HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Mudah Hamil. Show all posts
Showing posts with label Mudah Hamil. Show all posts

Tip Kesuburan : Bagaimana GLA Complex Membantu Kesuburan


Anda telah lama berumahtangga?
Namun masih menanti kedatangan cahaya mata?
Telah mendapatkan rawatan doktor dan tiada masalah kronik?
~~Kita cuba cara lain pula ye...~~

Hari ini, ramai pasangan yang telah berumahtangga terutamanya pasangan yang usia perkahwinan telah menjangkau setahun, masih belum dikurniakan cahaya mata. Ramai juga yang tercari-cari tip untuk mudahkan kehamilan. Ye, tak ada salahnya. Allah pun  suruh kita berusaha.

Dengan Shaklee, saya suka nak mencadangkan anda untuk cuba mengamalkan set kesuburan terutamanya Gla Complex. Untuk set kesuburan, boleh baca entry saya disini.





Apakah yang dimaksudkan dengan GLA?

GLA ( Gamma Linolenik Acid ) didalam rahim berfungsi untuk menurunkan paras kolestrol dan membantu melegakan kesakitan semasa pra-haid ( PMS ) atau sengggugut. GLA tubuh juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA akan ditukarkan kepada Prostagdalin E1. Kekurangan GLA dalam tubuh akan menyebabkan kekejangan pada otot dan rahim semasa pra-haid. Ia juga menyebabkan kekeringan pada seseorang wanita. Kekurangan GLA tubuh akan mengurangkan tahap kesuburan lendir serviks yang akan menyukarkan proses kehamilan.




Bagaimana GLA Complex membantu kesuburan?

GLA didalam rahim membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang yang berkualiti dan subur. Lendir serviks yang berkualiti dan sihat berwarna seperti putih telur yang nipis, berair dan cerah. Sekiranya anda mempunyai lendir serviks yang pekat, kecoklatan dan kering, ia menandakan lendir serviks yang tidak subur.

Apa lendir serviks tu?
Lendir serviks yang subur, akan membantu sperma untuk berenang terus kedalam uterus dan tiub fallopio untuk disenyawakan dengan dengan ovum. Lendir serviks yang subur juga membantu sperma untuk hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari didalam tiub fallopio yang boleh meningkatkan peluang persenyawaan andainya tiada aktiviti seksual semasa tempoh subur isteri. Perasan tak semasa tempoh kesuburan iaitu 14 hari selepas hari period pertama anda, ada sejenis cacair yang akan keuar daripada faraj. Itu adalah lendir serviks. Boleh periksa nanti ye.

GLA Complex Shaklee berfungsi untuk membantu wanita yang mempunyai lendir serviks yang tidak subur. Disini, ia akan membantu menyuburkan lendir serviks yang akan membolehkan proses persenyawaan dilakukan dengan lebih berrkesan. Namun begitu, bagi wanita yang mempunyai lendir serviks yang subur, ia tidak akan menambahkan kesuburan lendir serviks anda. Anda perlulah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehamilan. Yang tu, ada macam-macam kaedah.

Jadi, untuk mereka yang masih menanti kehadiran cahayamata, bolehlah periksa tahap kesuburan lendir serviks anda.

p.s: Rasanya kehamilan kali ke-4 saya turut dibantu oleh pengambilan GLA ini. Nanti saya buat enrty tentang ini ye...:)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mudah Hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum....

Saya yakin, semua pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya ternanti-nanti kehadiran si manja sebagai penyeri.
Mahu atau tidak, kehadiran amanah dari Allah itu bukan sekadar menjadi penyeri rumah tangga, tetapi menjadi pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Betul tak?

Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata,  atau pasangan yang sukar untukmenambah bilangan cahaya mata, apa kata kita lakukan sikit ikhtiar. Walau apa pun, kita cuma merancang, ketentuan dariNya juga. Setelah berusaha dan berikhtiar tu, jangan lupa iringi dengan doa, doa dan doa. Jangan malu, jangan segan, kita minta saja dengan Maha Pencipta.

Dalam entry kali ini, saya nak share tentang vitamin yang dicadangkan untuk proses kesuburan sekaligus sebagai ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan multivitamin dan multimineral. Jom kita tengok bagaimana vitamin Shaklee boleh membantu dalam kesuburan. 



Vitalea
Membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan membantu memenuhi ruang kosong didalam tubuh yang mungkin tidak mengandungi nutrien yang cukup melalui diet harian. Jadi, apabila tubuh badan telah mengandungi nutrien yang mencukupi, ia akan dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

B Complex
Ia amat penting kepada ibu-ibu yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folic yang diperlukan di awal kehamilan bagi mencegah bayi daripada mengalami spina bifida.

Vitamin C
Ia membantu untuk pembinaan dan pemulihan sel.

GLA Complex
Vitamin yang memainkan peranan dalam membantu menghasilkan cecair servik yang subur dan berkualiti. Ia juga membantu agar sperma dapat hidup lebih lama ( 5 hari ) didalam tiup fallopio. Jadi sekiranya telah melepasi waktu subur, sperma akan tetap hidup untuk proses persenyawaan dan kemungkinan untuk disenyawakan adalah cerah.

Zinc Complex
Vitamin untuk suami. Ia membantu meningkatkan kiraan sperma. Ia juga membantu keupayaan seksual lelaki.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...