HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Fill Stack To Go! Bestnya Multistack Shaklee.


Multistack dispenser Shaklee nie memang best oii!!

Lagi-lagi kalau nak travel. Tak payah angkut berbotol-botol vitamin yang kita consume setiap hari. Berat la jugak kan kalau macam tu.

Macam saya yang jarang travel nie, masih lagi boleh guna multistack dispenser nie tau. Saya boleh bawa stock vitamin yang saya consume siang hari ke office. So tak payah la nak angkut semua botol vitamin yang saya makan tu hari-hari ke office. Saya pun tak perlu untuk sediakan 2 set Vitamin unutk dimakan di office dan dirumah. Topup je dalam Multistack tu. 
Mudah. Cantik. Ramai yang berkenan tau! 






Multistack Dispenser comel ni boleh dibeli dengan harga RM13.78 dengan setiap pembelian vitamin sebanyak 150uv. Kalau tanpa pembelian vitamin, harganya adalah RM26.50. tak mahal pun. Material dia tebal tau. So, kalau jatuh pun takkan pecah. Kecuali la kalau kita belah dengan pisau atau kapak. Memang ada kebarangkalian untuk pecah la.

Multistack Dispenser dikeluarkan dalam 2 warna. Dua minggu pertama bulan Disember nie, Shaklee release yang berpenutup berwarna hijau. Dan sekarang digantikan dengan penutup berwarna putih pula. Yang hijau, saya dah dapat. Yang putih, baru order siang tadi. Tak sabar menanti ketibaannya.






Apa yang saya letak didalam Multirack Dispenser tu?

Untuk rack yang paling besar, saya letakkan ESP. Ye la. ESP kan serbuk? So lebih mudah untuk diletakkan didalam rack yang paling besar. Kemudian diikuti dengan Alfalfa, Vitamin C dan Vitalea Iron Formula. Nie semua vitamin yang saya ambil pada waktu siang. So, saya bawa Multirack Dispenser nie ke office. Boleh muat banyak untuk 3 atau 4 hari tau compare dengan pillbox biasa.

Saya suka. Korang suka tak? 
Kalau suka, boleh la dapatkan sekarang. Bukan untuk isi vitamin je tau. Cuba tengok poster kat atas tu semula.

Jom beli sekarang!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cara Cari Income Tambahan Dari Rumah

Zaman kemelesetan ekonomi. Ini yang saya rasakan.
Bila keluarga dah semakin membesar. Keperluan juga ssemakin bertambah. Nampaknya duduk dirumah semata-mata tidak akan melegakan keadaan. Keperluan persekolah, keperluan harian, keperluan dikala terdesak dan macam-macam keperluan lagi memerlukan usahasama dari suami dan isteri untuk mencari jalan menjana pendapatan extra demi kelangsungan perjalanan keluarga.

Ye betul. Duit tak boleh beli bahagia. Tetapi, tanpa duit kita takkan bahagia pun. 
Banyak perbalahan antara suami dan isteri yang berpunca daripada duit. Betul tak?

Untuk suami bekerja diluar rumah, ia suatu kebiasaan malah wajib juga. Tapi untuk isteri keluar dari rumah dan bekerja, banyak juga perkara yang perlu difikirkan. Kebajikan anak-anak dan keluarga perlu diambil kira terutamanya jika gaji yang bakal diperolehi tak memadai. Apa gunanya keluar bekerja jika keseluruhan gaji akan digunakan untuk membayar kos pengasuh anak semata-mata?

Dan alternatifnya, buat la kerja daripada rumah.




Caranya?

Ikut apa yang anda pakar.
Ikut apa yang anda suka dan minat.

Antaranya adalah :
  • Upah menjahit
  • Buat kuih dan hantar kegerai-gerai
  • Buat bakeri - Kek, roti, bahulu
  • Mengasuh anak jiran
Pilih la mana-mana kerja yang mampu kita buat dan boleh jana pendapatan tambahan.

Saya?
Saya pilih untuk buat bisnes online sahaja. Disebabkan tidak ada kemahiran menjahit mahupun memasak. Atau disebabkan kurangnya kesabaran untuk mengasuh anak jiran sebab mengasuh anak sendiri pun saya dah bertukar menjadi tarzan setiap hari. Maka, saya memilih kerja yang lebih mudah untuk saya lakukan sambil menjaga anak-anak dan melakukan tugasan harian.





Shaklee la pilihan saya.

Cuma perlukan smartfon yang ada data. Sebiji laptop yang biasa-biasa aje.
Saya tak perlu simpan stok mahupun menyewa kedai.
Cukup sekadar buat iklan di Facebook yang memang tiap hari kita scroll down berjam-jam dan update blog dengan cara yang paling mudah dan basic.
Saya tak perlu kecahkan dapur untuk bakar kek. Ataupun sediakan satu ruangan didalam rumah kecil saya untuk kerja-kerja menjahit.

Nak saya kongsikan cara kerja yang mudah dan fleksibel dan boleh dilakukan dimana-mana?
Jangan segan-segan whatsapp saya ye.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Mana Nak Cari Bisnes Modal kecil?

Minat nak berbisnes?
Atau pun nak cari pendapatan tambahan untuk bantu keluarga?
Nak berbisnes tapi ada kekangan modal?
Ada ke bisnes yang boleh pakai modal kecil je?




Mesti la ada.
Saya syorkan korang bermula dengan Shaklee je. Ada ramai bukti orang yang mulakan bisnes dengan Shaklee dengan hanya bermodalkan RM68.80 je, kemudian boleh jana hingga 3-4-5 angka gaji tau! 

Macam susah nak percaya kan?
Tapi itu la hakikatnya. Bukti pun dah banyak. Cuma 3-4-5 angka gaji tu bukanlah diperolehi dengan hanya goyang kaki atau petik jari. Semua daya dan usaha penuh diletakkan untuk dapatkan hasil yang macam tu. Ada keringat dan air mata yang tertumpah, ada banyak pengorbanan yang disumbangkan disepanjang perjalanan untuk jana 3-4-5 angka gaji tu. 

Saya tak percaya dengan bisnes yang dikatakan gunakan modal kecil, cuma goyang kaki dan tunggu pendapatan beribuan masuk dalam akaun kecuali kerja seorang tukang jahit. Kalau tak digoyang dengan kaki, mesin jahit pun tak jalan.
Itu pun, dah ramai tukang jahit tak goyang kaki tau!
Sebab kebanyakan mesin jahit dah pakai motor elektrik!




Kenapa modal cuma RMM68.90?

Modal RM68.90 tu adalah yuran untuk mendaftar keahlian Shaklee. Once dah dapat ID Shaklee, korang dah boleh mulakan bisnes kecil korang cuma dari skrin handfon tau!
Konsep asas perniagaan Shaklee sama macam bisnes dropship. Tak perlu modal ribuan ringgit untuk simpan stok bawah katil. 

1. Tak perlu modal untuk simpan stok

Serius! Untuk permulaan, korang tak perlu pun simpan stok. Kalau ada bajet lebih, korang cuma perlu beli mana-mana vitamin yang korang sendiri nak makan. Bila dah makan dan rasai kebaikan vitamin, barulah ada feel nak bercerita dekat kawan-kawan kan?
Bila dah ada sharing tentang kelebihan tu, mesti ada mana-mana kawan-kawan yang berminat nak try. Konsep bisnes Shaklee sama je macam bisnes dropship. Bila ada orang order, minta dia masukkan payment kedalam akaun. Payment adalah termasuk dengan kos pos ye. Kemudian, boleh la korang buat order dekat website www.shaklee2u.com.my dan vitamin akan dihantar terus ke pintu rumah pelanggan korang. So, rasa-rasanya ada tak modal korang yang keluar?

2. Tak perlu sewa kedai

Kenapa nak sewa kedai kalau korang boleh buat bisnes cuma dari rumah? Kenapa nak sewa kedai kalau tak payah simpan stok banyak-banyak pun?
Average harga sewa kedai sekarang dah pun cecah ribuan ringgit untuk sebulan. Tak ke jimat kalau korang cuma run bisnes Shaklee cuma dari rumah?

3. Tak perlu sewa iklan ( billboard, iklan akhbar, tv mahupun radio )

Semua tu tak perlu dibuat. Billboard dah pun dibuat oleh pihak Shaklee sendiri. Kita cuma perlu buat promosi dan sharing dimedia sosial yang kebanyakannya adalah free aje. Yang penting, mesti ada smartfon yang tak kisah pun berapa harganya atau ada laptop ( optional, kalau tak ada pun tak jadi masalah untuk permulaan ). Dan penting juga smartfon korang tu dilengkapi kemudahan plan data. Saya pasti semua orang punyai smartfon yang dilengkapi dengan plan data kan? Jadi gunakan kemudahan tu untuk jana pendapatan. Data memang kena topup tiap-tiap bulan juga.

Apa lagi ye?
Tu antara tip awal untuk mulakan bisnes murah. Kalau korang buat dengan bersungguh-sungguh, secara automatik korang akan upgrade bisnes mengikut perkembangan pendapatan korang.

Betul tak?

Nak join bisnes Shaklee dengan grup saya?
Jangan lupa whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Nak Beli Shaklee Dengan Harga Murah?


Nak beli suplemen Shaklee dengan harga murah?
Belilah di LAZADLAH. Hehehe.

Murah. Memang murah sangat.
Tapi korang tak akan dapat sebarang konsultasi. Tentang kebaikan vitamin tu, tentang cara makan, ada pantang larang atau tak dan juga tak ada info tentang expiry date.
Betul tak?



Kelebihan beli Shaklee dengan SID berdaftar.

1. Konsultasi percuma tentang vitamin mana yang lebih sesuai dengan masalah dan budget anda.

2. Konsultasi berpanjangan hingga anda berpuas hati dan faham dengan setiap penerangan.

3. Boleh rujuk semula SID tersebut jika terdapat sebarang kemuyskilan dan masalah.

4. Diajar cara makan suplemen yang betul.


Nak dapatkan Vitamin Shaklee dengan harga murah?

Mestilah kena jadi ahli Shaklee dulu. Sama je macam korang shopping di Aeon Big. Kalau ada member card, baru layak dapat diskaun atau shopping dihari Member Day kan? Konsepnya lebih kurang je.

Nak jadi ahli, ada banyak cara juga.

1. Pendaftaran cuma RM68.90 untuk member kit yang mengandungi beg bimbit, senarai harga, buku resit dan beberapa jenis katalog dan flyers . Korang akan dibekalkan dengan member kit yang ada sikit info tentang Shaklee & suplemen-suplemen yang boleh kita makan. Lepas je dapat ID Shaklee, korang dah boleh shopping dengan harga ahli tau. Shopping pun online je. Klik-klik, bayar, tunggu abam poslaju hantar ke rumah.





2. Cara kedua adalah dengan buat pembelian suplemen sebanyak 200uv dalam 1 resit, maka korang automatik akan dapat jadi ahli secara percuma. Maknanya tak ada la yuran keahlian RM68.90 tadi tu. 200uv tu lebih kurang bersamaan dengan nilai RM700 harga ahli atau RM900 harga retail. Senangkan?

Nilai yang macam tu boleh didapati dengan pembelian seperti Set Bersalin Premium, Set Hamil Premium atau Vivix Twinpack. Dan kemudian korang akan dapat jadi ahli dengan percuma. Jimat RM68.90 kan?

Tambah-tambah best lagi, lepas je daftar dengan pembelian 200uv nie, korang layak dapat Cash Bonus bernilai RM35. Gila-gila best tau!
Dah la dapat beli suplemen dengan harga ahli, jimat yuran keahlian, dapat pulak cash bonus. Siapa nak bagi oii!

Senang je kan nak beli vitamin Shaklee dengan harga murah.
Siapa nak harga murah dengan 2 cara diatas, jangan segan cari saya. Saya akan uruskan untuk korang kay.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Macam Mana Nak Dapat Bonus Shaklee Malaysia Yang SuperBest Tu?

Bonus Shaklee?
Duit la tu maksudnya.
Aumm!!
Siapa tak nak kan?





Macam Mana Nak Dapat Tu?
Allah SWT berfirman : Dan katakanlah : “Bekerjalah kamu, tentu Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian diberikannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. At-Taubah [9]: 105).

Kena kerja lah kan.
Tapi lokasi bekerja, korang yang tentukan. Masa bekerja pun, korang juga tentukan sendiri.

Nak tahu tak?

Ada SID yang jadikan bisnes Shaklee sebagai kerja part time. Siang menyandang tugas hakiki mengikut surat tawaran, malam pula bekerja sendiri dengan bisnes Shaklee. Dua gaji.
Untung sangat!

Ada juga yang buat secara sepenuh masa dari rumah saja. Atau gelaran orang sekarang WAHM - Work At Home Mom.
Dapat jaga famili. Boleh juga create income. Serentak.
Best tak bila ada pendapatan 3-4-5 angka walau hanya kerja dari rumah?
Kebajikan keluarga terjaga, duit pun masyuk juga.
Wow!!


Macam mana caranya?




Pertama, mestilah ada minat untuk daftar sebagai ahli Shaklee.. Juga sila pastikan apa tujuan korang mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sekadar untuk jadi ahli untuk dapatkan harga murah dan makan sendiri? Atau untuk menjadi Shaklee Independent Distributor atau SID yang mahu jana pendapatan? Fikir-fikirkan lah.

Kedua, Usha-usha la leader & grup mana yang korang nak join jadi ahli. Disebabkan Shaklee adalah company MLM, dah tentulah kena ada upline untuk kita refer dan bantu untuk jadi ahli. Sila cari leader dan grup yang boleh beri bantuan konsultasi pemakanan. Jangan pula join grup yang sekadar daftarkan ahli kemudian terpaksa tanya En. Gugel untuk belajar cara makan suplemen. Sangat penting untuk korang yang berniat untuk jana pendapatan, dapatkan leader dan grup yang mampu bimbing korang berbisnes. Penting tu!
Daftarlah dibawah leader dan grup tersebut.

Ketiga, Sila ikut rapat semua tunjuk ajar daripada leader-leader dalam grup korang. Leader ajak pergi kelas offline, follow. Leader buat kelas online, follow. Leader suruh update blog, follow. Leader minta update Facebook 15 kali sehari, follow. Bukan susah sangat pun.

Keempat, Jangan sekali-kali jemu belajar. Kaut je semua yang leader-leader ajar untuk kebaikan kita juga. Kalau ada yang tak faham, tanyalah. Dalam Shaklee, tak ada sesiapa yang kedekut ilmu walaupun sideline tau. Serius best.

Kelima, Sentiasa set target dari masa kesemasa. Takkanlah nak duduk ditakuk yang sama je setiap bulan. Pastikan ada peningkatan setiap bulan supaya bonus yang kroang dapat tu juga semakin meningkat. Bila bonus dah meningkat, banyaklah juga yang kita boleh sumbangkan untuk jalan Allah kan?

Tu je tips simple dari saya yang masih hijau dengan bisnes Shaklee. Jangan lepaskan peluang untuk create income 3-4-5 angka sebulan. 
Kalau bukan kita yang push diri sendiri, siapa lagi.
Nak juga bantu ekonomi keluarga kan?

Meh join grup saya.
Best!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

5 Tips Bisnes Online Yang Boleh Membuat Wang Besar

Nak belajar bisnes online? Tapi tak tahu caranya?

Ada akaun Facebook? Twitter? Ataupun Instagram?
Saya pasti sangat yang 90% orang sekurang-kurang yang sebaya dengan saya atau lebih muda ada akaun Facebook. Mungkin tak semua orang mempunyai akaun Twitter atau Instagram, namun Facebook saja dah mencukupi sebagai permulaan.



Tiap-tiap hari scroll je timeline Facebook tu kan? Baca-baca gossip, komen-komen sikit, like-like sikit. Kadang-kadang tak perasan rupanya dah satu jam cuma hanya buat aktiviti scroll Facebook. Rugi je tau. Apa kata jadikan Facebook tu sebagai medium cari income. Atau sekurang-kurang boleh juga cari duit untuk bayar bil atau top up data.

Meh saya share sikit tip asas untuk bisnes online. 

👍 Tak perlu buat produk sendiri
  • Fakta nie dah pun diakui oleh ramai usahawan yang dah pun berjaya.
  • Sebagai permulaan, tak perlu pening kepala memikirkan pembuatan produk, cipta branding, tak perlu buat R&D yang akan memakan jumlah modal yang besar.
  • Pelanggan sebenarnya cenderung untuk membeli barang yang dah ada jenama yang kukuh.

👍 Jangan terlampau fikirkan keuntungan besar
  • Tiada sebarang teori mengatakan pelaburan modal yang besar akan menjanjikan keuntungan yang besar jika sale tak dilakukan dengan konsisten. Kalau sale zero, dari mana datangnya keuntungan tu?
  • Pastikan anda tahu cara untuk menjual & memasarkan produk yang diniagakan. Jangan pula dah labur modal yang besar & ada banyak stok tetapi terperosok dibawah katil.
  • Fokuskan kepada berapa ramai orang yang boleh anda berikan manfaat dari produk atau servis yang diniagakan. Semakin ramai yang terima faedah dan kebaikan, semakin tinggilah sale yang bakal anda terima.
  • Apabila memulakan bisnes online, mulakan dengan skala kecil terlebih dahulu.

👍 Modal yang rendah
  • Jangan sekali-kali buat pinjaman bank, AhLong atau menyusahkan saudara mara untuk melabur didalam bisnes online anda.
  • Tak perlu sewa premis atau ambil pekerja
  • Perkasakan Fan Page Facebook, Facebook peribadi, Blog, Instagram dan Twitter
  • Cara paling mudah, mulakan dengan menjadi dropshipper

👍 Risiko rendah
  • Risiko rendah bermaksud kita perlu minimumkan kerugian. Anda pelu kenalpastii potensi produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan.
  • Rancang cara pengambilan dan penyimpanan stok. Tak perlu ambil dalam jumlah yang besar terutamanya bagi produk-produk yang tidak tahan lama.
  • Buat promosi secara konsisten dari masa kesemasa supaya stok produk boleh dihabiskan segera. 

👍 Belajar ilmu pemasaran

  • Banyakkan membaca petua-petua perniagaan yang banyak dikongsikan oleh ramai usahawan
  • Cari mentor yang boleh membimbing anda dalam peniagaan online
  • Hadiri kelas-kelas offline yang mungkin boleh memantu anda tentang teknik pemasaran
  • Buat networking bersama usahawan-usahawan lain

Macam mana saya create gaji kedua dengan Shaklee?


Shaklee bukanlah kerja part time saya walaupun saya punyai kerja office hour. Kenapa Shaklee bukan kerja part time? Sebab gaji dari Shaklee 90% menyamai gaji kerja office hour. :)
Jadi saya dah setkan kedua-dua kerja nie, adalah kerja utama saya. Kerja part time saya adalah berniaga dipasar tani. Hehe.



1. Tetapkan hati dan pilih 1 jenama untuk dijadikan bisnes. Dan saya memilih produk Shaklee. Kenapa saya pilih Shaklee?

  • Saya tak perlukan modal yang banyak untuk buat produk baru, cipta branding dan buat R&D. 
  • Shaklee dah ada jenama yang kukuh dan kumpulan doktor R&D sendiri.
  • Shaklee disokong oleh berbagai-bagai landmark study.
  • Saya dah cuba produk Shaklee dan ianya berkesan membantu saya menyusukan 2 anak dengan jayanya. Alhamdulillah.
  • Shaklee adalah syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Maknanya, setiap sale yang saya buat tu pasti ada bonus imbalan. Shaklee juga mampu menganugerahkan top seller atau leader-leader percutian, kereta dan income yang berpuluh malah beratus ribu seorang.
  • Banyak lagi kalau nak cerita. Hehe.

2. Buka akaun Facebook dan Instagram.
  • Tambahkan jumlah kenalan semaksimum mungkin. Senarai maksimum adalah 5000 orang untuk Facebook. Beratus ribu follower pun boleh untuk Instagram
  • Cari Facebook prospek yang berada berdekatan dengan anda. Sebagai contoh, saya tinggal di Chini, jadi saya akan cari senarai mereka yang tinggal diChini dan yang berasal dari Chini.
  • Buat perkongsian yang kerap di Facebook dan Instagram. Bukan menjual tau. Ianya berkongsi pengalaman menggunakan suplemen Shaklee, kebaikan selepas gunakan suplemen, kongsi kisah kawan-kawan yang dah gunakan suplemen.

3. Belajar.
  • Sentiasa ada masa untuk belajar sendiri dengan banyakkan membaca buku, majalah, jurnal atau mana-mana sumber bacaan berkaitan nutrisi
  • Sentiasa ada masa untuk kelas online samada melalui Whatsapp, Telegram, FB Live dan Video.
  • Cuba luangkan masa untuk hadiri kelas offline yang disediakan oleh Shaklee dan biasanya diadakan di Shaklee HQ atau cawangannya diseluruh Malaysia.
  • Cuba hadiri kelas-kelas yang dibuat oleh leader-leader yang telah pun berjaya.
  • Sentiasa aktif didalam grup-grup whatsapp yang dibuat oleh leader.
  • Jangan malu bertanya.

4. Simpan sedikit stok
  • Tak perlu simpan stok sampai penuh 1 rak.
  • Fokuskan untuk simpan stok yang kerap saya iklankan dan yang kerap dapat permintaan untuk COD. Kalau ada pelanggan yang beli melalui pos, cuma order dari Shaklee dan mereka yang akan uruskan pengeposan. Senang kan?

Ok. Itu antara langkah mudah untuk saya memulakan bisnes Shaklee yang saya buat 100% online. Saya nie pemalu nak propose orang depan-depan. Kaku lidah nak berbicara.
Membantu tak tip saya tu? Harapnya dapat beri sedikit idea terutamanya untuk mereka yang baru nak mulakan bisnes online.

Nak sembang-sembang lebih rapat?
Meh whatsapp saya.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cara Tambah Pendapatan Dengan Shaklee


Zaman kegawatan yang semua orang tengah rasa sekarang amatlah memeritkan. Kan?
Sebab tu saya berusaha gigih untuk buat bisnes Shaklee bersungguh-sungguh. Juga cari mana-mana peluang untuk tingkatkan ekonomi keluarga.
Untuk sesiapa yang tak terjejas, mungkin boleh duduk diam dan nikmati keindahan hidup dengan gembira.



Dalam banyak-banyak bisnes, saya memilih untuk istiqamah dengan Shaklee walau ada masa naik dan turun. Ada masa sampai down menangis tepi bucu katil. Huhu.

So hari nie, saya nak share macam mana nak tambah pendapatan denganShaklee.




1. Daftar sebagai ahli

Daftar ahli tu langkah yang wajib ye. Kalau tak daftar, macam mana nak run bisnes? Modal pun tak sebesar bisnes lain yang mungkin perlukan ribuan ringgit untuk bermula. Dengan hanya RM69, anda dah pun layak untuk buat bisnes Shaklee. Yang paling penting, ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk belajar dan buat.

2. Consume Suplemen.

Anda boleh pilih mana-mana suplemen untuk dicuba dengan bersungguh-sungguh. Kalau modal sikit, cuba 1 jenis sahaja terlebih dulu. Kalau ada modal yang banyak, mungkin boleh cuba 1 set contohnya seperti set kurus atau set kulit. Tujuan utama point kedua ini adalah :

Consume dengan bersungguh-sungguh, hadapi healing crisis, rasai kebaikan suplemen dan nikmati kesannya dengan gembira.

Secara automatik anda akan dapat berkongsi dengan yakin tentang suplemen yang dah diamalkan tadi. Cara makan, kesan healing crisis, kesan kebaikan dan hasil selepas consume.

Boleh juga buat cadangan dan beri konsultasi mengikut pengalaman yang kita ada.


3. Kongsikan dengan prospek.

Jangan lupakan kongsikan semua kebaikan yang dah kita dapat tadi dengan kawan-kawan, bakal pelanggan atau sesiapa sahaja. Banyak medium yang boleh digunakan untuk buat perkongsian nie.

⇒ Facebook
Untuk permulaan, tak perlu menjual. Tapi jangan lupa berkongsi dengan kerap. Ceritakan pengalaman, sebab anda amalkan suplemen, apa kesan kebaikan yang dah dirasai, kesan andainya tak amalkan suplemen dan sebagainya. Perkongsian melalui Facebook biasanya akan mendatang jualan cepat dikalangan rakan-rakan facebook.

⇒ Instagram
Instagram juga seperti Facebook. Cuma snap gambar cantik-cantik dan kongsikan di Instagram. Canggihnya sekarang, apa yang dikongsikan di Instagram, juga boleh dikongsikan di Facebook secara automatik.

⇒ Blog
Otai-otai Shaklee selalu mengingatkan kepentingan blog. Pasaran untuk blog lebih meluas dan tidak terhad dikalangan kawan-kawan kita sahaja. Ini kerana kebanyakan orang akan menggunakan Google untuk mencari maklumat waema mencari resepi nasi goreng sekalipun tau! Jadi adalah tidak mustahil untuk blog kita ditemui di carian Google. Apa yang kita kongsikan di blog, boleh juga dikongsikan di Google Plus. Senang kan?

⇒ Pergi Kelas
Untuk makluman, Shaklee dan leader-leader ada menyediakan berbagai-bagai jenis kelas yang kebanyakannya tanpa bayaran. Kelas nutrisi, kelas produk, Healthcare Talk, kelas blog, kelas FBadds, dan berbagai-bagai kelas lain lagi. Kelas-kelas yang disediakan bukan sahaja secara offline. Ada juga kelas-kelas yang menggunakan medium online seperti whatsapp, FB Live, Video, Telegram. Jadi, mana-mana SID yang jauh dan tak berkesempatan untuk ke kelas offline masih berpeluang untuk mempelajari selok belok bisness Shaklee.

⇒ Rajin
Sifat paling penting untuk ada didalam setiap SID yang mahu jana pendapatan dengan Shaklee. Ketepikan semua alasan yang boleh menghalang kita dari jana pendapatan dengan Shaklee. Berikan komitmen penuh untuk belajar dan berkongsi d medium-medium yang dah saya sebutkan tadi.

Itu antara langkah mudah untuk buat bisnes dengan Shaklee. Saya dah rasa pendapatan 4 angka. Tak banyak, tapi mampu untuk tambah pendapatan keluarga. Saya masih perlu bekerja keras untuk capai target sendiri.

Ada yang nak join saya dengan bisness Shaklee.
Jom kita sembang tepi ye.
Hehe.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Program Menjadi Jutawan Dengan Program YES


YES Sana.
YES Sini.

Apa tu?
Best ke program tu?
Boleh jadi kaya ke?

                           


Sebenarnya Y.E.S bukanlah program [ menghabiskan-duit-dalam-poket-mahupun-wallet-lepas-kerja-bertungkus-lumus ]. Sesak nafas makcik kalau macam tu.
Program Y.E.S adalah inisiatif pihak Shaklee untuk bantu semua golongan masyarakat tanpa mengira status, umur mahupun bidang kerja untuk jana pendapatan hingga 4-5-6 angka.

Y.E.S = YOUNG ENTREPRENUER SYSTEM

Anda. Anda. Anda.
Perasan tak?
Ramainya golongan fresh graduate yang melopong tanpa kerja?
Perasan juga tak?
Yang pihak kerajaan pun ada mencadangkan supaya golongan fresh graduate atau golongan muda yang tiada kerja nie cuba untuk create income sendiri.

Apa maknanya tu?
Maknanya, kerajaan suruh kita kerja sendiri atau lebih tepat, berNIAGA la.
Mabuk ke? Nak berniaga kenalah ada modal.

Siapa cakap? Info dari mana tu?
Dengan program Y.E.S, anda tak perlu modal berkepuk-kepuk.
Cuma perlukan RM79 sahaja untuk jana pendapatan 3-4-5-6 angka.

Jom, saya ceritakan lebih lanjut tentang program Y.E.S ( Young Entreprenuer System )


Y.E.S adalah satu program yang diwujudkan oleh Shaklee untuk membantu golongan yang berminat untuk menjadi usahawan dengan modal yang rendah.
Program ini menyediakan pelbagai insentif menarik untuk peserta-peserta yang layak dan memenuhi syarat. Ia juga menyediakan anugerah, latihan dan kelas motivasi untuk peserta-peserta yang berminat.

Syarat-syarat Kelayakan :




  • Berumur 18 tahun keatas
  • Mendaftar sebagai SID bermula 1 May 2015 - 31 Oktober 2015
  • Membuat sebarang pembelian ( Set YES atau bukan )
  • PERCUMA sebotol VITALEA IRON FORMULA

Best tak?
Banyak lagi insentif lain yang akan saya ceritakan nanti.
Rugi kalau peluang ini dilepaskan begitu sahaja.

Nak join?
Kontek saya tau!

013-398 4050



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL BOLEH DIATASI. BAGAIMANA?


Anda hadapi masalah kewangan yang kritikal? 
Hingga buatkan hubungan anda suami isteri hambar dan ingin bercerai? 
Hingga buat anda rasa nak menyorok je dalam gua dan tak nak keluar lagi?

Nanti dulu!
Saya ada penyelesaian untuk masalah anda ini. Tahukah anda yang masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. Nak tahu bagaimana?

Saya hanya perlukan beberapa kriteria penting untuk memastikan usaha anda yang mengatasi masalah kewangan yang kritikal itu boleh boleh diatasi dan menemui kejayaan. Sanggupkah anda mempelajari dan melaluinya bersama-sama saya?




Kata orang, duit bukanlah segalanya. Tapi seperti yang semua maklum, banyak perkara yang kita mahu memerlukan duit sebagai tukarannya. Siapa setuju?

Baiklah.
Kriteria anda yang saya mahukan untuk bersama-sama berusaha mengatasi masalah kewangan yang kritikal adalah :

1. Sanggup mengosongkan dada untuk mengautkan sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh mentor-mentor yang telah berjaya.
2. Sanggup menurunkan ego untuk duduk dan berdiri bersama-sama dengan orang-orang yang mahu berjaya.
3. Sanggup mengorbankan masa tidur, lepak, melancong untuk beberapa ketika untuk membuat kerja.
4. Sanggup memekakkan telingan dengan hingar bingar dan aura negatif yang datang.
5. Sanggup berusaha semaksima mungkin untuk merealisasikan matlamat anda.  

Anda ada semua kriteria diatas. Tahniah!
Anda pasti berjaya.


Ok. Masalah kewangan yang kritikal boleh diatasi. bagaimana?




Jom sertai keluarga Shaklee saya. Kami dibimbing setiap masa mengenai teknik perniagaan, online mahupun offline. Sokongan tanpa berbelah bahagi daripada mentor dan kawan-kawan sekumpulan menyebabkan semangat ingin berjaya sentiasa membara. Kami bersaing dengan cara yang sihat. Kami berkongsi maklumat, petua, tips dan macam-macam aktiviti bersama tanpa kompromi.

Menariknya, untuk menyertai keluarga Shaklee kami, anda tidak perlu membuat pinjaman mahupun mengeluarkan modal yang tinggi. Ianya mampu milik. Hanya dengan duit serendah RM65, anda dah boleh memulakan perniagaan Shaklee tak kira secara online mahupun offline. Selebihnya, bagaimana untuk melakukannya, saya sangat memerlukan keriteria yang dah disebutkan diatas tadi. Kami akan ajar satu persatu!

Apa menariknya bisnes Shaklee?
 ~ Tak perlukan modal yang besar
~ Tak perlu lambakan stok bawah katil
~ Tak perlu meninggalkan rumah, anak mahupun suami pada malam minggu untuk menghadiri kelas.
~ Kalau ada kelas ( sekali-sekala ), anda boleh angkut semua anak-anak dan suami.
~ Kumpulan sokongan dan mentor yang hebat
~ Anda akan perolehi ilmu marketing online dan offline secara percuma dengan syarat anda perlu rajin
~ Perkongsian bukan setakat ilmu dunia sahaja, malahan perkongsian tentang amalan rohani juga




Rugi tau kalau anda tak mahu sertai kami.
Rugi tau kalau anda terus selesa dibelenggu masalah kewangan yang kritikal sedangkan ia boleh diatasi. Dan Shaklee dah buka jalan untuk anda keluar.
Rugi tau kalau anda tengok saja orang lain menjadi kaya dan dapat keluar dari belenggu masalah kewangan.
Rugi tau kalau anda tak nak buat kerana bisnes Shaklee boleh dibuat secara part time saja dan anda masih boleh bekerja seperti biasa.
Rugi tau kalau anda biarkan aje orang lain buat Shaklee sambil jaga anak sedangkan anda terpaksa tinggalkan anak lama untuk bekerja.

Rugi...rugi...rugi...

Keep Calm & Join Shaklee. Jom sertai kami.

Bebaskan diri anda dari belenggu masalah kewangan kritikal.

Jangan malu-malu untuk hubungi saya ye! 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

BENGKEL NUTIRISI : RAHSIA MENJADI SID WORLD CLASS

Alhamdulillah.
Berjaya juga jejakkan kaki ke Shaklee Head Office yang baru di The Pinnacle, Sunway. Macam tak percaya aje. Kerana jarak dah memisahkan kami jauh. Hehe!
Agak blur mencari lokasinya sebab tak pernah perasan nama bangunan ni apa.  


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Pinnacle, aku datang.....

Macam tak percaya juga. Berjaya dapatkan tiket Bengkel Nutirisi yang selalunya macam pisang goreng panas. Pasti sold out selepas beberapa jam diumumkan penjualannya.Tiket-tiket Bengkel Nutrisi boleh didapati di Shaklee HQ dan juga di branch-branch Shaklee seluruh Malaysia. Tiket untuk Bengkel Nutirisi adalah RM40 sahaja. Sangat berbaloi dengan ilmu yang bakal dicurahkan.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Tiket bengkel yang hot sale & wanted

Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan Pinnacle. Sangat blur. Ades!
Shaklee terletak ditingkat 9. Setiap pengunjung perlu membuat pendaftaran di kaunter yang terleta di lobi lif bangunan tersebut.

Sebelum memulakan bengkel, sesi berkenalan antara ahli RFians yang selama ini hanya buat kecoh di medan Whatsapp saja. Memang best dapat berkenalan dengan mereka. Walaupun jauh, sentiasa terasa dekat dihati. Ibarat jauh dimata, dekat dihati.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Group Selfie : Bersama warga RFians dibawah Master Lydzar

Bengkel dimulakan oleh Cik Nurul, nutrionist cantik manis dari Shaklee yang bercerita tentang 26 produk suplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee yang terdiri daripada Phytocol-ST, CoQ Health. 

Bengkel diteruskan oleh Cik Sarah yang berkongsi info tentang Vivix, Shaklee Collagen Powder, Advance Joint Health Tablet, Performance Drink, Nutriferon, Carotomax, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-E Complex, Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, GLA Complex, OmegaGuard, Lecithin, Ostematrix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herb-Lax, Garlix Complex, Peppermint-Gingger Plus, Zinc Complex, Cinch Shake & Cinch Tea, Get Clean water Pitcher.

Serius! Banyak info yang diperolehi disepanjang sesi perkongsian tersebut. Baru dapat gambaran sebenar, bagaimana Phytocol-ST bertindak menghalang kolestrol daripada menyerap kedalam darah. Baru tahu yang ESP bukanlah penyebab kepada kejadian kanser. Baru tahu yang GLA bukanlah agen yang menyebabkan cyst terbentuk didalam rahim. Sangat jelas.

mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nutritionist Shaklee : Nurul & Sarah

Kami dibekalkan dengan buku nota, yang mengandungi maklumat-maklumat tentang semua suplemen Shaklee. Namun ada sebahgiannya yang kosong dan kami perlu mengisikannya dengan info yang diberi. Agak memudahkan kerana kami tidak perlu menulis semua maklumat. Ia akan mengambil masa juga tu. Dan kami juga dapatlah mencatit maklumat tambahan yang diberi oleh kedua-dua nutrionist yang cantik manis tu.


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nota 

Iollss sangat jeles dengan kulit diorang nie. Licin, glowing, flawless..Haishh!! Suplemen yang mana agaknya jadi kegemaran mereka ye?
Hmmm...Kena jadi csi ni...
Cik Nurul yang bertudung ungu dan Cik Srah bertudung pink. Yang berpashmina tu, saya la ye. Hehe!

Beberapa ujian kecil dan ringkas juga dilakukan disepanjang bengkel. Ujian keterlarutan dibuat keatas Vita-Lea dan B-Complex. Kedua-dua vitamin tersebut direndam kedalam air pada pukul 1.20pm. Dan hasilnya, ia laru sepenuhnya didalam air hanya selepas 1 jam.


mamadhia-vitashop.blogspot.com
B-Complex : Larut sepenuhnya selepas 1 jam

Bila ada bengkel, mestilah ada sesi makan-makan kan? Performance Drink dan Mealshake disediakan disepanjang bengkel. Dan untuk minum petang, mereka menyediakan ice-blend ESP + Performance Drink. Sangat yummy okay. Pekat gitu!

Dan untuk sesi makan tengahari, kami dibawa ke restoran Marhaba. Dihidangkan dengan nasi arab yang super yummy. Kenyang perut kami. Habis juga dietku ( konon...! )


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Nyum-nyum....

Sebelum bengkel berakhir, kami diberi sedikit ujian untuk menguji sejauh mana pemahaman tentang apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua nutrisionist. Ujian adalah berbentuk soalan objektif.
Sijil pula diberi sebaik sahaja ujian disemak. Sijil saya belum siap. Huhu!

Dan sebelum pulang, sesi wajib adalah bergambar beramai-ramai. Jom layan..

mamadhia-vitashop.blogspot.com
RFians : 1st time bertemu muka yang selama nie kecoh di Whatsapp jee..


mamadhia-vitashop.blogspot.com
Bersama semua peserta bengkel

Sangat recommeded!
Untuk SID Shaklee yang nak menuntut ilmu tentang suplemen yang patut kita amalkan.

Dan untuk uolls kat luar sana. Saya sekarang dah jadi SID bertauliah yang ada banyak info tentang suplemen Shaklee. jadi, jangan was-was untuk dapatkan konsultasi daripada saya ye!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

SuperMak : SID Super Hebat dari Chini

Saya, SID SuperMak.

Mempunyai 4 anak kecil yang memerlukan perhatian penuh setiap hari. Juga masih menyusukan dua anak kecil berusia 2 tahun 5 bulan dan 1 tahun 2 bulan secara tandem nursing.

Dan saya sangat gembira untuk membantu mommies diluar sana yang mahu menyusukan anak-anak syurga amanah Allah secara ekslusif. Saya juga bersedia untuk berkongsi tips-tips penyusuan yang dah saya amalkan sepanjang proses tandem nursing kami.

Inilah saya!




Saya juga gembira untuk berkongsi tips-tips untuk menurunkan berat badan dengan anda semua. Alhamdulillah saya telah berjaya menurunkan berat badan selepas kelahiran amanah ke empat sebanyak 10kg.

Boleh baca entri testimoni saya di Nak Kurus Macam Saya?

Saya, Satu waktu dulu.


Saya berbesar hati untuk menjadi sahabat susah dan senang anda yang mahu sihat dan mendapatkan gaya hidup sihat.

Bagi mereka yang ingin mengubah statistik pendapatan, atau yang mahu belajar tentang perniagaan, banyak tips yang boleh dikongsikan bersama.
Saya bersedia membantu anda.

Jangan malu dan segan hubungi saya ye!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

SHAKLEE HOME OFFICE : LOKASI HQ TELAH BERTUKAR

Tahniah Shaklee!

Untuk makluman semua, Shaklee HQ dah bertukar ke premis yang lebih besar dan selesa. Terima kasih Shaklee kerana telah berjaya melakukan perubahan untuk keselesaan para SID untuk membeli belah di Shaklee.


Lokasi baru adalah beralamat di :

Tingkat 9, The Pinaccle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Shaklee HQ telah menyediakan ruang yang lebih besar dan selesa untuk kemudahan para SID membeli belah, membuat pertemuan mahupun inhouse training.


 Selesa kan? Ruangan menunggu pun besar dan luas. 




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Kisah Inspirasi : Shaklee National Conference 2014

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

Berpeluang bersemuka dengan insan-insan hebat, membakar semangat untuk berjaya seperti mereka semua. Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak saya juga.

Mereka juga ada anak-anak kecil yang sangat perlukan layanan dan perhatian.
Mereka juga sibuk dengan kerjaya masing-masing yang bukan calang-calang pangkatnya..
Jurutera, doktor, pensyarah, peguam.
Kerjaya yang sangat menuntut pengorbanan masa dan idea.

Mereka juga punya suami yang perlu diberi perhatian.
Punya rumahtangga yang perlu diuruskan.
Dan hebatnya, semua ini dilakukan tanpa bantuan orang gaji, maid atau pun helper.
Semua dilakukan dengan tangan dan tenaga sendiri.

SubhanaAllah. Hebat!

Masalah. Ujian. Mereka yang berjaya itu juga tak pernah lari dari menerima ujian. Bahkan, ujian itu yang menjadikan mereka hebat dan kuat. Dan saya juga mahu menuruti jejak langkah mereka.

Kalau impian sebesar gajah, alasan jadi sebesar kuman

Berbaloi dengan usaha yang dicurahkan, berbagai anugerah diterima. Panjangnya barisan penerima anugerah, menjadikan saya cemburu. Saya perlu berusaha sekuat mereka. Ketepikan semua alasan dan halangan. Jika ujian ini caranya untuk saya berjaya, saya akan tempuhinya dengan sedaya upaya. Semoga kejayaan menjadi milik saya nanti.

Tumpang gembira dengan kejayaan adik kandung dan juga mak Shaklee saya,  Lydzar Rusman. Beliau dapat apa yang dimpikan. Setanding dengan usaha yang dah dicurahkan. Tahniah!! 
Nanti akak follow juga.

Apa yang beliau dapat?

Percutian 3 hari 2 malam yang ditaja penuh oleh Shaklee di Sunway Resort. Rate semalaman lebih daripada RM500!
Makan malam dengan tema 'glitterz nite'.
Berbelas-belas anugerah yang saya pun dah keliru dengan nama-namanya. Akan saya hafal satu-persatu dan masukkan ia dalam senarai saya nanti. Cash money pun ada tau!
Tiket bersukaria sekeluarga ke Sunway Lagoon.

Ya Allah. Itu apa yang beliau dapat ketika National Conference sahaja. Yang lain-lain, masih banyak lagi. Menarik, tertarik dan memang daboom!

Saya nak!
Saya nak!
Saya nak!

Dan saya nak ajak kawan-kawan yang nak mengubah nasib dan menambah pendapatan untuk bersama-sama dengan saya dalam Shaklee. Kerana ia memang berbeza dengan MLM yang lain. Tak perlukan modal puluhan ribu. Tak perlu keluar malam-malam dan meninggalkan anak dan suami. Tiada konsep pembelian pangkat. Apa yang perlu hanyalah kemahuan yang tinggi dan sanggup mengorbankan masa rehat, masa tidur, masa untuk menonton tv, masa untuk bergossip, masa untuk membaca novel.

Namun, menariknya, pengorbanan yang dituntut itu, tanpa perlu meninggalkan anak, meninggalkan suami waema meninggalkan rumah sekalipun. Kalau ada pun, sekali-sekala saja. Hanya meninggalkan rumah. Kerana semua event / majlis / kelas Shaklee, dibenarkan untuk membawa keluarga bersama.
Best sangat!

Jom layan dua tiga keping gambar disekitar NC 2014.


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee

Bisnes Shaklee, Anugerah Shaklee


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


Kami. Menyerap aura jutawan. Yang positif dan semangat juang yang tinggi. InsyaaAllah. Moga impian untuk menjadi jutawan dunia dan jutawan akhirat dipermudahkan Allah.

Dan ini adalah kerata akhbar berkaitan sales yang dibuat oleh Shaklee Malaysia. Tahniah semua SID. Mari kita teruskan berkongsi. Dan hidup ini adalah untuk memberi.


Anugerah Shaklee, Bisnes Shaklee


I'M A CHAMPION!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Jatuh Cinta Lagi

Assalamualaikum..

Hatiku dah terpaut...
Setiap hari, cintaku semakin mengebu-gebu..
Kenapa harus ku terpaut?

Ye..
Kenapa ye wahai hati?
Kamu terpaut pada semua suplemen Shaklee..
Kamu terpaut kepada bisnes Shaklee..
Kamu terpaut kepada semua leader-leader dan grup-grup khas Shaklee...

Jawab hati..
Kerana semua suplemen Shaklee berikan kesan positif kepada tubuh yang sedang aku rajai..
Kerana bisnes Shaklee, bisnes yang mengajar dunia dan akhirat..
Kerana leader dan grup Shaklee saling berkongsi dan memberi tanpa harapkan balasan..




Aku menulis...

Dan hakikatnya, memang itulah yang sedang berlaku. Semua suplemen Shaklee yang dah saya cuba dan sedang amalkan dah berikan kesan positif kepada tubuh saya. Sama seperti entry-entry sebelum ini. Apa yang saya dapat?

* Susu banyak * Tubuh sihat * Kulit semakin pulih dan cantik * Awet muda * Kurus * 

Nikmat mana lagi yang nak saya dustakan. Memang positf.

Lagi?
Apa yang best?
Dah pastilah kumpulan sokongannya..

Sokongan Bisnes.

Leader-leader didalam kumpulan yang saya sertai, memberikan komitmen penuh untuk membimbing kami dari A-Z. Tips marketing, tips menjual, tips menambat hati pelanggan, tips amalan rohani, tips motivasi. Semuanya dikongsi setiap masa tanpa gagal. Malahan tips dan cara-cara untuk membuat blog dan fanpage FB juga diajar satu per satu. 


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com

Bestkan?
Komunikasi kami adalah setiap masa. Tanpa mengira masa. Tips-tips dan perbincangan berlangsung setiap hari. Sebagai manusia biasa, memang tidak lari dari pelbagai masalah kehidupan. Jadi, tak hairanlah bila semangan dan motivasi naik dan turun. Aktiviti komunikasi seperti ini amat membantu dan memberi inspirasi kepada semua ahli untuk terus berjuang tanpa mengalah.

www.mamadhia-blogspot.com


Selain daripada perkongsian mengenai bisnes dan motivasi, kami juga selalu berbincang mengenai konsultasi. Ia adalah elemen penting didalam bisnes Shaklee yang mana kami semua mahu memberi yang terbaik kepada pelanggan kami. Kami bersama-sama berbincang dan berkongsi tentang bagaimana atau cara untuk makan vitamin, waktu yang sesuai, pantang larang, healing crisis, testimoni dan sebagainya. Yang menariknya, semua berkongsi dengan gembira tanpa ada perasaan kedekut. Ilmu seharusnya dikongsi kan?

www.mamadhia-blogspot.com


Leader-leader didalam kumpulan kami. Begitu juga saya. Sangat berbesar hati untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengubah kehidupan masing-masing. Syarat yang diperlukan hanyalah semangat yang kental, sentiasa mahu belajar, rela untuk belajar dan diajar serta ada impian dan kemahuan yang besar.
Bisnes Shaklee bukanlah bisnes yang menjanjikan kaya bulan depan lepas sign up hari ini. Ia memerlukan kerja keras untuk berjaya. 

Anda mahu?

Jom hubungi saya.

013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...