HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Ser Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Ser Berpantang. Show all posts

Set Bersalin / Berpantang Shaklee : Ostematrix Membantu Mengelakkan Sembelit

Sembelit ketika berpantang?

Fobia kan?

Rasanya ramai ibu-ibu yang berpantang mengalami masalah sembelit ini. Terkadang sampai lama didalam tandas, tapi tak boleh juga nak buang air besar. Rasa fobia juga apatah lagi nak meneran dikalan jahitan episotomi masih baru. Ada yang sanggup biarkan saja rasa nak buang air tu. Sebenarnya sangat tak elok menahan rasa sebegitu. Menurut doktor, secara normalnya manusia perlu membuang air setiap hari. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Elakkan sembelit dengan Ostematrix

Berpantang kali ke-4, saya ditemani oleh set bersalin / berpantang Shaklee. Tiada lagi jamu-jamu dan herba-herba. Tiada juga pilis dan param. Saya berpantang sendiri, juga perlu memberi perhatian kepada keluarga dan tiga orang anak sedia ada. Tak sempat nak berpilis, param bagai. Namun, keperluan bertungku, berbengkung dan menjaga makan tetap saya utamakan.

Saya mengambil Ostematrix dengan dos 4 biji sehari untuk keperluan kalsium tubuh saya. Dengan usia yang semakin meningkat, proses mengandung dan melahirkan sebanyak 4 kali telah menyebabkan tubuh kekurangan kalsium. Walaupu telah mengambil Ostematrix sejak mengandung, rasa sengal di tulang tetap dirasai. Cuba bayangkan andai saya langsung tak ambil Ostematrix? Saya adalah seorang yang tidak boleh menelan susu semasa mengandung.

Saya mendapati pengambilan Ostematrix juga membantu saya melancarkan pembuangan air besar. Berpantang kali ke-3 dan ke-4 dengan Ostemarix, saya langsung tiada masalah untuk buang air. Semuanya berjalan dengan lancar. Apabila mengingatkan betapa sukarnya saya untuk membuang air besar semasa kelahiran anak pertama dan kedua, hinggakan air mata menitis, rasa fobia tetap hadir. Alhamdulillah Ostematrix sangat membantu.

4 biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur, membantu sistem perkumuhan saya setiap hari. Saya berjaya membuang air besar setiap hari tanpa gagal, tanpa rasa sukar. Tidak perlu menunggu lama didalam tandas. Selain berfungsi untuk menguatkan tulang, OStematrix juga membantu melembutkan najis.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Berpantang Shaklee : Pilihan Saya

Apa khabar ibu-ibu yang menanti masa untuk melahirkan putera atau puteri penyambung kasih keluarga. Berdebar? Cuak? 
InsyaAllah, doa-doa yang baik-baik aje.

Anda dah pilih set berpantang nanti? Memang banyak didalam pasaran. Cuma sediakan duit saja. Semua dah mudah, cuma telan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi sejauh mana kesesuaiannya dengan tubuh ibu dan baby, kena cuba la dulu.

Untuk saya yang juga menanti masa untuk masuk ke labour room, saya tetap memilih set berpantang Shaklee untuk kali ke-2. Anak pertama dan kedua, saya belum berkesempatan untuk berkenalan dengan set berpantang Shaklee. ALhamdulillah, berkenalan dengan set berpantang Shaklee semasa mengandungkan anak ke-3. Memang terasa perbezaan dengan set berpantang sebelumnya. Apa yang berbeza?


Set Berpantang Shaklee

Ya. Memang berbeza. Pengalaman berpantang anak ke-3, saya perlu berpantang sendirian tanpa bantuan ibu. Dan saya juga perlu menjaga 2 lagi anak yang lasak. Kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh, menyidai dan melipat baju masih saya lakukan seperti biasa. Baby bangun malam untuk menyusu juga saya tangani sendiri kerana saya mengamalkan penyusuan eksklusif. Hebatnya, antara kesan yang saya rasakan dengan set berpantang Shaklee :
  • Sentiasa bertenaga dan tidak merasa mudah letih
  • Tiada rasa sakit kepala dek kekurangan waktu rehat dan tidur
  • Luka episotomi yang cepat sembuh. Saya adalah orang yang terpilih untuk menerima jahitan yang banyak setiap kali bersalin.
  • Kulit muka tidak menjadi kusam 
  • Penurunan berat badan yang sangat menggembirakan
  • Susu ibu yang melimpah ruah. ALhamdulillah
  • Baby tiada jaundis

Set berpantang Shaklee mengandungi 4 jenis vitamin iaitu :
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex

Semua fungsi vitamin tersebut boleh dilihat digambar. Ia boleh diambil sebaik sahaja sejurus selepas bersalin. Dan yang menariknya, ia juga boleh terus diamalkan untuk proses penyusuan susu ibu pula. 

Nak dapatkan set berpantang Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya.
Harga? Anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM150 sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Berpantang Shaklee : Elakkan Kemurungan

Kemurungan ibu selepas bersalin kerap juga terjadi. Ia juga dikenali sebagai "meroyan" dikalangan masyarakat melayu terhadap perubahan emosi ibu selepas bersalin. Dianggarkan 85% wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka hanya mengalami kemurungan ringan dan tidak membahayakan.



Masalah kemurungan atau meroyan ini dikaitkan dengan kekurangan beberapa nutrisi penting oleh ibu selepas bersalin. 

B Complex - B6, Asid Folic & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal depresi
✿ Vitamin C - Berperanan menukarkan trytophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi.
✿ Magnesium - Kekurangan zat magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan. 


Saya kongsikan sikit panduan untuk mengelakkan masalah kemurungan ini.

✔ Pelajari & fahami tanggungjawab sebagai ibu dan bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan bacaan bermula daripada sebelum hamil lagi.

✔ Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara semasa tempoh berpantang.

✔ Dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu menjaga bayi.

✔ Dapatkan rehat yang mencukupi dengan mengambil angin dihalaman rumah seketika. Tidak perlu terperap didalam rumah walaupun sedang berpantang.

✔ Tidur sewaktu bayi sedang tidur atau cukup sekadar berehat dan berrbaring tanpa memikirkan apa-apa perkara lain.

✔ Pengambilan makanan seimbang perrlu dititikberatkan untuk kembali cergas.

✔ Lakukan senaman ringan untuk membantu anda leih cergas secara fizikal dan mental. Berjalan disekitar halaman rumah sudah memadai.

✔ Sentiasa menitikberatkan kesihatan diri dan pelajari cara untuk mengendalikan bayi semasa tempoh berpantang.


Apa yang ada didalam Set Berpantang Shaklee?


Vitamin selepas bersalin, keperluan selepas bersalin

Dapatkan sekarang di Mamadhia-Vitashop.
013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...