HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Kurus. Show all posts
Showing posts with label Kurus. Show all posts

Kurus dan Langsing? Anda mahu?

Siapa tak nak kan?

Kurus dan Langsing? hah!! mesti cun melecun kalau masih kurus dan langsing serta dapat kekalkan bentuk badan walau dah beranak empat. Sesungguhnya dilema ingin kurus dan langsing ini memang membelenggu ramai wanita di Malaysia tanpa mengira yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mahupun yang bujang trang tang-tang. Perlu diingat, Di Malaysia sekarang, ramai juga anak-anak dara yang tidak dapat mengekalkan kekurusan dan kelangsingan masing-masing. Malah ada yang telah obesiti sejak zaman persekolahan!!




Kajian tentang obesiti.

Rupanya susah juga nak kekal kurus dan langsingkan. Perlukan pengawalan nafsu yang agak besar. Kajian yang dijalankan turut menunjukkan masalah berat badan berlebihan diseluruh dunia menjangkau hingga 1.6 billion yang melibatkan orang dewasa dan 400 billion daripadanya tergolong dalam kategori obesiti. Berdasarkan kajian obesiti di Malaysia pada 2006, 14% rakyat Malaysia mengalami obesiti dan jumlah ini meningkat saban tahun.

Tip Diet

Jadi, bagaimana nak kekal kurus dan langsing ni?
Dalam memastikan pengurangan pengurangan lemak yang diambil, jumlah setiap makanan yang diambil perlu dicatatkan. Penggunaan diari khas untuk mencatat apa yang dimakan adalah sangat praktikal. Dengan cara ni, kita dapat memantau dan membantu menghasilkan program diet yang seimbang untuk mendapatkan berat badan ideal.

Antara panduan lain yang boleh dilakukan untuk kekal kurus dan langsing :

* Mesti makan secara teratur dan mengikut waktu
* Ambil makanan yang rendah lemak
* Melangkah 1000 langkah sehari
* Pilih kudapan yang sihat
* Periksa kandunganlemak dan gula pada label makanan
* Jaga jumlah makanan. Jangan sekali-kali menambah makanan yang dah diambil kecuali sayur
* Berdiri selama 10 minit untuk setiap 1 jam
* Katakan TIDAK kepada minuman manis
* Elakkan mengambil makanan semasa menonton tv
* Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari


Menu kurus, menu langsing, menu seimbang


Pengambilan Suplemen

Selain membuat pengawalan makanan dan sedikit senaman, suplemen tambahan juga boleh diamalkan untuk kekal kurus dan langsing. Konsep untuk kurus dan langsing dengan vitamin Shaklee adalah:

Bakar & Buang --> Bersih & Bekal --> Bina Otot

Dengan itu, cadangan vitamin yang oleh diambil adalah,

~Omega Guard / Lecithin  - untuk membakar lemak
~ Alfalfa - Untuk membuang membuang lemak
~ Vitalea - untuk menampung lompong-lompong kekurangan vitamin didalam tubuh.
~ Herbalax - Untuk memudahkan lemak dan toksin diangkut keluar.
~ ESP / Cinch mix shake - untuk membina otot.


Vitamin semulajadi



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kurus Dengan Sihat

Saya percaya, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kelebihan berat badan. Agaknya sebab makanan memang mudah nak dapat kt Malaysia yang aman & damai ni kan.

Hari ni saya nak kongsi beberapa tip untuk menurunkan berat badan. Rasanya semua orang memang tahu dan banyak blog / penulisan tentang kurus ni. Banyak juga produk-produk slimming di pasaran. Janji ada duit, boleh pilih yang mana suka.

Pada saya, walau apa produk yang kita ambil, tak kira mahal atau murah, perkara yang paling penting perlu ada adalah disiplin diri sendiri dan keazaman serta kesungguhan. 

Ada beberapa perkara penting yang kita perlu ambil tahu sebelum mulakan proses diet. Dulu saya Cuma membabi buta je beli produk-produk slim yang m.a.h.a.l.g.i.l.a dan tak sesuai dengan poket saya..huhu..Sebutlah produk apa? Semua saya beli..

Dan kemudian, saya realize yang saya tak perlu nak beli semua produk-produk mahal tu. Cukup sekadar beli apa yang perlu sebagai motivasi diri saya untuk menurunkan berat badan.
Apa yang kita perlu tahu tu?

1.       Berbaloi tak RM yang kita keluarkan untuk sesuatu produk slim dipasaran. Yang harganya beratus-ratus RM untuk penggunaan seminggu?

2.       Perlu tahu kira kalori. Kita perlu buat defisit kalori untuk diri sendiri. Defisit kalori tu maknanya, kalori yang masuk  dalam badan mestilah kurang daripada kalori yang keluar drpd badan.


3.       Sebelum buat pengiraan deficit kalori, kita perlu tahu jisim indeks badan. Ada cara nak kira. Bole refer blog www.sususejat.com. Saya banyak belajar dari situ. So bila dah tahu jisim badan, kita akan tahu berapa kalori keperluan harian. So, bole la buat calculation.

4.       Amalkan pemakanan sihat. Makna kata, jangan la makan benda-benda yang berlemak, berminyak dan tinggi kalori. Refer je la pyramid makanan tu. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Kalau amik nasi, jangan la membukit. Cukup 1 mangkuk kecil je. Dan peringatan, jangan abaikan pengambilan nasi. Badan kita masih perlukan karbohidrat untuk beri tenaga. Saya memang tak percayakan diet elken.


5.       Buat monitoring. Maknanya, buat la sikit jadual. Ada tarikh, ukuran berat, ukur lilit dada, pinggang & punggung. Amik ukuran seminggu sekali. Jangan buat hari-hari pulak. Nanti stress kalo angka tak berganjak. Masukkan dalam jadual. So, kita bole Nampak usaha kita tu ada perubahan atau tak.

6.       Amalkan vitamin-vitamin suplemen untuk menambahbaik system badan. Bila badan sihat, lagi senang la nak buat senaman.

7.       Senaman 3 kali seminggu selama 20 minit. Kalau lebih, lagi la bagus.
 

Tu je la tips daripada saya yang masih dalam proses menurunkan berat lagi. Nak dapat berat macam masa anak dara dulu. Acik tak?

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...