berkemampuan untuk bantu proses detox.
Cadangan saya untuk kita semua consume Alfalfa walau pun bukan untuk tujuan menurunkan berat badan.

Nak Kurus dengan Sihat?
Nak Cuba dengan Set Kurus Shaklee?

Whatsapp ke 013-398 4050.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.

Pilihan COD - Chini & sekitarnya.
Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Anda Keguguran? Perlu ke Makan Ubat?

Perlu ke ambil ubat selepas keguguran? 

Kalau ikutkan kata doktor, tak perlu pun ambil ubat sekiranya keguguran diawal kandungan dan sekiranya tiada terdapat komplikasi lain seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

Rujuk artikel saya yang lepas yang dipetik dari Majalah Pa&Ma 

>>>>>>>>>   Rawatan Keguguran 

Namun, badan kita, kita yang rasa. Saya pasti, semua ibu-ibu ingin berada didalam keadaan yang sihat sentiasa demi kelangsungan tugas-tugas ibu & isteri. Seperti juga ibu yang baru saja lepas melahirkan bayi, pastinya tubuh merasa tidak sihat dan perlukan pemulihan kerana 'sesuatu' telah dikeluarkan daripada tubuh anda. 

Betul tak?

Jadi, ubat atau suplemen tetap diperlukan untuk memulihkan semula tubuh ibu-ibu. Tak kira samada anda mengambil ubat daripada klinik, suplemen-suplemen yang telah dimodenkan mahupun jamu-jamu traditional.

Saya nak bercerita tentang Set Pantang Premium Shaklee.


Shaklee, Set Pantang, Set Bersalin


Set ini membantu ibu-ibu selepas bersalin mahupun keguguran untuk segera pulih seperti biasa yang merangkumi kesihatan dalaman dan luaran.

Jom tengok fungsi-fungsi setiap vitamin didalam Set Pantang Premium.

1. Zinc Complex 

Zinc Complex membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbiaki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc complex dan tabur keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

2. Ostematrix

Ostematrix merupakan sumber kalsium yang diperkaya dengan magnesium untuk membantu menguatkan tulang ibu-ibu yang mana bayi-bayi anda telah menyerap kalsium daripada tulang anda semasa hamil.

3. Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun. Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Ia juga membantu menyingkatkan pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. ESP

Esp adalah sumber protin yang berasaskan soya yang kaya dengan isoflavones membantu memulihkan hormon wanita. Ia juga membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoperosis dan sakit jangung. ESP juga membantu membekalkan tenaga segera dan membantu proses menurunkan berat badan.

5.   Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang membantu menampung kekurangan vitamin penting didalam tubuh ibu-ibu. Ia membantu memberikan tenaga dan mencergaskan tubuh. 

6. B-Complex

Membantu menukarkan makanan ke[ada tenaga. Ia membantu proses penghadaman, menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan mengurangkan masalah keletihan.



Nak dapatkan Set Pantang Premium secara online?

Klik >>>>>> Set Pantang Premium

Nak dapatkan konsultasi & nasihat secara PERCUMA?

Hubungi >>>>> 013-398 4050

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

HAMIL DAN KEGUGURAN : JOM TENGOK APA PUNCANYA?

Kalau semalam saya dah kongsikan tentang HAMIL DAN KEGUGURAN : APAKAH MAKSUD KEGUGURAN?, hari ini saya nak kongsikan pula punca-punca yang boleh menyebabkan keguguran.

Menurut Dr. Mohamed Rafi, keguguran penggal pertama disebabkan oleh embrio tidak berkembang seperti sepatutnya. Mari lihat apa risiko-risiko lain yang menyebabkan keguguran terjadi.

1. Jumlah Kromosom normal yang tidak tepat.

Janin memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk berkembang dengan baik. Bayi memerlukan 23 kromosom daripada ibu, dan 23 kromosom lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaksempurnaan ini mungkin berlaku kerana:
  • Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat
  • Terdapat perubahan dalam struktur kromosom



Didalam kes diatas iaitu jumlah kromosom tidak normal, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio dan berlakunya keguguran penggal pertama.


2. Keadaan rahim ibu

Faktor rahim ibu juga mendorong kepada masalah keguguran awal. Jangkitan kuman pada faraj dan kelainan pada rahim antara perkara yang biasa dialami jika ibu mempunyai masalah pada rahim mereka.

3. Keadaan kesihatan ibu

Keguguran penggal kedua pula lebih dipengaruhi oleh masalah kesihatan ibu itu sendiri berbanding masalah kepada embrio. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis, buah pinggang tidak terkawal dan masalah fibroid berisiko tinggi untuk mengalami keguguran pada peringkat lewat kehamilan.




4. Umur ibu

Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Pada usia 30 tahun, risiko wanita mengalami keguguran ialah 1 daripada 5, manakala pada usia 42 tahun, risikonya 1 daripada 2,

5. Sindrom darah pekat

Sindrom ini menyebabkan pembekuan darah berlaku didalam salur darah. Ia juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. Pengaliran darah yang betul sangat penting bagi memastikan janin berkembang dengan sempurna.

6. Gaya hidup

Tidak dapat dinafikan fakta bahawa wanita yang merokok, banyak minum minuman keras dan mengambil dadah berisiko tinggi untuk mengalami keguguran. Selain daripada itu, pengambilan kopi atau kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

7. Faktor lain

Risiko keguguran juga meningkat jika ibu tercemar dengan bahan seperti jangkitan, ubat-ubatan terlarang, stress fizikal yang berlebihan serta terdedah kepada radiasi atau bahan-bahan kimia.





Suplemen untuk kehamilan.

Apakah yang ibu lakukan sebaik sahaja menyedari kehamilan anda? Adakah ibu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan suplemen tambahan yang sepatutnya atau hanya duduk buat tak tahu saja?

Sebaiknya, sebaik sahaja menyedari kehamilan, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan mengambil suplemen tambahan untuk perkembangan bayi yang sedang dikandung. Suplemen tambahan boleh diambil seawal 3 bulan sebelum merancang kehamilan.



Secara ringkasnya, Shaklee juga menyediakan suplemen terbaik sebagai bekalan untuk ibu-ibu hamil. Ia membantu ibu untuk sentiasa sihat dan membantu perkembangan bayi anda.

Set Ibu Hamil Cergas

Set Ibu Hamil Cergas membantu ibu untuk sentiasa sihat dan cergas di sepanjang proses kehamilan. Ia juga membantu tumbesaran bayi yang sedang dikandung. Seperti yang ramai maklum, pembesaran bayi yang dikandung memerlukan nutrien-nutrien penting yang diambil dan disalurkan oleh ibu. Nutrien-nutrien tersebut akan disalurkan kepada bayi walau ibu tidak mengambil sebarang suplemen atau vitamin tambahan. Oleh itu, untuk memastikan tubuh ibu sendiri tidak mengalami kekurangan nutrien yang sepatutnya, suplemen atau vitamin perlu diambil.

Apa bestnya Set Ibu Hamil Cergas nie?

1. Ostematrix - Vitamin yang menjaga kesihatan tulang. Ia mengandungi kalsium, magnesium dan beberapa mineral penting untuk tulang yang sihat. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sakit pinggang dan kekejangan kaki. Ostematrix membantu menghindari masalah-masalah tersebut.

2. Vitamin C - Vitamin yang membantu meningkatkan sistem imun ibu hamil. Ia membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit dan asma.

3. ESP - ESP pula adalah sumber protin hebat yang mampu memberikan tenaga kepada ibu hamil yang sering keletihan dek tugas-tugas harian. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun.

4. Vitalea Iron Formula - Merupakan multivitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang penting untuk mengelakkan kecacatan bayi didalam kandungan. Vitalea membantu menampung kekurangan  nutrisi dan mineral penting akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Ia juga membantu proses stimulasi metabolisma dan membantu proses pertumbuhan sel baru.

5. B-Complex - Juga merupakan vitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang sangat diperlukan oleh ibu hamil. Keperluan folik asid oleh ibu hamil seperti yang disarankan adalah sebanyak 400mg sehari. B-Complex mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100% biotin dan folik asid. 

Pilihan ditangan anda.
Mahukan tempoh kehamilan yang ceria, sihat dan cergas atau,
Tempoh kehamilan yang penuh dengan keletihan, hambar dan tidak ceria? 

Saya memilih untuk hamil sihat, cergas dan ceria untuk kehamilan ke-4. Dan ia memang terbukti!

Nak Set Ibu Hamil Cergas?
Hubungi saya segera ye! 
  
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

HAMIL DAN KEGUGURAN : APAKAH MAKSUD KEGUGURAN?

Anda hamil? Pernah alami keguguran?

Alhamdulillah. Empat kehamilan saya dalam tempoh 10 tahun berlangsung dengan baik dan semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera. Saya tak pernah alami keguguran dan memang tak tahu bagaimana ia terjadi. Oleh itu, jom kita cari maklumat berkaitan dengan keguguran untuk pengetahuan bersama.

Apa itu keguguran?

Menurut Dr. Mohamed Rafi, Perunding Obstetrik dan Ginekologi :

Keguguran didefinasikan sebagai kehilangan fetus di bawah 500g atau kehamilan yang berakhir sebelum kandungam berusia 22 minggu. Keguguran boleh dibahagikan kepada dua iaitu keguguran penggal pertama dan keguguran penggal kedua.

Keguguran yang berlaku pada 12 minggu pertama dikenali sebagai keguguran penggal pertama.
Keguguran yang berlaku selepas tempoh 12 minggu usia kandungan dikenali sebagai keguguran penggal kedua.


Rupa-rupanya, ada tiga jenis keguguran tau!

1. Keguguran dalam kandungan [ missed miscarrieage ]

Keguguran jenis ini berlaku tanpa disedari oleh ibu itu sendiri. Ia adalah keadaan dimana janin telah mati, tapi masih berada didalam rahim. Biasanya, janin berusia kurang daripada 20 minggu dan rahim tidak membesar seperti biasa. Pada peringkat awal, ibu akan mengalami gejala kehamilan normal namun ia semakin berkurangan kemudiannya.

2. Keguguran tidak lengkap [ incomplete miscarriage ]

Keguguran jenis ini bermakna janin telah gugur keluar tetapi masih ada yang tertinggal didalam rahim. Ibu yang mengalami keguguran jenis ini perlu membersihkan rahim mereka bagi mengelakkan janin yang mati didalam rahim dijangkiti kuman dan bakteria.

3. Keguguran tidak dapat dielak [ inevitable miscarriage ]

Keguguran ini diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal rahim. Pangkal rahim terbuka, pendarahan bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.





Suplemen untuk kehamilan.

Apakah yang ibu lakukan sebaik sahaja menyedari kehamilan anda? Adakah ibu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan suplemen tambahan yang sepatutnya atau hanya duduk buat tak tahu saja?

Sebaiknya, sebaik sahaja menyedari kehamilan, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan mengambil suplemen tambahan untuk perkembangan bayi yang sedang dikandung. Suplemen tambahan boleh diambil seawal 3 bulan sebelum merancang kehamilan.

Secara ringkasnya, Shaklee juga menyediakan suplemen terbaik sebagai bekalan untuk ibu-ibu hamil. Ia membantu ibu untuk sentiasa sihat dan membantu perkembangan bayi anda.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Set Ibu Hamil Cergas

Set Ibu Hamil Cergas membantu ibu untuk sentiasa sihat dan cergas di sepanjang proses kehamilan. Ia juga membantu tumbesaran bayi yang sedang dikandung. Seperti yang ramai maklum, pembesaran bayi yang dikandung memerlukan nutrien-nutrien penting yang diambil dan disalurkan oleh ibu. Nutrien-nutrien tersebut akan disalurkan kepada bayi walau ibu tidak mengambil sebarang suplemen atau vitamin tambahan. Oleh itu, untuk memastikan tubuh ibu sendiri tidak mengalami kekurangan nutrien yang sepatutnya, suplemen atau vitamin perlu diambil.

Apa bestnya Set Ibu Hamil Cergas nie?

1. Ostematrix - Vitamin yang menjaga kesihatan tulang. Ia mengandungi kalsium, magnesium dan beberapa mineral penting untuk tulang yang sihat. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah sakit pinggang dan kekejangan kaki. Ostematrix membantu menghindari masalah-masalah tersebut.

2. Vitamin C - Vitamin yang membantu meningkatkan sistem imun ibu hamil. Ia membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit dan asma.

3. ESP - ESP pula adalah sumber protin hebat yang mampu memberikan tenaga kepada ibu hamil yang sering keletihan dek tugas-tugas harian. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun.

4. Vitalea Iron Formula - Merupakan multivitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang penting untuk mengelakkan kecacatan bayi didalam kandungan. Vitalea membantu menampung kekurangan  nutrisi dan mineral penting akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Ia juga membantu proses stimulasi metabolisma dan membantu proses pertumbuhan sel baru.

5. B-Complex - Juga merupakan vitamin penting yang mengandungi 200mg folik asid yang sangat diperlukan oleh ibu hamil. Keperluan folik asid oleh ibu hamil seperti yang disarankan adalah sebanyak 400mg sehari. B-Complex mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100% biotin dan folik asid. 

Pilihan ditangan anda.
Mahukan tempoh kehamilan yang ceria, sihat dan cergas atau,
Tempoh kehamilan yang penuh dengan keletihan, hambar dan tidak ceria? 

Saya memilih untuk hamil sihat, cergas dan ceria untuk kehamilan ke-4. Dan ia memang terbukti!

Nak Set Ibu Hamil Cergas?
Hubungi saya segera ye! 
  
013-398 4050

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Ubati Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Kata orang, kita wajib kena chickex pox sekali seumur hidup.
Iye ke?

Dengarnya demam nie meninggalkan parut yang kekal dan susah nak hilang. Kalau terkena ketika usia kanak-kanak, mungkin tak terlalu menjadi ketakutan. Kulit kanak-kanak masih muda dan mungkin parut tersebut akan hilang secara total. Macam mana pula kalau terkena ketika usia dewasa?

Ohmai!
Menakutkan juga ye kalau terkena demam chicken pox pada usia dewasa. Hilanglah kulit yang tulus, mulus dan gebu tu. Parut disana sini. Parut dipipi, dahi, hidung dan dagu? Trauma..trauma..
Pasti kita akan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain terutamanya suami. Pasti kita akan merasa rendah diri dengan kekurangan diri.

Jangan risau tau! Shaklee ada jalan penyelesaian untuk mereka-mereka yang terkena chicken pox ketika usia dewasa. Insyaallah parut yang terhasil akan dapat dihilangkan dari wajah anda yang cantik molek tu.

Jom tengok pengalaman Puan didalam video nie, bagaimana beliau menghilangkan parut akibat Chicken Pox dari wajahnya dan menjadi wanita tercantik untuk suaminya.



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Banyak kan parut dimuka beliau? Memang boleh buat keyakinan diri menjunam sedalamnya kalau ada parut yang banyak macam tu.
Alhamdulillah. Berkat usaha yang tak putus dan keyakinan terhadap produk Shaklee, beliau berjaya menyahkan semua parut yang hodoh tu dan menjadi isteri yang cantik semula.

Puan nie amalkan Vitamin C, Vitamin E, ESP, GLA Complex, Bcomplex dan set Skincare Nutriwhite dalam pemakanan dan pemakaian hariannya.
Untuk mereka yang ada masalah parut jerawat yang banyak juga boleh aplikasikan tips ini untuk nyahkan parut yang hodoh tu dan jadi wanita tercantik semula.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin anda ye!

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

5 SEBAB KENAPA ESP :: ENERGIZING SOY PROTIEN :: JADI PILIHAN IBU MENYUSU

ESP memang yummy...
Terutamanya kepada peminat tegarnya.

Kenapa ESP menjadi pilihan ibu menyusu?
Jom baca fakta ini.

1. ESP Shaklee adalah protin soya yang dihasilkan dan diproses secara Non-GMO. Soya ESP tidak diubah secara genetik. Ia diolah secara semulajadi bermula dari proses penanaman pokok soya hinggalah semasa pemprosesan biji soya menjadi ESP. Soya ESP diproses dengan suhu yang rendah untuk memelihara kualiti dan khasiatnya.

Nak tau? Saya pernah cuba produk kolagen untuk satu brand yang agak glamor, yang mereka nyatakan ia sebagai kolagen soya. Rasanya memang sedap. Tapi...rasa susu saja. Heh! 
Berbanding dengan ESP yang memang terasa kepekatan rasa soyanya.


Energizing Soy Protien


2. ESP adalah produk berasaskan soya yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ia amat sesuai untuk orang yang mengalami kencing manis. 
Nak tau tak? Makanan yang berideks glisemik tinggi, lebih mudah untuk menjadikan kita gemuks! Hehe.. Contohnya, nasi. Kalau makan dengan banyak, berat pun akan naik dengan mudahnya. 
Tak percaya? Cubalah!

Indeks Glisemik adalah suatu bacaan yang menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula didalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat, mengandungi Indeks Glisemik yang tertinggi. Manakala karbohidrat yang dengan Indeks Glisemik rendah pula memecahkan gula dengan perlahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Bacaan Indeks Glisemik ESP hanyalah 39.
Indeks Glisemik Tinggi : >70Sederhana : 56 - 69Rendah : < 55

3. ESP Shaklee diiktiraf diseluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. Untuk makluman, Shaklee telah menjalankan 100,00 ujian kualiti setiap tahun untuk produk-produknya. Shaklee juga menjalankan lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya untuk setiap bahan mentah baru yang akan digunakan untuk menghasilkan suplemennya. 


ESP diawal pengeluarannya pada tahun 1961

4. ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia perlu didapatkan daripada sumber pemakanan harian. ESP turut diperkaya dengan 5 sumber viamin dan 4 sumber mineral. Setiap 850g ( 1 cannister ) ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Fakta : 1 hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 

5. ESP adalah protin soya. Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu didalam badan serta menjadi komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ didalam tubuh manusia memerlukan protin. Kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi didalam badanm kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantutkan pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa kepada kematian.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

PROMOSI OKTOBER : ESP


Promo ESP datang lagi.
Best!!!


Beli 6 PERCUMA 1.

Kelebihan promo ini:

1. Keahlian - PERCUMA
2. 1 Canniter ESP yang bernilai RM150 - PERCUMA
3. PENJIMATAN sebanyak RM150
4. BONUS tunai pada 15/11/2014

Siapa nak?
Jom pm / whatsapp saya.
013-398 4050

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

SET CANTIK SHAKLEE UNTUK HANTARAN? MACAM BEST JE

Memang best!!

Untuk mereka-mereka yang bakal naik pelamin indah, boleh la try. Dah lepas nikah, lagi la perlu dan wajib jaga kecantikan untuk Encik Suami. Barulah sedap mata memandang. Jangan pula lepas nikah, penampilan jadi macam mak lampir. Semua tak terjaga. Semua tak terurus.

Saya nak tunjukkan set hantaran semasa majlis perkahwinan adik bongsu baru-baru ni. Dan nyataia dikagumi oleh tetamu-tetamu yang datang melihat. Currlass kau deq!!




Dulang hantaran nie ada ESP, Vitamin C, Omega Guard dan GLA Complex. Sangat baik untuk kecantikan kulit dan menjaga hormon dalaman. Pasti juga untuk kesihatan badan.

Dah jadi trend sekarang, suplemen Shaklee dijadikan sebahagian daripada item hantaran. Sangat menarik dan berguna. Kedua-dua suami isteri boleh makan dan sama-sama menjaga kesihatan.

Saja nak kongsi. Gambar-gambar dihari bahagia mereka.

Adik bersama suami selepas majlis pernikahan


Ketika hari persandingan


 PhotoBooth : Sebahagian daripada bisnes saya. Boleh hubungi saya untuk tempahan


Chocolate Buffet : Sebahagian daripada bisnes saya juga. Boleh hubungi untuk tempahan.


Chocolate Buffet : Sebahagian daripada bisnes saya juga. Boleh hubungi untuk tempahan.

Tahniah!
Semoga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa

Untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga ketika berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen didalam tubuh. 

Caranya dengan ;

1.  Melewatkan sahur kerana glukos daripada sumber karboohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Ambillah makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama didalam perut. Ia akan melambatkan rasa lapar.

2. Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. 

3. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya akan mengalami pedih ulu hati.

4. Kurangkan makanan yang terlalu manis kerana ia tidak dapat disimpan lama. Makanan yang terlalu manis akan dihadam dengan cepat dan tubuh akan cepat merasa letih.

5. Kurangkan makanan berempah dan terlalu pedas kerana ia akan meransang pengeluaran asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik sewajarnya mengelakkan daripada mengambil makanan jenis ini. 

6. Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan minuman yang berkafien dan air bikarbonat kerana ia akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair didalam badan. Sebaiknya minumlah jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air selepas berbuka dan semasa bersahur agar bekalan cecair dalam tubuh mencukupi.


Bagi saya, selain daripada mengikuti tip-tip menarik diatas, saya turut mengamalkan minuman Triple Gems sebagai alat bantu Ramadhan saya.

Jom baca manfaat Set Triple Gems.



KLIK untuk dapatkan Set Triple Gems

KLIK untuk baca Tutorial Cara Membeli Vitamin Online 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

PERSEDIAAN BERPUASA IBU MENYUSU DENGAN TRIPLE GEMS

Ramadhan bakal menjelma.

Masih ramai ke yang belum menggantikan puasa yang lepas? Saya pasti ramai juga yang masih bermarathon macam saya kan? Huhu..
Bersalin dibulan Ramadhan, memang panjang senarai gantinya.

Berpuasa bermakna tubuh bakal menghadapi situasi kekurangan air. Tambahan pula didalam cuaca yang sangat panas di Malaysia kebelakangan ini. Ianya memang menguji tenaga. Hari ini, saya nak berkongsi dengan semua apa resepi saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa dan untuk mengelakkan dehidrasi tubuh dalam cuaca yang panas sekarang.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Gabungan mantap ESP, Mealshake dan Performance Drink yang juga dikenali sebagai Set Mighty Triple Gem memang menjadi kegemaran saya dan ibu-ibu menyusu yang lain.
Ia membantu mengelakkan tubuh yang sedia kekurangan air kerana berpuasa, ditambah pula dengan proses menyusukan anak menjadi letih dan terhidrasi dengan cepat. Set ini juga membantu memberi tenaga kepada tubuh hingga waktu berbuka.

Jom baca fungsi ESP, Mealshake dan Performance Drink dalam set Migthy Triple Gem 


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Nak enterframe dalam entry blog sendiri.
Ini lah dia SuperMak yang sangat gemarkan set Mighty Triple Gem. Dengan Shaklee, saya dah buang semua foundation dan krim-krim muka. Cukup sekadar mencuci muka dan pakai bedak. Gambar nie tak ada editing ye!
Peace!!

Ramadhan 2012 saya berpuasa bersama Mighty Triple Gem kerana masih dalam proses penyusuan Dhia Nur Amani. Juga proses marathon menggantikan puasa 30 hari kerana saya mengalami alahan yang amat dahsyat semasa awal kehamilan Dhia pada 2011. Alhamdulillah, saya berjaya melalui pengalaman itu dengan baik dan berjaya dalam marathon saya tanpa menjejaskan stok susu untuk Dhia.
Ikuti cerita tentang stok susu saya bersama Mighty Triple Gem di entry Bekalan Berpuasa Saya

Ramadhan 2013 pula membawa pengalaman saya berpuasa bersama Mighty Triple Gem untuk kehamilan trimester ketiga Irdina Nur Eizzara. Dan dalam masa yang sama, saya masih menyusukan Dhia Nur Amani. Nampak macam complicated dan banyak kerja kan? Ye. Memang banyak kerja dan memerlukan tenaga yang super untuk menyusukan anak, mengendalikan anak-anak yang lain, tugas-tugas ibu dan isteri yang lain juga didalam keadaan sarat tanpa pembantu. Namun, syukur Alhamdulillah. Saya berjaya melaluinya. Ibu, memang seorang yang tabah dan gigih. Oleh itu, sayangi ibu anda selagi mereka masih ada didunia. Iklan kejap...:)

Berita baik untuk semua penggemar dan bakal penggemar set Mighty Triple Gem, bulan Mei adalah bulan promosi Mealshake. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk simpan stok anda. 


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


KLIK untuk dapatkan Set Triple Gems secara online.

013-398 4050
https://www.facebook.com/noriah.rusman

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

5 RESEPI ESP YANG TAK BOLEH TAHAN.

Wah!!
Berita baik untuk penggemar ESP. ESP sedap tak boleh tinggal. Apa kata kalau kita variasikan resepi bancuhan ESP. Tambah-tambah lagi kesedapannya.

Nak lagi sedap, blendkan dengan ais untuk setiap resepi nie...Siapa-siapa yang alah ais atau berpantang dengan ais, memadai shake /  blend tanpa ais je okay!!


Resepi 1

1 atau 2 sudu ESP dicampurkan dengan 250ml Oren Tropicana Twister.
Shakekan atau blendkan bersama.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Resepi 2

- 1 atau 2 sudu ESP
- 250 ml susu segar
- 1 sudu madu
- 1 sudu oat
- 1 sudu serbuk koko

Cara :
Blendkan kesemua bahan diatas dan nikmati keenakkannya. Nak lagi sedap, campurkan atau blend sekali dengan ais.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Resepi 3

- 1 atau 2 sudu ESP
- 3 biji kurma
- 1 sudu oat
- 1 sudu madu
- 2 sudu susu tepung
- 350ml air kosong

Cara :
Bancuh susu bersama air kosong.
Rendamkan kurma kedalam susu yang telah dibancuh selama 30 minit hingga 1 jam.
Kemudian kisar semua bahan bersama-sama


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Resepi 4

- 1 atau 2 sudu ESP
- 3 biji kurma
- 2-3 biji buah badam
- Sepotong buag mangga
- Beberapa ketul ais

Cara;
Rendamkan kurma dengan sedikit air.
Setelah kurma lembut, kisar kesemua bahan serentak dan nikmati keenakkannya.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Resepi 5

- 1 atau 2 sudu ESP
- Pilih buah-buahan kegemaran anda dan potong supaya mudah dikisar
- Beberapa ketul ais

Cara;
Kisarkan kesemua bahan dan nikmati keenakannya.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Wallah!!
Cuba resepi diatas. Atau kalau anda nak resepi lain, boleh tengok entri Bagaimana Membancuh ESP

KLIK untuk beli ESP Online.

Noriah
013-398 4050
dhia.zara.ent@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

10 Sebab Kenapa Saya Wajib Ambil ESP Bersama BFF

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari saja lagi promosi ESP akan berakhir. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan stok ESP anda ye. SMS atau Whatsapp aje ke nombor telefon saya. Pasti saya akan melayan anda sebaik mungkin. 

Ramai yang dah tahu apa dia ESP tu. Pada yang masih belum tahu, jemput baca entry ini dengan lebih lanjut.




1. ESP merupakan produk berasaskan soya yang diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kajian klinikal keatas ESP dibuat oleh pihak ketiga, bukan oleh penyelidik Shaklee sendiri.

2. ESP Shaklee merupakan produk soya yang diproses secara non-GMO;  yang diproses tanpa bahan kimia. Ia juga dimasak dengan suhu perlahan iaitu pada suhu 40 darjah celcius sahaja.

3. Setiap 1 canister ESP ( 850g ), adalah dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Ia memberikan sumber tenaga dan boleh bertahan lama.

4. ESP menjamin penyediaan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

5. ESP juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat untuk semua peringkat umur tanpa mengira samada tua mahupun muda. 

6. ESP mempunyai Indeks Glisemik yang rendah iaitu pada kadar 39 sahaja. DImana menjadikan ia juga sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.


http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/


Indeks GlisemikIndeks glikemik makanan (IG) atau glycemic index ialah perangkaan yang diberikan kepada makanan untuk menunjukkan tahap peningkatan gula darah.Angka yang digunakan ialah dari 0 hingga 100.Semakin tinggi nilai IG makanan, semakin singkat masa peningkatan gula darah.Nilai IG yang melebihi 55 adalah tinggi manakala nilai IG yang kurang daripada 55 adalah rendah.Indeks ini dapat membantu merancang pemakanan dengan lebih sihat.



http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Kenapa Saya Menggemari ESP?

1. Rasanya yang enak terutamanya apabila dibancuh bersama minuman kegemaran saya yang lain. Antara resepi yang menjadi pilihan saya adalah seperti :
  • ESP + Milo
  • ESP + Fresh Milk ( coklat )
  • ESP + Sunquick

2. ESP boleh dijadikan masker untuk kecantikan kulit saya. Hasil selepas setahun mengamalkan ESP, kini saya tak perlu lagi memakai sebarang krim muka atau foundation untuk keluar dari rumah. Cukup sekadar tampalan bedak untuk mengelakkan  muka pucat. Saya lebih yakin dengan penampilan diri sendiri walau tanpa tampalan sebarang warna mekap.

3. ESP membantu saya meningkatkan pengeluaran susu ibu demi untuk menjayakan proses tandem nursing bersama anak-anak syurga saya, Dhia dan baby Zara. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya telah bertandem nursing selama 8 bulan, walaupun dhia bersulam dengan susu formula, Dhia lebih sukakan susu ibu.

4. ESP membantu saya menurunkan berat badan. Syukur sangat dengan berat sekarang, yang mana ia adalah berat ketika awal perkahwinan 10 tahun yang lepas. Bayangkan betapa banyaknya penurunan dari selepas bersalin Julai 2013, berat saya adalah 76kg. Sekarang angka penimbang berubah kepada 60kg.

Terlalu banyak kalau nak diceritakan manfaat dan kebaikan ESP. Saya pasti yang yang lain pun menerima manfaat yang sama. Tak hairanlah mengapa ESP menjadi pilihan ramai rang di Malaysia sebagai suplemen kesihatan setiap hari.

Jangan lepasskan peluang untuk mendapatkan stok anda sempena bulan Promosi ESP yang bakal berakhir 5 hari lagi. Puasa pun tak lama lagi dah. 

Tak cuba, tak tahu kan?
Kena kenal dulu, pasti jatuh cinta.

Noriah
013-398 4050


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.

Pilihan COD - Bangi & Kajang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...