HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Vitamin Untuk Daya Tahan Tubuh Satu Keluarga

Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keimanan. Andainya kita mempunyai masalah kesihatan, sedikit sebanyak akan menjejaskan juga urusan ibadah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas iman,

Hadis Riwayat Ibnu Majah




Langkah pertama kearah kesihatan yang optimum adalah dengan menyedari yang tubuh badan kita memerlukan penjagaan.

Langkah kedua adalah dengan mendapatka info yang boleh membantu kita menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Memang tak dinafikan, bukan perkara mudah untuk memastikan kesihatan semua ahli keluarga berada ditahap optimum jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Tubuh badan kita selalu je terdedah kepada serangan samada dari luar mahupun dalam yang boleh beri kesan kepada kesihatan kita. 

Bagaimana tubuh kita mempertahankan diri daripada serangan yang boleh beri kesan kepada kesihatan?
Apa yang tubuh perlukan untuk sentiasa sihat dan cergas?

Hari nie saya nak kongsikan cara untuk menjaga kesihatan keluarga yang mudah dan selamat dengan Nutriferon daripada Shaklee.





Nutriferon adalah sejenis suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh. Nutriferon adalah suplemen yang sangat hebat dan efektif. Ia dah pun berjaya dalam ujian-ujian saintifik untuk menguji keselamatan, ketulenan, keberkesannya dan prestasi. Hebat kan?

Apa bestnya Nutriferon?

* Rumusan berpeten yang eksklusif.

Rumusan Nutriferon dah un Shaklee patenkan dan ia cuma hak eksklusif milik Shaklee sahaja. Shaklee mempatenkan Nutriferon sebagai suplemen yang hebat dan efektif, melepasi semua tahap ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

* Campuran Inteferon yang dipatenkan.

Nutriferon mengandungi 4 bahan utama daripada ekstrak tumbuhan yang dah pun dipatenkan sebagai formula ekslusif. 4 bahan tersebut adalah ekstrak labu, ekstrak Safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

* Terbukti daripada empat kajian klinikal kepada manusia

Campuran Fitonutrien yang berkesan dan selamat ini telah memberi sokongan imun tepat daripada perigkat sel. Kajian menunkukkan khasiatyang luar biasa dan pelrindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan didalam Nutriferon.

* Meningkatkan paras Interferon secara semulajadi

Para saintis dan komuniti perubatan dan pun buat kajian dan mendapati interferom merupakan bahan yang penting untuk menguatkan fungsi imun. Dan Nutriferon merupakan satu-satunya suplemen tambahan yang dicipta oleg penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon didalam badan secara semulajadi.

Terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi yang menyokong lebih banyak perkembangan untuk sains sistem imunisasi ini.




Nutriferon mengandungi bahan-bahan daripada ekstrak tumbuhan semula jadi :

  • Biji Plantago ( Plantage asiatica ) - Biji ini mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang digunakan untuk meransang sel-sel imun.
  • Bunga Safflower ( Carthamus Tinctorius ) - Safflower adalah bahan yang mendorong pembangunan makrofaj, iaitu sejenis sel darah putih yang akan memusnahkan virus dan kuman.
  • Ekstrak Biji Labu ( Cucurbita Moschata ) - Ekstrak ini mendorong pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh dan juga penentang radikal bebas, antara penyebab utama kanser.
  • Bunga Japanese Honeysuckle ( Lonicera Japonica ) - Ia digunakan didalam perubatan asia. Sangat baik untuk melawan pencerobohan virus dan kuman.






Kebaikan Nutriferon :

1. Meningkatkan keseuruhan sistem imun tubuh dalam 3 hari - Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalan badan untuk tindakan

2. Melindungi daripada influanza - Nutriferon mengimbangi tindakbalas imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi daripada pelbagai virus dan mikrob termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influanza. 

3. Membantu melawan kanser dan tumor otak - Interferon semulajadi yang terdapat didalam Nutriferon mengandungi polisakarida aktif yang akan meransang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. jadi, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kimoterapi.

1. Meningkatkan keseuruhan sistem imun tubuh dalam 3 hari - Nutriferon membantu mengurangkan infeksi dan kesakitan kepada pesakit-pesakit hepatitis B dan C. Nutriferon berjaya memerangi virus sekaligus mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan seperti kembung, mual dan muntah.

5. Melambatkan proses penuaan - Formula unit Nutriferon meransang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Ia membantu menyihatkan sel-sel didalam tubuh.

6. Mambantu mengurangkan kesakitan ketika kimoterapi

7. Membantu meningkatkan kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik.

8. Mengurangkan stress dan kelesuan

9. Mengurangkan simptom ketika pra dan waktu haid. 


Keberkesanan Nutriferon dalam membantu menguatkan sistem imun tak dapat disangkal lagi.
Kesihatan keluarga sangat penting untuk dijaga demi keharmioan keluarga.

Nak konsultasi?
Atau nak beli Nutriferon secara online?





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kenapa Perlu Buat Detoks?


Detoks adalah proses untuk membuang kekotoran dan toksin yang telah masuk kedalam badan kita samada secara sedar atau pun tidak.
Bahan-bahan bertoksin boleh masuk kedalam badan melalui pemakanan, udara yang disedut, air yang diminum dan berbagai-bagai sumber lain lagi.

Anda dah pernah buat proses Detoks? Nak buat proses Detoks tapi tak tahu caranya?

Jom.
Saya kongsikan sedikit ilmu untuk proses detoks.

Rupa-rupanya kita kena tahu tempoh masa yang sesuai untuk buat detoks.
Ada yang sehari.
Ada yang 7 hari.
Ada yang 14 hari.
Ada juga yang dihujung minggu sahaja.

Cuba baca di entry ini : Tempoh Masa Sesuai Untuk Detoks



                    


Dah pilih tempoh masa yang sesuai untuk anda berdetoks?
Sila bertabah untuk anda-anda yang baru 1st time buat detoks. Cabaran & godaanya boleh tahan juga!!

Sebelum memulakan sesi detoks, anda dah tahu nak buat detoks dibahagian mana? Dan apa yang patut diambil / dimakan sepanjang proses detoks?

Ok.

Sebelum decide untuk buat detoks, jom baca tentang organ-organ yang patut menjalani proses detoks di entry Kenali Organ Yang Perlu Detoks





Detoks Dengan Vitamin Shaklee.

Since kita dah tahu tempoh untuk buat detoks serta detoks bahagian mana yang nak diutamakan, saya nak share vitamin-vitamin dari Shaklee yang boleh bantu kita untuk buat detoks.

1. DTX Complex





DTX Complex mengandungi Milk Thistle. Milk thistle memang telah digunakan sejak turun termurun untuk proses detoks hati. Ia juga sangat terkenal sebagai tonik hati. Tumbuhan Milk Thistle dah pun digunakan selama 2000 tahun sebagai remedi tradisional untuk penyakit berkaitan hati. Kandungan Milk Thistle yang terdapat didalam DTX Complex berupaya melindungi hati dan memperbaiki fungsinya. Kandungan utama dalam Milk Thistle adalah Silymarin yang terkenal sebagai bahan anti oksida yang membantu tubuh dalam pelbagai cara. Selain dari itu, bahan aktif silibin yang terkandung didalam Milk Thistle turut memberi manfaat kepada mereka yang alami masalah penghadaman, sembelit, masalah kulit, nafas berbau dan beberapa masalah lain yang berpunca daripada pengumpulan toksin berlebihan didalam badan.

 2. Garlic Complex




Garlic Complex daripada Shaklee mengandungi Allicin iaitu sebatian asal dari bawang putih. Bawang putih yang digunakan oleh Shaklee adalah ditaman secara organik di California, USA pada musim panad dan bebas 100% dari racun perosak. Allisin secara tradisionalnya digunakan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Allicin merupakan sebatian antibakteria, antikulat dan mempunyai sifat penyembuh. Ia juga bahan antioksidan yang boleh membantu tubuh berfungsi dengan sihat.

3. Nutriferon




Bahan utama didalam Nutriferon adalah biji labu. biji labu sangat baik untuk membantu proses detoks kerana ia akan mematikan parasit yang ada didalam badan. Biji labu merupakan bahan anti-oksida dan anti-radang yang mampu melindungi sel dari diserang oleh radikal bebas dan juga serangan parasit. Biji labu juga mempunyai efek seperti ubat cacing yang mampu mengeluarkan cacing daripada sistem pencernaan.

4. Alfalfa




Alfalfa adalah tumbuhan yang bersifat antibakteria. Dimana ia mampu untuk melindungi sel daripada serangan bakteria dan parasit. Alfalfa sangat terkenal dan berkesan untuk proses detoks.

5. Herblax


Siapa yang pernah makan Herblax, confirm puas hati dengan prestasinya kan?
Semua hasil buangan badan akan di keluarkan tanpa was-was lagi. Ianya sangat bagus untuk proses detoks dan keluarkan parasit dari sistem pencernaan.

Jadi, dah tahu kenapa perlu berdetoks?
Dan nak detoks macam mana?

Jom lah kita singkirkan parasit didalam badan untuk kesihatan yang lebih cemerlang.
Nak kan konsultasi atau nak bincang-bincang pasal detoks?
Jangan lupa whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Mengapa Kita Makan Tetapi Masih Terasa Lapar?

Rujukan : Isihat
Tulisan Doktor Zubaidi Hj Ahmad

Mengapa kita masih terasa lapar walau telah pun makan?

Didalam tubuh kita rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu Ghrelin dan Leptin. Kedua-dua hormon ini akan mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan ini berada didalam Nukleus Ventromedial di Hypothalamus pada otak. 

Rasa lapar dan rasa berselera untuk makan adalah dua perkara yang berbeza.

Rasa lapar ------> Rasa fisiologi yang terhasil untuk meransang kita untuk mencari makanan dan untuk melakukan perbuatan makan.
Ia adalah suatu cara perlindungan diri untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya.

Rasa berselera -----> Ia banyak dipengaruhi oleh emosi dan hormon. 
Walaupun telah mengambil makanan akibat dari pengeluaran hormon leptin yang tinggi yang menghantar isyarat tidak puas makan ke otak walaupun telah berasa kenyang.



Rasa lapar dan berselera ini dikawal oleh dua jenis hormon iaitu :

  1. Hormon Ghrelin
  2. Hormon Leptin
Kedua-dua hormon tersebut mengawal pusat kawalan rasa lapar dan kenyang di otak. Pusat kawalan itu berada didalam Nukleus Ventromedia di Hypothalamus pada otak.
  • Peningkatan hormon ghrelin menyebabkan kita rasa lapar.
  • Peningkatan hormon leptin menyebabkan kita berasa kenyang.

Hormon kenyang vs hormon lapar.

Hormon Ghrelin
  • Rasa lapar bermula apabila perut kita telah kosong selepas 6 hingga 10 jam pengambilan terakhir makanan.
  • Rasa lapar ini bergantung kepada berapa cepat tahap gula dalam tubuh yang semakin menurun.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel yang berada pada lapisan didalam perut.
  • Hormon Ghrelin dikeluarkan oleh sel-sel ini apabila perut kosong pada suatu jarak masa tertentu dan kita akan berasa lapar.
  • Apabila kita makan, perut terisi dengan makanan dan dinding perut diregangkan. Ini menyebabkan sel-sel didalam perut memperlahankan pengeluaran hormon Ghrelin.
  • Pusat kawalan otak pula akan menghantar signal menyebabkan kita mula berasa kenyang.


Hormon Leptin
  • Dipengaruhi oleh tahap gula didalam darah.
  • Hormon ini dihasilkan apabila gula masuk ke dalam sel adipos iaitu sel lemak yang berada dipermukaan bawah kulit.
  • Apabila gula semakin kurang didalam darah, hormon Leptin juga turut menjadi rendah kerana tidak banyak gula masuk kedalam sel-sel adipos. ia menyebabkan kita berasa lapar.
  • Apabila kita makan, peningkatan tahap gula juga akan meningkat didalam tubuh kita. Gula akan dibakar sebagai tenaga dan sebahagian lagi akan disimpan sebagai glikogen [ disimpan didalam hati ] dengan ransangan hormon insulin.
  • Hormon Leptin pula akan meningkat seiring dengan peningkatan gula didalam sel-sel adipos hingga satu tahap pusat kawalan otak diransang oleh hormon ini dan membuatkan kta berasa kenyang.
  • Hormon Leptin bukan saja membuatkan kita berasa kenyang, malahan berasa puas selepas makan.
Kesimpulanya,

Kita akan berasa lapar apabila;
Hormon Leptin rendah 
Hormon Ghrelin tinggi

Kita akan berasa kenyang apabila;
Hormon Leptin tinggi
Hormon Ghrelin rendah

KENYANG  TETAPI TIDAK PUAS DAN MASIH BERSELERA?

Sebenarnya ia menandakan sistem tubuh sedang mengalami masalah. Bagaimana logiknya, perut yang telah pun terisi makanan, masih berasa lapar dan berselera untuk menjamah makanan?
Sepatutnya, hormon leptin yang tinggi bukan saja menghantar isyarat untuk berasa kenyang, malahan ia menghantar isyarat rasa puas kepada bahagian otak yang mengawal rasa.

Petanda sistem tubuh sedang mengalami masalah.
  1. Kerap mengambil makanan atau minuman manis untuk merasa lebih kenyang dan puas selepas makan.
  2. Masih berasa lapar walaupun telah pun menghabiskan dua pinggan nasi beserta lauk pauk lengkap.
  3. Mengalami masalah obesiti.



Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh :
  • Rasa tidak puas makan adalah disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon insulin.
  • Apabila berlaku kerintangan insulin, otot-otot tubuh tidak dapat membaca kehadiran hormon insulin yang banyak hinggakan gula tidak boleh dibakar menjadi tenaga.
  • Kehadiran gula yang banyak didalam darah, akan menyebabkan pankreas mengeluarkan lebih banyak hormon insulin kerana menyangka hormon tersebut tidak ada didalam darah.
  • Rasa tidak puas makan juga disebabkan berlakunya kerintangan terhadap hormon leptin.
  • Tahap hormon leptin yang tinggi tidak dapat dibaca oleh otak sehingga pusat kawalan tidak berasa kenyang kerana ia tidak diransang dengan baik.
  • Ia menyebabkan otak berfikir yang hormon leptin masih rendah dan kandungan gula masih kurang didalam tubuh.
Semua faktor diatas menyebabkan individu yang mengalami masalah sistem tubuh makan dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan tahap hormon leptin dan meningkatkan penghasilan gula. Oleh itu, lama-kelamaan individu tersebut akan mengalami peningkatan berat badan dan obesiti. Selain itu, perkara ini juga akan mengundang penyakit diabetes mellitus.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini:
  • Mengawal nafsu makan secara keseluruhan
  • Mengamalkan gaya pemakanan sihat
  • Berhenti makan sebelum terasa kenyang
  • Mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat


Cara Untuk Mengurangkan Keinginan Terhadap Makanan Manis.

Saya mencadangkan anda untuk membuat regim detoks parasit untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis. Ada kemungkinan keinginan yang tinggi terhadap manisan adalah berpunca daripada terdapat parasit yang telah pun ada didalam badan kita. Siapa tahu kan?
Jadi, kenapa tidak anda mencuba regim ini untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis sekaligus untuk menyingkirkan parasit dari terus berada didalam badan kita.

Kebiasaannya, regim detoks parasit dibuat untuk tempoh 5 hari semasa bulan mengambang penuh iaitu disetiap pertengahan bulan Islam. Jadi, anda kena selalu refer kalendar dan mengetahui tarikh kalendar Islam.


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Detoks Parasit.

1. Gula

Jangkitan parasit boleh menyebabkan keinginan kepada karbohidrat dan gula putih menjadi tinggi. Jadi cara yang terbaik adalah cuba untuk mengawal nafsu daripada mengambil gula samada daripada air ataupun makanan. Dengan kata lain, cuba elakkan langsung daripada pengambilan gula daripada makanan seharian terutamanya ketika hari-hari bulan mengambang. Gula adalah makanan utama parasit. Jadi, sila biarkan semua parasit tersebut mati tanpa makanan kesukaan mereka.

2. Karbohidrat Ditapis ( Refined Carb )

Karbohidrat ditapis adalah seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta. Dengan kata lain, refined carb adalah makanan yang berasaskan tepung putih dengan gluten dan bahan peluntur. Makanan seperti ini biasanya akan ditambah dengan gula dan akan menyebabkan kandungan didalam badan menjadi tinggi, dan sekaligus menjadi makanan kepada parasit yang ada.

3. Makanan Berproses

Makanan berproses adalah makanan segera seperti nugget, sosej, jejari kentang, maggi, segala macam sos dipasaran dan segala macam kicap. Pendek kata, makanan dan perisa ready made yang banyak terdapat didalam pasaran.





Makanan Yang Sesuai Diambil

1. Wormwood dan Sayuran Hijau

Ia merupakan herba yang membantu untuk membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran mereka tidak mesta untuk didiami. Selain itu, ulam-ulaman atau sayuran hijau juga sesuai diambil untuk memastikan parasit tidak dapat makan dengan sempurna.



2. Bawang Putih


Bawang putih merupakan sumber antiparasit semula jadi dan makanan antibiotik. bawang putih juga membantu dan menyokong pergerakan usus dan detoksifikasi usus. Ia lebih bagus dimakan mentah kerana masih mengekalkan allicin. Untuk orang yang tak mampu untuk menelan bawang putih mentah, anda boleh mengambil suplemen Garlic Complex Shaklee sebagai alternatif.


3. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dalam produk kelapa. Selepas masuk ke dalam badan ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis, dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman.

4. Cuka Epal

Cuka epal membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.
Ia akan membuat perut kita bebas dari parasit dan juga memastikan bahawa apa-apa larva dihapuskan.


5. Betik 

Buah ini mempunyai keupayaan yang kuat untuk memusnahkan cacing, seperti cacing pita dan cacing dalam usus. Untuk meningkatkan potensi,kupas kulit sebelum rendam di dalam cuka epal.



6. Bawang kuning
Seperti bawang putih, bawang hijau melepaskan enzim yang dipanggil alliinase apabila mereka dihancurkan atau dipotong. Menyediakan bawang dan mengelakkan 'faktor air mata' yang disebabkan oleh bawang, menyejukkan mereka selama satu jam dan kemudian memotong mereka menggunakan pisau yang tajam.
Untuk rangsangan antiparasit, jus seksyen putih bawang dan menambah dua sudu teh minyak biji bijan. Minum dua kali sehari selama 3 hari tanpa apa-apa makanan.

7. Nenas
Buah ini mengandungi enzim antiparasit dikenali sebagai bromelain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan nanas 3 hari berturut boleh membantu membunuh cacing pita.

8. Biji labu

Biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang. Salah satu kandungan nutriferon adalah biji labu. Jadi dalam program detoks parasit ni, amalkan makan nutriferon 3 sacet sehari 



9. Lobak merah dan lobak merah jus atau jus kranberi (tanpa gula)


Anda boleh mencairkan jus kranberi dalam air. Lobak merah atau jus lobak merah membunuh parasit juga.


10. Lada


Rempah seperti cili merah, cili, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga, dan bunga cengkih semua membuatkan parasit hilang.


11.  Probiotik
 Anda juga boleh menggunakan makanan tambahan probiotik, yang membantu membunuh bakteria yang tidak baik dan menambah bakteria baik.

Suplemen Yang Boleh Diambil Untuk Detoks Parasit.

  • DTX Complex - detox hati 
  • Alfalfa Complex - Detox seluruh badan 
  • Herb lax - Detox usus
  • Nutriferon - tingkatkan imun sistem, penting utk ketahana badan semasa membunuh parasit 
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 
  • Vivix - detox sel 
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Nutriferon Shaklee : Penemuan Terhebat Bidang Immunologi

Interferon ditemui buat julung kalinya oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi ( Nutriferon ). Beliau telah berjaya menetapkan bahawa esktrak daripada 4 tumbuhan iaitu :

1. Biji Labu
2. Bunga Safflower
3. Honeysuckle Jepun
4. Biji Plantago

Ia mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Penemuan dan rekaan oleh Dr. Yasuhiko ini telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat didalam bidang immunologi.



Manfaat Utama :

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

2. Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.

3. Melindungi dari Influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

4. Meringankan stress & kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5. Melambatkan penuaan - Formula unit Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.

7. Mempertingkatkan Menopous - Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopous akan menjadi lebih baik.

8. Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan emosi tidak sekata.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Hati Anda : Nutriferon dan DTX Complex

Usah bebani HATI anda!!

Tahukah anda?

Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika,penyakit hati menyerang 1 daripada 10 rakyatnya. Di Malaysia pula, 1 daripada 20 penduduk dinegara ini dikesan menghidap penyakit berkaitan hati. 

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai punca ialah :

1. Makanan berminyak
2. Makan lewat malam
3. Kurang bersenam
4. Merokok

Dengan 500 peranan fungsi hati termasuk menapis, menyahtoksik darah, protien, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan sebagainya. 
Selain itu, hati juga sangat gebat dalam menentang jangkitan mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, membantu menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang memainkan peranan utama dalam proses detoksifikasi dengan memetabolismakan dan memindahkan dadah, alkohol dan perlbagai toksin alam sekitar yang diserap tubuh.

Vitamin hati, Beban hati, Hati sihat


Oleh itu, hati perlu diberi nutrien yang baik untuk memastikan ia terus berfungsi dengan cemerlangdalam menukarkan makanan kepada tenaga.
Shaklee menawarkan sistem gaya hidup sihat agar sistem imun anda dan organ hati tetap kuat untuk menentang mikroorganisma penyebab penyakit.

Bagaimana?

Dengan pengambilan DTX Complex untuk penjagaan hati dan Nutriferon untuk meningkatkan sistem imunisasi semulajadi diri .

DTX Complex

Vitamin hati, Beban hati, Hati sihat


Kandungan utama DTX Complex ialah ekstrak biji benih pokok Milk Thistle yang berupaya menyokong badan dalam menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi ekstrak Schizandra ( sejenis buah ceri ), cendawan Reishi ( herba yang kaya dengan antioksidan ), Dandelion, kunyit dan Anticok ( herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu )


Nutriferon

Vitamin hati, Beban hati, Hati sihat
Nutriferon merupakan adunan empat ramuan botani iaitu ekstrak biji labu ( Cucurbita moschata ) yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon, biji Plantigo ( Plantage asiatica ) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakaridayang digunakan untuk meransang sistem imun, Bunga Safflower 
( Carthamus tinctorius ) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle ( Lonicera japonica ) yang digunakan dalam perubatan Asia.

Orang kata mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ambil DTX Complex dan Nutriferon sebagai langkah penjagaan hati anda. Simpan dan bawa sahaja kemana-mana anda pergi. Jadikan is perisai keselamatan anda.

Untuk mendapatkan Vitamin Hati anda, boleh hubungi saya ;

013-398 4050 | nadhira.haqim@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Vitamin Nyahtoksin Shaklee : Ramadhan, kedatangan yang dinanti

Salam ceria!!

Tinggal beberapa hari lagi sahaja Ramadhan bakal muncul. Alhamdulillah. Semoga kita berkesempatan untuk menemui Ramdahan kali ini.  Ramadhan, bukan sahaja bulan yang penuh dengan barakah yang mana kita boleh membuat sebanyak mungkin amalan, tetapi ia juga boleh dilihat sebagai bulan untuk menyahtoksin tubuh.



Orang kata perut itu sarang penyakit. Maka, dengan hadirnya bulan Ramadhan ini marilah kita ambil kesempatan untuk menyahtoksin segala kekotoran yang ada didalam tubuh.

Saranan pengambilan Vitamin Shaklee di bulan Ramadhan.

Waktu berbuka puasa:

* Mulakan dengan pengambilan kurma. Jangan amalkan kuih-miuh yang serba manis dan kurang serat.
* Makanan utama yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, mee.
* Gabungan ESP dan Performance Drink untuk tenaga tambahan untuk menunaikan solat terawih.
* Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum tidur; 

* Ambil segelas bancuhan ESP beserta vitamin lain seperti Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun.

Waktu Bersahur; 

* Amalkan pengambilan kurma sekurang-kurangnya 3 biji.
* Ambil makanan utama yang mengandungi karbohidrat kompleks.
* Bancuhan ESP dan Perfirmance Drink untuk tenaga tambahan disiang hari.
* Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Vitamin Ramadhan


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

NUTRIFERON : 1st aid yang perlu ada dirumah

 Saya nak share satu testimoni dari page khas untuk pelanggan kami.

Nurul Fakhriah beli Nutriferon untuk ibunya yang ada asma.
Tapi dalam satu kejadian, beliau sendiri telah mencuba Nutriferon dan hasilnya sangat menakjubkan.





 Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

FUNGSI NUTRIFERON

 Apa fungsi Nutriferon?

Ia adalah suplemen yang membantu menggalakkan peningkatan tahap imun badan / immune booster. Adakalanya, cara pengambilan makanan harian kita yang seringkali terkejar-kejar & tidak lengkap, membuatkan tahap sistem imunisasi menjadi rendah atau berada hanya di tahap minimum. Maka, suplemen ini membantu untuk mengatasi masalah tersebut.

Siapakah yang memerlukan Nutriferon??
  • Mereka yang ingin kekal sihat.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan 
  • Individu yang selalu stress
  • Ibu yang menyusukan anaknya
  • Individu yang mengamalkan makanan yang tidak seimbang dan kehidupan yang hectic
  • Mereka yang banyak travelling and always on the move.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

PROMO OGOS : NUTRIFERON

Hooray!!! NutriFeron is this month promotion.

Let's give our immune system a powerful boost. Let's get stronger and healthier!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...