HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Madrasah Tahfiz Annur

Alhamdulillah.
Sesi persekolahan untuk tahun 2017 dah pun bermula.
Macammana dengan anak korang? Seronok kan?

Saya nak kongsikan cerita anak sulung saya, Muhammad Nazrul Haqim yang tahun nie memasuki tingkatan 1. Tapi saya memilih untuk tidak menghantar nazrul kesekolah harian biasa. Saya dah pun mendaftarkan beliau di Madrasah An-Nur ( MAN ) di Kesang Laut, Muar. Pengajian Maahad tersebut adalah fully tahfiz tanpa akademik.

Semoga keputusan saya tepat. Madrasah tahfiz tanpa akademik sedangkan sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan keputusan peperiksaan akademik. Tawakal, semoga niat saya menghantar Nazrul mempelajari Al-Quran dipermudahkan. Selain untuk mentarbiah satu-satunya anak lelaki, besar harapan agar saya dapat mentarbiah diri sendiri dan turut menjadi hamba yang lebih baik. 

Minggu nie anak-anak Madrasah An-Nur masih didalam minggu orientasi.









Masa sesi pendaftaran, saya tak berpeluang untuk menghantar beliau. Saya terpaksa serahkan tugas tersebut kepada ayahnya. Dan penjagaan Nazrul sepanjang persekolahan di Madrasah Annur akan diuruskan oleh ayah beliau. Besar harapan agar Nazrul tak lupakan mamanya. Huhu.
Tuhan je tau apa rasanya bila ada didalam situasi macam nie. 
Ye. Anak orang lain pun masuk asrama. Sedih jugak. Tapi anak-anak lain tahu ibu dan ayah bersama-sama menggembling tenaga untuk membesarkan mereka.
Tapi nazrul dan adik-adiknya berada di situasi yang sedikit berbeza. Perpecahan keluarga tak mengizinkan mereka merasa kasih sayang ibu & ayah serentak. Pada bila-bila masa saja mereka boleh berfikir yang salah seorang dari kami, tak sayangkan mereka. Naudzubillah. Sedih.
Ok lah. Bukan nak share cerita sedih. Sekadar luahan yang tak terluah didepan orang.

Cerita tentang Madrasah An-Nur ada dituliskan dilaman web rasmi mereka.


Madrasah An-Nur beroperasi diatas pembayaran yuran yang diwajibkan kepada pelajar setiap bulan. Yuran yang dikenakan hanya RM250 sebulan. Walaubagaimanapun mereka tetap menerima sumbangan pada yang ingin memberi sumbangan.




Saya mohon doa dari kalian untuk doakan pembelajaran anak-anak kami di Madrasah An-Nur dipermudahkan. Semoga mereka diterangkan hati untuk menghafaz Al-Quran.
Amin.

Selain dari doa, saya ada juga bekalkan Nazrul dengan Vitamin C dan Lecithin untuk kesihatan beliau yang kerap selsema dan untuk kecergasan otak. Harapnya Nazrul makan dengan konsisten.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

6 Tips untuk Tambah Berat Badan

Pakar Pemakanan dari Tropicana Medical Centre, Puan Wong Pei Lee mengatakan antara penyebab terjadinya penurunan berat badan:

※ Kurang mengambil makanan berkhasiat
※ Gangguan pemakanan seperti Aneroksia atau Bilimia
※ Penyakit kronik seperti diabetes
※ Gangguan hormon seperti hiper, penyakit Addison atau Hipotiroidisme
※ Gangguan GI seperti penyakit Crohn dan Celiac
※ Kanser, penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan paru-paru
※ Alkoholisme
※ Tekanan



Menurutnya, antara langkah-langkah yang boleh diambil utk menaikkan berat badan adalah :

1. Pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap sepanjang hari.

● Mempunyai enam hidangan kecil berbanding tiga kali hidangan dalam jumlah yang besar
● Makan lebih banyak apabila anda mempunyai lebih selera pada awal pagi berbanding tengahari dan malam
● Gantikan dengan pengambilan susu atau makanan ringan berkhasiat jika anda tidak mempunyai masa untuk makan.

2. Kira tiap suapan

Pilih makanan dan minuman yang membekalkan tenaga seperti biskut berkrim dan bukan biskut kosong.

3. Pengambilan makanan yang membekalkan tenaga.

Termasuk makanan yang kaya dengan protin dan tenaga seperti daging, ayam, ikan, susu, keju, yogurt, kacang atau kekacang dalam setiap hidangan atau makanan sampingan.

4. Mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga.

Contohnya seperti bijirin 3 dalam 1, susu, kacang, suplemen komersial

5. Minum antara atau selepas makan supaya anda berasa lebih kenyang.

Cuba sediakan beberapa jus buah-buahan, minuman protin yang tinggi seperti susu dan minuman yogurt.

6. Menikmati makanan dan pelbagai makanan.

● Pelbagaikan makanan supaya anda tidak hilang selera dan tidak berasa jemu.
● Makan bersama keluarga atau rakan-rakan supaya waktu makan ialah waktu yang menyeronokkan.


Selain daripada melakukan kesemua langkah yang dah dinyatakan diatas, diet pemakanan juga perlu diambil kira supaya berat dapat ditingkatkan dengan selamat dan sihat.
Diet berprotin tinggi dan membekalkan tenaga akan menghalang daripada kehilangan berat badan dan meningkatkan pengambilan nutrien harian.



  • Nasi, bubur, bubur nasi, mi, roti, capati, idli dan kentang. Tambahkan merjerin atau minyak dan sediakan hidangan bergoreng.
  • Bubur oat dan bijirin. Sediakan dengan susu penuh krim, susu sejat, susu pekat atau krim. Boleh juga ditambah madu atau gula jika mahu.
  • Biskut, roti atau kraker. Boleh juga ditambahkan dengan mentega, marjerin, jem, kaya. mentega kacang, keju, krim atau coklat.
  • Semua jenis daging, ayam, ikan, telur, tauhu dan kekacang yang digoreng atau dimasak dengan minyak atau marjerin. Sediakan juga kuah atau sos dengan menambah minyak, mentega, marjerin atau susu penuh krim.
  • Susu penuh krim, susu soya atau yogurt yang ditambah oat, buah-buahan kering, gula atau madu.
  • Susu kocak caranya dengan kisarkan buah-buahan segar dengan ais krim dan susu penuh krim, susu cair, atau tambahkan gula atau madu.
  • Keju. Boleh juga ditambahkan kedalam inti sandwich atau campurkan keju kedalam telur goreng, telur dadar, sos krim atau sup.


Suplemen Untuk Tambah Berat Badan.

Tahu Tak?

Pengambilan suplemen juga penting untuk membantu pertambahan berat badan berlaku secara sihat. Apa gunanya berat naik tapi dipenuhi oleh lemak dan kolestrol jahat. Betul kan?




Mealshake adalah sumber protin yang kaya dengan vitamin dan mineral tambahan. Mealshake menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang tubuh kita perlukan. 
Mealshake boleh diminum pada bila-bila masa sahaja.

Saya nak share testimoni mommies yang berjaya naikkan berat badan anak masing-masing. Uppss!! Mealshake nie bukan untuk kanak-kanak semata-mata tau. Sesuai juga untuk orang dewasa. 




Seronok kan bila dapat apa yang kita mahukan. Dapat tengok anak membesar dengan sihat. Jadi, kenapa nak tunggu lagi?
Jom dapatkan Mealshake sekarang.




Nak tanya apa-apa? Atau nak konsultasi produk?
Jangan segan-segan hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com





Merawat Anak Sembelit : Bagaimana caranya?

Anak anda mengalami sembelit setiap kali nak buang air besar?
Sedih kan tengok keadaan mereka. Ada yang sampai menangis-nangis masa meneran. Tapi najis tak juga keluar. Berpeluh-peluh anak kita dibuatnya.

Kita sebagai ibu bapa pun kadangkala blur tak tahu nak buat apa. Kesian sangat. Takkan la nak bagi makan julap pada anak kecil kita. Dah tentu-tentu tak boleh.

Jom ikuti cara ibu ini merawat sembelit yang dihadapi anaknya dengan Mealshake.





Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.


Saya sendiri pernah ada pengalaman sembelit diusia kanak-kanak dulu. Walau dah lama berlalu, kenangan dan kesakitan tu seolah terasa-rasa hingga kini. Tak sanggup pula nak tengok anak-anak terpaksa hadapi masalah sembelit juga.

Apa yang saya buat, saya juga turut berikan Mealshake kepada anak-anak sebagai sebahagian hidangan harian mereka.


Kenapa MealShake?

Mealshake adalah suplemen yang sesuai diambil oleh setiap ahli keluarga terutamanya kanak-kanak kerana ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino. Nutirisinya juga mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Kandungan Mealshake terdiri daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin. Lactalbumin adalahsejenis susu dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke usia dewasa.

Jadi, kenapa berkira untuk memberi Mealshake kepada anak anda jika ia membantu mengurangkan penderitaan anda semasa membuang air besar?


---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

AKU AKAN MENJAGAMU..





* dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
reff:
aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku
repeat reff [3x]
karna bagiku engkaulah nyawaku






Wahai anak-anak syurga amanah Allah buat mama.

Lagu ini untuk kalian. 
Semoga mama sentiasa tabah dan cekal untuk menjaga dan mendidik kalian menjadi insan yang berguna. Yang memberi kebaikan kepada semua. 
Semoga kalian membesar sempurna menjadi khalifah dibumi tuhan yang maha kaya. 
Semoga kalian menjadi saham akhirat mama yang terindah.





Wahai anak-anak syurga amanah Allah buat mama.

Walau badai datang melanda. Jangan gusar, jangan gentar.
Ia dugaan untuk kita. Untuk menjadi lebih dewasa. Untuk kita menjadi lebih gagah dan perkasa.
Perkasakan jati diri. Perkasakan Iman di dada. Semoga laluan untuk kita dipermudahkan.
Semoga bantuan sentiasa datang. Tepat pada masanya.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Sayang Baby : Teknik Urutan

Siapa suka kena urut?
Bestkan kalau dapat pergi spa, ada orang urut, rehatkan tubuh.

Bayi pun alami perkara yang sama. Urutan akan memberi kelegaan kepada tubuhnya. Disamping itu, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. Hari ini, saya akan kongsikan teknik untuk mengurut bayi anda.

Sebenarnya tiada peraturan khas untuk mengurut bayi. Ibu boleh mengubahsuai teknik urutan mengikut kepelruan bayi. Ibu mestilah peka dan sensitif. Bagi bayi yang baru lahir, urutan selama 10 minit sudah memadai, manakala bayi yang sudah melewati beberapa bulan mungkin boleh menikmati urutan sehingga 20 minit. Ibu mestilah peka dan boleh berhenti apabila bayi anda sudah cukup diurut.


Urutan Bayi, Bonding Time


Teknik mengikut langkah :

1. Letakkan tapak tangan anda di kepalanya dan urut perlahan-lahan hingga ke dagu.
2. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah didahinya. Kemudian urut perlahan seperti melukis bulatan kecil di pelipisnya.
3. Urut perlahan bibir atas bayi anda dengan ibu jari. Ulang pada bibir bawahnya.
4. Dengan kedua-dua tangan ditengah-tengah dada, lakukan urutan ke sisi badan, mengikut arah rusuk. Kemudian buat pusingan berbentuk hati ke tengah dada.
5. Gunakan bahagian luar tangan anda dan lakukan urutan perlahan pada perut simanja. Mulakan dengan sebelah tangan, diikuti tangan yang sebelah lagi.
6. Mulakan di bahagian abdomen, urut perlahan-lahan ke atas dengan hujung jari anda.
7. Mulakan di bawah rusuk dan lukis huruf "I" ke sendi punggung.
8. Love - Urut di bahagian abdomen, dari kiri ke kanan, membentuk bahagian panjang huruf "L". Lakukan urutan pendek ke bawah, di bahagian kanan perut untuk melengkapkan huruf "L"
9. "You" - Lengkapkan urutan dengan huruf "U" terbalik. Urut tulang punggung bayi, di bahagian kanan dengan jari-jemari anda.
10. Pegang bahagian atas lengan bayi anda dengan kedua-dua tangan. Kemudian, gerakkan tangan anda ke bawah dengan perlahan-lahan, dari bahu ke tangannya, sambil memicit dengan perlahan.
11. Urut pergelangan tangan kirinya dengan ibu jari atau jari telunjuk anda. Kemudian, urut tapak tangannya, sambil membuka genggaman tangannya. Lakukan urutan yang sama pada tangan kanan.
12. Gosok tapak tangan, sambil mengurut ke atas kearah jari-jari dengan ibu jari anda.
13. Urut buku lali, seterusnya kaki bayi anda. Sokong buku lalinya dan gunakan ibu jari anda untuk mengurut di tapak kaki, dari tumit hingga ke jari kaki.
14. Pegang kaki bayi anda dan gerakkan kedua-dua tangan anda ke bahagian paha. Kemudian, urut dari paha ke bawah sambil memicit perlahan.
15. Tiarapkan si manja anda. Urut badan bayi anda dari leher hingga ke bawah, termasuk punggung. Dengan menggunakan hujung jari, urut otot-otot di kiri dan kanan tulang belakang dengan perlahan.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...