HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Cinch Mix Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Mix Shake. Show all posts

Zumba vs. Ubat Kurus : Mana Satu Lebih Berkesan?

Anda gemuk?
Nak kurus?

Saya pun macam tu. Nak kurus juga. Jadi, apa yang perlu dibuat untuk dapatkan keKURUSan tu?
Macam-macam ubat dah dicuba. Diet makanan pun asyik kantoi aje.
Ada tak yang alami masalah yang sama?

Sebenarnya, nak dapatkan berat badan ideal memerlukan usaha gigih yang berterusan. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita juga perlukan sedikit ilmu tentang kalori makanan untuk membantu proses menurunkan berat badan.

Boleh rujuk entri Cara Kira Kalori untuk pengiraan mudah.

Selain daripada menjaga pemakanan dan mengambil makanan sihat, salah satu cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Ya betul. Untuk kurus, senaman adalah penting. Ia mempercepatkan proses membakar lemak. Ambil masa 10 minit sehari untuk melakukan senaman mudah dirumah setiap hari.

Anda boleh cuba senaman nie tau!
10 minit yang boleh menjadikan anda berpeluh habis?




Rejim cardio Thai Box nie bukan Zumba rasanya. Tapi tak salah mencuba kan?
Saya dah try. Memang owesome. Step pun mudah aje. Mula-mula memang pancit sikit.
Selamat Mencuba!


Zumba / Cardio vs. Ubat Kurus : Mana yang lebih berkesan?

Saya pasti ramai antara kita yang mengabaikan senaman dan penjagaan makanan tapi nak kurus dengan cepat. Dan malangnya ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengambil macam-macam produk kurus untuk dapatkan kesan yang cepat. Kan?
Sebenarnya tak salah nak masukkan ubat kurus dalam senarai keperluan misi kurus anda. Apa yang penting, sila semak bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk tersebut.

Tapi, anda tak perlu risau. Saya cadangkan gunakan saja suplemen-suplemen Shaklee untuk membantu misi anda. Tak perlu ragu mahupun risau, suplemen Shaklee dijamin selamat dan berkesan. Mempunyai sijil Halal, sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.




Persoalannya, yang manakah lebih berkesan untuk kurus? Zumba / Cardio, Suplemen atau diet makanan?

Jawapan sebenarnya ada anda kena buat semua secara konsisten. Bukan cilok-cilok atau main-main ye. Ramai orang yang susah nak turun, tapi amat mudah nak naik. Betul?

Jadi, marilah kita sama-sama buat semua. Semoga berat badan dapat diturunkan, tubuh kita juga sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit merbahaya.

Selamat Berjaya Kawan-kawan!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promosi Berganda-ganda Sempena GST.


Wallah!!

Hebat betul company Shaklee nie. 
Di saat rakyat Malaysia gundah gulana dek bahang GST, Shaklee dengan bermurah hatinya beri senarai promosi hebat untuk penjimatan berganda-ganda sepanjang April ini.

Cinch Mix Shake Vanilla / Cinch Mix Shake Caffe latte
Beli 3 PERCUMA 1 | Harga : RM519

Vitalea Kids | Beli 3 PERCUMA 1 | RM333

DTX Complex | Beli 3 PERCUMA 1 | RM465

Lecithin | Beli 6 PERCUMA 1 | RM315

GLA Complex | Beli 6 PERCUMA 1 | RM547.50
www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


GLA Complex Twin Pack
Beli 2 dengan POTONGAN HARGA sebanyak 5%




Lecithin Twin Pack
Beli 2 dengan POTONGAN HARGA sebanyak 5%




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Argh!! Set Kurus Shaklee Penipu!!


Arghh!!
Apesal aku tak kurus-kurus??
Apesal berat aku makin naik??

SET KURUS SHAKLEE PENIPU!!

Haaa...ada tak yang terkena macam tu? Yang mengeluh berat tak turun malahan semakin naik pula?
Ada...saya tahu, ramai juga yang terkena perkara sebegini.
Apabila kes-kes sebegini terjadi, kebarangkalian anda tidak mengikuti peraturan dan arahan yang sepatutnya.


Ok.
Mula-mula, saya nak bagi tau apa suplemen yang digunakan untuk program kurus.
Ia adalah >>> Cinch Mix Shake, Cinch mix Tea, Lecithin, Herblax, dan Alfalfa.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Sila pastikan anda dapat consultation dari SID yang perkenalkan set ini pada anda ye..

Dan regim untuk slimming pula.

  • Kawal pengambilan kalori
  • Ambil lebih protin
  • Kawal pengambilan karbohidrat
  • Bersenam
  • Ambil 3 liter air setiap hari


1. Kawal pengambilan kalori.

Pengambilan kalori harian sangat perlu dititikberatkan. Formula :

Kalori Masuk < Kalori Keluar

Kalori yang memasuki badan perlu lebih sedikit berbanding kalori yang keluar. Jika kalori masuk melebihi kalori yang keluar, penurunan berat badan amat sukar dilakukan. Kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan bermastautin didalam badan.

Jom belajar cara kira kalori di Cara Kira Kalori


2. Ambil lebih protin.

Contoh sumber protin semulajadi adalah ikan, daging dan kekacang. Namun, perlu juga dilihat cara memasak sumber-sumber protin semulajadi tersebut. Ia perlu dimasak secara sihat bagi mengekalkan zatnya.




Namun, saya percaya bahawa agak sukar untuk mengambil pemakanan seimbang dek kerana gaya hidup masa kini yang sangat sibuk.  Dan cara yang paling mudah untuk mengambil protin adalah dengan pengambilan ESP atau Cinch Mix Shake.


3. Kawal pengambilan karbohidrat

Pakar kesihatan menyarankan untuk mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang kecil. Ramai juga individu yang meninggalkan karbohidrat dalam diet seharian. Sebenarnya ia bukanlah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Tubuh kita masih memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga. 
Sebagai contoh, pengambilan nasi untuk makan tengahari dan malam hanyalah semangkuk sahaja.




4. Bersenam

Bersenam juga merupakan elemen penting untuk membakar lemak. Namun ia sangat sukar dilakukan dengan alasan kesibukan dan tiada masa. Senaman tidak perlu dilakukan untuk tempoh masa yang lama. Cukup sekadar 20minit sahaja untuk setiap sesi 3 kali seminggu.


5. Ambil 3 liter air kosong




Pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi. Ia juga penting bagi mereka yang mengambil sebarang suplemen atas tujuan memudahkan tubuh menyerap suplemen tersebut. 

Tips :

1. Ambil 500 ml air kosong setengah jam sebelum waktu makan.
2. Jika anda merasa lapar, jangan terus fikirkan tentang nak makan apa. Sebaliknya, ambil 500 ml air kosong terlebih dahulu. Tunggu sehingga 20 minit. Jika masih lapar, ambil makanan yang ringan sahaja.

Untuk dapatkan set kurus anda, jangan lupa hubungi saya. Dapatkan juga tips-tips menarik dan konsulasi percuma apabila anda menjadi pelanggan saya.

013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Tips Diet : Bagaimana Nak Kurus?

Salam Isnin semua!

Hari ini, saya nak bercerita tentang tips-tips yang mesti diambil kira semasa proses berdiet. Dalam proses berdiet, perkara yang paling penting adalah mengamalkan pemakanan sihat. Walau apa pun fat burner atau ubat kurus yang diambil, jika tiada kawalan pemakanan, misi kurus akan gagal.

Makanan seimbang, makanan berserat, tips diet


Ini adalah tips-tips dari pakar-pakar diet yang boleh kita ikuti.

1. Tetapkan dan capai matlamat
Tetapkan matlamat pengurangan  berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Contohnya, anda inginkan penurunan 2-3kg sebulan, dan ia adalah logik dan boleh dicapai. Dan anda perlu bekerjaa keras untuk mencapai matlamat itu!
Sila jangan tetapkan matlamat yang pasti sukar untuk dicapai contohnya mahu menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Jika ia tak tercapai, pasti anda kecewa.

2. Mengawal kuantiti makanan.
Pastkan 1/2 daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 bahagian adalah nasi dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan berprotin seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

3. Nikmati makanan anda secara perlahan.
Adakah anda tergolong dikalangan mereka yang menghabiskan makanan dalam tempoh 5-10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk anda mengubah situasi itu! 
Sila perlahankan 'pace' anda. Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suapan makanan. Ambil masa selama 20-30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makanan.

4. Jauhi minuman manis dan berkawan dengan air kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.
Sila pasikan anda mengambil air kosong yang mencukupi iaitu sebanyak 8-10 gelas sehari. Tanpa air yang mencukupi, anda akan merasa mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar, tetapi lapar kerana kekurangan air. Jika anda berasa 'lapar', pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. 
Ingat tau! Keadaan 'lapar' ini akan membuatkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

5. Nikmati makanan tinggi serat.
Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia mengawal berat badan anda. Penuhkanlah peti ais anda dengan pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran. Penuhi juga kabinet makanan anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan tinggi serat. 

6. Pilih protin tanpa lemak.
Jangan memilh jenis makanan berprotin yang tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotin yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam ( tanpa kulit ) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan ideal.

7. Aktifkan diri
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain video games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer da sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman rutin selama 30-45 minit setiap sesi, 4-5 kali seminggu. Lakukan sebarang senaman yang anda gemari seperti berjalan laju, jongging, berenang atau bermain badminton.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurag-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index 
( BMI ) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantauan jenis makanan yang diambil.

Jadual BMI, Berat Badan Ideal, Tips Diet


Disamping membuat semua senarai diatas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk kesihatan tubuh semasa sedang berdiet. Vitamin-vitamin ini juga bakal membantu anda untuk menurunkan berat badan.




Vitalea - Berfungsi untuk membantu membekalkan nutrien penting kepada tubuh yang mungkin kekurangan bekalan semasa sedang berdiet.

Herblax - Berfungsi untuk membawa lemak-lemak yang telah didetox oleh alfalfa dan diapungkan oleh lecithin.

Lecithin - Membantu untuk membakar dan mengapungkan lemak didalam usus dan tubuh.

ESP / Cinch Mix Shake - Sebagai sumber protin untuk membantu membina otot dan mencantikkan bentuk tubuh.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Cinch Mix Shake : Menu Diet Anda

Hari ini, pagi-pagi lagi dah sms daripada Shaklee mengatakan ESP out of stock. Ohmai. Apakah?
Tapi tak apa. Untuk mereka yang nak slim dengan protin Shaklee, Cinch Mix Shake adalah menu yang sebenarnya.

Cinch Mix Shake berperisa :

  • Coklat
  • Vanilla
  • Cafe latte



Cinch Mix Shake mengandungi 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.
Kandungan protin digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Ia juga berfungsi untuk menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Mix Shake juga diperkaya dengan LEUCINE 

Leucine - Rumusan khas untuk memecahkan kitaran diet. Ia akan:
  • Mengekalkan otot
  • Membakar lemak tak perlu
  • Mengurangkan saiz inci anda

Manfaat Cinch Mix Shake

1. Indeks Glisemik yang rendah : 22. Sesuai untuk penghidap kencing manis

2. Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino.

3. Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.

4. 24 Gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang.

5. Tinggi kandungan serat - 6 gram serat untuk setiap hidangan.

6. Indeks Glisemik rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

8. Menggunakan soya Non-GMO.

9. Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Episod Madu 3 : Slim Dengan Vitamin Shaklee

Salam Jumaat semua..
Hari semua orang bersemangat nak mengundi. Mana yang mengundi di kampung halaman, bertambah-tambah semangat nak pulang ke kampung kan?
Saya pun macam tu....:)
Sebenarnya lebih kepada semangat untuk menziarahi kedua orang tua yang dah lama tak di jenguk.

Ok. Hari ini saya nak sambung kisah semalam, 

Sebelum tu, nak bagi pesanan dulu untuk mereka yang bergelar suami yang berniat untuk menambah pasangan anda. Ia bukan sekadar tambah pasangan ye...Termeterai je akad & nikah, berrmakna anda telah menambah :

1. Pasangan
2. Tanggungjawab
3. Pahala / dosa

So, fikir-fikirkan....Ia bukan sekadar rezeki anda, tapi juga sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kecintaan anda terhadap Yang Maha Pencipta...

Ok. Untuk isteri-isteri pula, sila ambil langkah andai anda tak mahu kejadian ini melanda rumahtangga ye..
Semalam dah sharing pasal nak cantikkan kulit...so hari nie, kita target untuk slim pula.


Kurus dengan Shaklee


** Poster ini terbalik. Saya akan betulkan kemudian ye...

Memang lazim andai saiz bertambah, seiring dengan pertambahan zuriat dan usia. Tapi, itu bukan alasan untuk isteri biarkan bentuk badan terus berubah dan rosak. Bak kata ustaz panel tu ~~saya tak tahu pula apa nama beliau~~ mata & nafsu suami sentiasa muda, walaupun tenaga dah tua. Macam-macam produk kuat ada....

Set pelangsingan, saya bahagikan kepada 2 peringkat. Iaitu set basic, wajib diambil dan set lanjutan. Ia bergantung kepada bajet anda tau! Pilihan ditangan anda.

Set Basic




Terdiri daripada Lecithin & Alfalfa untuk membakar dan membuang lemak.

*Lecithin berfungsi untuk membakar lemak dengan bertindak sebagai pembersih salur darah, mengemulsi lemak, kolestrol dan trigleserid didalam tubuh.
* Alfalfa juga membantu menghapuskan lemak dan kolestrol. Ia juga dikenali sebagai vitamin detox. Membantu mencuci hati, darah dan usus. Memudahkan pembuangan lemak daripada tubuh.

Set Lanjutan


Terdiri daripada Herblax & Vitalea untuk membersihkan usus dan membekalkan nutrisi kepada tubuh.

* Herblax berfungsi untuk mengangkut semua lemak dan kolestrol yang telah diemulsikan oleh Lecithin dan di Detox oleh Alfalfa keluar daripada tubuh.
* Vitalea berfungsi untuk membekalkan vitamin / mineral kepada tubuh akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang


Terdiri daripada Cinch mix Shake atau ESP untuk membina otot tubuh yang lebih cantik dan tegap.
* Cinch Mix Shake / ESP merupakan sumber protin untuk membantu tubuh membina otot setelah semua lemak yang ada didalam tubuh dibuang. Ia mengelakkan tubuh menjadi menggeleber da tidak cantik.
Pilihan ditangan anda. Pengambilan semua vitamin-vitamin ini boleh dibuat mengikut bajet anda. Walaubagaimanapun adalah lebih bagus jika diambil secara serentak kesemuanya.

Jaga diri, hiasi peribadi.
Demi menjaga keharmonian rumahtangga anda.

Jangan lupa hubungi saya ye!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kurus dan Langsing? Anda mahu?

Siapa tak nak kan?

Kurus dan Langsing? hah!! mesti cun melecun kalau masih kurus dan langsing serta dapat kekalkan bentuk badan walau dah beranak empat. Sesungguhnya dilema ingin kurus dan langsing ini memang membelenggu ramai wanita di Malaysia tanpa mengira yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mahupun yang bujang trang tang-tang. Perlu diingat, Di Malaysia sekarang, ramai juga anak-anak dara yang tidak dapat mengekalkan kekurusan dan kelangsingan masing-masing. Malah ada yang telah obesiti sejak zaman persekolahan!!




Kajian tentang obesiti.

Rupanya susah juga nak kekal kurus dan langsingkan. Perlukan pengawalan nafsu yang agak besar. Kajian yang dijalankan turut menunjukkan masalah berat badan berlebihan diseluruh dunia menjangkau hingga 1.6 billion yang melibatkan orang dewasa dan 400 billion daripadanya tergolong dalam kategori obesiti. Berdasarkan kajian obesiti di Malaysia pada 2006, 14% rakyat Malaysia mengalami obesiti dan jumlah ini meningkat saban tahun.

Tip Diet

Jadi, bagaimana nak kekal kurus dan langsing ni?
Dalam memastikan pengurangan pengurangan lemak yang diambil, jumlah setiap makanan yang diambil perlu dicatatkan. Penggunaan diari khas untuk mencatat apa yang dimakan adalah sangat praktikal. Dengan cara ni, kita dapat memantau dan membantu menghasilkan program diet yang seimbang untuk mendapatkan berat badan ideal.

Antara panduan lain yang boleh dilakukan untuk kekal kurus dan langsing :

* Mesti makan secara teratur dan mengikut waktu
* Ambil makanan yang rendah lemak
* Melangkah 1000 langkah sehari
* Pilih kudapan yang sihat
* Periksa kandunganlemak dan gula pada label makanan
* Jaga jumlah makanan. Jangan sekali-kali menambah makanan yang dah diambil kecuali sayur
* Berdiri selama 10 minit untuk setiap 1 jam
* Katakan TIDAK kepada minuman manis
* Elakkan mengambil makanan semasa menonton tv
* Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari


Menu kurus, menu langsing, menu seimbang


Pengambilan Suplemen

Selain membuat pengawalan makanan dan sedikit senaman, suplemen tambahan juga boleh diamalkan untuk kekal kurus dan langsing. Konsep untuk kurus dan langsing dengan vitamin Shaklee adalah:

Bakar & Buang --> Bersih & Bekal --> Bina Otot

Dengan itu, cadangan vitamin yang oleh diambil adalah,

~Omega Guard / Lecithin  - untuk membakar lemak
~ Alfalfa - Untuk membuang membuang lemak
~ Vitalea - untuk menampung lompong-lompong kekurangan vitamin didalam tubuh.
~ Herbalax - Untuk memudahkan lemak dan toksin diangkut keluar.
~ ESP / Cinch mix shake - untuk membina otot.


Vitamin semulajadi



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Slim bersama Shaklee

Assalamualaikum,

Kalo orang kurus, mesti cantik kan?

Secara asasnya, anda yang mahu kurus perlu tahu beberapa proses dalam penurunan penurunan berat badan.

Jom ikuti langkah demi langkah untuk menurunkan berat badan.
Suka saya ingatkan yang walau apa pun yang anda buat untuk kurus, keAZAMan yang tinggi & KOMITMEN yang tak berbelah bahagi adalah sangat penting.



Langkah 1 : Bakar dan Buang

Secara asasnya, proses menurunkan berat badan memerlukan kita untuk membakar lemak yang terkumpul didalam badan, dan membuangnya keluar.
Untuk proses bakar dan buang, cadangan vitamin yang boleh diambil adalah :

Lecithin :  Ia berfungsi untuk membakar dan memecahkan lemak yang terkumpul didalam badan. Juga dikenali sebagai "Pengemulsi Semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kepada lemak. Boleh juga ditafsirkan sebagai lecithin akan menyebabkan lemak terapung didalam darah dan seterusnya mencegah lemak tersebut dari melekat ke dinding membrane. Lecithin adalah bahan yang tidak boleh dihasilkan oleh badan, tetapi badan kita sangat memerlukannya.

Alfalfa : Vitamin yang kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Ia berfungsi untuk melancarkan pembuangan lemak dari tubuh setelah dibakar oleh Lecithin. Ia melancarkan proses perkumuhan.

Langkah 2 : Bersih dan Bekal

Membantu membersihkan usus melalui proses DETOX dan kemudian membekalkan tubuh dengan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Herblax : Ramuan asas yang terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi, alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhuarb root, fennel seed dan culver's root. SIfatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Vitalea : Adalah multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disaran oleh RDA. Ia membantu mengisi lompong-lompong tubuh yang kekurangan nutrisi.

Langkah 3 : Bina Otot

Membina otot dengan sumber protin terbaik agar tubuh menjadi lebih anjal dan terbentuk dengan cantik.
Protin digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Mix Shake : Setiap kali anda mengambil Shaklee Cinch Mix Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Cinch Mix Shake mengandungi LUECINE yang dirumus khas untuk membantu anda untuk memecahkan kitaran diet.

Energizing Soy Protien ( ESP ) : Produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat disediakan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Mengandungi Indeks Glisemik rendah iaitu 39, menjadikania sesuai untuk penghidap kencing manis.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Program Slim : Ciri-ciri Cinch Mix Shake

Cinch Mix Shake memberi jawapan segera & sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi / tengahari".



Cinch Mix Shake merupakan minuman yang sangat lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan.

Ciri-ciri Cinch Mix Shake

1. Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
2. Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot disaat mengurangkan berat badan.
3. Mengandungi 24g protin dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
4. Kandungan serat yang tinggi, 6g dalam setiap sajian.
5. Nilai glisemik rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
6. Memberi 35%  atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
7. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
8. Genetik soya yang tidak diubahsuai ( non-GMO )

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kembali langsing pasca Ramadhan

 
Ramai yang berpendapat bulan Ramadhan adalah waktu yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
Yes!! It’s true…..Tapi, takmustahil juga berpuasa di bulan Ramadhan tak memberi apa-apa kesan untuk anda.
Syawal bakal menjelma. Ini bermaksud kita akan di uji dengan berbagai-bagai jenis hidangan yang lazat & istimewa…Rugi rasanya kalau tak dapat jamah semua hidangan tu..Jadi, bersiap sedialah dengan kenaikan berat badan, sekiranya kita tidak betul-betul mengawal pemakanan.
Saya senaraikan tips diet mudah di bulan Syawal. Sumber : Majalah Rapi Ogos 2012.
1.       Tingkatkan kadar metabolism.
Kadar metabolism yang jatuh ketika Ramadhan harus ditingkatkan kembali. Contohnya, makan dengan lebih kerap, lakukan senaman 3-4 kali seminggu dan makan 1-2 biji telur setiap hari.

2.      Kira kalori & diet
Berat badan anda naik 3kg dan lebih? Tidak menjadi masalah. Cuba masukkan kalori sebanyak 500-600 kalori untuk kuota kalori yang anda perlukan dalam meurunkan berat badan. Cara pemakanan juga penting dan jangan sesekali TIDAK menjamah nasi. Kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak, begitu juga protin.

3.      Lebih aktif
Pasif (Ramadhan) bertukar menjadi aktif. Banyakkan bergerak dan lebih bertenaga. Jika anda tidak bertenaga, ini menunjukkan badan anda mengalami kekurangan nutrient & memerlukan SUPLEMEN multivitamin.

4.      Kawal nafsu makan
Anda dinasihatkan untuk mengawal nafsu makan tatkala melihat hidangan yang lazat & menyelerakan.
Cubalah ambil masa beberapa saat sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih makanan. Cara ini boleh membantu anda untuk mengambil jumlah makanan yang diinginkan secara terkawal.
Ambil makanan dalam jumlah yang sederhana & terkawal untuk member peluang kepada system penghadaman badan terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri.


5.      Jangan lupa minum air
Dalam menikmati juadah hari raya, jangan lupa untuk minum air putih yang secukupnya  dan mengambil makanan yang kaya dengan serat demi mengelakkan daripada sembelit.

6.       Kurangkan makanan manis
Kurangkan pengambilan makanan yang manis, berlemak & mengandungi garam yang tinggi. Kurangkan juga minuman berkarbonat & bersoda. Tidak salah anda minum segelas air berkarbonat tetapi haruslah diikuti dengan segelas air putih.

7.      Pengambilan buah kurma
Pengambilan kurma diawal pagi sangat bagus. Anda juga digalakkan mengambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak & sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum menjamah ketupat & rending.

8.      Hadkan hidangan tengahari & malam
Tambahkan pengambilan sayuran & buahan segar kedalam menu tengahari & malam anda. Ia penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

Dan semetinya bekalan LECITHIN & HERB LAX untuk proses detox setelah semua makanan dapat masuk kedalam perut anda dengan jayanya..

Tak lupa juga untuk CINCH MIX SHAKE & TEA CINCH untuk proses memberi tenaga juga membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama.


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Jom Kurus dengan Cinch™ Shake Mix


Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan 
"Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau 
"Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?"
Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

  Produk kod:
Cafe Latte - 20339 (765g)
Vanilla - 20340 (765g)
Chocolate - 20341 (765g)
 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

CINCH SHAKE MIX UNTUK LANGSING DI MUSIM PERAYAAN

Jom get ready utk kekal langsing dibulan perayaan !
------------------------------------------------------------

Salah satu item dalam set SHAPE UP PROGRAM ialah Cinch Shake Mix.
Dengan pilihan 3 perasa iaitu Vanilla, Coklat dan Caffe Latte. Anda bebas memilih perasa kegemaran anda. Jom kita baca apa yg ISTIMEWA tentang Cinch Shake Mix.





Formula Cinch Pro : campuran EXCLUSIVE protin dipertingkatkan dengan LEUCINE

LEUCINE adalah asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Supplemen and serbuk yang mengandungi leucine biasanya digunakan oleh 'bodybuilders' dan atlit-atlit sukan yg lain untuk membantu pemulihan otot setelah membuat 'extreme activity'.

Leucine membantu dengan mengatur tahap gula dalam darah, membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu otot (seperti tulang, kulit dan otot), membantu pengeluaran hormon, membantu penyembuhan luka serta bertindak untuk penyebaran tenaga. Ia juga boleh membantu untuk mencegah pecahan protein otot yang kadang-kadang berlaku selepas trauma atau tekanan teruk ~selepas heavy workout pada bodybuilder.

Dan uniknya, dengan kehadiran Leucine dalam Cinch Shake Mix, mereka tidak akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak apabila berhenti mengambil Cinch Shake Mix, tak macam sesetengah minuman langsing yg lain kan!!

So anda boleh consider Cinch Shake Mix sebagai elemen utama dalam RAYA DIET anda.

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin!


----------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LANGSING BERSAMA SHAKLEE

Salam 13 Ramadhan...

Sedar tak sedar, dah 13 hari kita berpuasa. How time flies. Kejap aje. So, macam mana denga puasa anda semua?
Pilihan juadah berbuka?

Masak sendiri,
Bazar Ramadhan,
Buffet hotel / restoran?

Apa pun pilihan anda, seharusnya ada sedikit kawalan. Ye la, dah berjuang menahan lapar & dahaga disiang hari, tiba-tiba rosak pula dengan lebihan makanan sebaik sahaja azan magrib berkumandang. Haisshhh..bagi yang sibuk nak berdiet, nampaknya tak tercapai la cita-cita tu kan...

PROGRAM PELANGSINGAN BERSAMA SHAKLEE

Ok....berita baik untuk anda. Untuk anda-anda yang rasa dah terlebih makan, nak menurunkan semula berat badan, boleh ikuti program pelangsingan bersama Shaklee.

Alang-alang dah berpuasa di siang hari, jom tambah dengan gabungan vitamin-vitamin nie, proses penurunan makin cepat dirasakan. Raya bakal menjelma. Jangan sampai baju raya yang ditempah, terkecil pula ye..




1) Cinch Shake Mix
2) Cinch Tea Mix
3) Lecithin
4) Herb Lax








Gabungan 4 produk ini sesuai untuk diambil oleh wanita juga lelaki yang mengidamkan tubuh yang sihat dan langsing. Ianya membantu tubuh anda menyingkirkan lemak berlebihan.

Kebaikan gabungan produk untuk tujuan Shape Up ini adalah:
  • Badan yang langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Serba sedikit info tentang setiap produk :

1) Cinch Shake Mix :

Manfaat utama:
  • Indeks glisemik yang rendah, sesuai utk penghidap kencing manis
  • Rumusan yang diperkasa dengan LEUCINE : untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanyaseperti menikmati pencuci mulut

    2) Cinch Tea Mix

    Manfaat utama:
    • Penggalak tenaga semulajadi supaya kurang letih apabila anda sedang berdiet.
    • Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
    • Pilihan terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda dan manisan utk kecergasa tubuh badan

    3) Lecithin


    Manfaat utama:
    • Bertindak sebagai pemecah lemak dan kolestrol.
    • Menghalang obesiti. Pengamblan maksimum dos untuk Lecithin membantu dalam pelangsingan tubuh badan
    • Meringankan sembelit~ ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dari usus.
    • Mencantikkan kulit dan otot -ia membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik

    4) Herb Lax

    Manfaat utama:
    • Pembersihan najis yang tersekat
    • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut pada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
    • Membantu masalah sembelit
    • Mengempiskan perut

    ----------------------------------------------------------------------------------------------
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

    Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...