HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Krisis Penyembuhan Atau Healing Crisis Selepas Makan Vitamin

Pernah dengar tentang krisis penyembuhan? Atau term yang orang selalu guna, healing crisis.
Apa maksud krisis penyembuhan tu?

Pernah tak korang ambil sesuatu produk samada produk kesihatan atau kecantikan, kemudia korang alami tindakbalas yang kurang menggembirakan? Jangan risau. Kemungkinan besar ia adalah proses healing crisis atau krisis penyembuhan.

Ramai yang tak tahu, healing crisis datang apabila kita ambil produk yang bagus terutamanya yang diperbuat daripada bahan semulajadi.




Healing crisis atau proses penyembuhan adalah proses dimana badan mengambil masa untuk membersihkan dan bina semula sel-sel badan yang dah rosak akibat radikal bebas. Proses nie akan menyingkirkan toksin yang dah lama berkumpul didalam badan sepanjang kita hidup. Semasa proses penyingkiran toksin ini berjalan, badan akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan kita berasa tidak selesa. 


Kenapa Healing Crisis terjadi?

Menurut seorang pakar nutrisi, bila kita mula ambil nutrien sihat, ia akan bertindakbalas dengan oksigen didalam badan. Tindakbalas ini akan meransang organ badan untuk menjalan pembersihan dan penyingkiran toksin.

Proses nie terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Antara kesan healing crisis yang banyak terjadi adalah :

  • Ruam pada kulit
  • Cirit birit
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Rasa sakit yang semakin teruk

Analoginya;

Seperti besi paip dirumah kita yang dah berkarat selepas sekian lama menyalurkan air disemburkan dengan serbuk anti karat, maka semua karat-karat didalam besi tersebut akan tertanggal. Dan ia akan menyebabkan air yang keluar daripada besi paip itu sangat kotor dengan kesat karat. Tetapi selepas semua karat yang ada didalam besi paip itu dibersihkan dan dikeluarkan, air yang keluar daripada paip itu turut sama bersih juga.






Korang tahu tak?

Healing Crisis atau krisis penyembuhan tu menunjukkan yang rawatan atau produk kesihatan yang kita ambil tu memang betul-betul berkesan. Sesetengah orang selalu beranggapan yang healing crisis adalah disebabkan rawatan atau produk yang tidak sesuai. Padahal ia adalah disebabkan oleh penyembuhan semulajadi dan ia merupakan petanda yang baik badan kita sedang menyingkirkan toksin.

Tahap healing crisis atau krisis penyembuhan setiap orang tak sama. ia bergantung kepada umur dan tahap kesihatan masing-masing. Ada yang alami krisis sebaik sahaja mengambil produk kesihatan atau makanan tambahan. Ada juga yang ambil masa sebulan atau dua bulan selepas mengambil makanan kesihatan. Tubuh badan yang mengandungi banyak toksin akan mengalami krisis yang lebih teruk berbandaing mereka yang menyimpan sedikit sahaja toksin.


Berapa lama nak dapat kesan baik?

Biasanya lepas 1-2 bulan ambil produk kesihatan, kita akan alami kesan perbezaannya. Contohnya, tenaga semakin bertambah, keadaan sistem usus yang semakin baik, tahap kesihatan semakin meningkat, bertambah cantik dan bertambah sihat. Andaikata tak ada alami sebarang perubahan positif,  mungkin terdapat masalah-masalah:
  • Tak konsisten setiap hari
  • Tak mengikut dos yang dicadangkan
  • Kurang minum air putih - saranan 3-4 liter sehari
  • Berhenti ambil produk kesihatan sebab takut healig crisis
  • Kurang tidur
  • Tak amalkan diet & pemakanan seimbang
  • Amalkan gaya hidup tak sihat seperti merokok, minuman beralkohol & ambil minuman bergas 
  • Alami masalah emosi


Antara tanda-tanda krisis penyembuhan atau healing crisis :
  • Sakit kepala yang melampau
  • Demam
  • Cirit-birit
  • Peluh berbau
  • Kembung
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Ruam
  • Selsema dan batuk
  • Sakit otot dan sendi
  • Gangguan tidur
  • Kitaran haid terganggu
  • Kerap lapar
  • Loya, sembelit
  • Edema





Syarat untuk kurangkan kesan healing crisis nie cumalah dengan banyakkan minum air kosong. Saranan untuk minum 3 atau 4 liter air setiap hari.

Analoginya;

Tong yang kotor dan dipenuhi denga keladak. Kita mesti basuh dan alirkan air yang banyak untuk pastikan semua kelada tu mencair dan keluar daripada tong.



Jadi, jangan risau kalau korang hadapi healing crisis. Teruskan makan produk kesihatan tu mengikut jadual dan doa yang disarankan. Pasti kesan baik akan diperolehi lepas healing crisis berlalu. Percayalah!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Fill Stack To Go! Bestnya Multistack Shaklee.


Multistack dispenser Shaklee nie memang best oii!!

Lagi-lagi kalau nak travel. Tak payah angkut berbotol-botol vitamin yang kita consume setiap hari. Berat la jugak kan kalau macam tu.

Macam saya yang jarang travel nie, masih lagi boleh guna multistack dispenser nie tau. Saya boleh bawa stock vitamin yang saya consume siang hari ke office. So tak payah la nak angkut semua botol vitamin yang saya makan tu hari-hari ke office. Saya pun tak perlu untuk sediakan 2 set Vitamin unutk dimakan di office dan dirumah. Topup je dalam Multistack tu. 
Mudah. Cantik. Ramai yang berkenan tau! 






Multistack Dispenser comel ni boleh dibeli dengan harga RM13.78 dengan setiap pembelian vitamin sebanyak 150uv. Kalau tanpa pembelian vitamin, harganya adalah RM26.50. tak mahal pun. Material dia tebal tau. So, kalau jatuh pun takkan pecah. Kecuali la kalau kita belah dengan pisau atau kapak. Memang ada kebarangkalian untuk pecah la.

Multistack Dispenser dikeluarkan dalam 2 warna. Dua minggu pertama bulan Disember nie, Shaklee release yang berpenutup berwarna hijau. Dan sekarang digantikan dengan penutup berwarna putih pula. Yang hijau, saya dah dapat. Yang putih, baru order siang tadi. Tak sabar menanti ketibaannya.






Apa yang saya letak didalam Multirack Dispenser tu?

Untuk rack yang paling besar, saya letakkan ESP. Ye la. ESP kan serbuk? So lebih mudah untuk diletakkan didalam rack yang paling besar. Kemudian diikuti dengan Alfalfa, Vitamin C dan Vitalea Iron Formula. Nie semua vitamin yang saya ambil pada waktu siang. So, saya bawa Multirack Dispenser nie ke office. Boleh muat banyak untuk 3 atau 4 hari tau compare dengan pillbox biasa.

Saya suka. Korang suka tak? 
Kalau suka, boleh la dapatkan sekarang. Bukan untuk isi vitamin je tau. Cuba tengok poster kat atas tu semula.

Jom beli sekarang!!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cara Cari Income Tambahan Dari Rumah

Zaman kemelesetan ekonomi. Ini yang saya rasakan.
Bila keluarga dah semakin membesar. Keperluan juga ssemakin bertambah. Nampaknya duduk dirumah semata-mata tidak akan melegakan keadaan. Keperluan persekolah, keperluan harian, keperluan dikala terdesak dan macam-macam keperluan lagi memerlukan usahasama dari suami dan isteri untuk mencari jalan menjana pendapatan extra demi kelangsungan perjalanan keluarga.

Ye betul. Duit tak boleh beli bahagia. Tetapi, tanpa duit kita takkan bahagia pun. 
Banyak perbalahan antara suami dan isteri yang berpunca daripada duit. Betul tak?

Untuk suami bekerja diluar rumah, ia suatu kebiasaan malah wajib juga. Tapi untuk isteri keluar dari rumah dan bekerja, banyak juga perkara yang perlu difikirkan. Kebajikan anak-anak dan keluarga perlu diambil kira terutamanya jika gaji yang bakal diperolehi tak memadai. Apa gunanya keluar bekerja jika keseluruhan gaji akan digunakan untuk membayar kos pengasuh anak semata-mata?

Dan alternatifnya, buat la kerja daripada rumah.




Caranya?

Ikut apa yang anda pakar.
Ikut apa yang anda suka dan minat.

Antaranya adalah :
  • Upah menjahit
  • Buat kuih dan hantar kegerai-gerai
  • Buat bakeri - Kek, roti, bahulu
  • Mengasuh anak jiran
Pilih la mana-mana kerja yang mampu kita buat dan boleh jana pendapatan tambahan.

Saya?
Saya pilih untuk buat bisnes online sahaja. Disebabkan tidak ada kemahiran menjahit mahupun memasak. Atau disebabkan kurangnya kesabaran untuk mengasuh anak jiran sebab mengasuh anak sendiri pun saya dah bertukar menjadi tarzan setiap hari. Maka, saya memilih kerja yang lebih mudah untuk saya lakukan sambil menjaga anak-anak dan melakukan tugasan harian.





Shaklee la pilihan saya.

Cuma perlukan smartfon yang ada data. Sebiji laptop yang biasa-biasa aje.
Saya tak perlu simpan stok mahupun menyewa kedai.
Cukup sekadar buat iklan di Facebook yang memang tiap hari kita scroll down berjam-jam dan update blog dengan cara yang paling mudah dan basic.
Saya tak perlu kecahkan dapur untuk bakar kek. Ataupun sediakan satu ruangan didalam rumah kecil saya untuk kerja-kerja menjahit.

Nak saya kongsikan cara kerja yang mudah dan fleksibel dan boleh dilakukan dimana-mana?
Jangan segan-segan whatsapp saya ye.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

3 Tip Memilih Produk Untuk Kulit Kusam

Kulit kusam? Nampak tua?
Sinonim sangat kedua-dua masalah kulit tu.

Kenapa kulit kita jadi kusam?
Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan kejadian ngeri nie terjadi kepada kulit muka kita.
Antaranya :

  • Sel kulit mati tidak dibuang dengan sempura dan bercampur dengan sel kulit yang baru.
  • Pertumbuhan sel-sel lambat dan sel baru juga kurang berkembang.
  • Kesan parut lama tanpa rawatan.
  • Terdedah kepada sinaran matahari untuk tempoh yang lama - Boleh menyebabkan kulit kasar dan cepat berkedut. Pigmentasi juga akan muncul.
  • Penggunaan produk skincare yang tinggi kandungan bahan kimia - Sel kulit rosak.





Tip Memilih Produk Skincare

Jaga-jaga cik kak. Salah pilih produk skincare, merana la hati tengok kulit muka menjadi rosak. Sedih oii!!
So, Macam mana nak pilih produk skincare yang sesuai dengan kulit muka kita?

1. Kenali jenis kulit anda

Kulit kita. Kita kena la kaji sikit. Pastikan jenis kulit muka adalah kering, berminyak atau normal je?
Kemudian, ketahui juga apa jenis alergy yang kulit kita alami. Untuk kulit yang sangat bermasalah, cuba usahakan untuk berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan khidmat nasihat mereka. Untuk mereka yang ada masalah biasa-biasa je dan jenis kulit mudah untuk dikenali, bolehlah study tentang produk-produk skincare yang ada dipasaran yang sesuai dengan kulit muka kita. 


2. Pilih produk semulajadi

Banyak produk skincare dan produk kecantikan berada dipasaran sekarang. Berlambak sangat. macam-macam juga bahan campuran yang tak kita ketahui kan?
Oleh sebab itu, kita mestilah memilih produk skincare yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia. Sila kenali dan ambil tahu bahan-bahan yang tergolong didalam kumpulan racun berjadual. Ini sangat penting untuk memastikan kulit muka tidak rosak dek bahan-bahan beracun tersebut.


3. Buat study keatas produk yang anda mahu beli 

Dapatkan nasihat doktor. Atau anda kaji serba sedikit tentang produk yang akan digunakan. Baca label untuk setiap produk. Jangan lihat testimoni semata-mata kerana banyak penjual yang tidak jujur menggunakan testimoni daripada pengguna produk lain. pastikan peroduk-produk tersebut mendapat kelulusan KKM.


Produk Shaklee untuk Kulit Kusam

Mesti lah ada. Produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang dijamin sentiasa selamat dan berkesan.



Set skincare Nutriwhite terdiri daripada :

1. Ultimate Protection Whitening Losyen SPF 15 - Krim siang
2. Overnight Whitening Renewal Cream - Krim malam
3. Gentle Deep Foaming Cleanser - Pencuci
3. Soothing Radiance Whitening Softener - Toner
4. Gentle Action Makeup Remover - Makeup remover
5. Daily Defense Whitening Essence - Serum pemutih
6. Spot Whitening Treatment - Menghilangkan bintik


Antara kebaikan daripada penggunaan Set Skincare Nutriwhite Shaklee :
  1. Membantu mengawal keradangan kulit
  2. Mengurangkan kesan tompokan pada kulit
  3. Memberi kelegaan kepada kulit wajah
  4. Mencerahkan kulit dan memelihara kulit daripada pigmentasi
  5. Melembabkan dan memelihara kulit dari kekeringan
  6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
  7. Membuang toksin


Apa yang best mengenai Set Nutriwhite Shaklee adalah penggunaan yang lama untuk sesuatu produk. Contohnya, pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser boleh tahan sehingga setahun. Cuma picitkan sikit diatas tapak tangan, campurkan sikit air dan sapu pada wajah. Buihnya banyak dan mampu membersihkan wajah secara keseluruhan.


Testimoni berkesan


Testimoni #1




Testimoni #2




Testimoni #3




Nak konsultasi Set Nutriwhite?
Jangan segan-segan Whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

6 Tip Supaya Cepat Hamil


Perkahwinan dan kehamilan merupakan satu anugerah terindah buat semua wanita.
Betul tak?

Ye. Saya pun macam tu. Anugerah dan nikmat yang Allah bagi untuk kita rasa dan syukuri. Alhamdulillah saya dah punyai 4 permata hati untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup serta menjadi medan ujian dan amanah untuk saya jalani dan jaga ia sebaik mungkin. 

Saya tau tak semua wanita yang telah berkahwin dianugerahkan moment-moment hamil dangan mudah. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun untuk hamil. Tak kurang juga yang berhabisan masa dan wang ringgit untuk tujuan yang satu itu. 

Usahalah. Mungkin ia jadi tangga kejayaan untuk anda. Medan ujian permulaan anda begitu, maka laluinya dengan sabar dan banyakkan berdoa.






Rabbana hablana min azqajinaa wa zurriyatina qurrota'ayunin, waj'alna lil muttaqiiha imaama.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ) dan jadikanlah kami imam bagi orang-ornag yang bertakwa" 

( Al-Furqan : 74 )


Hari nie saya nak kongsikan antara tip yang boleh dijadikan checklist untuk trigger faktor mana yang dah pun kita abaikan dalam usaha untuk hamil.


1. Jaga pemakanan dan diet yang seimbang.

Menjaga pemakanan adalah sangat penting walaupun tak ada usaha untuk hamil. Pemakanan seimbang menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik kan?
Pemakanan yang tak seimbang dan semberono penyumbang kepada macam-macam masalah kesihatan dan penyakit yang susah untuk diubati. Antaranya masalah obesiti, penyakit-penyakit kardio, kerosakan organ-organ dalaman dan macam-macam lagi la. Untuk makluman, obesiti merupakan salah satu punca kegagalan wanita untuk hamil. Jadi, untuk merealisasikan impian untuk hamil, kita perlulah menjaga kesihatan melalui pemakananan dan diet yang seimbang.


2. Detoks

Toksin yang berlebihan didalam badan juga merupakan sesuatu yang tidak sihat untuk tubuh kita. Dapatkan nasihat daripada dietitian untuk anda dapatkan cara yang betul untuk membuat detoks. Pastikan anda juga gunakan produk yang menggunakan bahan organik untuk memulakan proses detoks. Dan pilihan saya, semestinya produk Shaklee. Untungnya, Shaklee juga ada nutritionist yang yang pakar tentang makanan kesihatan yang sedia membantu memberikan pendapat dan nasihat. Produk Shaklee juga dijamin selamat dan berkesan kerana mempunyai banyak kajian dan study keatas setiap produk-produknya.


3.  Lakukan hubungan intim dengan kerap dan posisi yang betul.

Kerjasama antara pasangan sangat diperlukan untuk perkara ini. Hubungan intim bukan sahaja perlu dilakukan dengan lebih kerap, malahan dengan posisi yang betul. Rasanya saya tak perlu nak ajar bagaimana untuk lakukan hubungan intim dengan lebih kerap. Tapi saya akan kongsikan tentang posisi yang betul untuk cuba hamil.
  • Letakkan bantal dibahagian bawah punggung ( isteri di posisi bawah ). Menurut petua, bantal tersebut digunakan untuk mengelakkan air mani keluar semula melalui faraj. Jika kedudukan punggung sedikit tinggi, ia dapat mengelakkan air mani daripada keluar semula.
  • Terus berbaring selama 10-15 minit sebaik sahaja suami selesai mengeluarkan air mani kedalam rahim. Maksudnya, isteri jangan terus bangun sebaik sahaja selesai bersama. 
  • Tidak mencuci faraj menggunakan sabun pencuci yang mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh membunuh kesuburan sprema. 


4.  Ketahui waktu subur atau ovulasi anda

Ini sangat penting. Sila kira hari subur anda lakukan hubungan intim yang lebih kerap ketika ini.
Bagaimana untuk mengira hari subur?

Boleh klik Kalkulator Ovulasi milik SirapLimau


5. Rujuk kepada doktor pakar

Andainya tempoh perkahwinan telah mencapai 3 tahun, sila la berjumpa dengan doktor pakar. Doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk mengetahui tahap kesihatan suami dan isteri. Pemeriksaan bukan hanya untuk isteri tau! Suami juga perlu jalani pemeriksaan untuk memastikan kedua-dua suami isteri sihat dan subur untuk hamil.


6. Amalkan suplemen untuk membantu tubuh lebih sihat.

Saya? Tentulah saya pilih suplemen Shaklee. Suplemen Shaklee dijamin selamat dan berkesan untuk membantu tubuh kita menjadi sihat.

Untuk membantu kesuburan, saya mencadangkan suplemen seperti GLA Complex, B-Complex, Zinc Complex dan Vitamin E.


1. GLA Complex

Gla Complex Shaklee diekstrak daripada bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda EPA ( Gamma-Linolenic Acid ) yang terkandung didalam EPO. Borage adalah 3 kali lebih baik dari segi bioavailabliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. 

GLA Complex membantu :
  • Mengawal estrogen dan testosteron.
  • Membentuk protaglandin untuk megawal hormon lelaki dan wanita 
  • Memperbaiki simptom PMS. 
  • Menyuburkan lendir serviks yang sangat berguna untuk mereka yang sedang berikhtiar untuk hamil.

2. B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi 8 kompnen vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Vitamin B adalah vitamin yang larut-air, jadi tubuh tidak akan menyimpan sebarang lebihan vitamin sebaliknya ia akan disingkirkan melalui pencernaan. B-Complex sangat baik diambil seawal mungkin apabila keputusan untuk mengandung diambil.

B-Complex membantu :
  • Pembentukan sel darah merah yang sihat 
  • Membina antibodi yang kuat untuk tubuh
  • Meransang sirkulasi darah didalam tubuh
  • Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • Merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk lauk atau darat. 

3. Zinc Complex

ZInc Complex dirumus daripada zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Zinc memainkan peranan penting didalam organ seks lelaki. Zinc amat diperlukan untuk mengelakkan masalah kematangan dalam organ seks, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan kepincangan pada testikal.

Zinc Complex membantu :
  • Melindungi kesihatan prostat
  • Memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing
  • Mengurangkan pembengkakan prostat
  • Membantu proses ovulasi
  • Membantu proses penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

4. Vitamin E



Vitamin E Shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Vitamins E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh untuk menyerap Vitamin E.

Vitamin membantu :

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif dengan pengambilan 800IU sehari.
  • Meningkatkan kelestarian tenaga seksual 


Walau apa pun masalah yang kita hadapi, jalani ia dengan penuh kesabaran. Semoga ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan oleh tuhan.

Nak konsultasi?
Atau nak dapatkan set kesuburan Shaklee, jangan segan-segan whatsapp saya ye.


---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cerita Bonus Pengedar Shaklee Saya

Bonus?
Aummmm!!
Siapa yang tak nak kan?




Alhamdulillah. 
Pembayaran bonus Shaklee dijadualkan pada setiap 15 hb pada setiap bulan. Tapi, seingat saya, tak pernah bonus Shaklee masuk pada 15hb. Sebab Shaklee suka bayar awal beberapa hari dari tarikh tu. Best gila kan?
Tak kira la berapa angka pun yang kami dapat, ia tetap sangat bernilai untuk kami para SID.

Untuk saya yang masih bekerja, bonus Shaklee adalah gaji kedua untuk saya. Bermula dari bonus dengan 2 angka yang Shaklee hantar guna cek kuning hinggalah sekarang saya terima bonus 4 angka yang terus dikreditkan kedalam akaun je. Saya sempat terima cek beberapa kali dulu tau. Tak tahu la macam mana berdebarnya tunggu masa abam posmen hantar cek. Betapa happy buka sampul dan tengok angka-angka dalam cek walau masa tu cuma ada 2 angka je kat cek tu. Hihi.
Alhamdulillah. At least, itu la angka yang jadi pemangkin semangat dan sumber inspirasi untuk saya terus berjuang dalam bisnes Shaklee.




Best tak bila ada 2 gaji? Hohoi.
Gila kentang bestnya tau. Tak terasa putus duit. Elok-elok je duit gaji nak habis, masuk pulak duit bonus Shaklee. Walau macam mana pun, ada 2 gaji, bukan la bermaksud saya boleh joli sesuka hati dengan duit-duit gaji yang saya dapat tu. Saya dah tetapkan komitmen apa yang patut saya bayar guna kedua-dua gaji saya tu.

Untuk bonus Shaklee, saya akan gunakan untuk restock vitamin-vitamin. Saya memang simpan sikit ready stock untuk COD di Chini. Biasanya saya simpan mana-mana vitamin yang most wanted je la. Antaranya Alfalfa, Ostematrix, Lecithin dan Herblax. Kalau ada customer minta COD vitamin-vitamin selain daripada yang moest wanted, saya akan minta customer tunggu untuk saya buat order. Terus terang aje la, saya memang tak simpan ready stock yang banyak.

Selain daripada tu, saya allocate juga untuk main kutu. 3 grup je pun kutu yang saya join. 2 grup kutu duit, 1 grup kutu Set Basic Nutriwhite. Ada orang tanya, dah ada 2 gaji pun main kutu jugak ke?
Apa salahnya kan? As long dapat ahli grup yang kita percayainya, why not?
Kutu duit tu saya allocate untuk bayar yuran sekolah anak-anak dan juga untuk bayar roadtax & insurans kereta. Saya akui, bukan senang nak simpan duit cash sikit-sikit untuk kegunaan penting macam tu. Apatah lagi saya ada anak ramai yang memang kosnya tinggi. So, main kutu la jalannya.
Kutu Nutriwhite pula saya join untuk self reward. Ye la, dah penat-penat kerja, kena la hadiahkan diri sendiri sesuatu yang best. Dan Set Asa Nutriwhite memang best.

Selain daripada tu, saya allocate juga bahagian untuk saya buat saham akhirat. Tak banyak. Tapi Alhamdulillah saya masih konsisten menyumbang. Semoga Allah murahkan rezeki saya untuk menyumbang lebih banyak lagi untuk saham akhirat saya.

So far, tu je la kegunaan duit bonus yang Shaklee berikan kepada saya. Kebanyakannya memang saya guna untuk beli stok vitamin supaya vitamin most wanted saya tak kehabisan stok.

Tu je nak cerita.
Korang yang ada 2-3 gaji, korang guna untuk apa?

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kepentingan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Sebaik saja doktor sahkan kehamilan, mommy mesti excited fikirkan vitamin apa la yang sesuai diambil untuk tumbesaran baby kan?

Penting ke vitamin nie?

Ye. Penting untuk proses pembesaran baby didalam kandungan.
Penting juga untuk memastikan mommy terus sihat dan bertenaga disepanjang kehamilan. Proses mengandung adalah boleh yang sangat menguji kekuatan fizikal dan emosi mommy.
Siapa setuju?


Vitamin apakah yang ibu mengandung perlukan disepanjang tempoh mengandung?


1. Zat Besi

Zat besi sangat penting kepada ibu mengandung untuk mengelakkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Keperluan zat besi untuk ibu mengandung adalah 27mg sehari.

Zat besi adalah komponen utama didalam sel darah merah yang menghantar oksigen keseluruh bahagian tubuh untuk memastikan kelangsungan hidup.




Ramai wanita yang tak menyedari masalah kekurangan zat besi ini sehinggalah mereka disahkan mengandung. Kekurangan zat besi ini mungkin disebabkan oleh diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh tubuh, kesan sampingan ubatan tertentu,  genetik, kehilangan darah yang banyak dan kehamilan.

Anemia atau kekurangan zat besi semasa hamil boleh mengakibatkan :
  • Keguguran
  • Kelahiran Pra-matang
  • Berat lahir bayi yang rendah
  • Kematian ibu 





Vitalea Iron Formula, membekalkan zat besi untuk ibu mengandung.

  • Vitalea Iron Formula adalah suplemen zat besi tambahan yang dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral yang perlu untuk kesihatan dan tenaga optimum.
  • Vitalea Iron Formula telah menjalani lebih daripada 340 ujian kualiti untuk memastikan ketulenan dan potensinya.
  • Vitalea Iron Formula mempunyai sistem penyerapan Bioaktif - Untuk meningkatkan penyerapan Folic Acid
  • Vialea Iron Formula mencegah kekurangan vitamin.


2. Kalsium

Kalsium adalah nutrien penting yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Kalsium juga membantu kesihatan sistem saraf, membina otot dan menjadikan peredaran darah didalam tubuh kekal sempurna.

Jika seorang ibu mengandung tidak mempunyai kalsium yang cukup, tubuhnya akan menganbil sumber kalsium daripada tulang dan gigi untuk disalurkan kepada bayi didalam kandungan. Ini akan menyebabkan kalsium didalam tulang dan gigi ibu mengandung semakin berkurangan dan akan menyebabkan kerapuhan pada tulang dan gigi. Masalah Osteperosis juga akan mudah terjadi sekiranya perkara ini berlaku.





Ostematrix membantu membekalkan kalsium kepada ibu mengandung
  • Ostematrix adalah suplemen Shaklee yang membantu membekalkan kalsium kepada ibu mengandung.
  • Ostematrix dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.
  • Ostematrix dilengkapi dengan mineral lain seperti boron, manganese, copper dan zinc untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembnaan tulang yang sihat.
  • Ostematrix dikapsulkan dengan berat 250mg. Jadi, ibu-ibu mengandung boleh mengawal pengambilan kalsium mengikut keperluan yang betul.
  • Ostematrix mengandungi 1000mg kalsium, 400mg magnesium, boron, manganese, cooper dan zinc.





3. Protin

Protin adalah nutrien yang penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Protin merupakan elemen asas pembinaan sel tubuh manusia.

Protin penting untuk ibu mengandung kerana ia merupakan salah satu nutrien yang diperlukan oleh bayi didalam kandungan untuk membantu pertumbuhan otak yang lebih optimum.





Kepentingan lain protin adalah :
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran janin
  • Merupakan blok-blok pembinaan asas tubuh ibu dan bayi
  • Membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah
  • Membantu membekalkan asid amino yang bertindak untuk membentuk otot dan organ bayi
  • Keperluan kalsium semakin meningkat pada trimester ke-3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus

Kesan akibat kekurangan Protin;
  • Risiko lahirkan bayi pra-matang
  • Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan boleh juga menyebabkan keguguran
  • Pertumbuhan bayi menjadi terbantut dan tidak mengikut usia kehamilan
  • Ibu mungkin berisiko untuk mendapat anemia
  • Penghasilan susu ibu terjejas




Energizing Soy Protien ( ESP ) merupakan sumber protin yang baik untuk ibu mengandung.

ESP merupakan sumber protin yang mudah untuk diambil dan mengandungi banyak khasiat :
  • Kaya dengan protin dan kalsium
  • Mengadungi 5 vitamin B, 2 jenis mineral dan 8grm karbohidrat untuk tenaga
  • Dihasilkan daripada soya non-GMO yang ditanamn dan diproses secara organik
  • Kaya dengan 9 asid amino penting
  • Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

Antara kesan pengambilan ESP yang dah banyak diakui oleh ibu mengandung;
  1. Meningkatkan tahap imun ibu mengandung
  2. Membantu untuk mengawal berat ibu mengandung
  3. Membantu mengelakkan diabetes
  4. Membantu pembentukan otot dan otak bayi didalam kandungan
  5. Membantu mendapatkan kulit ibu dan bayi yang gebu dan cantik
  6. Membantu ibu mengandung yang mengalami alahan untuk terus kekal sihat dan bertenaga.

4. Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin yang terdapat didalam kumpulan B. Asid folik adalah vitamin B9. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat didalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengan makanan seperti roti dan bijirin sarapan juga diperkuat dengan asid folik.

Asid folik penting untuk ibu mengandung untuk membantu melindungi baby daripada kecacatan didalam sistem saraf seperti spina bifida.

Spina bifina - Berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang baby tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf baby terbentuk dan berkembang dengan pesat. Dan sebab itulah ibu mengandung perlu ambil asid folik sejak 3 bulan sebelum merancang kehamilan. Ibu mengandung perlu ambil 400mg asid folik setiap hari.




B-Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung.

B-Complex Shaklee adalah gabungan daripada beberapa jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesihatan kepada ibu mengandung. Ia mengandungi :

  • B1 - Thiamin
  • B2 - Robiflovin
  • B3 - Niacin
  • B5 - Asid Panthothenic
  • B6 - Pyridoxine
  • B7 - Biotin
  • B12 - Cobalamine
  • B9 - Asid Folik





Vitamin B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten. Asid Folik adalah vitamin yang sukar diserap oleh tubuh dengan mudah. Jadi, dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang Sahklee cipta untuk Vitamin B-Complex untuk memudahkan penyerapan Asid Folik.

Ia adalah sistem dimana Shaklee telah menghasilkan satu selaput asid folik yang unik untuk menjadikannya lebih mudah untuk diserap oleh tubuh dan lebih mudah digunakan didalam badan.


Kesimpulannya Vitalea,  Ostematrix, ESP dan B-Complex merupakan vitamin Shaklee yang sangat penting untuk membantu ibu mengandung mendapatkan nutrien yang cukup untuk hamil dengan sihat dan melahirkan bayi yang juga sihat.

Untuk meyakinkan korang yang Vitamin Shaklee dah pun bantu ramai ibu mengandung dan ibu berpantang untuk terus kekal cergas dan sihat disepanjang tempoh kehamilan dan tempoh berpantang, jom layan testimoni kat bawah.


Testimoni #1



Testimoni #2



Testimoni #3



Testimoni #4


Testimoni #5



Nak konsultasi?

Atau nak dapatkan Set Kehamilan?

Jangan segan Whatsapp saya ye.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

5 Cara Mudah Cari Wang Lebih Walaupun Tinggal Di Kawasan Kampung

Wang? Duit?
Sama la tu.
Siapa yang tak nak kan?
Dalam keadaan yang mencabar dan ekonomi merudum sekarang. Harga barang pulak asyik mencanak-canak naik. Pitammmsss!!

Nak cari duit lebih. Tapi tak tahu caranya?

Saya kongsikan sikit pengalaman saya memerhatikan peluang-peluang yang ada sepanjang 3 tahun berada dikampung. Sebenarnya saya pun tak sangka banyak peluang belajar buat duit walaupun berada dikampung. Cuma tinggal usaha kita je untuk laksanakan apa yang dah kita pelajari. Untuk mereka yang tinggal dibandar, rasanya benda yang sama juga kita boleh dapat malahan mungkin lebih banyak. Tapi saya tak ada pengalaman tu semasa di bandar sebab dulu saya sibuk bekerja.





Apa yang saya pasti, nak duit lebih kena diiringi usaha yang 100%. Usaha yang suam-suam kuku, maka hasilnya pun yang hado je la. 😁


1. Kenalpasti minat dan cari ilmu berkaitan.

Kenalpasti apa kecenderungan korang. Maksud apa yang korang minat dan akan buat sehabis baik untuk minat-minat korang tu. Pastikan minat tu boleh digunakan untuk beranakkan duit. Kalau nak tahu, banyak agensi-agensi kerajaan yang tawarkan kursus pendek kemahiran ke kampung-kampung. Kursus pendek tu samada cuma dalam tempoh 2 hari atau berlarutan 6 bulan mengikut kesesuain kursus. Sepanjang saya berada dikampung, saya dah pun hadiri kursus-kursus seperti menjahit bantal herba, membuat keronsang daripada kain perca, menjahit jubah dan beg clutch, membuat mee kuning, membuat roti dan bahulu. Banyak juga ek. Hihi.
Yang bestnya, kursus tu semua free!
Rugi sangat kalau korang tak grab peluang belajar macam nie. Tu antara usaha kerajaan untuk bantu surirumah-surirumah cari pendapatan tambahan.


2. Dapatkan modal peralatan ( Oven, mixer, mesin jahit )

Nak mulakan apa-apa bisnes, mesti kena keluar modal. Bezanya cumalah berapa nilai modal yang kita nak keluarkan. Bagi saya, tak perlu keluarkan modal permulaan ribuan ringgit. Contohnya kalau nak buat bisnes baking yang perlukan oven dan mixer, rasanya cukup sekadar beli oven kecil dan hand mixer untuk permulaan. Oven tu dalam RM100++ dah boleh dapat. Mixer pula dalam RM60++ je. Yep. Memang tak lasak. Tapi cukup la untuk permulaan untuk memperkenalkan bisnes kita. Kumpul la duit tiap-tiap bulan untuk upgrade peralatan kita. Atau korang boleh cuba-cuba nasib untuk minta bantuan dari mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.
Let say, tak de langsung modal nak dikeluarkan. Apa kata korang masak la apa-apa menu special dan sedap. Jual je set lunch, set breakfast atau pun set dinner dan buat servis COD. Sekarang servis COD makanan dah jadi trend tau.
Dan jalankan semua bisnes nie dari rumah sahaja. Jangan fikir tentang nak buka kedai yang akan menyebabkan komitmen untuk membayar sewa membebankan kita.


3. Ok. Tak pandai masak, baking mahupun menjahit. Nak buat apa ye?

Jangan risau. Korang boleh je jual produk orang lain. Macam-macam produk ada dipasaran yang perlukan ejen dropship. Kita tak perlu simpan stok pun. Cuma buat iklan dan kumpul order. Ada produk kecantikan, pakaian, emas, produk kesihatan dan macam-macam lagi la.
Mana nak cari stokis?Di Facebook pun banyak korang.
Saya buat dropship Shaklee. Siapa nak try, boleh rojer saya ye.


4. Manfaatkan smartfon  untuk buat iklan.

Saya pasti hampir semua kawan-kawan saya gunakan smartfon yang ada data kan? Apa kata gunakan smartfon tu untuk buat iklan di Facebook, Grup Whatsapp, Telegram dan semua media sosial yang ada. Yang penting jangan buat-buat sombong dengan masyarakat. Kalau boleh, sila kenali semua rakan media sosial korang. Iklankan je sebarang produk yang korang jual.


5. Besarkan bisnes kecil korang.

Sampai bila nak bisnes kecil-kecilan? Nak juga merasa income besar kan?
So, besarkan la network korang. Berkawan dengan network yang boleh beri inspirasi dan boleh beri laluan pada bisnes korang. Pergi juga perkenalkan bisnes korang terutamanya bisnes IKS kepada badan-badan berkaitan. Mereka boleh beri bantuan geran modal, bantuan khidmat nasihat, bantuan pemasaran dan macam-macam bantuan lagi. Jangan malu tau.


Ok. tu je 5 cara yang mampu saya fikirkan semasa bergelar penganggur terhormat. Tapi belum mampu nak bina bisnes IKS yang gunakan kemahiran memasak mahupun menjahit. Jadi saya cuma buat bisnes dropship Shaklee yang pendapatannya mampu buat saya bernafas walau cuma bekerja dari rumah dan menanggung 4 orang anak saya. Kalau ada yang berminat nak buat dropship Shaklee, meh rojer saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...