HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Vivix Untuk Diabetes

Diabetes adalah antara penyakit yang seolah-olah wajib ada dikalangan warga emas Malaysia hari ini. Malahan apa yang mengejutkan hari ini, ramai juga dikalangan orang-orang yang masih muda sudah pun menghidapi diabetes. Sedih. Tapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. Kalau tak percaya, cuba lah jengah di klinik-klinik kesihatan dikawasan kampung. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik setia menanti untuk pemeriksaan kesihatan masing-masing yang rata-rata menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Apa itu Diabetes?

Diabetes secara amnya merupakan suatu penyakit dimana tubuh badan tidak dapat menghasilkan hormon pengawal gula didalam darah atau lebih dikenali sebagai insulin. Bagi penghidap diabetes, mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi  yang menyebabkan kandungan gula didalam darah meningkat dari kadar normal.

Bagaimana Vivix membantu megawal Diabetes?

Vivix merupakan suplemen yang mampu membaiki DNA manusia. Ia sangat baik untuk membantu merawat penyakit-penyakit kategori kroni seperti kanser, diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.



Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani, kaya dengan polifenol dan resrevatrol dapat memberi manfaat kepada penghidap Diabetes dengan :

1. Membantu mengurangkan sindrom Resistansi Insulin.

Bahan antioksidan yang terkandung didalam Vivix menjadi peindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama akan membantu membaikpulih sel. Oleh itu, pengambilan secara berterusan akan membantu mengurangan penyakit kardiovaskular, mencegah sistem metabolik akibat kerosakan gen dimana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah.


2. Membantu mengawal kadar kepekatan gula didalam darah.

Penghasilan tenaga gula semasa pencernaan karbohidrat membantu menjana tenaga didalam tubuh manusia. Namun, pengambilan karbohidrat yang tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah yang meningkatkan risiko untuk menjadi diabetes. 

Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi untuk memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat didalam darah dengn cepat. Semua ramuan ini terdapat didalam Vivix yang akan membantu mengurangkan risiko diabetes dengan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan didalam darah.


3. Mengurangkan risiko kerosakan mata dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Glukoma merupakan penyakit yang akan menghantui penghidap diabetes kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, penghidap diabetes juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat. Dan kadangkala sehingga menyebabkan ada bahagian luka atau anggoya badan yang terpaksa dibuang untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius. 

Polifenol Anthocyanins yang terkandung didalam Vivix membantu menyembuhkan luka dengan kadar yang segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata.


4. Mengurangkan risiko pembentukan protin AGE.

Apabila gula didalam darah berlebihan, ia akan berisiko untuk membentuk Protin AGE ( Advance Glycation End Products ) dan akan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes.

Salah satu kebaikan Vivix adalah bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahankan pembentukan protin AGE.


Testimoni Vivix untuk Diabetes



Testimoni 1




Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Alhamdulillah. Vivix tu asbab aje untuk kesembuhan. Segala kesembuhan, Allah yang beri. Walaubagaimanapun Allah memang suruh kita usaha dan ikhtiar untuk kesembuhan.

Nak beli Vivix online? Klik sini.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : 

Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cara Mengelak Kencing Manis Ketika Hamil

Diabetes yang dihidapi apabila disahka mengandung, dikenali sebaga Gestational Diabetes. Ia berlaku apabila terdapat kerintangan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia. Insulin berfungsi untuk
  • Mengawal atur paras gula didalam darah 
  • Untuk memenuhi keperluan ketika mengandung 



Hasil daripada kedua-dua fungsi insulin ini akan meningkatkan paras gula didalam darah.
Kebiasaanya, Gestational Diabetes ini terjadi pada pertengahan atau pada lewat usia kandungan. Gestational Diabetes ini biasa terjadi pada 18 orang dari 100 orang wanita yang mengandung. Dalam erti kata lain, 18% wanita mengandungi akan menghidap Gestational Diabetes ini.


Siapa yang berisiko hadapi Gestational Diabetes

Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung jika mempunyai salah satu daripada faktor-faktor dibeawah :
  • Indeks Jisim Badan ( BMI ) mencecah 30 atau lebih
  • Sejarah kelahiran nayi besar melebihi 4kg atau lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika hamil
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana Untuk Mengetahui Menghidap Diabetes Gestational?

  • Doktor akan meminta anda untuk jalani ujian Tolerasi Glukosa Oral ( GTT ). Ujian ini dilakukan diantara minggu ke-24 dan minggu ke28 kehamilan.
  • Diabetes Gestational juga boleh melaui kehadiran gula yang tinggi didala


Kebiasaannya, Diabetes Gestational tidak menunjukkan sebarang simptom ketara. Anda mungkin hanya akan melalui keadaan seperti :
  • Keletihan
  • Dahaga yang melampau
  • Membuang air kecil dengan banyak
  • Penglihatan menjadi kabur


Bagaimana Diabetes Gestational dirawat?
  • Mengubah cara pemakanan dengan diet seimbang
  • Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
  • Mengawal tahap gula dalam darah dengan menggunakan alat khas
  • Melakukan ultrasound untuk memeriksa kadar tumbesaran bayi dan jumlah air ketuban
  • Sekiranya kencing manis anda terlalu serius, suntikan insulin mungkin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan.

Suplemen Shaklee Apa Yang Untuk Membantu Merawat Diabetes Gestational? 


1. ESP



Merupakan minuman berprotin yang berkualiti tinggi dan rendah Indeks Glisemik ( GI ) yang membantu mengawal insulin didalam darah. Ia membantu ibu hamil mengawal pemakanan dan mengawal paras gula dalam darah.

2. B-Complex



B-Complex membantu menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga didalam tubuh.

3. Vitalea




Ia lengkap dengan 19 mineral termausk zincc yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka. Juga mengandungi zat besi untuk pembinaan sel darah merah. 


Nak beli Set Vitamin untuk Diabetes ketika hamil?





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Diabetes : Rawat Sebelum Terlambat

Apa itu Diabetes?

Ia sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula dikawal oleh hormon utama yang disebut INSULIN. Insulin membantu badan untuk menggunakan serta menyimpan glukos yang datang daripada makanan.



Terdapat dua jenis Diabetes :

** Apabila paras insulin rendah atau tidak berfungsi dengan baik, glukos akan mulai meningkat.

1. Diabetes Jenis 1

Badan tidak dapat menghasilakn insulin yang diperlukan. Ia berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Juga dikenali sebagai Diabetes bersandar insulin ( Insulin Dependent Diabetes Mellitus atau IDDM ).
Diabetes jenis ini turut dikatakan sebagai Diabetes awal remaja. Biasanya penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insuling dari luar untuk pengawalan terhadap glukosa darah.

2. Diabetes Jenis 2

Badan masih mampu menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kepeluan tubuh. Insulin juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk terus membantu tubuh berfungsi dengan baik. Memandangkan terdapat sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubatan secara makan mahupun suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesaki ).

**************************************************************
Cadangan vitamin untuk pesakit Diabetes :

Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
GLA Complex - Kesan positif kepada diabetec neuropathy
Zinc Complex - Membantu penghasilan insulin & pemulohan luka
BComplex - Terlibat dalam metabolisme gula & pembebasan tenaga
Vitamin C - Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Alfalfa Complex - Kromium ( GTF ), membantu menstabilkan gula dalam darah
Ostematrix - TahapMG yang rendah menyumbang pada masalah diabetes
Carotomax - Menghalang penglihatan rabun
Vitalea - Imbangan vitamin & mineral lengkap

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...